Thursday, 6 October 2022

Kronologi serangan Komunis & pertempuran dengan Pasukan Keselamatan

Disusun oleh :
Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, Kuala Lumpur

1948
  • 9 April - ASP G.C. Sanson dibunuh oleh Komunis di Kati, Perak.
  • 16 Jun - 3 Peladang Inggeris dibunuh oleh Komunis di Sungai Siput Utara. Mereka ialah Arthur E. Walker, John Allison dan  Ian Deare Christian
  • 16 Jun - 100 pengganas Komunis diketuai oleh Kim Siong menyerang Balai Polis Gua Musang di Kelantan
  • 18 Jun - Komunis melakukan serangan hendap di Kg. Jeram Choh,Johor. Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu.
  • 1 Julai - Komunis menahan dan membunuh seorang pegawai Jajahan berbangsa Cina di Langkap, Perak. 
  • 9 Julai - Komunis melancarkan serangan besar-besaran ke atas Balai Polis Langkap di Perak yang mengorbankan seorang anggota polis. 
  • 12 Julai - 5 pekerja Cina di Lombong Batu Arang, Selangor terbunuh dalam serang hendap komunis. 
  • 17 Julai - Serang Hendap komunis di Balai Polis Bertam. 
  • 5 Ogos - AP J.E. Olgivie terbunuh dalam serangan komunis di Chemor, Perak. 
  • 8 Ogos - AP K.W. Burnham terkorban dalam pertempuran di Kulim, Kedah. 
  • 11 Ogos - 30 pengganas komunis menyerang Coronation Estate di Kluang, Johor membunuh seorang Guru Sekolah, seorang Cina dan seorang Polis Melayu. 
  • 28 Ogos - 100 pengganas komunis menyerang sebuah perkampungan dan Lombong Bijih Timah Tambah di Negeri Sembilan membunuh pengurus lombong J. Hunter dan seorang anggota polis. 
  • 3 Oktober - Serang Hendap Komunis ke atas pasukan 1 Koyli (Tentera Komanwel) di Sungai Gepai, Bidor, Perak mengorbankan 4 anggota. 
  • 6 Oktober - Serang hendap komunis ke atas pasukan 2/2 Gurkha Rifles di Lintang, Sungai Siput Utara, Perak mengorbankan 10 anggota Gurkha dan seorang awam. 
  • 7 Oktober - Seorang anggota Polis terkorban dalam serangan komunis di Budu Estate berhampiran Kuala Lipis, Pahang. 
  • 10 Oktober - Insp. A.J.F Penin terbunuh dalam serangan komunis di Tasek Gelugor, P.Pinang. 
  • 15 Oktober - Insp. Shamsuddin bin Mohd Ali terkorban dalam serangan hendap komunis di Changlun, Kedah. Beliau adalah Inspektor Polis pertama terkorban dalam tugas dan ketika Darurat di Tanah Melayu
1949
  • 1 Januari - Serang hendap komunis keatas pasukan 4th Royal Hussars di Sungai Siput mengorbankan 8 tentera British manakalan 5 CTs di bunuh. 
  • 10 Februari - Seorang Peladang Inggeris Colonel N.A. Gutsell bersama 2 anggota SC dan pemandunya dibunuh oleh komunis  di Kieress Rubber Estate, Seremban, N.Sembilan. 
  • 28 April - Satu Platun dari Btn 1 Rejimen Askar Melayu dibawah Kpl Nasron Awang berjaya menghapuskan 5 pengganas Komunis. Kpl Nasron dikurniakan pingat Military Medal oleh kerajaan British. 
  • 12 Julai - Insp. Kartar Singh dari Jungle Squad (Polis) terkorban bersama 7 anggotanya pertempuran dengan komunis di Rawang, Selangor. 
  • 3 Oktober - Pengganas komunis merampas Keretapi dari Gemas - Jerantut setelah membunuh 3 orang pengawal. 
1950
  • 19 Januari - Serangan hendap komunis di Kuari Sg. Gepai, Tapah, Perak.
  • 22 Januari - 9 anggota polis termasuk seorang Sarjan Inggeris Sgt. F.R. Young terkorban dalam serangan hendap komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang. 
  • 4 Februari - 80 pengganas komunis menyerang dan membakar Kg. Simpang Tiga, Sitiawan, Perak. 
  • 23 Februari - Komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar - 17 anggota Polis termasuk keluarga terkorban dalam pertempuran tersebut. 
  • 4 Mac - 2 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Bekok, Segamat, Johor. 
  • 25 Mac - Peristiwa Berdarah Sungai Semur - 17 orang anggota dari Platun 12 Kompeni D, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja terkorban akibat serangan hendap komunis di Sungai Semur, Gua Musang, Kelantan. 
  • 30 September - 2 anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap komunis di Eldred Estate, Bekok, Segamat, Johor. 
  • 8 Oktober - D.A.Selladurai seorang pekerja ladang British di Pahang dibunuh dengan kejam oleh komunis. 
  • 14 Oktober - 6 anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap komunis di Air Kuning, Negeri Sembilan. 
  • 15 Oktober - 8 anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap komunis di Chan Wing Estate di Bekok, Segamat, Johor. 
  • 3 November - 3 anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap komunis di Sg.Kelamah, Gemas,N. Sembilan.
  • 23 November - 6 anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap komunis di Air Kuning, N.Sembilan. 
  • 22 Disember - 2 anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap komunis di Sisik, Kota Tinggi, Johor. 
  • 30 Disember - 8 anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap komunis di Gurun, Kedah. 
1951
  • 5 Januari - 5 anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap komunis di Bikam Estate, Perak. 
  • 11 Mac - 8 anggota Polis terbunuh dalam serangan hendap komunis di PWD Quarry  di Mersing, Johor. 
  • 12 Mac - Iban Tracker Jaweng ak Jugah terkorban dalam pertempuran dengan komunis. Beliau adalah Iban Trackers yang pertama gugur di Tanah Melayu. 
  • 18 Mei - Serang hendap Komunis di Kluang, Johor. Tracker Awang ak Rawang dari Platun 10, Kompeni D, 1st Battalion Worcestershire Regiment (British Army) telah dikurniakan pingat George Cross oleh Kerajaan British. 
  • 28 Jun - 8 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Kajang, Selangor. 
  • 18 Ogos - 7 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Air Keroh, Melaka. 
  • 6 Oktober - Pesuruhjaya Tinggi Britith  Sir Henry Gurney dibunuh oleh komunis dalam serang hendap di Bukit Fraser. 
  • 14 November - Komunis menyerang hendap sebuah keretapi di Tampin, Negeri Sembilan mengorbankan 4 orang awam termasuk pemandu Lokomotif K.Vettivelu. / 9 anggota polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Kampar, Perak. 
1952
  • 10 Januari - 9 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Batu 31 1/2 Jalan Degong, Kampar, Perak. 
  • 4 April - 6 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Kuala Krai, Kelantan. 
  • 2 Jun - 9 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Lombong Bijih Keramat Pulai di Perak. 
  • 30 Jun - 2 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Bekok, Segamat, Johor. 
  • 1 Julai - 2 lagi anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis Anglo-Johor Estate, Bekok, Segamat, Johor. 
  • 12 Ogos - 8 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Air Kuning Selatan, N. Sembilan. 
  • 18 Ogos - 7 anggota Polis dalam serangan hendap komunis di Riverview Estate di Perak. 
  • 14 Oktober - Seorang anggota komunis  Mat Indera yang mengetuai serangan Komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 ditangkap oleh British. 
  • 27 Disember - 6 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Bekok River Estate di Segamat, Johor. 
1953
  • 30 Januari - Mat Indera yang mengetuai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23/2/1950 dihukum gantung. 
  • 2 Mei - Flight Lt.D.R. Parson terkorban dalam misi serangan bom ke atas Pengganas Komunis. 
1954
  • 23 April -  SC Kader bin Mahmud terkorban dalam operasi di Nibong Tibor, P.Pinang. 
  • 5 Mei - 4 anggota Polis terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Penggarang, Johor. 
  • 28 Mei - 2 anggota Polis, ACP C.N. Godwin dan EPC Mahmood bin Frosdin terkorban dalam serangan hendap komunis di Gunung Jerai, Kedah. 
  • 12 Ogos - Insp. B.P. Wills dan SC Nayon bin Ishak dari Police Jungle Squad terkorban operasi di Kampar, Perak. 
  • 18 Oktober - 4 anggota Polis terkorban apabila komunis menyerang dan membakar Balai Polis Chuan Seng di Pontian, Johor. 
1955
  • 8 Januari - Insp. Appu s/l Veloo dari Jungle Squad Police terkorban dalam Operasi di Pahang. 
  • 16 Januari - Lt. C.A.O Keeffe dari Pasukan Polis terkorban dalam Operasi Anti Komunis di Pahang. 
  • 18 Januari - Konst. Thiagarajan dari pasukan Polis terkorban dalam satu operasi di Kluang, Johor. 
  • 20 Januari - Konst. Mohd Bin Mahmood  dari Pasukan Polis terkorban dalam operasi di Kluang, Johor. 
  • 19 Mac - 4 anggota Polis terkorban dalam serangan hendap komunis di Kuala Krai, Kelantan.
  • 24 Mac - Lt. L. Whittingham dari pasukan Polis terbunuh dalam satu operasi di Kinta, Perak. 
  • 2 November - Konst. Khalid bin Din dari Police Jungle Squad terkorban dalam operasi di Labis Johor. 
  • 11 November - Konst. Meor Saidin bin Meor Ahmad terkorban dalam operasi di Perak. 
  • 18 Disember - Rundingan Baling
1956
  • 15 Januari - P.C Bahari bin Amat dari PDRM terkorban dalam operasi di Pulau Pinang. 
  • 24 Januari - Lt. E.J. Hughes dari Pasukan Polis terkorban dalam Operasi Anti Komunis di Johor.
  • 15 Februari - Komunis menyerang hendap pasukan Polis di Langkap, Perak  yang mengorbankan 5 anggota Polis. 
  • 12 April - Pengganas komunis meletupkan landasan keretapi di Tapah, Perak. 
  • 19 Oktober - Det. Kpl Wong Wee Choon  terkorban dalam Operasi di Kampung Baru Kulai, Johor. 
  • 10 Disember - Insp. Chew Kim Chuan dari Pasukan Polis memimpin anggota unitnya menyerang hendap komunis di Hutan Simpang Hulu Langat, Selangor. Beliau telah dikurniakan dengan Pingat George Medal oleh Kerajaan British. Turut menerima Pingat George Medal ialah Insp. Loh Kwan Seang dan P.C. Tong Song Liang. Manakala Det.Sgt. Tai Kim Hong dan P.C. Nanchir bin Suin menerima Colonial Police Medal. 
1957
  • 8 Julai - Anggota Platun 11 Kompeni C 6 RAMD berjaya membunuh seorang pengganas lelaki dan menawan seorang pengganas wanita. Lt. Abdul Rahman Khamis dikurniakan pingat PGB pada 31 Ogos 1958. 
  • 25 Ogos - Seramai 2,000 penduduk di Tg. Malim Perak menyertai gerakan menentang pengganas Komunis. 
  • 13 November - Lt Muda Mohd Ghazali bin Che Mat dari Platun 1, Kompeni A, Batalion ke 2 RAMD dikurniakan pingat PGB kerana keberanian beliau dalam pertempuran dengan Komunis. Beliau Bersara sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 1987. 
1958
  • 17 Mac - Pesawat British, Australia dan New Zealand melakukan operasi pengemboman terbesar di Hutan Perak dalam memburu pengganas Komunis. 
1959
  • 18 Ogos - Platun 9, Kompeni C, Batalion Pertama Rejimen Persekutuan berjaya membunuh 3 pengganas Komunis dalam Ops Seladang di hutan Pahang. Termasuk yang dibunuh itu ialah  Ngow Lai yang menembak mati Sir Henry Gurney pada 1951. Sjn. Choo Woh Choon telah dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani atas keberaniannya dalam pertempuran itu. 
1960
1966
  • 7 Ogos - Insp. S.C. Samy dan Insp. Robert Lee Choon Fook dari Cawangan Khas PDRM terkorban dalam operasi memburu pengganas komunis di Selatan Thailand. 

1968
  • 17 Jun - Pasukan Polis Hutan telah diserang hendap oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) ketika dalam perjalanan ke Betong, Thailand bagi menjalankan “Ops Sawade Salam” yang mengorbankan 16 anggota dan mencederakan beberapa yang lain - Suara Merdeka 
  • 16 Ogos - Konst. Abu Bakar bin Ngah Wahab dari Pasukan Polis Hutan (PPH) terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Betong, Selatan Thailand. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P).
1969
  • 10 Disember - Komunis telah meletupkan jambatan Keretapi di Kok Mak, Padang Besar, Perlis. 
1970
  • 10 Februari - Konst. Abd Jabar bin Othman dari Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Sawadee Salam di Sempadan Malaysia-Thailand. 
  • 23 Ogos - Platun 8, Kompeni C, Batalion 6 Rejimen Renjer yang diketuai oleh Lt. David Fu Chee Ming telah berjaya membunuh 5 pengganas Komunis di Tanah Hitam, Chemor , Perak. Lt David F.C.M telah dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani. 
  • 27 Ogos - Anggota 6 Renjer berjaya membunuh 5 pengganas komunis di Tanah Hitam, Chemor, Perak. 
  • 27 Ogos - 12 anggota Sarawak Border Scout terkorban dalam satu pertempuran sengit dengan pengganas komunis di Sg. Nyemah, Kanowit, Sarawak. 
  • Lt.Muda Abdul Razak bin Hussain dari Batalion ke 8 Rejimen Renjer terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Sendiawan, Sarawak. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P)
1971
  • 20 Januari - PW11 Lenggu ak China dari Batalion Pertama Rejimen Renjer terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Tanjong Babi Batu, Song, Sarawak. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P).
  • 12 Mac - Batalion Pertama Rejimen Renjer Malaysia dalam Ops Hentam di Kg. Goebilit, Sarawak telah berjaya membunuh 13 pengganas Komunis. Lt Muda Baharin bin Abdul Jalil dan L/Kpl Lan ak Gima dikurniakan pingat PGB. 
  • 26 Mei - 3 anggota Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Paradom di Sibu, Sarawak. 
  • 3 Jun - Kapt. Mohanachandran a/l Velayuthan dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer terkobran dalam pertempuran dengan komunis di Hulu Kinta, Perak. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P).Manakalan Rjr Bajau ak Lading dikurniakan pingat PGB ketika cuba menyelamatkan Kapt. Mohanachandran. 
  • 6 Julai - Trooper Rasli bin Buang dari Rejimen Gerak Khas (Komando) terkorban dalam pertempuran di Chemor, Perak. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P).
  • 19 Julai - Konst.Faridon bin Abd Ghani dari Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Selamat Sawadee Salam di Sempadan Thailand. 
  • 8 Ogos - Konst. Rani bin Harun dari Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Ngayau di Sarawak. 
  • 11 Ogos - Serangan hendap komunis keatas Pasukan Polis Hutan di Sempadan Malaysia - Thailand. Insp. Syed Mohd. Mokhtar bin  Syed Zubir Barakbah dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa. 5 Anggota PPH terkorban dalam serang hendap di Kg. Charok, Chupak , Padang Serai, Kedah. 
  • 8 September - Konst.Jurit bin Kida terkorban dalam Ops Ngayau di Sarawak. 
  • 11 Oktober - Ops Jelaku VI di Nonok, Sarawak. Btn 8 Rejimen Renjer berjaya membunuh 7 pengganas komunis. Kapt. Robert Rizal bin Abdullah dikurniakan pingat PGB. 
  • 28 Oktober - Kpl Dajai ak Anggie dan Rjr Unggek ak Antim dari Rejimen Renjer berjaya membunuh 3 pengganas komunis di Sarikei dan Binatang. Dikurniakan pingat PGB. 
  • 7 November - Konst. Razali bin Puteh dari Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Ngayau di Sarawak. 
1972
  • 25 Mac - Rajang Area Security Command (RASCOM) ditubuhkan di Sibu, Sarawak bagi menangani Kegiatan komunis di Sarawak. 
  • 26 Mac - PKKU (Parti Komunis Kalimantan Utara) membunuh 15 anggota dari Batalion ke 7 Rejimen Renjer DiRaja dalam satu serangan hendap di Lundu, Sarawak. 
  • 19 April - Serangan hendap komunis di Tandang, Bau, Sarawak. Kpl Paul Nyobis ak Nyonyet dari Btn 7 Rejimen Renjer dikurniakan pingat PGB.  
  • 29 April - Kpl. Ngalinuh Bala dan Konst. Etin ak Bijang dari Pasukan Polis Hutan (PPH) dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa kerana keberanian mereka dalam pertempuran dengan komunis di Sibu, Sarawak.
  • 10 Julai - Konst. Raut bin Ismail dari Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Ukur di Sempadan Thailand.  
  • 12 Julai - C/Insp. Chin Chin Kooi dari Cawangan Khas Polis ditembak mati oleh 2 penjenayah dipercayai Komunis dirumahnya. Beliau telah dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). 
1973
  • 24 Mac - Rjr Nazaldin bin Kassim dari Rejimen Renjer terkorban dalam pertempuran di Ulu Muda, Gubir, Kedah. Dikurniakan pingat PGB.
  • 7 April - Ops Marcup 1 di Lundu Sarawak dimana anggota Kompeni D dari Batalion 2 RAMD terlibat dalam pertempuran dengan komunis. Kapten Hamid bin Awang dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
  • 10 April - Pasukan Polis Hutan berjaya membunuh 6 pengganas komunis di Sg.Kemena, Sebauh, Bintulu, Sarawak. Insp. Reggie ak Deli dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa. 
  • 14 Mei - 3 anggota Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Ngayau di Sarawak. 
  • 26 Julai - Sgt. Lee Han Cheong dari Pasukan Polis Hutan dibunuh oleh pengganas komunis di Bidok. 
  • 8 September - Lt Muda Abdul Hamid bin Ismail dari Batalion ke 3 RAMD terkorban dalam pertempuran di Baling, Kedah. Beliau telah dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP).
  • 20 Oktober - Perjanjian MoU antara kerajaan Sarawak dengan Bekas Pengganas Komunis Bong Kee Chok dari Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) di Seri Aman, Sarawak. 
  • 22 Oktober - Det. Sjn. Chong Kek On dari Cawangan Khas PDRM dibunuh oleh pengganas komunis di Sungai Siput, Perak. 
1974
  • 3 Januari - Det. Sjn. Lau See Kaw mati ditembak oleh komunis di Malim Nawar, Perak ketika dalam tugas. 
  • 11 Januari - Kapt. Shanmuganathan a/l E. Rampoo dari Platun 6, Kompeni B, Batalion 5 Rejimen Renjer terkorban dalam pertempuran ketika Ops Indera di Sungai Liang, Raub, Pahang. Dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani bersama Allahyarham Renjer Mat Isa Hassan
  • 2 April - Det.Sjn. Major Lee Yoon Chin dari Cawangan Khas PDRM ditembak mati oleh komunis di Melaka. 
  • 24 April - Detektif Ong Soon Chua  dari Cawangan Khas PDRM ditembak mati oleh komunis di Chemor, Perak. 
  • 7 Jun - Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim ditembak mati oleh Komunis di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. 
  • 27 Ogos - Komunis telah menyerang pekerja-pekerja Projek Pembinaan Lebuhraya Gerik - Jeli (Timur-Barat) - 3 pekerja JKR terbunuh dan beberapa lagi cedera. 
1975
  • 31 Mac - Komunis melancarkan serangan mortar di Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia di Kuala Lumpur. 
  • 6 April - 2 anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis (PARAKU) di Sg. Setabau, Sibu, Sarawak. Konstable Nuing ak Saling yang terkorban dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P). 
  • 17 Mei - Pegawai Polis Cawangan Khas Leong Ming Kwong dibunuh oleh komunis di Langkap, Perak. 
  • 20 Mei - Detektik Ong Teng Chin dari Cawangan Khas PDRM dibunuh oleh Komunis di Ipoh, Perak.
  • 18 Jun - 8 anggota Pasukan Polis Hutan terkorban dalam serang hendap komunis dalam Ops Ukur di Sadau, Thailand. 
  • 19 Jun - 8 anggota Pasukan Keselamatan dan 3 orang awam terkorban dalam serangan hendap komunis di Kubang Pasu, Kedah. 
  • 3 Ogos - ASP Zamri bin Ishak dari Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Bamboo. 
  • 14 Ogos - 2 anggota Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Sawadee. 
  • 15 Ogos - Pengganas komunis melancarkan serangan roket di rumah perwakilan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Ipoh, Perak. 
  • 27 Ogos - Tugu Negara di Kuala Lumpur diletupkan dengan bom oleh pengganas komunis. 
  • 28 Ogos - 4 anggota Polis dari IPD Grik terkorban dalam serangan hendap komunis ketika menghantar bekalan makanan kepada Troop VAT 69 di Pos Kawalan Temenggor. 
  • 3 September - Kem Briged Tengah Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling (kini Jalan Tun Razak), Kuala Lumpur diserang pengganas komunis. 2 anggota PPH terkorban. 
  • 4 September - ASP Mohd Zabri B. Abdul Hamid dari VAT 69 PDRM terkorban akibat terpijak jerangkap Samar di Grik, Perak. Dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa. 
  • 13 November - Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong ditembak mati oleh Komunis di Ipoh, Perak. Turut terkorban ialah pemandu dan pengiring beliau Sjn Yeung Peng Chong. 
1976
  • 26 April - 11 anggota pasukan keselamatan terkorban dalam nahas pesawat Nuri TUDM yang ditembak jatuh oleh Komunis di hutan Gubir, Kedah - Soscili 
  • 10 Mei - Konst. Rani Bin Abd Ghani dibunuh oleh pengganas Komunis di Balai Polis Simpang Pertang. 
  • 3 Jun - 4 anggota Polis sedang dalam latihan terkorban dalam serangan komunis di Bukit Keramat Pulai. 2 diantara mereka menerima Pingat Panglima Gagah Berani
  • 25 Jun - P/Insp. Mat Zin bin Mat Yassin terkorban dalam cubaan menangkap 4 ejen Komunis di Pasir Pinji, Ipoh, Perak. Beliau dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P).
  • 15 Ogos - Pbt. Lelias bin Ibrahim dari Rejimen Askar Wataniah telah berjaya membunuh 3 pengganas komunis. Dikurniakan pingat PGB dan merupakan penerima pertama dari Rejimen Askar Wataniah. .
  • 27 Ogos - Det.Kpl Gan Cheng Tack dibunuh oleh 2 pengganas komunis di Tampoi, Johor. 
  • Major Zainal Abidin bin Abdul Rashid dari 17 RAMD terkorban Ops Gubir II dan dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa. 
1977
  • 14 Februari - Serangan hendap komunis di Hutan Air Kala, Grik, Perak. Lt. Muda Panir Chellvum a/l Velaithan  dari Batalion 3, Rejimen Renjer dikurniakan pingat PGB atas keberaniannya. 
 1978
  • 5 Januari - 2 anggota Pasukan Polis Hutan terkorban dalam serang hendap komunis di Sungai Ruan, Pahang. 
  • 25 Februari - Konst. Hussein bin Ali dari Unit Rondaan Mobil PDRM dibunuh oleh komunis di Seremban, N.Sembilan. 
  • 17 Jun - 5 anggota Pasukan Polis Hutan terkorban dalam pertempuran dengan komunis di Kroh, Ulu Perak. 
  • 28 Ogos - PC 62209 Mandi ak Itam Tamboo anggota VAT 69 terkorban dalam Ops Hentam Sedar 4 di Kulim,Kedah. 
  • 19 Oktober - PC 62195 Bah Tradel ak Din anggota VAT 69 PDRM terkorban dalam Ops Setia 21/78 di Tapah, Perak. 
1979
  • 20 Julai - Komunis menyerang hendap satu konvoi menghantar pesakit dari Baling ke Kroh (sekarang Pengkalan Hulu) yang iringi oleh 'B' Skuadron 2 Rejimen Peninjau DiRaja. 3 anggota tentera dan 2 orang awam terbunuh. 
  • 16 September - Konst. 59367 dari Pasukan Polis Hutan terkorban dalam operasi di Ulu Rening, Kuala Kubu Bharu, Selangor. 
1980 
  • 28 Januari - Kont. Yub bin Gedu anggota VAT 69 PDRM terkorban dalam Ops Setia 2/80 di Tanah Hitam, Chemor, Perak. 
  • 19 Februari - Unit Combat Intelligence Squad (UCIS) dari Batalion 8 Rejimen Renjer diketuai oleh Sjn. Kanang ak Langkau berjaya membunuh 5 pengganas komunis di Tanah Hitam, Chemor, Perak. Sjn Kanang dikurniakan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa. 
  • 9 Jun - Insp. Gunasegaran Naidu a/l Ratinum anggota Senoi Praaq PDRM terkorban dalam Ops Bamboo di Ulu Kelantan. Beliau dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P).
  • 31 Ogos - Konst. 72218 Arzimi bin Maarof dari Pasukan Polis Hutan terkorban dalam Ops Ukur di Sempadan Malaysia-Thailand. 
1983
  • L/Kpl Saimon Tarikat Unit Khas Perisikan Tempur terkorban dalam pertempuran di Kuala Klawang, N. Sembilan dan dikurnikan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa. 
1984 
  • 9 September PC Zainuddin bin Hassan dan Kpl Mansor bin Zainuddin anggota VAT 69 PDRM terkorban dalam serangan komunis di Hulu Kinta, Perak. 
1988 
  • 2 Mac - Chong Chor Ketua Unit Penggempur ke 6 PKM ditangkap oleh Polis Cawangan Khas di hadapan kedai Globe Silk Store di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Insp. Voon Ken Hong dari Pasukan F, Cawangan Khas E3 (M) PDRM dikurniakan pingat PGB. 
1989
  • 9 November - 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) terkorban apabila Helikopter Sikorsky S61 Nuri TUDM ditembak jatuh oleh komunis di Gunung Gerah berhampiran sempadan Perak - Kelantan. 
  • 2 Disember - Perjanjian PKM di Hatyai, Thailand - berakhirnya era Komunis di Malaysia. 
Ref: 
3.  Rejimen Askar Melayu DiRaja 1933 - 1968 - Syed Othman Syed Omar : Penerbitan Universiti Malaya, 2005.
4. The Struggle for Malaysian Independence - J.J. Raj (JR) - MPH Publishing, 2007

Kemaskini :
Hj Zulheimy Bin Maamor, Lembah Keramat, Kuala Lumpur
6 Oktober 2022 :3.10 am

(Jika ada yang ingin share, dibolehkan tetapi sila nyatakan dari sumber perkongsian sebagai menghagai usaha dan penat lelah saya mengumpulkan data dan maklumat ini... Terima kasih)



No comments: