Wednesday, 12 March 2025

Barat Terkedu Melihat Bangsa Melayu

Sumber Legasi Pemikir 

Oleh: Abu Amru Radzi Othman
4 May 2019

Mereka jujur mengatakan bahawa mereka itu tidak memiliki apa-apa berbanding bangsa Melayu.

Pada 28 Jun 1511, Giovanni De Empoli, melihat dengan mata kepalanya kehebatan dan keagungan Melaka.

Lihat apa yang dia ujarkan: "kami tidak ada apa-apa nilai jika dibandingkan", malah jutawan dan pedagang dari India pun gagal menyaingi Melaka.

Kehebatan Perdagangan bagi Bangsa Melayu - Islam itu digambarkan dengan jujur oleh Giovanni:

"Lebih 2000 kapal dagang boleh berlabuh di Perlabuhan ini".

Bayangkan, bagaimana hendak menguruskan 2000 kapal dengan barang dagangannya serentak di Melaka pada zaman itu; melainkan bangsa kita memiliki kemahiran yang tinggi tentang ilmu pengurusan dan pentadbiran serta perancangan logistik.

Dan bayangkan, sebesar mana Perlabuhan Melaka jika mampu menerima 2000 kapal penuh muatan serentak.

Malah, pedagang Melayu Pegu dan beberapa wilayah Kepulauan Jawa, mereka akan menjual barang dagangan mereka semuanya termasuk jong besar. Maknanya Melaka juga memiliki "Pasar Kapal".

Kekayaan, kehebatan, keagungan dan keilmuan serta kecanggihan yang dimiliki oleh bangsa kita, menyebabkan Barat kepingin untuk menakluk dan merebut semua hal tersebut.

Kitab-kitab kita dicuri dan dirampas, karam sebuah kapal besar di laut yang termuat segala ilmu dan kemahiran bangsa kita.

Yang dinyatakan selamat sampai ke Barat khabarnya sekitar 6000 naskah terdiri dari pelbagai disiplin ilmu.

Barat membuat satu undang-undang jahanam dan gila melalui UNISCO: "manuskrip yang gagal dituntut dalam masa 100 tahun maka ia akan jadi milik negara tersebut" padahal kitab kita telah dicuri sejak kurun 16 dan kita hanya merdeka pada kurun 20.

Malah jika hendak melihat manuskrip itu, mereka memiliki hak untuk menyajikan beberapa halaman sahaja kepada kita, bukan keseluruhan manuskrip.

6000 naskah adalah yang mereka akui wujud, padahal kemungkinan lebih banyak manuskrip yang mereka miliki tetapi mereka senyap kan.

Namun semua penerangan ini bukan bertujuan menjadikan kita kuat berkhayal mengenang masa lalu sambil tersenyum.

Paparan diatas adalah bertujuan sebagai pemangkin untuk kita bangkit dan berdiri memajukan bangsa dan agama kita kembali.

Copy and paste:
12/3/2025: 11 Ramadan 1446H: 4.57 p.m

No comments: