Saturday, 22 March 2025

TADABBUR KALAMULLAH RAMADAN


"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu"
[Surah al-Baqarah 168]
Sikap materialistik telah menguasai diri... Orang Islam mutakhir ini ramai yang ketandusan rohani akibat sikap ini... seolah-olah matlamat menghalalkan cara....tidak lagi peduli dari mana datangnya sumber rezeki mereka...
Rasulullah SAW dalam sebuah hadis pernah mengatakan setiap daging yang terbina daripada harta haram maka neraka lebih layak untuknya.... Nauzubillah...
Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram akan dibakar oleh api neraka...
Syaitan berusaha agar kita terlibat dengan pekerjaan yang haram, beroleh rezeki yang haram dan memasukkan makanan yang haram ke dalam mulut kita, isteri dan anak-anak kita lalu mengalirlah darah yang haram ke seluruh tubuh badan kita serta nanti akan dihumban bersamanya dalam neraka.
Zaman mutakhir ini seolah-olah yang haram itu Babi sahaja... yang lain semua boleh.... rasuah boleh, pecah amanah boleh.....
Tak percaya? Siapa yang mutakhir ni banyak ditangkap pecah amanah dan rasuah..... mereka adalah orang-orang yang diberi amanah namun pecah amanah dan mengambil rasuah, majoriti mereka Melayu Islam..... sedihkan....
Sebabkan pecah amanah dan rasuahlah pendatang asing bermaharaja lela di negara kita, besar kepala malah semakin berani menghina orang tempatan, berniaga sesuka hati, semakin ramai pendatang bolos masuk ke negara kita... ada yang datang melancong tak balik-balik...
Apa gunanya setiap tahun menyambut kemerdekaan kita begitu bangga nak tunjuk pada dunia dalam perarakan Hari Kebangsaan dengan masing masing Jabatan dan Formasi nak menunjukkan aset aset mereka yang canggih dan anggota-anggota yang sado dan berbadan sasa... tapi pendatang asing tanpa izin makin ramai masuk.... bot bot mereka boleh lolos perairan negara tanpa dikesan.... makin ramai yang berniaga sesuka hati seolah-olah negara kita tidak ada penguatkuasa atau PBT itu hanya untuk rakyat tempatan....
Kalau lihat media sosial banyak yang didedahkan oleh orang awam... tapi akhirnya semua berlalu begitu sahaja....
Bila keluar dalam TIktok atau FB.. bersegera tindakan diambil... lepas tu senyap balik....
Kadang rasa rindu zaman 70 an 80 an dan 90 .... ketika negara tidak dibanjiri warga asing yang semakin melambak dan membimbangkan.....
Yang mampu dibuat sekarang ini ialah berdoa kepada Allah swt... agar negara kita dijauhi dari sebarang musibah akibat kerakusan manusia yang di bahu mereka terpikul amanah yang dijunjung....
Allahuakbar.... nasihat buat diri sendiri dan sahabat semua....
Pastikan makanan dan minuman yang disuap ke dalam mulut kita, isteri kita, anak-anak kita dan seluruh ahli keluarga kita, ketika berbuka puasa dan di sepanjang kehidupan kita datang dari sumber yang halal serta pastikan makanan itu benar-benar halal, baik, berzat dan berkhasiat.

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
22 March 2025 : 8.56 p.m


No comments: