TEORI ASAL USUL MELAYU
- Asmah Hj Omar : menyatakan bahawa lokasi bahasa Proto-Austronesia terletak di Dataran China yang dikenali sebagai Yunan.
- Eusibio Dizon : Menyokong "Theory of Taiwan" oleh Peter Bellwood dan menjelaskan orang Melayu keluar dari Taiwan sejak 6,000 tahun lalu.
- Habib Abdullah Bin Abu Bakar al-Hadad: Kitab Sejarah Keturunan Raja-Raja Bugis : mengesahkan bahawa nasab keturunan rumpun Melayu Bugis adalah hasil perkahwinan Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Balqis.
- Issobel Dyen : "Theory Out of New Guinea" (1965) > Pelopor "Theory Out of New Guinea" pada 1965, teori asal usul bangsa Melayu dari New Guinea.
- P.Sarasin & S.Sarasin mengemukakan hipotesis asal usul Melayu dari Tanah Besar Asia atau Asia Tengah dan disokong oleh R.H. Geldern pada tahun 1932.
- Peter Bellwood:
- "Theory out of Taiwan" (1997) dalam bukunya "The Austronesian" > Orang Melayu berhijrah dari Taiwan, teori ini turut dikenali dengan nama "Teori Keretapi Ekspress ke Polinesia".
- Telah wujud sebuah tamadun di pesisir pantai Vietnam iaitu Tamadun Sa Huynh sekitar 1000SM sehingga 100SM (M.A.Ishak, 2009) yang merupakan permulaan kepada tamadun Melayu Champa.
- Prof. Ralph Olssen dalam "Book of Mormon" telah menyatakan bahawa ibu segala keturunan Manasseh adalah orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Manasseh adalah salah seorang dari 2 anak Nabi Yusuf a.s. iaitu Manasseh dan Ephraim .
- Raymond Kent menyatakan bahawa berkemungkinan besar memang wujud Bangsa Zanj yang merupakan percampuran darah diantara suku-suku tempatan Afrika dengan orang-orang Nusantara.
- Robert Dick Read menyatakan bahawa Bangsa Zanj yang sering disebut oleh pengembara Arab dalam catatan mereka di Afrikat Timur adalah bangsa Nusantara.
- Sultan Takdir Alisjahbana menyatakan bahawa Bangsa Selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Selatan Filipina berasal dari rumpun bangsa yang satu.
- Teks Melayu Tertua adalah Inskripsi "Batu Bersurat Kedudukan Bukit" tahun 682M dijumpai di Palembang oleh M.Batnburg pada 29 November 1920.
- Teori Pentas Sunda: digunakan oleh Anthony Reid untuk menentukan kawasan geografi Alam Melayu.
- Theory Out of New Guinea : diterbitkan pada 1965.
- Theory out of Nusantara: J. Crawfurd, K. Himly, Sultan Takdir Alishahbana & Gorys Keraf > Orang Melayu tidak berasal dari mana-mana berasal dan berkembang di Nusantara. 'Nusantara' berasal dari perkataan 'Nusa' dan 'Antara' yang bermaksud satu benua terdiri dari pulau-pulau.
- Theory Out of Sundaland : Dr. Stephen Oppenheimer - berdasarkan analisis DNA, arkeologi dan etnologi, Asia Tenggara adalah pusat awal peradaban dunia yang dinamakan Sundaland sekitar 16,000 tahun yang lalu.
- Theory Out of Taiwan (1997) : Peter Bellwood - berdasarkan penyelidikan bahasa Austronesia oleh Pakar Linguistik Amerika Syarikat Robert Blust. Menurut beliau bahasa Austronesia termasuk dalam bahasa Malayo-Polynesia berasal dari Taiwan. Teori beliau ini juga dikenali dengan 'Teori Keretapi Ekspress ke Polinesia'.
- Theory Out of Yunan (1889) : Hendrik Kern & Robert von Heine Geldern > kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunnan di China telah berhijrah dan menduduki Asia Tenggara.Teori ini disokong oleh R.H Gelden, J.H.C Kern, J.R. Logen, Slametmuljana & Asmah Hj Omar. Teori ini disangkal dari hasil Kajian UKM yang mengesahkan rumpun Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu sejak lebih 40,000 tahun yang lalu.
- The Seafarers Theory : diterbitkan pada 1965.
- Teori Wallace Line (1859): hasil kajian Alfred Russel Wallace terhadap kepelbagaian spesies flora dan fauna di Nusantara.
- Teori Linguistik: menentukan keberadaan dan liputan kawasan alam Melayu menggunakan indikator bahasa yang digunakan. Sebanyak 1,200 varian bahasa Malayo-Polynesia digunakan di segenap kawasan Malayo-Polynesia atau Austronesia ini.
- Van Rongkel > orang Melayu berasal dari Asia Tenggara dan tergolong dalam kumpulan bangsa dan bahasa Austronesia atau Malaya-Polinesia.
- W. Eliotscot : dalam bukunya "The Story of Atlantis and The Lost Lemuria" > Lemuria wujud di wilayah Nusantara.
- William Solheim: dalam "Theory out of Island Origin" :
- Induk bahasa Austronesia adalah di kawasan pesisir Pantai Vietnam.
- Percaya bahawa kronologi pembentukan kaum Proto – Austronesian bermula di Champa dan Semenanjung Malaysia.
- Menggunakan istilah “Nusantao” (Orang di Kepulauan di Melayu Nusantara), dan mengklasifikasi mereka moyang asli orang Asia Tenggara.
ISTILAH MELAYU DARI CATATAN LUAR
- Catatan Dinasti Yuan (1271-1368M) dan Dinasti Ming (1368-1644M) perkataan 'Ma-La-Yu' terdapat dalam teks-teks sejarah China. Panggilan Melayu berbeza-beza mengikut zaman setiap Dinasti seperti Bok-la-yu, Mok-la-yu, Ma-li-ye-er dan Oo-la-yu.
- Catatan Dinasti Yuan terdapat istilah Ma-li-yu-er merujuk sebuah Kerajaan di Tanah Melayu yang menghadapi ancaman Kerajaan Sukhotai
- Catatan Ibnu Yusuf dalam Kitab 'Permata Yang Hilang' ada kemungkinan nama Melayu berasal dari perkataan 'Malai-Ur' sempena nama Kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim a.s.
- "Catatan Perjalanan Marco Polo" > beliau membuat rujukan kepada sebuah kerajaan bernama "Malauir" di Pulau Sumatera.
- G.E. Gerini: menganggap istilah "Meleu-Kolon" oleh Ptolemy berasal dari perkataan Sanskrit iaitu "Malayakom" atau "Malaikurram" yang merujuk kepada Tanjung Kuantan.
- Istilah 'Bhumi Malayu' terukir di Prasasti Padang Roco bertarikh 1286M merujuk kerajaan Dharmasraya.
- Istilah 'Malayur' tercatat di Tembok Selatan Kuil Brihadeeswarar di Tamil Naidu, India. Ia dinyatakan sebuah kerajaan dari Semenanjung Tanah Melayu yang jatuh ke tangan Rajendra Chola adad ke-11 Masehi.
- Istilah 'Melayu' muncul pertama kali kira-kira 100-150M dalam karya Ptolemy bertajuk 'Geographike Sintaxis' yang menggunakan istilah 'Meleu-Kolon' (Teluk Melayu). G.E. Gerini menganggap istilah itu berasal dari perkataan Sanskrit iaitu 'Malayakom' atau Malaikurram yang merujuk kepada Tanjung Kuantan. Manakala Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.
- Istilah 'Mo-lo-yu' disebut oleh I-Tsing pengembara China dan Sami Buddha dari Dinasti Tang yang melawat Asia Tenggara sekitar 688-695M. Catatan China juga mengatakan bahawa terdapat 30 buah Negara kota Melayu berdiri sepanjang Tanah Melayu.
- Inskripsi Cola : Abad ke 11 Masihi berkaitan dengan serangan Cola ke atas Kepulauan Melayu disebut nama Malaiyar.
- Inskripsi Madigiriya : diukir oleh Mahinda VI Raja Kerajaan Polonnaruwa Sri Lanka > memuji Raja Srivijaya yang membebaskan Sri Lanka dari Raja Chola.
- Kun-lun > Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai "Kun-lun" dalam beberapa catatan China. Pada 750M, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai orang Brahmin, Parsi dan Kunlun di Guangzhou.
- Malayapura tersebut dalam Inskripsi Amoghapasa bertarikh 1347M secara literal bermaksud "Kota Melayu"
- Martianus Heraclea, seorang pencatat Yunani didalam "Periplus of the Erythrean Sea", kedudukan 'Semenanjung Emas' (Tanah Melayu) terletak diantara benua India dan China.
- Ramayana > dalam epik Ramayana ada disebut Suvarnabhumi (Land of Gold) dan Suvarnadvipa (The Golden Island or Peninsula) MalayDvipa yang bererti Pulau atau Semenanjung Melayu. merujuk Semenanjung Tanah Melayu.
- Robert Dick Read: Bangsa Zanj yang sering disebut oleh pengembara Arab dalam catatan mereka di Afrika Timur adalah bangsa Nusantara.
- Roland Bradell (Dato' Sir) :
- menganggap istilah 'Meleu-kolon' yang dinyatakan oleh Ptolemy merujuk kepada Tanjung Penyabung.
- Beliau juga menegaskan kepentingan Funan dalam kajian berkaitan Srivijaya.
- Rounsevelle Wildman seorang penulis terkenal Amerika Syarikat telah menemui sekeping logam di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dikeluarkan didapati mengandungi emas.
- Semenanjung Emas (Bahasa Greek: Chersonesus Aurea; Khersonese Emas) ialah nama lama yang digunakan untuk merujuk Semenanjung Tanah Melayu oleh Claudius Ptolemy, seorang tokoh Yunani. .
- Valery Yakovlevish Bryusov : Penyair Rusia dalam "Malay Song" yang ditulis pada tahun 1909 seseorang boleh melihat banyak rujukan ke pulau-pulau Kepulauan Melayu seperti bau bunga Chempaka, buah tin, pisang, pandan, kelapa, sawah padi, harimau di dalam hutan dan ombak putih di laut.
- Van Rongkel: Orang Melayu berasal dari Asia Tenggara dan tergolong ke dalam kumpulan bangsa dan bahasa Austronesian atau Malayo-Polinesian.
- Vayu Purana sebuah Kitab Hindu dalam Bab 48 yang ditulis pada zaman Gautama Buddha terdapat perkataan Malay Dvipa yang merujuk kepada Tanah Melayu.
- Wilhelm Schmidt: ahli antropologi Austria yang memperkenalkan istilah "Rumpun Austronesia" pada tahun 1899.
- Xuanzang : Sami Buddha dari China yang mencatatkan nama sebuah tempat bernama Mok-La-Yu dipertengahan perjalanannya ke India.
- Zakaria Ali : Dalam "Islamic Art in Southeast Asia 830 A.D - 1570 A.D Halaman 189-204 menyatakan bahawa Kedah Tua begitu masyur di kalangan pedangang Arab sebagai tempat membuat pedang yang berkualiti di mana mereka memanggilnya sebagai Pegang Qala'i.
RUJUKAN:
- BIBLIOGRAFI - ALAM MELAYU, BAHASA, TAMADUN DAN SEBAGAINYA.
- RUJUKAN KAJIAN & CATATAN MENGENAI MELAYU : BAHASA, BANGSA, TAMADUN DLL..
- TRACING THE MALAYS IN THE MALAY LAND
- Abdullah Sidek : Membongkar Misteri Bangsa Melayu: Perihal Melayu yang perlu kita Tahu - Hijaz Records Publishing, 2020.
- Alan Teh Leam Seng : Old-New History of Ancient Kedah - New Straits Times,2017.
- Farahana Shuhaimi : Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka - Patriots Publication, 2018.
- Hadi Fayyadh : The Last Kingdom: Skyfall & Ghost Protocol - Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd, 2018.
- Hasanuddin Yusof : Teknologi Kesultanan Melaka: Membongkar Keagungannya Berdasarkan Catatan Portugis - Penerbitan Alami Sdn Bhd, 2017.
- Hasanuddin Yusof : Menjejak Hubungan Daulah Uthmaniyah & Kesultanan Melaka - Penerbitan Alami Sdn Bhd, 2018.
- Prof. Dr. Hashim Musa & Dr. Rohaidah Kamarudin : Hang Tuah - Catatan Okinawa - Penerbitan UPM,Serdang, 2015.
- Leonard Y. Andaya : The Search for the 'Origin' of Melayu > Journal of Southeast Asian Studies, , 32 (3) pp 315-330 October 2001 (NUS)
- Lynda N. Shaffer: Maritime Southeast Asia to 1500 : London: M.E. Sharpe (1995)
- Lynda N. Shaffer : Southernization : Journal of the World History Vol.6 (1994)
- Datin Hjh Ruslaini Othman : Membongkar Misteri Hikayat Melayu : Antara Yang Tersurat dan Yang Tersirat - Hijaz Records Publishing (2018).
- Sarah Kamal : Misteri Kisah Lagenda Melayu - Hijaz Records Publishing (2021).
- Srikandi, Al-Semantani & Inbu-Rusydi : Membongkar Rahsia Dunia Melayu, Peribumi Asia Tenggara, Menjawab Kekeliruan Sejarah - HR Publishing (2015).
- Srikandi : Baiduri Segala Permaisuri : Koleksi Catatan Cik Srikandi - Terkfaktab Media (2016).
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim: Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang: Empayar Lemuria - Hijaz Records Publishing (2019).
- Syed Mahadzir Syed Ibrahim: Henry The Black, Panglima Awang : Pelayar Melayu Pertama Mengeliling Dunia - Hijaz Records Publishing (2020).
- Tun Suzana Tun Othman & Hasanuddin Yusof : Rahsia Penaklukan Melaka 1511 - Penerbitan Alami Sdn Bhd (2020)
- Liaw Yock Fang : Naskah Undang-Undang Melaka: Suatu Tinjauan, 2007.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, Kuala Lumpur
18 September 2022 : 10.16 am
No comments:
Post a Comment