Monday, 17 October 2022

KEKELIRUAN TERHADAP KEWUJUDAN BAHASA SANSKRIT

Oleh Prof. Dr. Solehah Yaacob

Terdapat kekeliruan oleh sesetengah pihak tentang asal usul bahasa Sanskrit. Hakikatnya bahasa ini secara rasmi digunakan setelah kelahiran Buddha sekitar 502 Sebelum Masihi, bermakna di kurun yang ke 5 Sebelum Masihi.
Setelah itu, Guru terkenal Bahasa Sanskrit bernama Panini yang hidup sekitar kurun ke 5 Sebelum Masihi hingga kurun ke 4 Sebelum Masihi telah mencipta kaedah grammar di dalam bahasa Sanskrit. Panini merupakan bapa falsafah bahasa Sanskrit di mana beliau orang pertama mencipta Lexicography (Kaedah Kamus Grammar) untuk bahasa Sanskrit.
Apa yang menarik di sini penggunaan bahasa Pali dan Pakrit merupakan penggunaan asas dalam bahasa Sanskrit atau ia terevolusi dari bahasa Sanskrit (initial influence). Di mana Pali kebiasaan digunakan oleh penuntut agama Buddha yang lelaki dan Pakrit oleh penuntut agama Buddha yang perempuan.
Bagaimana pula terdapat dakwaan yang mengatakan bahasa Sanskrit ini muncul semenjak 6000 Sebelum Masihi lagi? 
Sudah tentu jawapan nya tidak logik. Ini kerana tulisan tertua di dunia yang diiktiraf oleh ahli Akademik (bukan dari GOOGLE) adalah tulisan di atas batu bersurat Epik Gilgamesh yang bertarikh sekitar 4000 Sebelum Masihi (sila rujuk Milhamah Gilgamesh yang ditulis oleh Taha Baqir, The History Begins At Sumer yang ditulis oleh S. N. Kramer).

Justeru bagaimana pula dakwaan yang mengatakan Bahasa Sanskrit muncul semenjak 1500 Sebelum Masihi? 
Jawapan mudah saja, 1500 Sebelum Masihi itu bukan bahasa Sanskrit secara rasmi kerana ia tiada tulisan, ia hanya bahasa percakapan.

Oleh itu mengapa pula ia disebut Sanskrit? 
Hakikatnya ia bukan Sanskrit atau sesetengah pandangan dalam GOOGLE menyebut Klasik Sanskrit. Penggunaan istilah yang kurang tepat oleh GOOGLE tentang bahasa Sanskrit atau Klasik Sanskrit menyebabkan pembaca tegar rujukan GOOGLE amat berpuas hati dengan dapatan mereka.
Sebelum kelahiran Buddha penduduk utara India dikenali sebagai orang-orang Aryan yang menetap di sekitar Himalaya sehingga ke teluk Vidyan merupakan orang-semitik (kenyataan ini tidak terdapat dalam penulisan Orientalis). Orang Aryan atau الآريون merupakan mereka yang menganut agama Hanif Nabi Ibrahim a.s (kenyataan ini juga tidak terdapat dalam penulisan Orientalis).
Penulisan kitab-kitab suci mereka ditulis dalam bahasa Mittani (ini dinamakan oleh Orientalis dan penulis Barat sempena nama raja yang memerintah di kawasan Syria dan Utara Iraq). Hakikatnya ia adalah tulisan Mismariyyah atau tulisan paku. Ia merupakan tulisan di dalam bahasa Akkadiah, Babylon, Assyria dan Kildan.
Jadi bagaimana dengan 1500 Sebelum Masihi itu tadi? Untuk menjawab soalan ini dengan lengkap ia perlu kepada penerokaan bangsa apakah yang mula-mula mencipta tulisan Latin? Bangsa yang mula-mula mencipta tulisan Latin ialah bangsa Phonecian (penduduk yang tinggal di sekitar Palestin dan Lubnan sekarang ini).
Bagaimana pula GOOGLE mengatakan Bahasa Sanskrit terhasil dari bahasa Greek, Latin atau juga disebut Indo-European, Indo Iranian atau Indo Aryan? Sebenarnya bahasa-bahasa ini banyak terpengaruh dengan tulisan Semitik. Pada peringkat awal tulisan Greek ini dari kanan ke kiri (sila lihat Barry B.Powel Homer: Iliad & Oddesey).
Justeru kita dapati perkataan Alpha, Beta, Theta dll merupakan ALIF BA` TA`. Untuk menjaga kedudukan bangsa Eropah mereka menukar cara penulisan dari Kiri ke Kanan (untuk mengelak keserupaan dengan bangsa Semitik).
Hasil dari tindakan-tindakan yang begini, kita jarang mendapati bahawa bahasa Sanskrit adalah susur galur Bahasa Phonecian (mungkin ada di sebahagian link yang akademik). Oleh itu banyak ensiklopedia terkenal seperti Britanica mendakwa 1500 Sebelum Masihi itu bermula Verdict Sanskrit (tulisan Sanskrit dalam Veda) betul ke itu?
1400 Sebelum Masihi Rig Veda baru ditulis bertujuan untuk mengumpulkan 1028 hymns `For the student of language the Brahmanas possess the highest interest, they are perfect mines of philological specimens, they show a great variety of forms which are transitional between the language of the RIG-VEDA and the LATER CLASSICAL SANSKRIT` (E.J.Rapson, Ancient India From the Earliest Times to the First Century A.D.).
Dari Kenyataan ini bahasa kitab RIG-VEDA yang paling awal ditulis bukan dalam bahasa Klasik Sanskrit. Ini bermakna terdapat tulisan lain yang ditulis di dalam RIG-VEDA sebelum dalam bahasa SANSKRIT KLASIK.
Namun bagaimana pula terdapat bukti batu bersurat dalam tulisan Sanskrit di ensiklopedia Britanica? Itu batu bersurat sekitar 500 BCE-1 AD. Mereka hanya letak gambar sahaja untuk menunjukkan kata-kata mereka benar. Itu saja !
Justeru dakwaan yang terdapat dalam GOOGLE mendakwa bahasa Sanskrit muncul semenjak 1500 Sebelum Masihi adalah tidak benar dan tidak tepat sama sekali.
Nasihat saya kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat, rujuklah kitab-kitab besar atau rujukan yang autentik dari penulis-penulis yang berautoriti seperti penulisan-penulisan akademik atau tesis-tesis. Kerana penulisan ini tiada kepentingan menutupi kebolehan orang lain atau dengan kata mudah penulisan yang jujur dan tepat.
والله أعلم بالصواب

Copy and paste:
17/10/2022 > 20 Rabiulawal 1444H: 2.09 pm





No comments: