Absolute Monarchy: Monarki Mutlak > satu bentuk monarki di mana kedaulatan adalah satu-satunya sumber kuasa politik, tanpa sekatan oleh perlembagaan, badan perundangan atau semakan lain ke atas kuasa mereka. Negara yang mengamalkan monarki ini ialah Brunei, Eswatini (dulu Swaziland), Oman, Arab Saudi, Vatican City dan Emiriah Arab Bersatu.
Anarchism: fahaman bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan.
Anocracy: satu bentuk kerajaan yang ditakrifkan secara longgar sebagai sebahagian demokrasi dan sebahagian pemerintahan diktator, atau sebagai "rejim yang mencampurkan demokrasi dengan ciri autokratik".
Aristocracy: satu bentuk kerajaan yang meletakkan kuasa di tangan kelas pemerintah yang kecil dan mempunyai keistimewaan spt golongan bangsawan.
Authoritarianism: sistem politik yang dicirikan oleh penolakan pluraliti politik, penggunaan kuasa pusat yang kuat untuk mengekalkan status quo politik, dan pengurangan dalam demokrasi, pengasingan kuasa, kebebasan sivil, dan kedaulatan undang-undang.Contoh negara Autoritarian ialah Vietnam, Laos, Kemboja ,Myanmar dan Korea Utara.
Autocracy: satu bentuk kerajaan di mana kuasa mutlak dipegang oleh ketua negara dan kerajaan, yang dikenali sebagai autokrat.
Bureaucracy : sistem organisasi di mana undang-undang atau pihak berkuasa kawal selia dilaksanakan oleh penjawat awam, pegawai bukan dilantik, cara pemerintahan yang sangat-sangat dikuasai oleh Pegawai Kerajaan.
Capitalism : sistem ekonomi yang melibatkan sumber-sumber seperti tanah diswastakan dan dimiliki oleh golongan hartawan atau saudagar.
Chancellor : Ketua Kerajaan dibeberapa buah negara Eropah seperti Jerman, Austria dan lain-lain.
Colonialism: kawalan ke atas dan eksploitasi sumber asli dan manusia oleh kumpulan asing.
Commonwealth of Nations: sebuah persatuan antarabangsa yang terdiri daripada 56 negara anggota, yang sebahagian besarnya adalah bekas wilayah Jajahan Empayar British dari mana ia berkembang, termasuk negara Malaysia dan Singapura.
Commonwealth realm : sebuah negara berdaulat dalam Commonwealth of Nations yang mempunyai raja dan ketua negara yang sama dengan realm yang lain. Raja ketika ini ialah Raja Charles III. Kecuali United Kingdom, dalam satu sama lain, raja diwakili oleh seorang Gabenor Jeneral. Pada 2025 , terdapat 15 Commonwealth Realms, antaranya ialah New Zealand, Australia, Kanada dsb.
Communism: ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya.
Confederation: pergabungan atau gabungan antara negara, parti politik dan lain-lain.
Congress:
- Mesyuarat antara wakil-wakil pertubuhan dan lain-lain untuk membincangkan sesuatu.
- badan perundangan persekutuan di Amerika Syarikat yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Senat.
Conservative: falsafah dan ideologi budaya, sosial dan politik yang bertujuan untuk mempromosikan dan memelihara institusi, adat dan nilai tradisional.
Constitutional Monarchy : juga dikenali sebagai monarki demokrasi, adalah satu bentuk monarki di mana raja menjalankan kuasa mereka mengikut perlembagaan dan tidak bersendirian dalam membuat keputusan. Malaysian adalah antara negara contoh Constitutional Monarchy.
De Facto State : entiti politik yang mengawal wilayah dengan berkesan dan menyediakan perkhidmatan kerajaan, walaupun ia tidak mempunyai pengiktirafan antarabangsa atau legitimasi undang-undang sebagai sebuah negara.
Democracy: satu bentuk kerajaan di mana kuasa negeri terletak pada rakyat atau penduduk umum sesebuah negeri. Pencipta Demokrasi ialah orang Yunani, perkataan demokrasi berasal daripada perkataan Yunani demos dan kratos. Demokrasi ditafsirkan sebagai kuasa rakyat.
Democratic Monarchy: juga dikenali sebagai Constitutional Monarchy > satu bentuk monarki di mana raja menjalankan kuasa mereka mengikut perlembagaan dan tidak bersendirian dalam membuat keputusan. Malaysia adalah contoh Democratic Monarchy.
Dermagogue: pemimpin politik yang cuba mendapatkan sokongan orang ramai melalui ucapan dan hujahnya yang penuh emosi tetapi tidak munasabah atau tidak rasional.
Diarchy: satu bentuk kerajaan yang dicirikan oleh pemerintahan bersama (co-rule), dengan dua orang memerintah sesebuah negara bersama sama ada secara sah atau de facto, secara pakatan sulit dan paksaan. Pemimpin sistem sedemikian biasanya dikenali sebagai pengawal bersama (corules).
Dictatorship: bentuk kerajaan autokratik yang dicirikan oleh seorang pemimpin, atau sekumpulan pemimpin, yang memegang kuasa kerajaan dengan sedikit atau tiada batasan. Politik dalam pemerintahan diktator dikawal oleh diktator.
Elective Monarchy: monarki yang diperintah oleh raja yang dipilih, berbeza dengan monarki keturunan, di mana jawatan itu secara automatik diturunkan sebagai warisan keluarga. Contoh: Malaysia iaitu YDP Agong dilantik daripada 9 Raja-Raja Melayu.
Empire: empayar ialah negara berdaulat yang ketua negaranya ialah maharaja atau Maharani.
Facism : fahaman politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat. Lahir di Eropah pada abad ke-20 yang menentang liberalisme, konservatisme dan juga sosialisme.
Federal Government: Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif ke atas semua perkara yang Parlimen boleh membuat undang-undang. Negeri mempunyai kuasa eksekutif ke atas semua perkara yang Dewan Undangan boleh membuat undang-undang. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan kadangkala boleh menjejaskan kuasa eksekutif Kerajaan Negeri. Antara contoh ialah Persekutuan Tanah Melayu. Ada 27 negara Persekutuan daripada 193 negara anggota PBB, termasuk Malaysia.
Feudalism : juga dikenali sebagai sistem feudal, sistem kemasyarakat yang di kuasai oleh kaum bangsawan. Ia adalah gabungan adat perundangan, ekonomi, ketenteraan, budaya dan politik yang berkembang di Eropah Abad Pertengahan dari abad ke-9 hingga ke-15.
Hereditary Monarchy: satu bentuk pemerintahan dan penggantian kuasa di mana takhta berpindah daripada seorang ahli keluarga pemerintah kepada ahli keluarga yang sama. Satu siri pemerintah dari keluarga yang sama akan membentuk sebuah dinasti.
Imperialism: mengekalkan dan memperluaskan kuasa ke atas negara asing, menumpukan pada penubuhan atau pengekalan hegemoni dan empayar yang lebih kurang formal.
Kakistocracy: kerajaan yang dikendalikan oleh rakyat yang paling teruk, paling kurang berkelayakan, atau paling tidak bertanggungjawab.
Kingdom: merujuk kepada negara atau alam beraja yang diperintah oleh raja atau permaisuri. Ketua monarki, diwakili atau diperintah oleh raja atau permaisuri.
Kleptocracy : juga disebut sebagai thievocracy, sebuah kerajaan yang pemimpinnya korup menggunakan kuasa politik untuk merampas kekayaan rakyat dan tanah yang mereka tadbir, biasanya dengan menggelapkan atau menyalahgunakan dana kerajaan dengan mengorbankan rakyat negara itu. Dicipta oleh Stanislav Andreaki pada tahun 1966 merujuk kepada Nigeria yang mempunyai tahap korupsi yang tinggi masa itu.
Kudeta : rampasan kuasa untuk memerintah secara ganas atau tidak sah.
Liberal democracy: satu bentuk demokrasi di mana kuasa kerajaan adalah terhad, dan kebebasan dan hak individu dilindungi, oleh norma dan institusi yang ditetapkan oleh perlembagaan.
Liberalism: menekankan kebebasan individu daripada kuasa negara dan kerajaan.
Machiavellianisme : fahaman yang diasaskan oleh Niccolo Machiavelli (1469 - 1527) > matlamat menghalalkan cara - dalam buku 'The Prince' , beliau mengajar orang-orang untuk buat apa sahaja demi mencapai tujuan.
Magna Carta Libertatum: piagam hak diraja yang dipersetujui oleh Raja John dari England di Runnymede pada tahun 1215, adalah dokumen penting yang menghadkan kuasa raja dan menetapkan prinsip bahawa semua orang, termasuk raja, tertakluk kepada undang-undang.
Mercantilism: sistem campurtangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara.
Meritocracy: sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya, bukan kerana keturunan atau kekayaan.
Mixed Democracy : sistem yang menggabungkan kedua-dua ciri-ciri demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden.
Monarchy: satu bentuk kerajaan di mana seseorang raja memerintah sebagai ketua negara seumur hidup atau sehingga turun takhta.Daripada 193 negara anggota PBB, 43 adalah monarki, manakala 150 lagi adalah republik.
Montevideo Convention: 'Montevideo Convention on the Rights and Duties of States" > perjanjian yang ditandatangani di Montevideo, Uruguay pada 26 Disember 1933 semasa Persidangan Antarabangsa Amerika Syarikat ke-7. Sesebuah entiti politik diiktiraf sebagai negara apabila mempunyai penduduk tetep, wilayah yang jelas, Kerajaan dan keupayaan untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain.
Nation :merujuk bangsa - kelompok manusia yang berkongsi budaya yang sama.
Nationalisme : perasaan cinta akan negara. Seorang nasionalis selalunya merupakan seorang patriot. Tapi tak semua patriot ialah nasionalis.
Olygarchy: pemerintahan oleh segelintir > satu bentuk kerajaan di mana kuasa terletak pada sebilangan kecil orang, mungkin atau mungkin tidak dibezakan oleh satu atau beberapa ciri, seperti bangsawan, kemasyhuran, kekayaan, pendidikan atau korporat.
One-party State :struktur tadbir urus di mana hanya satu parti politik yang mengawal sistem pemerintahan. Negara satu Parti ialah buah fikiran komunis.
Parliamentary Democracy: atau Sistem Parlimen, adalah satu bentuk kerajaan di mana ketua kerajaan memperoleh legitimasi demokrasi mereka daripada keupayaan mereka untuk mendapat sokongan majoriti badan perundangan. 86 negara daripada 193 negara anggota PBB mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Patriotism: merupakan satu perasaan atau emosi yang diekspresikan sebagai tanda cinta dan sayang kepada tanah air. Ia penting dalam memastikan kedaulatan negara dipertahankan dan rakyat dapat hidup secara aman damai.
Pluralism: Pluralisme, biasanya merujuk kepada pluralisme politik, adalah teori bahawa kuasa yang dikongsi antara banyak kumpulan menghasilkan hasil terbaik dalam masyarakat dan kerajaan.
Politik :
- Berasal daripada perkataan 'polis' dan bahasa Yunani yang membawa maksud 'bandar' atau 'kota' kerana Yunani adalah asas tamadun Eropah.
- Plato (428 348 SM) dan anak muridnya Aristotle (384 - 322 SM) adalah pengasas ilmu politik.
- Buku Aristotle yang terkenal 'Politics' mengatakan "Man is by nature a political animal".
- Merupakan entiti politik yang paling utama dalam dunia
- Negara paling awal muncul adalah Mesopotamia, Mesir, India dan China.
- Negara kota pertama yang bertukar menjadi empayar ialah Akkad di Mesopotamia.
- Politik untuk Pemula - Ayman Rashdan Wong :Patriots Publishing Sdn Bhd (2021).
- Dunia tanpa Tembok I, II dan III - Ayman Rashdan Wong - Patriots Publishing Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment