Saturday, 28 December 2024

RUMAH MISTERI BANGLO BESAR YANG MEMPUNYAI 99 PINTU


Posted by: Chaa Cha
PERISTIWA N' SEJARAH : 27 August 2023

Rumah banglo ini sangatlah terkenal di Malaysia dan lokasi rumah ini terletak di Nibong Tebal , Pulau Pinang .
Kenapa rumah ni famous sangat ya ?
Kerana ada yang mengatakan bahawa rumah ini terdapat banyak kisah2 seram yang menakutkan seperti kisah pintu ke seratus yang akan muncul pada waktu2 tertentu padahal di dalam rumah banglo tersebut hanya mempunyai 99 pintu sahaja.
Rumah agam ini dibina pada abad ke 19 dan dibina di atas tanah seluas 0.5 hektar serta dikelilingi ladang kelapa sawit . Di dalam rumah ini terdapat 10 buah bilik , dewan tari dan ruang tamu . Di setiap bilik mempunyai 5-6 pintu . Fuh banyak betul ... rumah ini seram plus cantik sebenarnya sebab ukiran senibina dia dikatakan berasal dari zaman british lagi .
Siapakan pemilik asal rumah agam ini ya ? Untuk pengetahuan semua , ada yang menyatakan bahawa pemilik asal rumah ini ialah ramsen dan ada juga yang menyatakan pemilik asal rumah ini ialah carbot down .
Rumah agam ini telah ditinggalkan lebih 70 tahun yang lalu , memang patutlaa banyak penghuni misteri yang ada dalam rumah ni .
Disebabkan keseraman yang ada di dalam rumah ini , ramai pengkaji paranormal telah datang dan bukan itu sahaja , bomoh2 handal pun turut datang di rumah ini untuk membuat aktiviti ritual yang mensyirikkan .
Mengikut apa yang didengar , bomoh2 ini datang semata2 untuk menyeru orang mati dan meminta pertolongannya untuk membuka pintu yang keseratus .
Pintu yang keseratus hanya dapat dilihat oleh orang2 tertentu sahaja dan ada yang menyatakan bahawa pintu itu merupakan perantaraan antara dua alam . Mungkin alam nyata dengan alam ghaib kot .
Penduduk yang tinggal berdekatan di rumah itu ada menceritakan mereka pernah terdengan bunyi gendang , terlihat kelibat berjalan dari pintu ke pintu serta ada yang pernah kena rasuk di dalam rumah tersebut sewaktu melakukan aktiviti paranormal .
Pada tahun 2020 iaitu pada tahun ini , rumah agam cantik ini terbakar secara tiba2 tanpa mengetahui daripada mana puncanya . Kes kebakaran ini menjadi misteri sehingga ke hari ini .

Copy and paste:
28/12/2024: 11.22 p.m

No comments: