Sunday, 29 December 2024

Bagaimana BONIA Menjadi Jenama Eksklusif?


Sumber: The Patriots

Oleh: Farahi Kamaruddin
Ramai yang menyangka bahawa jenama beg yang terkenal berasal dari luar negara. Tapi, hakikatnya BONIA berasal daripada jenama tempatan, yang akhirnya berubah menjadi sebuah jenama eksklusif.
Chiang Sang Sem yang memulakan perniagaan reka bentuk, pengeluaran dan menjual produk kulit di Singapura, telah memulakan syarikat BONIA pada tahun 1974. Nama BONIA ini diinspirasikan daripada karya seni Giambologna, seorang artis Itali terkenal yang mengukir patung gangsa dan marmar dalam gaya Renaissance.
Hanya 6 tahun masa yang diambil sejak penubuhannya untuk jenama itu menjadi peneraju pasaran di Singapura dan Malaysia. Selepas kejayaannya di negara jiran, Bonia mengembangkan cawangan dan butiknya ke negara lain di seluruh Asia. Ia telah disenaraikan di bursa sekunder KLCI Bursa Malaysia pada tahun 1994, dan kemudian dipindahkan ke papan utama Bursa Malaysia.
Pada 16 Jun 1994, Chiang Sang Sem telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat. Beliau telah dilantik semula sebagai Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, dan Pengarah Eksekutif Kumpulan BONIA Corporation Berhad pada 1 September 2018, selepas melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif.
Selepas itu, Chiang Sang Sem turun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan dilantik semula sebagai pengasas Syarikat dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa 1 Januari 2020.
Rahsia utama yang menjadikan BONIA ini sebuah jenama eksklusif adalah ia mempunyai pereka yang inovatif dan kreatif dalam menghasilkan produk yang unik, dan elegan. Produk mereka juga premium dan tahan lama, yang menarik pengguna untuk membeli kerana ia sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.
Dari segi pemasaran antarabangsa dan luar negara, Bonia menggunakan pelesenan, dan pengedar untuk menguruskan jualan produk mereka melalui outlet mereka. Bonia mempunyai sejumlah besar outlet di pelbagai negara di seluruh Asia.
Namun, apa paling utama adalah prinsip yang ditekankan oleh pengasasnya, iaitu menghasilkan jenama dengan identiti moden, elegan serta kontemporari. Dan, pengasasnya juga banyak memberi keutamaan kepada pelanggan setia dengan menyediakan Program Kesetiaan pada 2009.
Bagi Chiang, matlamatnya adalah untuk menjadikan BONIA sebagai satu jenama yang dipercayai oleh semua pelanggannya, dan terus relevan bagi mereka.
___
Nak tahu bagaimana prinsip kecil boleh mencipta kejayaan besar?
THE DIARY OF A CEO yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ini ialah buku yang mendedahkan strategi dan falsafah hidup usahawan berjaya.
Pra-tempah sekarang dan ketahui rahsia di sebalik menjadi usahawan empayar berjaya.

Copy and paste:
29/12/2024: 1.05 p.m

No comments: