OLEH PROF.DR. SOLEHAH YAACOB
Transkrip Penuh Siti Khadijah dari Alam Melayu.. Selamat Membaca.. 9 Muka Surat.. Transkrip Kontekstual.. Tajuk Asal "𝗔𝗶𝗿 𝗠𝗮𝘁𝗮 𝗕𝗼𝗻𝗱𝗮: 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂."
𝗠𝗨𝗤𝗔𝗗𝗗𝗜𝗠𝗔𝗛
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, kepada penganjur program, dan kepada semua yang hadir dalam majlis ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penganjur program, terutamanya kepada pihak Masjid An Nawawi, Ambangan Heights, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati dan kasihi, sesungguhnya saya amat teruja dapat berjumpa dengan tuan-tuan dan puan-puan di sini, terutama kaum ibu yang saya telah berbual dengan mereka di masjid sebelum ini. Sehinggakan kita terlupa bahawa ada majlis di sini, ingatkan nak buat majlis di sana tadi. Bila sebut tentang Sungai Batu, semua orang ingin tahu apa sebenarnya Sungai Batu ini.
Tajuk yang diberikan kepada saya ialah "Air Mata Bonda: Peranan Wanita Islam di Bumi Melayu."
Sebelum kita berbicara tentang bumi Melayu, saya rasa eloklah saya jelaskan takrif tamadun itu terlebih dahulu. Untuk memahami tamadun di alam Melayu, kita perlu bercerita tentang nabi-nabi kerana kejadian alam ini ada tujuannya. Penciptaan alam oleh Rabbu Jalil bukan sia-sia, tetapi dengan tujuan untuk mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta menyampaikan ajaran-Nya.
Tujuan pembentukan alam ini adalah untuk mentauhidkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan kewujudan nabi-nabi adalah kewajipan untuk melaksanakan dan mengajar manusia memahami syariat Tuhan yang sebenar.
Ini bermula daripada zaman Nabi Adam Alaihissalam sehinggalah ke zaman nabi terakhir, iaitu Nabi kita, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Di antara zaman Nabi Adam dan Nabi Muhammad, banyak peristiwa berlaku dan ummah yang terdahulu.
Apakah agama anutan ummah terdahulu? 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗮𝗻𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗸𝗶𝗸𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗹𝗶𝗱 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗛𝗮𝗻𝗶𝗳, 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗯𝗯𝘂 𝗝𝗮𝗹𝗶𝗹.
Jika kita membaca buku-buku yang ditulis oleh bukan Islam, seperti tulisan orang Barat tentang alam sebelum zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, mereka lebih menumpukan kepada raja-raja dan kingdom. Mereka tidak fokus kepada nabi-nabi kerana fahaman mereka adalah begitu. Mereka mencari raja yang kuat, tetapi Al-Quran tidak begitu. Al-Quran mencari siapa yang membawa agama tauhid. Sebab itulah nama Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad disebut dalam Al-Quran kerana merekalah tonggak kepada pembentukan dunia ini.
Namun, mengapa kita menjadi seperti sekarang ini?
Ini kerana tidak ramai yang memahami maksud kejadian Allah terhadap alam ini, seperti yang disebut dalam Al-Quran. Tidak ramai yang faham kerana tidak semua orang boleh memahami bahasa Al-Quran yang tinggi itu. Jadi, mereka yang boleh faham harus mengajarkan kepada yang tidak faham, contohnya dengan mengadakan program-program seperti ini, pergi ke kampung-kampung, desa, dan negeri-negeri.
Alhamdulillah, masjid ini telah menunaikan syariat tersebut dengan melakukan sesuatu yang cukup bernas dan bernilai. Apakah yang terdapat dalam zaman nabi-nabi itu, daripada Nabi Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, sehingga ke Nabi Khidir yang sezaman Nabi Ibrahim Alaihissalam, Nabi Musa, Nabi Yusuf, Nabi Ishak, Yaakub, dan sebagainya, sehinggalah ke zaman Nabi Shuib, Nabi Ayub, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, dan Nabi Isa. Di situ, ada peranan wanita di zaman nabi-nabi. Hadis riwayat Muslim menyebut bahawa ada empat orang wanita yang akan masuk syurga tanpa syak.
Siapakah mereka?
Pertama, Maryam binti Imran, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam.
Kedua, Fatimah binti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Ketiga, Khadijah binti Khuwaylid.
Keempat, Asiah, isteri Firaun, yang dijamin Allah Ta'ala tergolong dalam empat yang masuk syurga.
Adapun Aisyah, dia merupakan faqih yang begitu mendalam ilmunya sehinggakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menyebut, "Kamu ingin belajar tentang ilmu fiqh, pergilah berjumpa dengan wanita yang mempunyai pipi merah itu," yang merupakan Aisyah, gelarannya Humaira, gelaran Rasulullah kepada Aisyah.
𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗿𝘆𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗜𝗺𝗿𝗮𝗻
Susunan wanita-wanita yang saya sebutkan tadi mempunyai zaman tertentu. Antaranya disebut kisah Maryam, bagaimana Maryam binti Imran dipelihara oleh Nabi Zakaria selepas kewafatan Imran. Zakaria memelihara Maryam kerana isteri Zakaria adalah adik-beradik kepada isteri Imran, jadi mereka adalah biras. Zakaria pula adalah keturunan dari Nabi Sulaiman.
Saya mengambil masa selama 13 tahun untuk mengumpulkan data (geneology), menulis dalam kertas majung 10-20 helai dengan pensil, kemudian memasukkan semuanya ke dalam komputer selama setahun. Kemudian, saya upah pula seorang pereka untuk tempoh dua tahun, jadi semua itu memakan masa selama 15 tahun. Data-data tersebut kini ada dalam kepala kita.
Zakaria, adalah anak cucu dari keluarga Nabi Sulaiman. Mariam Imran juga mempunyai kaitan dengan Nabi Sulaiman melalui jalur keturunan. Mariam, pada hakikatnya, adalah antara individu yang signifikan atau penting dalam ajaran syariat tauhid, walaupun beliau dikecam pada ketika itu. Yahudi sudah mempunyai pegangan mereka di Palestin pada masa itu. Beliau dikecam sehingga melarikan diri ke Mesir.
Nabi Isa Alaihissalam, pada umur 12 tahun, baru pulang ke Mesir. Maksudnya Nabi Isa AS membesar di Mesir. Ada riwayat yang menyatakan umur Nabi Isa ketika itu adalah 12 tahun, sementara yang lain mengatakan 7 tahun. Nabi Isa Alaihissalam mampu bercakap dalam pelbagai bahasa kerana pada masa itu, pemerintahan Romawi menguasai kawasan Palestin, dan Helmistik Kingdom menguasai tanah Arab sejak zaman Alexander the Great lagi.
𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗔𝗪
Kita beralih kepada tokoh kedua, iaitu Fatimah binti Rasulullah. Walaupun Fatimah adalah anak kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, beliau tetap hidup dengan penuh tawaduk. Beliau berusaha seperti ibu-ibu lain di dapur, membuat roti, memasak, dan sebagainya. Suaminya, Ali bin Abi Talib, juga bekerja keras. Walaupun mereka terkenal dan ada nama dalam Al-Quran serta di sisi Allah Ta'ala, mereka tetap kuat bekerja.
Satu kisah yang ingin saya kongsikan ialah ketika zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam. Nabi Ibrahim telah melawat Nabi Ismail, yang tinggal di kawasan Hijaz dari Palestin. Pada satu hari, Nabi Ibrahim sampai ke rumah Nabi Ismail, tetapi Nabi Ismail tiada di rumah. Nabi Ibrahim bertanya kepada isteri Nabi Ismail yang pertama. Isteri pertama Nabi Ismail, yang berasal dari kaum Jurhum, mengatakan suaminya pergi bekerja. Nabi Ibrahim bertanya tentang kehidupannya bersama suaminya, dan wanita itu menjawab bahawa hidupnya susah, makan pagi dengan kais pagi, makan petang dengan kais petang.
Nabi Ibrahim memberi pesan kepada wanita tersebut untuk memberitahu suaminya agar menukar tiang seri rumah apabila dia pulang. Apabila Nabi Ismail pulang, isteri tersebut memberitahu bahawa ada seorang tua datang dan memberi pesan supaya menukar tiang seri rumah. Nabi Ismail menyedari bahawa itu adalah ayahnya yang memberi isyarat supaya dia menceraikan isterinya. Ini menunjukkan betapa pentingnya martabat suami di mata orang lain kena dijaga. Sebab itu Fatimah menjaga.
Kemudian, Nabi Ismail berkahwin dengan isteri kedua, bernama Sayyidah. Apabila Nabi Ibrahim melawat lagi, beliau bertanya tentang keadaan isteri kedua Nabi Ismail. Isteri kedua itu menjawab bahawa suaminya seorang yang baik, menjaga ketaatan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan kehidupannya baik-baik sahaja.
Nabi Ibrahim memberi pesan kepada wanita itu untuk memberitahu suaminya agar kekalkan tiang seri rumah. Apabila Nabi Ismail pulang, isteri kedua tersebut memberitahu bahawa ada seorang tua datang bertanya tentang keadaan mereka dan memberi pesan supaya kekalkan tiang seri rumah. Ini menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim memberi petunjuk bahawa isteri kedua itu patut kekal bersamanya.
Melalui Sayyidah inilah, Nabi Ismail melahirkan 12 orang anak. Anak-anak daripada 12 orang itu ada yang berkahwin dengan abang kepada Nabi Yakub, bernama Isau. Anak mereka bernama Basmah, yang tercatat dalam catatan sejarah. Mungkin tuan-tuan dan puan-puan belum dengar kisah ini. Maka perlu faham garis masa antara Nabi Yakub, Nabi Ishak, Nabi Ismail, dan anak-anak mereka. Garis masa ini adalah sama kerana ketika Nabi Ismail Alaihissalam berumur 14 tahun, barulah Nabi Ishak dilahirkan oleh Sarah. Ada perbezaan pendapat mengenai umur Nabi Ismail, ada yang mengatakan umur 10 tahun, tetapi yang penting adalah Nabi Ismail dilahirkan terlebih dahulu.
Kisah-kisah seperti ini memberi tamparan hebat kepada kita tentang bagaimana menjaga kehormatan keluarga. Ini juga dikenali sebagai jihad. Menjaga air muka suami, ibu bapa mertua, merupakan satu bentuk jihad bagi seorang wanita. Akhlak yang begini akan melahirkan masyarakat madani, masyarakat ummah yang baik, tenang, dan tiada masalah keluarga.
𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗞𝗵𝗮𝗱𝗶𝗷𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗞𝗵𝘂𝘄𝗮𝗶𝗹𝗶𝗱
Kita pergi kepada tokoh ketiga, iaitu Khadijah Al-Khuwaylid. Khadijah adalah seorang wanita yang terkenal kerana berkahwin dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika umurnya 40 tahun, sedangkan Rasulullah berumur 25 tahun. Pada waktu itu, wanita berumur 40 tahun bukanlah sesuatu yang dianggap uzur. Khadijah adalah wanita terkaya di Kota Mekah.
Saya pernah melihat beberapa video yang mendakwa Khadijah adalah dari alam Melayu. Saya terkejut dengan pandangan tersebut kerana penulis-penulis Arab tidak menulis secara terperinci mengenai siapa Khadijah Al-Khuwaylid kerana maklumat yang ada setakat itu sahaja. Namun tiba-tiba muncul dakwaan bahawa Khadijah adalah dari sini.
Kita sedia maklum bahawa Khadijah adalah seorang wanita kaya dan mempunyai perniagaan yang besar. Pada zaman itu, perniagaan besar memerlukan emas kerana tiada Forex atau Bitcoin pada masa itu. Emas adalah sesuatu yang diminati oleh semua orang di dunia.
𝗘𝗺𝗮𝘀 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗺𝗶 𝗔𝗿𝗮𝗯, 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮. Kita di bumi emas, dan orang lain telah lama mengetahui kekayaan bumi kita, tetapi kita sendiri tidak menyedarinya. Kajian mengenai kita, dari rambut hingga ke kaki, telah dilakukan. Perkataan Mala, Melayu, Kelah sudah ada dalam manuskrip klasik. Saya sebut tentang tokoh wanita Islam ini dalam kaitannya dengan Tamadun Sungai Batu.
𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗲𝗺𝗮𝘀, 𝗯𝗲𝘀𝗶, 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗺𝗮𝗵, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗷𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮. Mengapa kita masih tidak kaya-kaya lagi?
Salah satu sebabnya ialah kerana bahan-bahan tersebut berada di dalam tanah dan memerlukan usaha saintifik untuk mengeluarkannya. Penemuan Profesor Mokhtar di Sungai Batu menggunakan karbon dating menunjukkan tarikh paling awal ialah 788 SM, iaitu zaman Nabi Ayub.
Sebelum zaman Nabi Ayub, terdapat Nabi Sulaiman sekitar 980 SM. Maaf, saya kadang-kadang lupa istilah, biasanya saya sebut sebelum Masihi dalam kuliah. Zaman Nabi Ayub adalah sekitar 788 SM, dan sebelum Nabi Sulaiman, ada Nabi Daud Alaihissalam sekitar 1,300-1,200 SM. Ini menunjukkan zaman besi yang diolah sudah lama wujud, berlaku dengan proses meteor dan sebagainya menunjukkan bahawa besi telah wujud dalam alam ini sejak sekian lama.
Tetapi, kenapa nama-nama Nabi Daud Alaihissalam yang disebut dalam Al-Quran itu ditekankan? Al-Quran menyebut bahawa Nabi Daud pandai dalam kerja besi, tetapi besi sudah wujud sejak lama sebelum zaman Nabi Daud. Nabi Daud bukan sahaja tahu membuat besi, tetapi dia pandai memprosesnya dengan tangan. Itulah sebabnya dalam Al-Quran disebutkan bahawa Nabi Daud membuat baju besi.
Dalam Surah Al-Anbiya, ayat 79, dan juga dalam Surah As-Sad, ayat 17, 18 dan 19, diceritakan tentang bagaimana Nabi Daud membuat baju besi. Untuk ketenteraan, jumlah baju besi yang diperlukan mesti lebih dari 10. Jika kurang daripada itu, ia tidak mencukupi untuk kegunaan tentera. Ketenteraan memerlukan beratus-ratus atau beribu-ribu baju besi, yang memerlukan banyak besi.
Jadi, di manakah besi yang banyak itu? Di Palestin, adakah terdapat besi yang mencukupi untuk membuat baju besi dalam jumlah yang banyak? Tidak, besi yang banyak itu tidak ada di Palestin, dan juga tidak ada di tempat lain seperti di Damascus, Mesopotamia, atau Ayaman. 𝗡𝗮𝗺𝘂𝗻, 𝗱𝗶 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗿, 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗙𝗶𝗿𝗮𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹. Tetapi saya tidak mengatakan besi itu berasal dari Sungai Batu. Tuan-tuan dan puan-puan boleh fikirkan sendiri.
Pentafsiran Al-Quran pertama yang kita miliki kini baru bermula sekitar tahun 𝟐𝟕𝟑 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗜𝗯𝗻𝘂 𝗠𝗮𝗷𝗷𝗮𝗵, dan kemudiannya disambung oleh 𝗮𝘁-𝗧𝗮𝗯𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟑𝟎𝟑 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵, bermaksud tafsiran ini bermula sekitar tahun 800 Masihi. Pentafsiran ini dilakukan oleh orang Arab yang memahami bahasa Arab, 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗳𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗲𝗸𝘀 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮.
Bila kita menyebut perkara ini, ia akan membuka satu pemikiran baru khususnya kepada anak-anak Muslimat dan anak-anak bangsa Melayu di Malaysia dan Kedah. Kita perlu meneroka alam pentafsiran dalam Al-Quran dan mengkaji betul atau tidak kaitannya dengan Sungai Batu.
Prof Mokhtar hanya menemui Sungai Batu hanya berlaku pada tahun 2007, jadi maklumat sebelum itu tidak ada, kecuali dalam data klasik. Data klasik menyebut nama Sungai Batu sebagai 'Kalah'. Perkataan 'Kalah' ini terdapat dalam inskripsi kuno Mesopotamia.
Orang-orang yang mengkaji Bible, seperti dalam kajian Biblical Study, telah menemui inskripsi yang menyebut perkataan 'Kalah'. Mereka mengatakan bahawa orang Eropah mengalami kesukaran untuk menyebut huruf Ain dengan betul. Ini disebutkan oleh Profesor Barbie Power dari Universiti Cambridge dalam bukunya mengenai linguistik.
Oleh kerana kesukaran ini, banyak perkataan tidak dapat disebut dengan betul. Contohnya, perkataan 'Melaka' dalam bahasa Arab asalnya adalah 'Malka', bukan pokok Melaka. Maklumat ini menunjukkan bahawa 'Malka' merujuk kepada pelabuhan atau tempat perjumpaan, bukan sekadar pokok. Perkataan 'Malka' itu berkaitan dengan 'Madi', 'Mudarat', dan 'Yalki', dan merujuk kepada benda yang sama.
Ada di Portugal, nama tempat di Portugal juga dikenali sebagai Malka. Di timur jauh dan barat jauh, nama Malka wujud, seperti Malago di Portugal. Maksudnya, nama tersebut merujuk kepada tempat perjumpaan, seperti pelabuhan. Kita baru sedar bahawa kita telah ditipu selama berabad-abad.
Persoalannya, kenapa mereka menggunakan bahasa Arab?
Ingatlah, tuan-tuan dan puan-puan, sebelum 1300, sebelum tahun 1500 (1511), adalah zaman Kerajaan Utsmani. Sebelum Utsmani, adalah zaman Kerajaan Abbasiyah, dan sebelum Abbasiyah adalah zaman Umawi. Sebelum Umawi, adalah zaman sahabat dan Khulafa' Ar-Rashidin. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lahir pada tahun 571 dan wafat pada tahun 632. Rasulullah hidup sekitar 63 tahun. Pada masa itu, bahasa Arab digunakan dalam perbualan dan pemerintahan.
Setelah itu, penggunaan bahasa Arab berterusan dalam Kerajaan Khulafa' Ar-Rashidin, diikuti oleh Kerajaan Umawi yang dipimpin oleh Khalifah Muawiyah, di mana bahasa Arab juga digunakan. Kerajaan Umawi, yang merupakan salah satu empire yang paling pendek bertahan, tidak sampai 100 tahun. Kemudian, muncul Kerajaan Abbasiyah. Selepas jatuhnya Kerajaan Abbasiyah, muncul pula Kerajaan Fatimah di Mesir dan akhirnya Kerajaan Utsmani. Semua empire ini menggunakan bahasa Arab dalam penamaan tempat dan urusan rasmi.
Tempat-tempat yang penting dan signifikan, termasuk tempat pertemuan antarabangsa, menggunakan bahasa Arab. Dalam pemerintahan Utsmani, bahasa Arab adalah bahasa perhubungan, bukan bahasa Turki. Hubungan dengan Aceh, Champa, Melaka, dan tempat-tempat lain juga menggunakan bahasa Arab, dan kadangkala penulisan Melayu dalam tulisan Jawi juga digunakan.
Perkara-perkara ini menunjukkan satu perubahan besar apabila pihak penjajah mengubah nama-nama tempat penting. Generasi seterusnya tidak memahami sejarah sebenar kerana nama-nama tempat telah ditukar. Penjajah menukar maklumat sejarah dan buku teks, meletakkan pihak yang memihak kepada mereka dalam catatan sejarah. Ini adalah kenyataan yang tidak boleh dibantah.
Kita, sebagai rakyat, berhak menentukan arah tuju maklumat sejarah negara kita, bukan penjajah atau orang luar. Penemuan Sungai Batu oleh Prof. Mokhtar, dan penemuan karbon dating yang menunjukkan tahun 788 SM, walaupun mendapat banyak tentangan, perlu disokong. Saya hadir untuk membantu Prof. Mokhtar, dan data-data dari sudut alam kuno klasik yang saya jumpai menyokong kenyataan beliau.
Baru-baru ini, saya telah membentangkan mengenai Sungai Batu. Selama tiga hari di Kedah, saya membentangkan perkara ini berulang kali, termasuk dengan Datuk Seri Sanusi di kediamannya di Mentalung.
Keesokan harinya, bersama pegawai-pegawai kerajaan dan penghulu, serta Prof. Mokhtar dan Dr. Ibrahim. Pada petang hari yang sama, saya berbincang dengan Persatuan Sejarah. Hari ini, saya berbicara dengan tuan-tuan dan puan-puan di Masjid An-Nawawi. Tajuk hari ini mungkin tidak sama, tetapi saya cuba menyampaikan sedikit maklumat.
Tajuk yang lain ini sedikit berbeza kerana ia melibatkan wanita. Saya akan menyebut tokoh-tokoh yang belum dibincangkan lagi.
Tentang Sungai Batu, saya percaya ia akan mengubah sejarah Kedah kita. Kita harus menjaga naratif kita; kita tidak boleh hanya bergantung kepada kajian luar. Kajian perlu dilakukan oleh anak tempatan, orang Melayu Islam, penduduk di Malaysia, khususnya di Kedah. Anak-anak Kedah berhak mengetahui sejarah asal tanah air mereka.
Apakah kesan dan peranan Sungai Merbok?
Ini adalah sesuatu yang tidak diketahui ramai, kecuali apabila Prof. Mokhtar membongkarnya. 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮, 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟏 𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵𝗶, 𝗽𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗮𝗶𝗿 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟖 𝗸𝗺. Maksudnya, kawasan tepi sungai semuanya berada dalam laut pada masa itu. Selain itu, kawasan Yan, yang sekarang merupakan kawasan rendah, adalah kawasan padi dan berada 4 meter dari paras laut. Bukit Coras yang ada di situ, di mana patung budak ditemui, 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝗮𝗻 𝟕𝟎 𝗺𝗲𝘁𝗲𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗮𝘀 𝗹𝗮𝘂𝘁.
Apabila ia adalah sebuah pulau, ia milik pedagang dan bukan tanah besar Kedah. Mengapa pedagang dahulu suka datang ke Kedah? Tuan-tuan dan puan-puan, kerana di Kedah, rajanya baik. Raja-raja Kedah telah mengatakan kepada pedagang, "Datanglah ke negeri Kedah. Jika hilang barang, kami akan ganti." Buddha dari Cina yang mahu pergi ke India, dan singgah ke Kedah, berkata dia tidak suka pergi ke India kerana pernah dirompak dan raja di sana tidak hiraukan. Namun, di Kedah, dia suka kerana ramai pedagang di sini, dan rajanya serta penduduknya baik.
𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮, 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝟏𝟏𝟑𝟔. Kita ada bukti syiling, dan saya telah berbincang dengan Dr. Ibrahim mengenai syiling-syiling lama. Dr. Ibrahim bersetuju bahawa bukti syiling tersebut menunjukkan Kedah telah menerima Islam lebih awal, walaupun secara rasmi ditulis kemudian. Ramai yang dalam Facebook tidak setuju dengan tarikh 118, yang sepatutnya adalah 1180 dan bukan 1136. Ini adalah kesilapan dalam data lama.
𝗦𝘆𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝟏𝟏𝟖 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟕𝟑𝟔 𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵𝗶, iaitu selepas wafat Rasulullah pada tahun 632. Ini menunjukkan bahawa pada zaman itu, sahabat Rasul sudah berada di sini. Penafian mengenai syiling ini tidak berasas. Syiling dengan nombor 𝟏𝟏𝟎 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟏𝟏𝟎 𝗵𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵, yang lebih awal daripada 118, menunjukkan bahawa Kedah sudah ada kerajaan pada waktu itu.
Mengapa dalam buku sejarah ditulis begitu?
Ini adalah kerana penulis sejarah mungkin terikat dengan pandangan yang telah ditetapkan. Ahli sejarah, termasuk Dr. Ibrahim, sedang berusaha untuk membetulkan maklumat ini. 𝗦𝗮𝘆𝗮, 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻, merasa perlu memberitahu cerita yang benar kepada orang Kedah, kerana mereka berhak mengetahui sejarah sebenar.
𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗺𝘂𝗶 𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝗠𝘂𝗮𝘇 𝗯𝗶𝗻 𝗝𝗮𝗯𝗮𝗹 𝗱𝗶 𝗕𝗮𝗿𝘂𝘀, 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗹𝗮𝗶𝗻. Apabila menceritakan tentang Kedah, kita perlu juga menyebut tentang Samudera, Pasai, Barus, dan Aceh kerana mereka seolah-olah adik-beradik kita. Namun, penjajah telah memisahkan kita. Belanda mengambil sebelah sini, sementara British mengambil sebelah sana. Pemisahan ini menyebabkan kita terpisah dari maklumat sejarah kita. Pemisahan ini memberi kesan besar, kerana ia memecah-belah masyarakat Melayu. Mereka tidak boleh bersatu kerana telah dilantik ketua di sana dan diletakkan di bawah negara lain. Sejarah kita telah diubah.
Apabila Prof. Mokhtar menjumpai Sungai Batu dengan tarikh 788 SM, semua orang bingung kenapa terdapat tarikh sedangkan sejarah negara kita hanya bermula pada 1400 Masihi.
𝗣𝗮𝗱𝗮𝗵𝗮𝗹, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘀𝘆𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴, 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗔𝗰𝗲𝗵, 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝟏𝟑𝟎𝟑. Batu bersurat Terengganu itu sudah lengkap dengan tiga gigi huruf sin dan huruf Arab, menunjukkan bahawa tamadun kita sudah sangat maju pada zaman tersebut.
Maksudnya, penulis ini sudah hebat. Saya sebagai pengkaji data evolusi simbol-simbol ini, menandakan bahawa orang kampung atau orang negeri sudah maju dan mempunyai intelektual yang tinggi. Apatah lagi, batu bersurat Terengganu membicarakan hukum-hakam seperti Fiqah, solat, haji, dan nikah kahwin. 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗙𝗶𝗾𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗰𝗶, 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 𝘁𝗮𝘂𝗵𝗶𝗱 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂.
Maksudnya, berdasarkan poliografi dalam batu bersurat itu, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝘁𝗼𝗸 𝗻𝗲𝗻𝗲𝗸 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟑𝟎𝟎 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝟒𝟎𝟎 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗹𝘂.
Kalau kita jumpa tarikh 1303, maka kita boleh kira 300 atau 400 tahun ke belakang, sekitar 800 Masihi. Logiknya, 800 Masihi masih relevan kerana kita sudah mempunyai duit syiling bertarikh 736 Masihi. Pada masa itu, terdapat kerajaan Sriwijaya. Namun, ada yang mengatakan kerajaan Sriwijaya adalah Hindu. Tetapi bagaimana kita boleh kata begitu sedangkan duit syiling 736 Masihi itu bertuliskan "Kedah Darul Aman" dalam tulisan Jawi.
Duit syiling 118 juga ditemukan, yang menunjukkan bahawa ia lebih awal daripada 1136. Maksudnya, 118 adalah bersamaan dengan 736 Masihi, dan pada waktu itu, sudah ada kerajaan. Kita juga menemukan syiling-syiling kerajaan Abbasiyah dan Umawi di Sumatera, bertimbun-timbun. Ada yang mengatakan syiling-syiling ini adalah palsu, tetapi saya berpendapat sebaliknya. Orang Melayu tidak pandai menipu dan tidak ada motif untuk menipu.
Saya mempunyai rakan di negara Arab yang menghantar syiling Abbasiyah dan Umawi yang asli dan berkilat, sama dengan syiling yang dijumpai di Sumatera. Ini menunjukkan bahawa syiling tersebut adalah sah dan asli. Orang Melayu secara umum adalah jujur dan tidak mempunyai niat untuk menipu atau memalsukan duit. Mereka tidak akan menyembunyikan duit di gua dan kemudian mengaku ia adalah duit palsu. Berbanding dengan orang Eropah yang sering membuat duit palsu, orang Melayu tidak seperti itu. 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂.
𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗔𝘀𝗶𝗮𝗵 𝗜𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗙𝗶𝗿𝗮𝘂𝗻
Kembali kepada tokoh yang terakhir, iaitu Asiah. Asiah adalah isteri kepada Firaun. Walaupun Firaun dikenal sebagai seorang yang buruk perangainya, Asiah adalah penasihat dan pelembut hati Firaun. Contohnya, mengenai Nabi Musa Alaihissalam, Asiah berkata kepada suaminya supaya mengambil budak tersebut walaupun dia mengetahui bahawa budak ini akan menentang mereka pada masa hadapan. Firaun berkata, “Tidak apa, dinda akan mendidik anak ini dengan baik mengikut arahan kanda.”
Kemudian, apabila Musa Alaihissalam berumur dua tahun, Firaun menguji Musa dengan meletakkan bara dan emas. Jika Musa memilih emas, ia dianggap cerdik dan mungkin akan menentang Firaun di masa hadapan, tetapi jika dia memilih bara, ia dianggap bodoh dan tidak akan menentang Firaun. Namun, malaikat menepis tangan Musa dari memilih emas, dan Musa memilih bara. Firaun berpendapat bahawa jika Musa memilih bara, dia tidak akan menentang Firaun pada masa hadapan.
Kemudian, lama-kelamaan, puan, sama-sama kita perhati. Tiba-tiba, Musa ingin mengambil emas, tetapi malaikat menepis tangan Musa sehingga dia mengambil bara dan meletakkannya dalam mulutnya. Firaun ketawa, menyangka bahawa Musa tidak begitu cerdik dan tidak akan menentangnya. Firaun berpendapat bahawa Musa tidak akan melawan dirinya.
Kemudian, jika begitu, Asiah berkata kepada Firaun, "Tengoklah, kanda. Bila Musa memilih bara, ia menunjukkan bahawa dia tidak akan menentang kanda." Jadi, Firaun berpendapat bahawa Musa tidak akan menentangnya. Dengan pertolongan dan didikan seorang wanita, Asiah, Musa dapat terlepas dari ujian Firaun.
Terdapat kisah lain mengenai Musa dan Firaun. Firaun mempunyai seorang penasihat bernama Hamam yang sering memberi nasihat buruk. Suatu hari, Firaun berasa letih dengan Musa dan berkata kepada Hamam bahawa dia ingin memeluk agama Musa. Hamam membantah dan berkata bahawa jika Firaun memeluk agama Musa, ia akan menjejaskan kedudukannya sebagai seorang yang hebat, seolah-olah ia jatuh standardnya.
Ini menunjukkan bahawa mereka yang tidak percaya kepada kewujudan Allah Subhanahu wa Ta'ala sebenarnya tahu bahawa Allah itu wujud, tetapi ada orang di sekeliling mereka yang memberi pengaruh negatif dan membuatkan mereka merasa hebat atau lebih berkembang. Ini juga berlaku dalam masyarakat kita, di mana ada individu yang cuba menonjolkan diri dengan cara yang salah.
Cara untuk mengelakkan rasa cepat perasan adalah dengan mengenal diri kita sendiri. Kita perlu ingat bahawa kita tidak kekal di dunia ini. Sepatutnya, kita perlu memikirkan hari kematian dan bayangkan kita hanya bersendirian di dalam kubur, menghadap kiblat. Saat itu, kita akan mengetahui siapa kita sebenarnya di dunia ini. Jika kita mengingat perkara ini, kita akan lebih cenderung untuk bertaubat dan menghindari perbuatan yang dilarang oleh Allah Ta'ala. Kita balik kepada cerita Asiah. Terdapat banyak lagi cerita yang menarik.
Berdasarkan cerita yang saya bawa tadi dan maklumat tentang Sungai Batu, 𝗶𝗻𝘀𝘆𝗮𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹. 𝗔𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 "𝗴𝗿𝗶𝘁𝗮" 𝗮𝘁𝗮𝘂 "𝗴𝗿𝗶𝘁𝗮𝘀", dan saya setuju dengan kedua-duanya.
InsyaAllah, program dan projek di Sungai Batu telah mendapat "green light" daripada Menteri Besar dan pihak 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗳𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗵𝗶𝗷𝗮𝘂, maka kita yang berada di bawah ini boleh bergerak.
Setelah pihak YB Datuk Seri Sanusi bersetuju, kita boleh bergerak dengan lebih lanjut. Data yang kami temui adalah data saintifik, dan kami, termasuk Dr. Ibrahim, telah membuat kesimpulan bersama. Pihak ahli sejarah dan Jabatan Warisan Negara juga turut serta dalam konklusi semalam.
𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗛𝗮𝗻𝗶𝗳. Agama Hanif ini adalah salah satu bentuk agama yang sudah lama ada, bukan hanya sekitar 800 Masihi. Bahkan, perkataan "kalah" sudah ada sejak 1,300 tahun sebelum Masihi, semasa zaman Nabi Daud dan Nabi Musa. Ini menunjukkan bahawa hubungan tanah Melayu dengan nabi-nabi telah wujud sejak dahulu.
Maksudnya, tanah Melayu ini telah mengenal agama sejak zaman awal dan Hanif adalah agama yang percaya kepada Tuhan yang Maha Esa. Cara solatnya mungkin berbeza, tetapi intinya adalah percaya kepada Tuhan yang satu. Pergerakan amal ibadat bergantung pada suasana dan syariat yang ada pada masa itu.
Ketika zaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, syariat telah diperkemaskan. Nabi Isa Alaihissalam memperkemaskan syariat Nabi Musa Alaihissalam, dan Nabi Musa pula memperkemaskan syariat Nabi Ibrahim Alaihissalam. Nabi Ibrahim Alaihissalam memperkemaskan syariat Nabi Nuh Alaihissalam. Jadi, kenapakah tidak berlaku serentak sahaja dari zaman Nabi Adam?
Semua nabi mengikuti ajaran yang sama tidak boleh dilakukan kerana pemikiran manusia pada setiap zaman tidak sama. Nabi Adam, sebagai contoh, diberikan suhuf—lembaran maklumat seperti larangan membunuh, menderhaka kepada Tuhan, tidak syirik kepada Tuhan, dan tidak mengumpat. Suhuf adalah panduan awal berdasarkan tahap pemikiran pada zaman itu.
Nabi Nuh Alaihissalam juga menyampaikan maklumat melalui suhuf yang ditulis pada kulit, daun pokok, atau batu. Begitu juga dengan Nabi Ibrahim Alaihissalam. Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tentang maksud suhuf. Rasulullah menjelaskan bahawa suhuf adalah amsal, yang bermaksud kata-kata hikmah seperti larangan syirik kepada Tuhan, menderhaka kepada ibu bapa, melawan pemimpin, berbuat jahat, membunuh, dan mengumpat. Amsal ini kemudian diperbesarkan dan ditafsirkan lebih lanjut oleh orang lain.
Kita teruskan kepada zaman Nabi Musa Alaihissalam. Ketika itu, syariat melarang berkahwin dengan anak saudara, berbeza dengan syariat Nabi Ibrahim Alaihissalam yang membenarkannya. Siti Sarah, misalnya, adalah anak saudara Nabi Ibrahim dari adik-beradik Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah, yang merupakan anak saudara. Namun, ketika zaman Nabi Musa, berkahwin dengan anak saudara dilarang, dan ini berterusan hingga zaman Nabi Zakaria dan Nabi Yahya.
Contoh lain, ketika raja pada zaman Nabi Yahya ingin berkahwin dengan anak saudara, Nabi Yahya melarangnya berdasarkan syariat yang telah ditetapkan. Larangan ini menyebabkan kemarahan raja dan akhirnya Nabi Yahya dibunuh kerana melarang perkahwinan tersebut.
Begitu juga dengan cara solat Nabi Isa Alaihissalam. Walaupun ada pergerakan seperti tunduk, duduk, dan bertafakur, ia tidak serupa sepenuhnya dengan solat kita sekarang. Ini kerana perubahan zaman mempengaruhi cara ibadat. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam Haji Wida’ telah menyebut dalam Surah Al-Ankabut tentang penyempurnaan agama Islam:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu." (Surah Al-Ma'idah, 5:3)
Ini menunjukkan bahawa agama Islam telah sempurna pada hari itu.
Pada hari ini, iaitu pada hari Haji Wida’—terakhir setahun sebelum kewafatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam—Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah membuka Mekah. Sebelum ini, Rasulullah tidak dapat memasuki Mekah. Pada hari itu, beliau menyampaikan Haji Wida’ dan menyatakan bahawa pada hari ini Islam telah sempurna. Maksudnya, Islam telah sempurna dari segi ajaran solat, cara membayar zakat, mengerjakan haji, kalimah syahadah, dan puasa Ramadan. Ini bermaksud bahawa "Yaumatu Akmal Tulakum Dinakum"—hari ini Aku sempurnakan agama kamu.
Rasanya, sudah boleh kita buka sesi soal jawab. Jika ada sesiapa yang ingin bertanya soalan, silakan ke depan.
Copy and paste:
22/12/2024: 9.25 p.m
No comments:
Post a Comment