Sunday, 22 December 2024

BELAJAR DARI PENGALAMAN LAMPAU.


OLEH: ISKANDAR ABDUL SAMAD
FB: HISTORY INSIGHTS - MALAYSIA
27 SEPTEMBER 2023

Selepas PRU tahun lepas, Menteri Perumahan Pakatan Harapan telah mengumumkan Malaysia akan belajar dari Singapura bagaimana untuk menyelesaikan masalah perumahan di negara kita. Pakar-pakar dari Housing Development Board ( HDB ) dari negara itu akan dijemput untuk membantu.
Di Singapura mungkin 99 peratus kediaman yang dibina adalah rumah flat. Sebenarnya, negara kita lebih awal dari Singapura membina rumah flat. Perumahan rakyat berbentuk flat yang pertama dibina di Kuala Lumpur adalah Suleiman Court yang mula dibina dalam tahun 1957 di atas arahan Perdana Menteri, Tuanku Abdul Rahman.
Flat ini mengandungi 3 blok dengan 295 unit kediaman. Ia telah siap diduduki pada bulan Februari 1958 dan telah dirobohkan dalam 1986. Di atas tapaknya telah dibina kompleks membeli-belah Sogo. Saya masih ingat setelah flat itu dirobohkan dan sebelum Sogo dibina, terdapat pasar tani di situ. Saya pernah mengikut ibu bapa saya membeli belah di sana.
Flat tersebut siap dibina sebelum parti Lee Kuan Yew, People Action Party ( PAP ), mengambil alih pentadbiran Singapura dalam tahun 1959. Terdapat flat-flat yang dibina pada tahun 60an seperti Pekeliling flats yang mula dibina pada 1964. Apa yang kita perlu lakukan adalah mengkaji pengalaman kita membina flat-flat tersebut.
Ketika membuat kajian untuk tahun akhir saya di UK, saya pernah menemu ramah penduduk flat Pekeliling ini. Saya juga pernah menemu ramah penduduk flat Rifle Range di Pulau Pinang. Banyak yang kita boleh belajar dari pengalaman negara kita menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat. Kita mempunyai pengalaman yang luas tetapi mungkin kita kurang memanfaatkannya.
Kalau hendak belajar sekalipun dari Singapura adalah pembiayaan untuk mereka yang mahu memiliki rumah. Tetapi ia menghasilkan rakyat yang terpaksa "kerja sampai mati" ( work till you die ).

Copy and paste:
22/12/2024: 8.58 p.m


No comments: