AMANAH SAHAM NASIONAL
Saya membuka akaun ASN di Lumut, Perak pada 6 Januari 1991. Anak syarikat milik penuh PNB, ASNB telah ditubuhkan pada 22 Mei 1979 dan telah berada dalam industri selama lebih 40 tahun.
Dana Unit Amanah untuk rakyat Malaysia yang ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad.
BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BHD
Bank Bumiputra Malaysia Berhad ialah sebuah bank Malaysia, ditubuhkan pada tahun 1965. Ia telah digabungkan menjadi Bumiputra-Commerce Holdings pada tahun 1999.
Pada tahun 1986, Bank of Commerce menggantikan Bank Pertanian sebagai pemegang saham mengawal Pertanian Baring Sanwa Multinational, dan kemudian namanya ditukar kepada Commerce International Merchant Bankers Bhd (CIMB).
COMMERCE INTERNATIONAL MERCHANT BANKERS (CIMB)
Commerce Internation Merchant Bankers (CIMB) ialah sekumpulan bank perdagangan di Malaysia yang menerajui bank universal ASEAN. Bank CIMB telah ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 1974 dan ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur.
RHB BANK
Ditubuhkan pada 1997, mempunyai lebih 200 cawangan di Malaysia, salah satu daripada beberapa bank di Malaysia yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. RHB Bank adalah hasil daripada 3 penggabungan - Bank Kwong Yik, Sime Bank Berhad dan Bank Utama (Malaysia) Berhad pada tahun 1997, 1999 dan 2003.
SOUTHERN BANK BERHAD
Mungkin ramai tidak tahu Southern Bank adalah bank pertama di Malaysia yang melaksanakan MEPS ATM System. Ditubuhkan pada 1965 di Pulau Pinang.
Pada tahun 2006 bank ini dibeli oleh Bumiputera-Commerce Holdings yang kemudiannya digabungkan menjadi Commerce International Merchant Bankers (CIMB)....
Jadi itulah nama penuh CIMB....bukan CIna India Melayu Bank ye...
Saya pernah menjadi pemegang akaun Southern Bank pada 2007 ketika bekerja dengan IEM di PJ.... kerana ketika itu pemegang kad Kredit Direct Access ... jadi kena buka akaun SBB....
BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BHD
Bank Bumiputra Malaysia Bhd ditubuhkan pada tahun 1964, bagaimanapun, ia telah digabungkan menjadi Bumiputra-Commerce Holdings pada tahun 1999.
BUMIPUTRA-COMMERCE BANK BERHAD
Pada tahun 1999, Bank of Commerce (Malaysia)Bhd bergabung dengan Bank Bumiputra Malaysia Berhad untuk membentuk Bumiputra-Commerce Bank Berhad. Kini Bank CIMB.
Kali pertama saya buka akaun Phileo Allied Bank ini ialah pada 13 Januari 2000 ketika bekerja dengan The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) di Petaling Jaya, Selangor.
Ketika itu gaji pekerja IEM dikreditkan ke dalam Phileo Allied Bank, jadi terpaksalah buka akaun PAB....
PAB ditubuhkan pada hari Merdeka 1994, namun pada January 2001 PAB bergabung dengan Maybank dan nama PAB hanya tinggal dalam kenangan.
AUTOMOBILE ASSOCIATION OF MALAYSIA
Lama juga saya jadi Member AAM dulu...sehingga dia menutup operasinya. Cukup mudah bila jadi member AAM ni.... kalau kereta kita rosak tengah jalan .... atau bateri kong... tak kira siang atau malam.... just call AAM....
Pernah suatu ketika dulu ketika saya selesai meeting jam 10.00 malam di pejabat saya di Petaling Jaya... bila nak start kereta... bateri kong.... nasib baik saya member AAM.... call saja AAM tak sampai setengah jam datang kenderaan AAM bawa bateri kereta dan siap pasang.... masa tu dah malam...bank pula jauh..... cash tak cukup nak bayar duit bateri... nasib baik AAM boleh pasang dulu bayar kemudian.....
BANK SIMPANAN PEJABAT POS
Bank Simpanan Pejabat Pos (ditubuhkan pada 1948) kini adalah Bank Simpanan Nasional yang ditubuhkan pada tahu 1974.
Saya pernah membuka akaun Bank Simpanan Pejabat Pos di Pejabat Pos Gombak (tidak ingat tahun)...
BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BHD
Bank Rakyat telah ditubuhkan pada 28 September 1954. Bank Rakyat merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dari segi jumlah aset.
BANK SIMPANAN NASIONAL
Bank Simpanan Nasional Malaysia ialah sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974 dan ditubuhkan pada 1 Disember 1974, di bawah Akta Parlimen 146 – Undang-undang Malaysia 1974 di bawah arahan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Akaun BSN pertama saya dibuka di Cawangan Sibu, Sarawak pada 4 Mei 1984. Ketika itu saya berkhidmat di Pengkalan TLDM di KD Sri Rejang, Sibu, Sarawak dari 1983-1984.
BANK MUAMALAT
Bank Muamalat memulakan operasi pada 1 Oktober 1999 dan merupakan gabungan aset dan liabiliti bahagian perbankan Islam Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan. Khazanah Nasional Berhad memegang 70% saham syarikat, manakala baki 30% dipegang oleh Commerce Asset-Holdings Berhad.
KWONG YIK BANK
TAMAN PERMATA, HULU KELANG, SELANGOR
1991
Kwong Yik Bank of Singapore, diasaskan pada 1903 oleh Ahli Perniagaan Kantonis yang diketuai oleh Wong Ah Fook.
Pada tahun 1997, Gabungan Kwong Yik Bank Berhad dan DCB Bank Berhad membentuk RHB Bank.
BUKU 555 - CREDIT CARD DULU-DULU
Buku kecil ini dulu popular di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan Agama....
Selepas muncul era teknologi, buku ini kian dilupakan....
BUKU RISALAH DOA
Buku ini suatu ketika dahulu adalah sebuah buku kecil yang pasti ada di setiap rumah orang Islam sekitar 60 an dan 70 an....
KELAPA LINE QUARTERS, TAIPING, PERAK
Kelapa Line Quarters, Old Kamunting Road, Taiping, Perak
Rumah tempat saya dilahirkan tahun 1961.....
Terbiar usang.....
Kali terakhir saya kunjungi tahun 2017 ketika program Kesihatan di Taiping, Perak
Hentian Bas Klang atau orang KL panggil Bus Stand Klang....
Dulu kalau nak ke Pasar Seni mestilah lepak kat Bus Stand Klang ni...
Ditutup operasi kalau tak silap tahun 2011...
1980 - GENERASI PERTAMA LEMBAH KERAMAT, KUALA LUMPUR
LESEN RADIO & TV
Mungkin generasi sekarang tidak tahu yang dulu-dulu sesiapa yang memiliki Radio dan TV kena ada lesen.... tak ada kalu....nanti akan dirampas....
Saya tak ingat tahun bila lesen Radio & TV dihapuskan....mungkin ada otai x yang ingat....
PASARAYA JUSCO
Pasaraya JUSCO (Japan United Stores Company)
Sekarang dikenali dengan "AEON Shopping Complex"
Tahukah anda Pasaraya JUSCO yang pertama di Malaysia adalah di Plaza Dayabumi Kuala Lumpur pada tahun 1985.
Pada 2012, Pasaraya JUSCO diambilalih oleh AEON Co. Ltd dan dinamakan Pasaraya AEON...
Saya telah menjelajah dan pernah membuat pemeriksaan kesihatan hampir keseluruh Pasaraya AEON di Semenajung Malaysia cuma tak sempat di AEON Kota Bharu kerana semasa AEON Kota Bharu dibuka, saya telahpun berhenti kerja dan bersara.....
Banyak kenangan saya dengan Pasaraya AEON...
Keluaran Syarikat Hong Kong Sam Fong Comestic Co. pada tahun 1933. Bedak ini kerap digunakan sekitar 60 an dan 70 an dulu, boleh dikatakan setiap rumah pasti ada bedak ini.
MANGKOK TINGKAT LEGEND
Mangkok tingkat kepunyaan arwah emak saya yang masih saya simpan hingga kini.
AMPANG PARK
Tahukah anda Kompleks Beli-belah Ampang Park dibuka untuk perniagaan pada 16 Mac 1973 dan ditutup pada 31 Disember 2017. Ia telah dirobohkan pada 2018 bagi memberi laluan kepada pembinaan Stesen MRT Ampang Park yang dibuka pada 16 Mac 2023, tepat 50 tahun selepas Ampang Park Shopping Complex dibuka.
Masih ingat Pasaraya MAKRO CASH & CARRY
Pasaraya Makro yang pertama dibuka di Shah Alam Selangor pada tahun 1993. Saya sempat juga beli satu dua barang di Makro ini dulu.... tapi barangnya tak berapa berkualiti...
Akhirnya Makro pun bungkus dan diambil alih oleh TESCO Malaysia pada 6 Disember 2006.
TESCO yang paling dekat dengan rumah masa itu ialah di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Namun akhirnya TESCO juga tewas apabila pada tahun 2021 Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd pula mengambilalih TESCO Malaysia dan kini Lotus's Store....
BERCAKAP DENGAN JIN
Novel Seram bersiri diterbitkan oleh Variapop Group sekitar April 1981 - Januari 2005. Penulisnya Ahmad Mahmud menggunakan nama pena "Tamar Jalis" berasal dari Beruas, Perak.
Beliau menulis SBDJ dalam 284 siri dalam tempoh 23 tahun 6 bulan. Beliau meninggal dunia pada 26 Ogos 2018.
Wikipedia - Siri Bercakap Dengan Jin
MAJALAH GILA-GILA
Majalah humor Malaysia yang pertama mendapat rating tertinggi melalui sumber maklumat ABC (Audit Berreau Circulation). Diterbitkan oleh CESB (Creative Enterprise Sdn Bhd) dipelopori oleh kartunis Jaafar Taib, Zainal Buang Hussin, Azman Yusof, Rejabhad, Tarzidi, Nan, Fatah Ngah, Kerengge, Reggie Lee, Don, Zamri Abu, Rossem, Imuda, Long dll. Keluaran pertama ialah pada 1 April 1971.
MASTIKA (1 JUN 1941 - 2 NOVEMBER 2018)
Majalah yang pernah menjadi favourite saya suatu ketika dahulu. Mastika adalah majalah tertua di Malaysia, mula diterbitkan pada 1 Jun 1941 di Singapura dan merupakan majalah pertama terbitan Utusan Melayu Press. Penerbitan terakhirnya ialah keluaran 2 November 2018.
DEWAN MASYARAKAT
Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sejak September 1963. Majalah khusus tentang hal-hal berkaitan bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan politik.
PASARAYA CARREFOUR (SEKARANG PASARAYA AEON)
Rangkaian pasaraya multinasional Perancis. Cawangan pertama Carrefour di Malaysia dibuka di Subang Jaya pada tahun 1994 dan Subang Parade.
Pada November 2012, AEON mengambilalih operasi Carrefour Malaysia dan dijadikan Pasaraya AEON Big.
CARREFOUR WANGSA MAJU, K.L |
SYARIKAT BAS LEN SENG SDN BHD
Antara syarikat Bas tertua di Malaysia mula beroperasi pada 9 Mei 1938. Menamatkan operasinya pada tahun 2019.
Ini adalah bas yang pernah saya gunakan di zaman persekolah saya sekitar hujung 70 an dulu iaitu ke sekolah saya di Sek.Men. Tinggi, Setapak, Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan bas Nombor 165.
LEE RUBBER, GOMBAK
Dulu kalau lalu kat sini, tahanlah hidup bau getah dia, sekarang dah jadi tapak pasaraya Ong Tai Kim.
Kalau nak tahu, Ong Tai Kim ini memulakan perniagaan kedai runcitnya disebuah kedai Rumah Kayu yang terletak di seberang jalan Pasaraya OTK sekarang....
Saya biasa dengan kawasan ini kerana tak jauh dari kedai runcit OTK yang asal dulu adalah sekolah saya iaitu SRJK (Inggeris) Gombak 2, KL dari tahun 1968-1973....dan saya ketika itu tinggai di Jalan Sekolah ... saya masih ingat kedai runcit asal OTK ni dulu.... sbb kadang-kadang balik sekolah singgah beli gula-gula dan aiskrim Malaysia..
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
Latest update: 25/12/2024: 9.51 p.m
No comments:
Post a Comment