PUTRAJAYA
Putrajaya dibina daripada tanah estet getah bernama Prang Besar yang dipenuhi dengan hutan belantara dan ladang sawit.
Penubuhan Putrajaya adalah cetusan idean Bekas Perdana Menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Kawasan tersebut dibangunkan menjadi pusat pemerintahan Kerajaan pada 12 Oktober 1994. Bagaimanapun, aktiviti pembinaan dimulakan pada 16 April 1995.
Pada 1 Jun 1999, 300 orang pegawai Jabatan Perdana Menteri mula berpindah ke bangunan baharu di Putrajaya selaku warga pertama yang menghuni Putrajaya.
Putrajaya rasmi diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 menjadikan ianya adalah lokasi ke-3 Wilayah Persekutuan selepas Kuala Lumpur dan Labuan.
RUJUKAN:
Pengalaman pertama saya dengan Putrajaya ini ialah ketika Bekerja dengan The Institution of Engineers Malaysia dari 1999 - 2011. Saya pernah menghadiri Conference di Putrajaya International Convention Centre (maaf tidak ingat tahun). Malangnya foto kenangan semasa conference itu hilang dalam simpanan.
Lain-lain kenangan saya di Putrajaya ialah seperti berikut:
1. 2011 - IEM 52nd Annual Dinner - Putrajaya Marriott Hotel
FOTO KENANGAN 2011 - 2019
Kenangan Annual Dinner terakhir saya bersama The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) pada 16 April 2011 setelah 12 tahun bekerja di IEM.
Annual Dinner berlansung di Putrajaya Marriott Hotel di IOI Resort City, hotel bertaraf 5-Bintang.
|
Solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program di Putrajaya (tidak ingat nama tempat). Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin juga digelar Masjid Besi, terletak di Presint 3, Putrajaya. Dibina sejak April 2004 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Dipanggil Masjid Besi kerana 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan masjid ini mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit. |
Pusat Bandar Presint Diplomatik terletak di Presint 15, berdekatan dengan Kompleks Kerajaan dan Kompleks membeli-belah Alamanda.
PUTRAJAYA
23/12/2024
Pada 23 Disember 2024, saya bersama isteri telah menemani anak saudara saya, Intan Ernany dan Cucu-cucu saudara saya (Cucu kakak saya) bersiar-siar di Putrajaya dan menaiki Cruise Putrajaya.
Setelah lama tidak menjejak kaki ke Putrajaya, rasa rindu pula dengan Putrajaya, semasa kerja dulu selalu juga ke Putrajaya, sejak bersara dah jarang dah ke sana.
Masjid Putra atau dikenali sebagai "Pink Mosque" dikalangan para Pelancong, dibina bermula pada tahun 1997 dan disiapkan 2 tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) merangkumi Pejabat Perdana Menteri dan lebih 50 ajensi dan badan Kerajaan. Ditubuhkan pada tahun 1957 dan kini berpusat di Perdana Putra, Putrajaya.
Tasik Putrajaya adalah Tasik buatan manusia mempunyai keluasan 650 hektar diwujudkan bagi membentuk suatu landskap bandar dalam taman yang tenang dan damai, selain menjadi nadi kepada sistem penghawa dingai bandar semula jadi, juga adalah tempat beriadah, memancing, sukan air dan lain-lain lagi.
Pembinaan tasik ini bermula sejah tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada Mei 2022.
CRUISE TASIK PUTRAJAYA
Sejak 2003, Cruise Tasik Putrajaya akan membawa kita menikmati pemandangan menarik dari sudut pandang tasik ke 20 tarikan di Putrajaya. Antaranya adalah Masjid Putrajaya, Istana Darul Ehsan, Jambatan Warisan, Monumen Alaf Baru, Istana Kehakiman dan Jambatan Putra.
Selesai menaiki cruise Tasik Putrajaya, perut dah terasa lapar. Kami singgah makan di Lanzhou Mee Tarik di Food Court berhampiran dengan Cruise Tasik dan Masjid Putra.
Makanan Cina Muslim adalah kegemaran saya, cuma yang tak berapa bestnya ialah yang masak Mee Tarik disini ialah Bangla, jadi Mee Tarik sudah jadi rasa macam Mee Goreng Mamak je.... nasib baik sedaplah juga....
JAMBATAN DI PUTRAJAYATahukah anda terdapat 9 jambatan di Putrajaya, iaitu :
Rujuk:
Jambatan Gantung Monorel adalah salah satu daripada Jambatan di Putrajaya. Namun projek pembinaan jambatan ini terhenti pada tahun 2004 kerana Kerajaan tidak meluluskan pembiayaan lanjut. Penangguhan ini telah mencacatkan pemandangan seolah-olah sebuah jambatan yang tidak siap. Pada asalnya dicadangkan untuk Sistem Monorel bawah tanah.
Jambatan Putra adalah jambatan utama di Putrajaya, mirip Jambatan Khaju di Esfahan, Iran. Jambatan sepanjang 435 meter, ianya menghubungkan Presint Kerajaan dengan Presint Pembangunan Campur dan menghubungkan Dataran Putra dengan jalan raya.
Jambatan Seri Bakti mempunyai lebuh raya dua hala, laluan pejalan kaki dan laluan berbasikal. Ia adalah salah satu jambatan utama yang merentasi laluan protokol. Jambatan ini menghubungkan jalan kedua ke kediaman Timbalan Perdana Menteri dan menghubungkan Presint Kerajaan di Utara ke Presint 16 di selatan.
Jambatan ini merentasi Tasik dan persiaran, menyambungkan Presint 16 sebelah timur dan Wisma Putra di sebelah Pulau Utama.
Perkara yang unik bagi jambatan ini ialah gerbang di bawah jambatan yang tirus dan jelas kelihatan. Geladak jambatan ini dapat menampung kabel komunikasi dan eletrik serta paip air berdiameter 400mm, yang terselindung di bawah jambatan. Jarak rentasan utama ialah 60m panjang dan dua rentasan bersebelahan dengan 35m setiap satu dan dua rentasan berukuran 11.3m menjadikan panjang keseluruhan jambatan 152.6m. Terdapat jalanraya dua hala dua lorong, bergaris tengah 3m, lorong pejalan kaki dan trek basikal.
Dikategorikan sebagai jambatan istiadat, Seri Gemilang ialah satu mercu tanda di Putrajaya yang menjadi jalan masuk utama ke Presint 4 (Pulau Utama) dari arah selatan. Penghubung utama di antara Presint 4 dan Presint 5, jambatan yang terletak di sebelah selatan Persiaran Perdana ini merentangi Tasik Putrajaya dengan jarak 240 m.
Jambatan Seri Perdana sepanjang 370 m merupakan sebahagian daripada laluan protokol dan dibina merentasi Tasik Putrajaya bagi menghubungkan Presint 8, 9 dan 10. Reka bentuknya bercirikan Islam dengan 8 kawasan rehat untuk pengunjung menghayati pemandangan yang menakjubkan sekeliling kawasan tasik termasuk Putra Perdana, Dataran Putra dan Masjid Putra. Jambatan ini diilhamkan daripada reka bentuk Moor.
Jambatan yang mencetuskan revolusi kerana kejayaan menggabungkan dua teknik kejuruteraan berbeza iaitu gerbang dan kabel-penyangga - merakamkan detik kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan di negara ini. Penghubung di antara Pulau Utama (Presint 4) dan Presint 7, lokasi Jambatan Seri Saujana adalah strategik di pintu masuk utama ke Pulau Utama dari arah selatan melalui jalan B15 yang telah dinaik taraf dan lebuhraya KL-KLIA. Jambatan dikawal oleh parameter rekabentuk untuk menampakkan struktur futuristik yang ramping dan anggun, dengan panjang keseluruhan 300 m dan lebar keseluruhan 32 m.
Keunikan dan keistimewaan jambatan ini ialah kedudukannya yang strategik dan ketirusan “kaki” jambatan ini yang mengubah bentuk tiang sambut menjadi laluan gerbang yang terapung. Jambatan ini menghubungkan Presint 4 di Pulau Utama dan Presint 19. Kedudukannya di hujung tenggara Persiaran Perdana membuatkannya satu mercu tanda serta menjadi jalan utama ke Pulau Utama dari arah tenggara. Reka bentuk jambatan mengandungi lapan rentasan sepanjang 30m di antara garisan tengah tembok.
Menggunakan teknologi kabel dan penyangga keluli, Jambatan Seri Wawasan dengan binaan asimetri dan sangat futuristik merentangi Tasik Putrajaya sepanjang 240 m. Ia menghubungkan antara Presint 2 dan Presint 8. Reka bentuknya yang ikonik telah menjadikannya jambatan utama dan salah satu mercu tanda di Putrajaya hingga kerap menjadi pilihan lokasi penggambaran adegan filem dalam dan luar negara serta wedding photoshoot. Menjelang senja dan malam, ia boleh dilihat dari jauh kerana hiasan warna warni lampu neon yang unik coraknya dan harmoni dekorasinya menghasilkan panorama yang sangat menakjubkan sehingga menarik para pengunjung merakamkan momen indah.
Putrajaya, sebuah ibu kota pintar dalam taman terletak 25 km di selatan Kuala Lumpur, dengan lokasinya yang strategik, pelbagai tarikan menarik dan kemudahan yang serba lengkap, ia pasti akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung.
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
23.12. 2024: 11.31 p.m
No comments:
Post a Comment