Mengenai "Manuskrip Keris" yang kita lihat pada gambar di bawah, ianya ditulis oleh Tok Pulai Chondong. Beliau meninggal dunia pada tahun 1874 Masihi, jadi manuskrip itu sudah berusia 200 tahun lebih. Selain tatacara membuat keris yang ada dalam manuskript tersebut, ianya turut menceritakan tentang kewujudan dua bilah keris paling terkenal era zaman kegemilangan pemerintahan Melayu Melaka Lama. Ia tertera pada dua petikan ayat bergambar yang merujuk kepada senjata milik Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.
Berikut adalah terjemahan yang ditulis dalam bahasa Jawi :
"Keris Hang Tuah juga turut menerangkan jumlah besi yang digunakan untuk membuat dua bilah keris tersebut. Bagi Keris Taming Sari sebanyak 20 jenis besi digunakan yang terdiri dari pada dua jenis utama iaitu campuran besi kursani dan tahi bintang (meteorite).
Manakala bagi Keris Pengkarang (Keris Hang Jebat), dia dibuat dengan campuran 10 jenis besi dan di antara besi yang digunakan ialah juga tahi bintang".
Apa yang pasti, dua petikan ayat ini menimbulkan satu tanda tanya kepada kami malah membuatkan kami kagum, dari manakah Tok Pulai Chondong boleh mendapatkan maklumat tentang dua bilah keris ini secara terperinci. Jika diteliti tarikh asal manuskript ini ditulis, ia jelas menunjukkan bukan ditulis pada zaman Kerajaan Melaka. Dan setakat hari ini tiada maklumat lengkap diperolehi bagi menjawab segala persoalan ini.
Manuskrip tersebut mempunyai 38 halaman muka surat. Selain keris tercatat juga beberapa amalam zikir yakni Hizb al-Bahr. Zikir tersebut adalah "Zikir Perang" yang telah menjadi amalan pandekar kita dahulu.
Manuskript tersebut kini berada di Muzium Warisan Melayu UPM dibawah jagaan "Dr Muhammad Pauzi Abd Latif" selaku Pengarah Muzium dan pengkaji sejarah.
Al-Fatihah buat Tok Pulai Chondong. Jasanya amat besar kepada masyarakat Melayu khususnya di bumi Kelantan. Beliau selaku ulama terawal yang mengubah cara kehidupan rakyat di Kelantan dan menyebarkan Syi`ar Islam. Tak silap kami pondok beliau adalah pondok terawal di Kelantan yang dibina pada tahun 1820 Masihi.
No comments:
Post a Comment