Posted on FB by:
Hj Zulheimy > 2 June 2021
Pasaraya Ong Tai Kim yang terletak di Medan Idaman Gombak.
Mungkin generasi sekarang tidak mengetahui bahawa dahulunya tapak pasaraya itu adalah kilang Getah Lee Rubber.
Berseberang dengan Lee Rubber ini dulu adalah kedai asal Ong Tai Kim, sebuah kedai kecil kayu dan tidak jauh dari kedai itulah terletaknya Sekolah saya dulu iaitu SRJK (Inggeris) Gombak 2. Saya bersekolah di sini dan ketika berlakunya tragedi hitam 13 Mei 1969 saya berada di dalam darjah 2. Saya masih ingat lagi kejadian itu apabila tiba-tiba ramai ibu bapa datang ke sekolah untuk mengambil anak masing masing, arwah ibu saya pun ada dan ketika itu arwah ayah saya berada di Melaka. Guru mengarahkan murid-murid mencari ibu bapa masing - masing dan terus pulang ke rumah, kami yang masih kecil ketika itu ikut sahaja arahan tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku... ketika itu rumah saya dekat depan sekolah je... jadi kami jalan kaki saja balik ke rumah di Jalan Sekolah (seberang jalan dari Sekolah)..
Namun syukur Alhamdulillah, kami murid sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa (Melayu, Cina, India, Sikh dll) hidup dalam harmoni malah apabila sekolah dibuka semula setelah keadaan kembali aman, kami tetapi berkawan seperti sebelum berlakunya 13 Mei, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku....
Sek. Ren. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gombak 2, Kuala Lumpur yang kini dikenali dengan Sek.Keb. (2) Gombak ialah Sekolah kedua saya selepas Sek.Ren. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Temerloh Kuala Lumpur.
Saya bersekolah di SRJK (I) Jalan Temerloh KL hanya beberapa bulan sahaja selepas arwah ayah saya mengusahakan pertukaran ke SRJK (I) Gombak kerana ketika itu saya sekeluarga menetap di Jalan Sekolah, Gombak yang lebih dekat dengan rumah..
Sekolah ini dibuka dengan resminya pada 28 November 1964 oleh YAB Dato'Haron bin Hj Idris, Menteri Besar Selangor ketika itu.
Sekolah ini pada asalnya adalah dikenali dengan nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Gombak Selangor. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En.Michael Lounders.
Namun pada tahun 1971 (ketika itu saya berada di darjah 4) , sekolah ini telah dibahagi kepada 2 sessi:
SRJK (Ing) Gombak 1 : (Januari-Jun sesi pagi) dan (Jun-November sesi petang)
SRJK (Ing) Gombak 2 : (Jun-November sesi pagi) dan (Januari-Jun sesi petang)
Seingat saya Guru Besar pertama yang dilantik mengetuai SRJK (Inggeris) Gombak 2 ketika Cik Gu Ariffin bin Hj Yassin (1971)....
Saya masih ingat kawasan ini sekitar 60 an dan 70 an, ketika itu saya tinggal di Jalan Sekolah, Gombak bersebelah dengan Taman Ibu Kota. Dulu kawasan Danau Kota seingat saya adalah sebuah kawasan Lombong dengan legenda Kapal Korek.
Namun kini Gombak telah jauh berubah ketika aku dan keluarga aku menetap di sana dulu.... sejarah hitam 13 Mei saya masih ingat lagi ketika mana kami dikenakan perintah berkurung tidak boleh keluar rumah selama beberapa minggu... jadi total locked down ni dah lama saya rasai bukan sekarang saja....
Copy and paste:
25/12/2024: 9.42 p.m
No comments:
Post a Comment