Sunday, 29 December 2024

SERIKANDI ALGERIA - ZULEIKHA AL-SHAYEB

Sumber: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami

Foto diata telah dirakam pada 15 Oktober 1957. Ia memperlihatkan wanita bernama Zuleikha Al-Shayeb yang telah diikat bersama kenderaan tentera sewaktu pendudukan Perancis keatas negaranya, Algeria.
Foto ini telah diambil sebelum tentera penjajah Perancis ini mengheret beliau yang diikat bersama lori melalui jalan-jalan di sekitar ibu kota dengan tujuan menakut-nakutkan dan memberi peringatan kepada penduduk Algeria agar tidak menentang penjajahan mereka.
Memang menjadi dasar Perancis dalam penjajahan mereka untuk tidak memberikan sikap berperikemanusian terhadap sesiapa sahaja termasuk wanita dan kanak-kanak yang dilihat menentang mereka atau disyaki ingin memberontak.
Zuleikha Al-Shayeb pada mulanya ditangkap dan disiasat secra kejam kerana disyaki memberikan perlindungan kepada anggota pembebasan Algeria. Namun sewaktu di soal siasat, beliau tidak membuka mulut, malah tidak memberikan satu pun informasi yang berguna kepada pihak penjajah. Beliau telah diseksa selama 10 hari tanpa henti.
Tidak cukup dengan disoal siasat dengan kejam, wanita ini telah diikat tangannya bersama truk kepunyaan tentera dan diseret berjam lamanya diatas jalan raya. Tiada kedengaran langsung ungkapan meminta tolong dan meminta dilepaskan oleh beliau. Beliau sudah sedia untuk syahid dan tidak akan merayu meminta belas kasihan dari penjajah ini.
Tidak berpuas hati dengan kecekalan hati beliau, pegawai tentera Perancis kemudiannya telah membawa beliau menaiki helikopter dan dibawa terbang tinggi di udara. Apabila sampai ke tahap ketinggian yang mencukupi, beliau telah dihumban keluar dari helikopter tersebut.
Akhirnya, syahid menemui wanita bernama Zuleikha Al-Shayeb. Tidak diceritakan pula dimana jenazah beliau dikebumikan, atau seperti kebanyakan mangsa kekejaman Perancis yang lain mayat mereka hilang begitu sahaja.
Zuleikha Al-Shayeb adalah satu dari satu juta rakyat Algeria yang mati berjuang agar Algeria bebas merdeka.
Ketika ini negara Perancis dan kuasa-kuasa penjajah berbicara mengenai keganasan dan Islam, tetapi mereka lupa bahawa bagaimana mereka melayan negara yang pernah mereka jajah lebih-lebih lagi terhadap negara Islam dan rakyatnya.
.
.
📍
Produk Orang Kite : https://linktr.ee/tssm_biz
📍
41 kisah usahawan dan jutawan yang jatuh yang perlu anda baca :-https://bukulali.onpay.my/order/form/JT/2885
Copy and paste:
29/12/2024: 11.53 a.m

No comments: