Tadabbur Kalamullah 6 Rejab 1441H☆
وَقُل لِّعِبَادِی یَقُولُوا۟ ٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ یَنزَغُ بَیۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّیۡطَـٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَـٰنِ عَدُوࣰّا مُّبِینࣰا
"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik. Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia" [Surah al-Isra' 53]
#Allah swt memerintahkan kita agar sentiasa mengungkapkan kata-kata yang baik, benar dan bermanfaat. Hal ini adalah merupakan ciri-ciri dan sifat orang yang beriman.
#Rasulullah saw bersabda: “Seorang mukmin itu bukanlah pengumpat atau yang suka mengutuk, yang keji dan yang kotor ucapannya.” (HR al-Bukhari)
#Dengan mengucapkan kata-kata yang baik, seseorang itu dikira telah bersedekah kepada orang lain dalam bentuk perkataan, iaitu orang lain memperoleh manfaat dari ucapannya itu.
#Sabda Rasulullah saw: “Tidak ada sedekah yang paling dicintai oleh Allah selain perkataan yang baik.” (HR al-Baihaqi)
#Tutur kata yang baik juga di nilai sebagai sedekah dan dikurniakan ganjaran pahala yang besar. Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:
الْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ
“Tutur kata yang baik adalah sedekah" (HR Ahmad)
#Sentiasalah kita mengungkapkan kata-kata yang indah, benar dan memberi kebaikan kepada orang lain. Jom kita hayati kisah indah ini:
Ibrahim bin Adham keluar dari negerinya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki. Dalam perjalanan, seorang lelaki yang menunggang unta bertemu dengan Ibrahim lantas menegurnya: "Tuan hendak ke mana?". Ibrahim menjawab: "Saya hendak pergi menunaikan haji". Ditanya lagi: "Mana kenderaan tuan? Tersangat jauh perjalanan ini!. Jawab Ibrahim: "Aku mempunyai banyak kenderaan yang kamu tidak nampak. Ditanya lagi: "Apa dia?" Ibrahim menjelaskan: "Apabila aku ditimpa musibah, aku menaiki kenderaan SABAR. Apabila aku diberi nikmat, aku menaiki kenderaan SYUKUR. Apabila berlaku ke atasku qadha’ dan qadar, aku menaiki kenderaan REDHA! Lelaki itupun berkata: "Berjalanlah tuan dengan iringan keberkatan dari Allah. Sesungguhnya tuanlah yang sebenarnya menaiki kenderaan sedangkan aku orang yang berjalan kaki".
♡Bercakaplah dengan perkataan yang indah dan mendamaikan, semoga kita hidup dalam suasana harmoni dan berpahala. Aamiiin♡
🐊Ust naim
TELEGRAM :
Sila klik link di bawah ini untuk JOIN👇:
https://t.me/tadabburkalamullah
FB PAGE
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
BLOG :
https://tadabburkalamullah.wordpress.com
Copy and paste: 3 March 2020 /8 Rejab 1441H : 8.18 am
No comments:
Post a Comment