Friday, 6 March 2020

BOLEH BUAT MAKSIAT DENGAN SYARAT......

Dalam Kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawa wa Umur al-Akhirah oleh Iman al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham. 
Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat. 
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham : 
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:
  1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah. 
  2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-NYA.
  3. Buat maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
  4. Sekiranya Malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah kepada Malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
  5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheret kamu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat melakukan demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. 
Setelah mendengar kata-kata tersebut lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksait kepada-NYA.

Akhirnya lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah s.w.t. dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh. 

Sumber: Majalah Solusi Isu No. 33 (2011)
6 March 2020 / 11 Rejab 1441H (Jumaat) : 10.34 am

No comments: