Sunday 22 March 2020

Suku kaum Melayu yang ada di Perak


1. Orang Asal – Orang Darat @ Orang Asli (Sempadan Negeri Perak/Kelantan. Hutan Belum, Gerik, Manong, Sungai Siput – Jalong, Ulu Kinta – Ulu Piah, Tambun, Parit, Bota, Kampong Gajah – Tanjung Tualang, Redang Punggur - Teluk Intan, Tapah, Bidor, Slim River & Tanjung Malim)
2. Melayu Jati @ Orang Baruh sub-etnik Orang Asal (Mendiami persekitaran tebing Sg Perak dari Parit hingga ke Kuala Kangsar)
3. Kerinchi (Pinggir Sungai Perak – Teluk Intan hingga Kg Gajah, Daerah Tg Malim, Slim River)
4. Kampar (Kawasan Kampar, Malim Nawar, Gopeng & Sekitar Pekan Parit)
5. Rawa/Rao (Persekitaran Daerah Kinta meliputi kawasan perlombongan Bijeh Timah – Pasir Putih, Pengkalan Pegoh, Lahat, Batu Gajah, Simpang Pulai, Gopeng. Kampar, Tapah, Bidor & ke Slim River. Terkenal aktiviti melombong bijeh timah)
6. Jawa (Bagan Datoh ke Teluk Intan. Terdapat juga sedikit di Daerah Parit iaitu di Kampong Serapoh. Di Trong ada sebuah kampong yang dinamakan Kampong Jawa. Terkenal dengan aktiviti tanaman kelapa & koko)
7. Banjar (Daerah Teluk Intan - Bagan Datoh, Seberang Perak, Kampong Biak dan persekitarannya. Sungai Manik, Sungai Lampam, Chekus, Chenderong Balai. Titi Gantung – Bota Kanan. Kawasan Air Tawar – Gelong Gajah hingga ke Beruas. Utara Perak di Daerah Kerian – Semanggol, Bukit Merah, Selama, Bagan Serai, Parit Buntar, Kuala Kurau. Terkenal dengan akitiviti bersawah padi)
8. Pattani (Daerah Selama - Batu Kurau, Lenggong, Gerik, Klian Intan & Pengkalan Hulu @ Kroh)
9. Mandailing (Terdapat sedikit di Daerah Kinta, Gopeng hingga ke Tanjung Malim. Selain itu Kuala Kangsar, Sungai Siput & Chemor, Ayer Tawar)
10. Bawean @ Boyan (Terdapat di Lembah Kinta iaitu Gugusan Manjoi, Tambun dan Gunung Rapat. Di Taiping pula di Kampong Boyan – Terkenal kerana penjagaan kuda).
11. Panai (Terdapat di Daerah Manjung – Lumut, Padang Tembak - Teluk Batik, Sitiawan, Ayer Tawar, Pantai Remis & Beruas)
12. Bangkahulu (Slim River & Behrang)
13. Batu Bara @ Batak (Terdapat Daerah Teluk Intan, Kampong Gajah. Di Daerah Manjung – Lumut, Padang Tembak - Teluk Batik, Sitiawan, Ayer Tawar, Segari, Pantai Remis & Beruas)
14. Acheh (Kebanyakkannya di Daerah Manjung – Lekir, Lumut, Kampung Acheh Sitiawan, Segari, Pantai Remis & Beruas)
15. Setoi – Thailand & Etnik Masyarakat Kedah (Daerah Kerian – Kawasan Pantai, Trong, Sungai Kerang hingga ke Pantai Remis & Pulau Pangkor. Terlibat aktiviti sebagai Nelayan. Daerah Perak Tengah – Dari kawasan Padang Kangar @ Mardi Parit, Bota Kanan hingga ke Seberang Perak. Aktiviti tanaman padi)
16. Melayu Telu - Kg Serkai Jadi, Tronoh
17. Tembusai - Tg. Tualang
Info By: Gomei D'Tinta
thanks and credit to Gomei
Copy and Paste: 22 March 2020 / 27 Rejab 1441H : 3.33 pm

No comments: