Saturday, 7 March 2020

ISLAM DI CHINA

Agama Islam dikatakan mula bertapak di China seawal tahun pertama Hijrah iaitu pada zaman Pemerintahan Dinasti Tang (618-907M). Maharaja China mengikut rekod pada ketika itu ialah Maharaja Gao Zong (Yung Wei) .

Para pedagang Arab sampai di Guangzhou dan mendirikan penempatan di salah sebuah pelabuhan terbesar di China.Mengikut Ahli Sejarah juga, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Saad bin Abi Waqqas (salah seorang dari 10 orang yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w.), telah dihantar ke China untuk mengembangkan Islam. Maharaja Yung Wei telah menyambut baik kedatangan rombongan Islam di China. Mereka telah diberi layanan yang baik dan diberi kebebasan untuk berdakwah di China. Malah masjid yang pertama di China di dirikan oleh Saad bin Abi Waqqas di daerah Guangzhou iaitu Masjid Huaisheng.

Di China sekarang dianggarkan terdapat lebih kurang 42,000 buah masjid.Terdapat banyak versi sejarah mengenai sejarah awal Islam di China. Antaranya :

1. Islam disebarkan oleh Hamzah bin Hamzah iaitu anak kepada Hamzah bin Abdul Mutalib.
2. Menurut Ibrahim Ma, seorang tokoh sejarah tempatan, melaporkan pendakwah Islam yang pertama datang ke China ialah Saad bin Lubayd yang tiba di Canton pada 630M.

Islam terus berkembang di China dari zaman Dinasti Tang sehinggalah Negara China menjadi sebuah negara republik pada tahun 1912.
Islam di China pernah melalui zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Dinasti Tang, Dinasti Song dan Dinasti Ming. Islam di China juga pernah mengalami zaman kegelapan di bawah beberapa dinasti seperti Dinasti Yuan, Dinasti Qing dan selepas pembentukan Republik Rakyat China, namun itu tidak menghalang Islam terus subur di China walaupun umat Islam di China pernah di halang, ditindas dan malah ada yang diseksa dan dibunuh supaya meninggalkan ajaran Islam, namun Islam tidak pernah pudar malah semakin subur di China.
Dalam buku "Sejarah Islam di China" Jing Chee Tang telah mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan bahawa Maharaja Zhū Yuánzhāng, pengasas Kerajaan Dinasti Ming ialah seorang yang beragama Islam. Ibrahim T.Y. Ma juga telah membuktikan perkara yang sama.
Sejarah Islam di China juga telah melahirkan beberapa tokoh-tokoh Islam yang terkemuka. Salah seorang tokoh Islam China yang cukup terkenal di seluruh dunia ialah Laksamana Cheng Ho (1371-1433) atau Zheng He atau Muhammad Ma Ho. Beliau yang hidup di zaman Dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja YongLe. Beliau telah mengetuai ekspedisi Pengembaraan dan memimpin armada China sebanyak 7 kali ke 30 buah negara diserata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah dan juga benua Afrika hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika.


Masjid Huaisheng di Guangzhou, China

Masjid Huaisheng beralamat di 56 Guangta Road juga dikenali dengan nama Masjid Rumah Api adalah masjid utama di Guangzhou. Ia adalah merupakan masjid yang tertua dan yang pertama dibina di Negara China lebih kurang 1300 tahun. 
Dalam catatan sejarah Negara China dan juga Manuskrip lama Muslim di China, dicatatkan bahawa masjid ini dibina pada tahun 627M oleh salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Saad bin Abi Waqqas (salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga). Kebanyakan sejarahwan China mengakui bahawa Orang Islam telah sampai ke China pada abad ke 7 Masehi. 
Masjid Huaisheng dibina ketika zaman Dinasti Tang.
Masjid ini kemudian dibina semula pada tahun 1350M ketika zaman Dinasti Yuan dan sekali lagi pada 1695M ketika pemerintahan Dinasti Qing setelah musnah dalam kebakaran.




Masjid As Shahbi Abi Waqqas di Guangzhou, China

Masjid Xianxian (Masjid As Shahbi Abi Waqqas) asalnya dibina dizaman Dinasti Tang dan kemudian dibina semula dizaman Dinasti Ming. Tiada info mengenai masjid ini yang saya temui.
Islam terus berkembang di China dari zaman Dinasti Tang sehinggalah Negara China menjadi sebuah negara republik pada tahun 1912.
Islam di China pernah melalui zaman kegemilangannya semasa pemerintahan Dinasti Tang, Dinasti Song dan Dinasti Ming. Islam di China juga pernah mengalami zaman kegelapan di bawah beberapa dinasti seperti Dinasti Yuan, Dinasti Qing dan selepas pembentukan Republik Rakyat China, namun itu tidak menghalang Islam terus subur di China walaupun umat Islam di China pernah di halang, ditindas dan malah ada yang diseksa dan dibunuh supaya meninggalkan ajaran Islam, namun Islam tidak pernah pudar malah semakin subur di China.
Dalam buku "Sejarah Islam di China" Jing Chee Tang telah mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan bahawa Maharaja Zhū Yuánzhāng, pengasas Kerajaan Dinasti Ming ialah seorang yang beragama Islam. Ibrahim T.Y. Ma juga telah membuktikan perkara yang sama.



Masjid ChongSan di Guilin, China

Masjid Chong Shan dibina pada tahun 1735, tahun ke 13 pemerintah Maharaja Yongzheng. Masjid ini telah diperbesarkan pada tahun 1849 dizaman pemerintahan Maharaja Jianqing, manakala pembaikpulihan masjid ini dibuat pada zaman Maharaja Daoguang (1821-1850) dan juga selepas pembentuk Republik Rakyat China (1912-1949). 
Pada masa kini, Masjid ini meliputi kawasan seluas 2000 meter persegi. 



 Masjid Feng Huang di Hang Zhou, China
Zhen-Jiao Si (Mosque of the True Religion), juga dikenali sebagai Feng-Huang Si (Masjid Phoenix) terletak di Zhongshan Road di Hangzhou, Zhejiang Province, dipercayai telah dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Tang (618-907). Ia adalah antara 4 masjid lama China yang terbesar (tiga lagi adalah Masjid  Xianhe di YangzhouMasjid Qingjing di Quanzhou dan Masjid Huaisheng di Guangzhou)

Masjid ini mempunyai sejarah yang panjang dan ia telah dibina semula dan diubahsuai beberapa kali sepanjang zaman. Masjid ini telah dimusnahkan di zman Pemerintahan Dinasti Song (960-1279).  Pada tahun 1281, di zaman Dinasti Yuan (1206-1368), seorang China Muslim yang terkenal di zaman itu bernama LaoDing telah membina semula masjid ini. Dan semasa pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644), disekitar tahun 1451 hingga 1493, masjid dibina dan diperbesarkan. Pada tahun 1646, kerajaan Dinasti Qing (1644-1912) mengarahkan supaya ianya dibina semula. 

Ia adalah jauh lebih kecil daripada binaan yang asal, kerana projek  melebarkan jalan pada tahun 1929, dan ia sebahagiannya dibina semula pada tahun 1953.
 Masjid Nanjing di Shanghai, China
Di belakang Yu Gardens, di daerah Huangpu di pusat Kota Shanghai, terletak Fuyou Road mosque salah satu masjid tertua yang dibangun pada 1870 oleh Dinasti Qing dizaman Maharaja Tongzhi. Ia juga dikenali dengan nama Masjid Utara. 
Jemaah muslim Nanjing Hui adalah mereka yang membangun masjid tersebut ketika bermigrasi ke Shanghai. Ketika itu, masjid adalah pusat kehidupan budaya jemaah tersebut. Pada awal 1900-an, masjid tersebut dijadikan markas bagi sekolah dasar, Dewan Direksi Islam Shanghai dan Masyarakat bisnis Muslim. 


WhatsApp Image 2019-05-31 at 12.00.15 (1).jpeg

 Masjid Madian di Beijing, China

Masjid Madian di Beijing adalah merupakan peninggalan Etnik China-Arab di Beijing. Terletak di Selatan Jalan Madian di Wilayah Haidian. 
Masjid ini dibina di zaman Dinasti Qing Kangxi (1661-1772). 





Masjid Niujie di Beijing,China

Masjid Niu Jie  adalah merupakan masjid tertua di Beijing yang di bina pada tahun 996M di zaman Dinasti Liao. Masjid ini kemudian dibaikpulih dan diperbesarkan oleh Maharaja Kangxi dari Dinasti Qing

Pada tahun 1215, masjid ini telah dimusnahkan oleh tentera Mongol dibawah Genghis Khan, namun ianya telah dibina semula pada tahun 1443 di zaman Dinasti Ming (1368-1644).

Masjid ini terletak di Niujie dalam daerah Xicheng di Beijing. Dianggarkan lebih kurang 10,000 orang Muslim Cina menetap di daerah ini

Terdapat kisah yang agak menarik mengenai Masjid Niujie ini. Kisah yang berlaku di zaman Dinasti Qing berlaku pada bulan Ramadhan ketika umat Islam sedang berpuasa.
Seorang pegawai Istana Maharaja kebetulan lalu di hadapan masjid ketika umat Islam sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa... melihat suasana yang begitu ramai orang, beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena...mungkin ini suatu perhimpunan untuk menggulingkan Maharaja. Beliau pulang ke istana dan melaporkan hal ini kepada Maharaja China.
Namun Maharaja Kangxi bukanlah seorang raja yang suka menerima sesuatu laporan dari para pegawai secara bulat bulat tanpa menyiasat terlebih dahulu.... maka baginda pun menyamar sebagai rakyat biasa dan pergi ke masjid itu secara senyap senyap...
Di Masjid baginda berjumpa dengan seorang tukang masak Mee Tarikh berbangsa Han yang bukan Islam dan bertanya mengenai perhimpunan di Masjid. Tukang masak itu menyatakan bahawa itu suatu ibadah solat umat Islam dan mereka berpuasa di bulan Ramadhan.
Apabila baginda masuk ke dalam masjid baginda disambut mesra oleh para jemaah tanpa mengetahui beliau adalah Maharaja China...
Baginda juga dibenarkan melihat kitab kitab Agama didalam masjid dan ternyata kitab kitab itu bukanlah buku-buku yang mengandungi risalah untuk menggulingkan Maharaja China....
Baginda pulang ke istana dan berpuas hati bahawa perhimpunan di masjid itu bukanlah perhimpunan hendak menggulingkan baginda dan kemesraan para jemaah masjid amat menarik perhatian baginda... baginda terus memecat pegawai yang membuat laporan palsu itu...
Baginda juga dikatakan telah mengeluarkan TITAH DIRAJA KANGXI untuk masjid Niujie dan titah DI Raja itu masih tergantung di dalam masjid tersebut...
Diantara yang terkandung dalam Titah DIRAJA itu adalah:
Maka demikian, diumumkan titah Beta ke setiap provinsi! Seandainya pegawai mahupun orang biasa, sekalipun atas sebab remeh, menuduh penganut agama Hui [7] sebagai pemberontak, maka pegawai bertugas diperkenankan untuk memancung kepalanya dahulu sebelum dilaporkan kepada Beta. [8]
Seluruh rakyat Hui di bawah Syurga [9] berpeganglah kepada Kebenaran Suci [10], dan tidak ingkar titah mahupun menderhakai Beta, serta mengasihi Jalan ini. Sekian titah.”

Sejarah Islam di China juga telah melahirkan beberapa tokoh-tokoh Islam yang terkemuka. Salah seorang tokoh Islam China yang cukup terkenal di seluruh dunia ialah Laksamana Cheng Ho (1371-1433) atau Zheng He atau Muhammad Ma Ho. Beliau yang hidup di zaman Dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja YongLe. Beliau telah mengetuai ekspedisi Pengembaraan dan memimpin armada China sebanyak 7 kali ke 30 buah negara diserata alam Melayu, Asia Selatan, Timur Tengah dan juga benua Afrika hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika.

Di Negara China terdapat sekurang-kurangnya 10 etnik minoriti Islam.

1. Yang terbesar sekali ialah etnik Hui yang ditemui diseluruh Negara China. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan China, komuniti Islam Hui berjumlah lebih kurang 10 juta orang.
2. Etnik Uyghur yang mendiami wilayah Xinjiang.Jumlah mereka lebih kurang 8.4 juta orang.
3. Etnik Kazakh pula berasal dari Kazakhstan dan jumlah mereka lebih kurang 1.25 juta orang.
4. Etnik Dongxiang yang mendiami wilayah Gansu dan Xinjiang. Jumlah mereka lebih kurang 514,000 orang.
5. Etnik Kyrgyz yang mendiami wilayah Xinjiang dan Heilonjiang berjumlah lebih kurang 144,000 orang.
6. Etnik Uzbeks berasal dari Uzbekistan dan Afghanistan, jumlah mereka lebih kurang 125,000 orang.
7. Etnik Salar ditemui di Qinghai dan Gansu, mereka adalah orang Turki yang berhijrah ke China dizaman Dinasti Ming. Jumlah mereka ialah 105,000 orang.
8. Etnik Tajik menetap di wilayah Xinjiang, mereka mempunyai salasilah keturunan Parsi (Iran) dan majoriti mereka berfahaman Syiah. Jumlah mereka ialah 41,000 orang.
9. Etnik Bao'an yang menetap di wilayah Gansu dan Qinghai. Jumlah mereka 17,000 orang.
10. Etnik Tatar merupakan etnik Islam yang terkecil jumlah tinggal di wilayah Xinjiang. Jumlah mereka hanya 5,000 orang. Kebudayaan etnik ini lebih dekat dengan kebudayaan masyarakat Eropah Timur.

Rujuk:
2. Islam di China - Wikipedia
3. MA Ibrahim T.Y - "Perkembangan Islam di China" - Bulan Bintang Jakarta, 1979.
4. Ustaz Ann Wan Seng - Pelayaran Cheng Ho
5. Ustaz Ann Wan Seng - Rahsia Islam di China, Gemilang di Sebalik Tembok Besar. 
6. Ustaz Ann Wan Seng - Mencari Islam di China. 
7. Ustaz Ann Wan Seng - Saya Masih Cina.
8. Wikipedia - History of Islam in China


Copy and paste : 7 March 2020 / 12 Rejab 1441H : 1.45 pm

No comments: