Thursday 26 March 2020

10 KHASIAT ‘NEEM’ ANDA PERLU TAHU!

MUNGKIN anda tidak pernah dengar tentang herba yang dipanggil ‘neem’ ini kerana hampir seluruh rakyat di negara kita tidak lagi mengamalkan cara tradisional untuk menyeselaikan masalah hidup. Dengan hidup zaman serba moden masa kini, kebanyakan daripada kita sering bergantung kepada ubat-ubatan berunsur kimia yang kadangkala diragui keberkesanannya serta kesan berpanjangan kepada tubuh badan kita. Pernahkah anda terfikir, semua penyakit di muka bumi ini ada penawarnya yang wujud secara semulajadi?

Banyak pokok atau tumbuhan selain daripada ‘neem’ yang mungkin ada di antara kita tahu, tetapi apa istimewanya pokok ‘neem’ ini dan keberkesanannya dalam menawar pelbagai masalah kesihatan? Sebenarnya, pokok ‘neem’ (atau dalam Bahasa Melayu dipanggil ‘pokok semambu’) ini telah digunakan sejak berkurun lama di India dalam teknik perubatan Ayurveda. Kini, penggunaan pokok ‘neem’ semakin luas diperkatakan dan dipraktikkan di serata dunia, termasuk pelbagai produk kesihatan kami di Himalaya Healthcare Malaysia!

MALAM INI kami senaraikan 10 SEBAB MENGAPA 'NEEM' IALAH HERBA TERBAIK yang mampu memberi segala nutrien yang badan anda perlukan!

1. MENGURANGKAN BERAT BADAN
Tak perlu gigih berusaha untuk kurus dengan mengambil pil, kopi atau apa jua jenis produk pelangsing yang dijual tanpa mengetahui kandungannya secara klinikal. Adakala produk-produk ini tidak diuji secara klinikal dan mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang mungkin akan memudaratkan kesihatan atau lebih teruk lagi maut. Untuk cara yang lebih mudah dan selamat, ‘neem’ boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia berkesan dalam meningkatkan kadar metabolisma badan secara efektif dan membantu memecahkan sel-sel lemak di dalam badan.

#TipsHimalaya 1: Anda boleh mencuba kapsul ‘NEEM TABLETS’ yang diperbuat 100 peratus daripada daun ‘neem’ asli. Kapsul ini merupakan ‘supplement’ semulajadi yang terbaik dan bebas kimia, sesuai digunakan untuk menyembuhkan penyakit dalaman.

2. MENJAGA TAHAP GULA DALAM DARAH
Kalau anda menghidapi penyakit diabetes atau kencing manis, mungkin ‘neem’ adalah salah satu alternatif anda kerana ia merupakan penawar semulajadi terbaik untuk mengawal penyakit diabetes. Daun ‘neem’ dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah dan meningkatkan sensitivity reseptor insulin di dalam badan. Daun-daun yang penuh khasiat ini juga dapat membantu untuk mengawal kadar gula di dalam darah serta mengurangkan kebergantungan anda kepada dadah dan ubat-ubatan yang kerap diambil sepanjang mengalami penyakit diabetes.

3. MEMBANTU MERAWAT KANSER
Terdapat sel protein asli di dalam daun ‘neem’ yang dipanggil sebagai ‘Neem Leaf Glycoprotein’ atau NLGP, diketahui mampu untuk menghalang pertumbuhan sel kanser di dalam badan. Selain daripada menghalang sel kanser secara lansung, NLGP juga mampu untuk mengawal sel imunisasi yang terdapat di sekitar sel kanser dan di dalam darah. Keadaan ini akan melambatkan pertumbuhan tumor dan seterusnya membantu dalam merawat pesakit kanser yang sedang menjalani sesi rawatan chemotheraphy.

4. MELEGAKAN JANGKITAN PADA LUKA
Sekiranya anda mengalami cedera ringan pada kulit, kadangkala keadaan persekitaran boleh menyebabkan bakteria mudah merebak sehingga terkena jangkitan kulat atau ‘fungal’. Namun, kandungan ‘nimbidol’ dan ‘gedunin’ yang terkandung dalam pokok ‘neem’ bertindak sebagai anti-kulat dan mampu untuk membunuh kulat yang tumbuh pada kulit. Sebagai alternatif, amalan penggunaan daun ‘neem’ pada kulit juga dapat menyembuh dan mencegah jangkitan kulat pada badan anda.

#TipsHimalaya 2: Sekiranya kulit anda terluka, basuh tempat luka menggunakan ‘NEEM & TUMERIC PROTECTING SOAP’ sebelum menggunakan ubat sapu. Sabun ini tidak menghasilkan banyak buih dan berfungsi mematikan kulat dan bakteria.

5. MEMBUNUH KUTU DI KEPALA
Daun ‘neem’ sangat dikenali sebagai agen anti-bakteria dan anti-mikrob yang kuat. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa minyak yang dihasilkan daripada daun ‘neem’ boleh digunakan untuk membunuh dan mencegah kutu yang tumbuh di kepala. Jadi, sekiranya anda atau mana-mana kenalan anda yang mempunyai masalah kutu di kepala dan tidak mahu menggunakan produk berasaskan kimia, cuba gunakan penawar semulajadi ini untuk kesan yang efektif.

#TipsHimalaya 3: Untuk masalah di kepala seperti rambut gugur, kelemumur, kutu dan sebagainya, terdapat banyak produk penjagaan rambut Himalaya Herbals yang mengandungi daun ‘neem’. Antaranya, ‘PROTEIN SHAMPOO’, ‘ANTI-DANDRUFF SHAMPOO’ dan ‘ANTI-HAIR FALL SHAMPOO’. Terdapat juga conditioner, krim dan minyak khusus untuk rambut atau kulit kepala yang bermasalah.

6. BOLEH MENGHALAU NYAMUK
Masalah nyamuk ini sering menghantui kita semua, terutamanya pada waktu malam sehingga tidak cukup tidur. Selain menjadi penawar kepada pelbagai penyakit, ‘neem’ juga digunakan sejak turun-temurun untuk menghalau nyamuk. Menurut kajian yang pernah dijalankan, minyak daripada daun ‘neem’ juga bertindak sebagai agen ‘anti-protozoal’ yang memberi bau unik pada kulit anda, dan pada masa yang sama mencegah nyamuk daripada mendekati anda. Cara ini sebenarnya lebih berkesan dan mesra alam berbanding penggunaan aerosol atau asap.

7. PENAWAR SEGALA MASALAH KULIT MUKA
Masalah kulit muka seperti jerawat, kedutan, pigmentasi, ‘blackhead’, kulit kering dan sebagainya, percaya atau tidak daun ‘neem’ merupakan penawar terbaik untuk anda menangani apa jua masalah kulit muka. Dengan sifat seperti anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus, daun ‘neem’ mampu untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit muka yang bermasalah. Selain mampu untuk mengurangkan parut jerawat pada muka, daun ‘neem’ juga bertindak sebagai pelembap semulajadi dan ‘toner’ kulit yang efektif.

#TipsHimalaya 4: Oleh kerana keberkesanannya kepada kulit muka, terdapat banyak produk penjagaan muka Himalaya Herbals diperbuat khusus daripada pati daun ‘neem’. Untuk masalah kulit jerawat dan sebagainya – gunakan ‘PURIFYING NEEM FACE WASH’ untuk mencuci, ‘PURIFYING NEEM SCRUB’ sebagai skrub muka dan ‘NEEM FACE PACK’ sebagai mask untuk menegangkan kulit muka.

8. MEMBANTU MERAWAT HEPATITIS
Oleh kerana sifat tidakbalas anti-virusnya yang kuat, daun ‘neem’ juga digunakan untuk membantu merawat pesakit hepatitis di seluruh dunia. Ia berfungsi menghapuskan toksin merbahaya dalam badan dan seterusnya mengurangkan kandungan toksik di dalam hati. Selain itu, dengan bertindak memperbaiki sistem imunisasi di dalam badan, pesakit hepatitis dapat mempercepatkan proses pemulihan mereka dengan lebih berkesan dan semulajadi.

9. MENCEGAH MASALAH MULUT, GIGI DAN GUSI
Di kebanyakan kawasan luar bandar khususnya di India, ranting pokok ‘neem’ masih lagi digunakan untuk memberus gigi dengan cara ‘bersugi’ seperti sunnah yang diamalkan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Sifat-sifat anti-mikrob dan anti-kulat neem memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit gusi, sakit gigi, nafas berbau, ulser mulut dan banyak lagi. Selain itu, ia juga dapat bertindak sebagai ubat semuladi untuk membuatkan gigi anda jadi putih!

#TipsHimalaya 5: Gunakan ‘HERBAL TOOTHPASTE’ daripada Himalaya Herbals yang mengandungi tiga kandungan utama – ‘neem’, ‘miswak’ dan delima yang berfungsi mencegah segala masalah mulut, gigi dan gusi dengan berkesan dan efektif.

10. MENCEGAH PENYAKIT ‘AMOEBASIS’
‘Amoebasis’ merupakan infeksi usus besar dan kadangkala boleh menyebabkan infeksi hati oleh kerana parasit yang dipanggil ‘Entamoeba histolytica’. Daun ‘neem’ bertindak sebagai ubat semulajadi yang sangat berkesan oleh kerana sifat antibiotiknya yang tinggi. Apabila digunakan di bahagian perut, daun ‘neem’ akan mengurangkan keradangan usus atau kekejangan berpanjangan yang seringkali dialami oleh pesakit yang menghidap ‘amoebasis’.

Sebenarnya kalau ikutkan, banyak lagi khasiat dan kebaikan pokok ‘neem’ ini kepada manusia, namun tidak ramai yang memanfaatkan herba semulajadi untuk mengatasi masalah kesihatan mereka. Mungkin masa untuk anda menjalani hidup yang lebih sihat dan bebas kimia dengan produk-produk kami di Himalaya Herbals sudah tiba?

Anda boleh memenangi beberapa produk Himalaya dengan #IStartMyDayWithHimalaya bulan Mei ini! Ikuti Instagram kami @himalayamalaysia untuk maklumat lanjut.

Untuk mendapatkan produk-produk semulajadi Himalaya Herbals, sila rujuk di link ini https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/info/?tab=page_info untuk mengetahui lokasi butik kami yang terdekat dengan anda, atau anda boleh ke Watsons atau Guardian berdekatan.

Copy and paste: Whatsapp Group Skot 139/80 Lumut
26 March 2020 / 1 Syaaban 1441H: 12.16  pm

No comments: