Wednesday 25 March 2020

Peristiwa Penting Dalam Dekad Baru 2020 - Wabak 2019 Novel Coronavirus

Sejarah serupa kenderaan yang membawa banyak peristiwa yang ketara sejak permulaan zaman kemanusiaan. Sejarah mengingatkan kita tentang peristiwa penting dan mengajari kita supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan. Oleh itu, kita sebagai manusia boleh bermaju dan bertambah baik. Pengajaran ini boleh dinampak dalam wabak 2019-nCoV yang berlaku kebelakangan ini, betapa tinggi kesedaran dan eficien langkah yang diambil oleh seluruh dunia untuk menghentikan penyebaran wabak ini kerana kita telah mendapat pengajaran daripada wabak SARS-CoV pada tahun 2003. Di sini, DoctorOnCall akan merekodkan kronologi wabak 2019-nCoV sebagai sejarah untuk masa depan. Berikut merupakan progres wabak:
Disember, 2019
Kerajaan di Wuhan, China telah mendapati 27 penghuni telah jatuh sakit akibat virus misteri. Kebanyakan mereka adalah daripada penjaja dan pelanggan di Pasar Huanan dan gejala mereka alami adalah seperti keradangan paru-paru (Pneumonia). Pihak yang berkenaan telah menghentikan operasi pasar ini untuk memulakan siasatan.
Januari 1, 2020
Berita palsu telah disebarkan atas talian tentang insiden ini bahawa virus yang baharu boleh membawa maut dan menyebabkan ketakutan dalam rakyat China. Pihak polis telah menahan 8 orang untuk disiasat.
Januari 3, 2020
Pihak kerajaan Wuhan telah memaklum bahawa 44 orang individu telah dijangkiti dalam wilayah ini dan mereka telah menyingkirkan kemungkinan virus lain seperti SARS. 5 kes juga disuspek di Hong Kong.
Januari 7, 2020
Misteri telah dibongkar selepas para pakar telah mengesahkan penyakit ini adalah disebabkan oleh virus bawah keluarga Coronavirus, bernama sebagai 2019-nCoV, jenis Coronavirus yang baru. Bilangan kes semakin menambah dan tiada kes kematian sampai sekarang.
Januari 9, 2020
Seorang lelaki tua yang berusia 61 tahun yang mempunyai beberapa penyakit kronik telah meninggal dunia akibat komplikasi penyakit yang disebabkan oleh 2019-nCoV ini. Ini merupakan kes kematian yang pertama seluruh dunia ini. Selepas itu, China telah berkongsi data yang sedia ada tentang virus baru ini dengan negara yang lain supaya kes lain boleh dikesan. 
Januari 13, 2020
Kes pertama di luar negara China telah disahkan di negara Thailand. 
Januari 16, 2020
Japan melaporkan kes pertama dalam negara. 
Januari 17, 2020
Kes kedua telah dijumpai di Thailand. Seorang lagi penghuni Wuhan, lelaki tua yang berumur 69 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi penyakit ini. 
Januari 18-19, 2020
Negara China telah mengesahkan sebanyak 198 kes, 126 kes adalah dari Wuhan sendiri. Saintis bermaklum bahawa virus ini boleh dijangkiti dari manusia ke manusia. Kes kematian yang ketiga telah dilaporkan.
Januari 20, 2020
South Korea dan Taiwan telah melaporkan kes pertama dalam negara.
Januari 21, 2020
United States dan Singapore telah melaporkan kes pertama dalam negara. Word Health Organization (WHO) telah membentuk jawatankuasa kecemasan untuk membincang tentang wabak ini. 
Januari 22, 2020
Jawatankuasa kecemasan ini telah menolak keputusan untuk mengisytiharkan sebagai “kecemasan kesihatan dunia”. Kerajaan China telah membatas perjalanan keluar dari Wuhan, melaksanakan darurat kesihatan. Sampai sekarang, sebanyak 600 kes telah disahkan di seluruh dunia dan kes kematian telah mencecah 17 orang. 
Januari 23, 2020
Kerajaan China telah melaksanakan darurat terhadap 3 bandar dan membatalkan semua aktiviti perayaan Tahun Baru Cina. Mereka juga tidak menggalakkan pelancongan pada masa ini. Wabak ini telah sampai di Vietnam dan Macau. 
Januari 24, 2020
Kerajaan China telah meletakkan 8 bandar lagi bawah pekeliling darurat di Wilayah Hubei yang melibatkan sebanyak 35 juta rakyat China. Pada masa ini, virus ini telah menjejak kaki dalam negara Perancis. 
Januari 25, 2020
Kerajaan Hong Kong telah membatalkan sekolah dan aktiviti awam sehingga Februari. Australia dan Malaysia turut melaporkan kes pertama jangkitan 2019-nCoV.
Januari 26, 2020
Kes jangkitan pada masa ini telah mencecah 2801 di seluruh dunia, merangkumi 461 kes yang serius dan 80 kes kematian. Demi mencari jawapan untuk rawatan, ubat HIV telah diselidik untuk melihat keberkesanan dalam rawatan. Pada masa yang sama, CDC China juga berusaha untuk mencipta vaksin yang berkesan. 
Januari 27, 2020
Negara Germani, Kanada, Kambodia, dan Sri Lanka turut melaporkan kes pertama dalam negara mereka. Bilangan kes telah menambah dua kali ganda dan mencecah 4580 kes di seluruh dunia.
Januari 28, 2020
Thailand telah menjadi negara pertama selain China yang melebihi 10 kes. Pada masa ini, belum terdapat kes kematian di luar China.
Januari 29, 2020
Finland dan United Arab Emirates telah melaporkan kes pertama mereka. Beberapa negara telah menghentikan kesemua penerbangan ke dan dari China. 
Januari 30, 2020
WHO telah mengisytiharkan wabak ini sebagai “krisis kecemasan kesihatan awam global”. Pada masa yang sama, India dan Filipin juga melaporkan kes pertama mereka.
Januari 31, 2020
Hingga masa kini, 9791 kes telah disahkan dan kes kematian telah mencecah 213 orang di seluruh dunia. Namun, adanya berita baik di mana 187 orang sembuh daripada jangkitan 2019-nCoV ini.
Februari 2, 2020
Kes kematian pertama di luar negara China telah berlaku di Filipin di mana seorang lelaki berusia 44 tahun, warga China yang diwadkan di hospital Filipin. Kerajaan Filipin telah membatas pelancong dari China, Hong Kong dan Macao, serta melaksanakan kuarantin pada orang tempatan. Kes jangkitan telah mencecah 17446 orang dan kes kematian telah capai 362 orang. 
Februari 3, 2020
Kerajaan China telah menggunakan ubat yang digunakan untuk rawatan Ebola, Ramdesivir untuk wabak kali ini. Selain itu, Hospital HuoShenShan juga berjaya dibina dalam jangka masa 10 hari dan mulai beroperasi.
Februari 4, 2020
Hong Kong telah melaporkan kes kematian yang pertama dan ini merupakan kes kematian yang kedua di luar China. Belgium turut melaporkan kes pertama dalam negara mereka.
Februari 5, 2020
10 orang dikesan positif Coronavirus dalam kapal pesiar Yokohama, Japan. Sehingga sekarang, kes jangkitan telah mencecah 28274 dan 565 kes kematiannya.
Februari 7, 2020
61 orang telah disahkan positif dengan 2019-nCoV dalam kapal pesiaran Yokohama, Japan, menambahkan kes positif di Japan hingga 86.
Februari 9, 2020
Kes kematian 2019-nCoV telah mencecah 800, lebih banyak daripada kes kematian semasa wabak SARS pada tahun 2003.
Februari 11, 2020
WHO telah memberi nama rasmi untuk virus ini, iaitu COVID-19. Wabak ini telah mengambil sebanyak 1000 nyawa.
Februari 12, 2020
Kerajaan Malaysia dinasihati untuk bersedia menghadapi kemungkinan berlakunya penyebaran wabak yang lebih luas. Jumlah kes di seluruh dunia adalah sebanyak 44, 787 orang melibatkan 25 buah negara dan 1,112 jumlah kematian.
Februari 13, 2020
Satu kes baharu Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) disahkan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan setakat ini adalah sebanyak 19. Dakwaan kes jangkitan Covid-19 dimasukkan ke hospital Pulau Pinang disahkan palsu.
Februari 14, 2020
Empat individu yang dijangkiti COVID-19 telah dibenarkan pulang menjadikan jumlah kes COVID-19 yang telah sembuh dan dibenarkan pulang adalah sebanyak tujuh dari 19 kes yang disahkan. Selain itu tiada pertambahan kes dilaporkan. Peningkatan mendadak jumlah kes positif COVID-19 di China disebabkan perubahan definisi kes positif COVID-19 bagi Wilayah Hubei.
Februari 15, 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat dua pertambahan kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID19 yang dilaporkan adalah sebanyak 21 kes. Jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 66,938 kes melibatkan 25 buah negara dan 1,523 jumlah kematian.
Februari 16, 2020
KKM memaklumkan 1 kes telah sembuh dan dibenarkan untuk pulang ke rumah dan tiada kes baru yang dicatatkan di Malaysia menjadikan jumlah kes di Malaysia seramai 14 orang dan jumlah kes yang telah discaj adalah sebanyak 8 orang. Jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 69,186 kes dan melibatkan 1,669 jumlah kematian di seluruh dunia.
Februari 17, 2020
KKM memaklumkan satu kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Tiada kes terbaru di Malaysia. Daripada 22 kes COVID-19 yang dikenalpasti di Malaysia, 9 pesakit telah pulih & discaj daripada wad. Sementara itu, Singapura mengesahkan 2 lagi kes baharu, dan Thailand mengesahkan satu kes baharu COVID-19. Taiwan mencatatkan kematian pertama akibat COVID-19.
Februari 18, 2020
Semua 107 rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang dibawa pulang dari Wuhan akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 2 daripada mereka yang positif COVID-19 telah dibenarkan pulang menjadikan jumlah kes di Malaysia sebanyak 22 orang dan 11 pesakit telah discaj daripada wad di Malaysia.
Februari 19, 2020
KKM memaklumkan 2 lagi kes telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini menjadikan jumlah kes yang telah pulih sepenuhnya kepada 15 orang dan hanya tinggal 7 kes yang masih dirawat di wad. Setakat ini, jumlah kes di seluruh dunia adalah sebanyak 75,201 kes membabitkan 26 negara dan 2,012 jumlah kematian.
Februari 20, 2020
KKM memaklumkan yang dua (2) lagi kes telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dan tiada kes terbaru yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes di Malaysia adalah sebanyak 22 kes, 17 telah pulih sepenuhnya dan hanya 5 kes yang masih dirawat di hospital.

25/3/2020: 12.51 pm
Resource: Doctor on Call
        

Written by: Dr Sashini Seeni


MBBS (Melaka-Manipal)
18 Aug 2018















No comments: