Tuesday 10 March 2020

MENGENALI SUNAN SITTAH

"AL-KUTUB AL-SITTAH" : 6 KITAB HADIS

Hadis ialah riwayat yang merakamkan ucapan, perbuatan dan perakuan Nabi s.a.w. Ia merupakan salah satu sumber hukum Islam seperti al-Quran, Ijmak dan Qias. 
Allah telah memelihara hadis daripada perubahan menerusi usaha ahli hadis yang tekun melakukan pelbagai kajian yang teliti. Hasil kajian mereka seterusnya dibukukan dalam kitab-kitab hadis yang masih terpelihara sehingga ke hari ini. 
6 kitab hadis (Al-Kutub al-Sittah) merupakan kitab-kitab yang menghimpun hadis-hadis Nabi. Setiap kitab ini mempunyai metode penulisan dan pendekatan yang tersendiri. Kitab-kitab ini dikenali dengan nama-nama pengumpulnya iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan al-Nasa'i, Sunan Abi Dawud dan Sunan Ibn Majah. 

1. SAHIH AL-BUKHARI
  • Mengandungi hadis-hadis sahih. Terdapat 7562 buah hadis. Dalam kitab ini Iman al-Bukhari juga mengajar cara mengistibatkan hukum daripada setiap hadis.
  • Nama penulis : Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhari.
  • Tarikh lahir / wafat : 194H - 256H (810M-870M)
  • Tempat Lahir : Bukhara yang terletak di daerah Transoxiana (Uzbekistan). 
  • Tempat wafat : Hartank (salah satu perkampungan di Samarkand). 
2. SAHIH MUSLIM
  • Mengandungi hadis-hadis Sahih, terdapat 3033 buah hadis setelah dibuang hadis-hadis yang berulang. Salah satu keistimewaan kitab ini ialah Imam Muslim memperbanyakkan jalan sanad hadis.
  • Nama Penulis : Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi.
  • Tarikh Lahir / Wafat : 204H-261H (820M - 875M)
  • Tempat Lahir : Kota Naisabur di Khurasan (Iran).
  • Tempat Wafat : Pinggiran kota Naisabur. 

3. SUNAN ABI DAWUD
  • Menghimpunkan dalil-dalil Imam Mujtahidin yang menjadi asas dalam menyimpulkan hukum. Kitab ini tidak hanya menghimpunkan hadis-hadis sahih, tetapi juga hadis-hadis hasan dan lemah. Jumlah hadis didalamnya ialah 5232 buah hadis. 
  • Nama Penulis : Sulaiman bin al-Asy'ath bin Ishaq bin Basyir al-Azdi as-Sijistani
  • Tarikh Lahir / Wafat : 202H - 275H (817M - 889M)
  • Tempat Lahir : Sijistan (Afghanistan)
  • Tempat wafat : Basrah


4. SUNAN AL-NASA'I
  • Mengandungi hadis-hadis yang menjadi dalil bagi setiap hukum. Imam al-Nasa'i sangat menekankan kepada penjelasan "ilal al-hadith" (kecacatan yang melemahkan hadis). Sebanyak 5769 buah hadis terkandung di dalamnya. 
  • Nama Penulis : Ahmad bin Syu'aib bin Ali bin Sinan bin Bahr bin Dinar
  • Tarikh Lahir / Wafat : 215H - 303H (830M - 915M)
  • Tempat Lahir : Nasa (Turkmenistan)
  • Tempat wafat : Baitul Maqdis (di kota Ramallah, Palestin).

5. SUNAN AL-TIRMIZI
  • Mengandungi 3956 buah hadis-hadis, hukum yang menjadi sandaran kepada ulama. Selain itu, ia juga menjelaskan mazhab dan amalan para ulama, sahabat , tabiin dan setelah mereka. Imam al-Tirmizi turut memperkenalkan pelbagai cabang ilmu hadis seperti Al-Nasikh Wa al-Mansukh, Rijal al-Hadith, Al-Jarh Wa al-Ta'dil, Takhrij Hadith dan lain-lain. 
  • Nama Penulis : Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa al-Silmi al-Bughi al-Tirmizi.
  • Tarikh lahir / wafat : 209H- 279H (824M - 892M)
  • Tempat Lahir : Tirmiz (Uzbezkistan)
  • Tempat wafat : Tirmiz

6. SUNAN IBN MAJAH
  • Menghimpunkan semua jenis hadis sama ada sahih, hasan, lemah bahkan munkar. Sangat sedikit hadis palsu didalamnya. Namun begitu, anti hadis telah menjelaskan status hukum setiap hadis tersebut. 4341 buah hadis yang terkandung di dalam kitab ini meliputi aspek hukum, sejarah dan lain-lain. 
  • Nama Penulis : Muhammad bin Yazid ar-Rab'i al-Qazwani.
  • Tarikh Lahir / wafat : 209H - 273H (824M - 887M)
  • Tempat Lahir : Qazwain (Iran)
  • Tempat Wafat: Qazwain
MERUNGKAI SALAH FAHAM HADIS
Hadis-hadis yang kandungannya sukar difahami dan mengelirukan telah menjadi perhatian para ulama sejak dahulu lagi. 
Kita hendaklah merujuk kepada mereka terlebih dahulu sebelum menilai sesuatu hadis sama ada bertentangan dengan akal atau sebaliknya. 
Antara kitab-kitab tulisan ulama yang merungkai kekeliruan dalam memahami hadis ialah : 

  1. Takwil Mukhtalif al-Hadith oleh Muhammad bin Muslim Ibn Qutaybah al-Dinawari.
  2. Syarh Musykil al-Hadith oleh Ahmad bin Salaman al-Tahawi
  3. Musykil al-Hadith wa Bayanuh oleh Muhammad bin al-Hasan ibn Furak al-Isbahani.

Sumber: Majalah al-Ustaz isu no. 18 (2013)
10 March 2020 / 15 Rejab 1441H : 12.22 pm

No comments: