Alhamdulillah...14 hari saya menjalani proses kuarantinkan diri disebabkan saya mempunyai kontak rapat dengan jemaah ijtimak tabligh (Sukarela saya ke hospital untuk check dan sukarela saya kuarantinkan diri even saya tak ada sintom2 covid19). Semuanya masih dalam keadaan baik dengan izin Allah s.w.t.. Dalam msa 14 hari apa yang saya lakukan untuk pastikan saya kekal sihat? Letakkan tawakkal 80%, usaha 20%..
Dalam usaha 20% apa yang saya lakukan? Saya berkongsi bukan kerana apa.. Tapi saya doakan moga boleh memberi manfaat kepada org lain dengan izin Allah s.w.t..Mudah-mudahan kita semua terus diberi kesihatan yang baik..InsyaAllah..
1)Set dalam hati dan minda kita sihat. Jangan beri sedikit pun ruang untuk rasa takut masuk dalam diri kita. Jalani kehidupan macam biasa. Pegang pada hati, Allah s.w.t ada untuk melindungi. Elakkan juga stress tentang apa2 sekalipun. Kalau tak stress imunisasi kita akan lebih kuat, banyakkan usaha untuk tenangkan diri walau kita mungkin berdepan dengan karenah anak2 sekalipun
2) Jaga solat + Solat sunnat
3) Sentiasa berwudhuk - tak kisah time bila kita rasa nak berwudhuk. Kalau 10 kali kita berwudhuk maknanya 10 kali kita dah sucikan diri kita.
4) Baca Surah Yassin setiap malam, sampai ayat "Salamun Khaulam mirrabbirrahim..." ulang 21 x, niatkan dalam hati untuk Allah swt lindung dari segala musibah
5) Selepas solat Baca Surah Al fatihah sekali, ayat kursi 3x, surah Al fill 3x.(Amalkan juga sebelum tidor dan kalau ada anak kecil, hembuskan pada anak dari kepala hingga kaki) - Bila2 masa baca lebih baik
6) Baca Bismillah 5 x kira masa, baca juga 11x selepas solat
7) Keluar rumah bila perlu sahaja, sebelum keluar baca Bismillahitawakkalualallah 3x, baca Al fatihah 1x dan ayat kursi 3x.. Niat Allah s.w.t lindung dari segala bahaya.
8) Bila keluar beli barang di Supermarket elak belek-belek barang, saya hanya tuju tempat barang yang saya nak ambil, ambil barang, bayar dan terus balik-Kalau terpaksa sangat-sangat sahaja baru saya keluar. Ini bukan masa untuk kita berseronok.
9) Balik kena terus mandi. Jangan pegang anak-anak, jangan pegang sesiapa. Bersihkan diri dahulu. Pakaian dari baju stokin semuanya, saya akan basuh. Sya basuh juga semua barang yang saya beli. Plastik bag tak simpan. Terus buang.
10) Gunakan hand sanitizer bila diluar rumah
11) Jaga jarak ketika diluar walaupun kita memakai mask
12) Cuci tangan sekerap mungkin, jaga kebersihan diri
13) Minum air garam sebelum tidor. Baca istighfar 3x, selawat 3x, niatkan dalam hati diberi kesihatan yang baik (Saya guna garam yang warna perang, beli seketul, balik pecahkan jadi biji kecil-kecil, ambil 3 biji masukkan dalam air bersih separuh gelas dan minum) - Garam biasa pun boleh.
14) Bacalah berulang kali DOA ini, "Allahumma Jurni Fimusibati Waakhlifli Khoirun Minha"... Moga Allah s.w.t menggantikan segala musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik.
Apa pun, apa sahaja yang kita buat niatkan kerana Allah s.w.t.. Niatkan nak sihat untuk kekal beribadat kepada Allah s.w.t... Nak sihat untuk jaga anak2.. nak sihat untuk mudah keluar cari rezeki yang halal. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t kita selamat semuanya.InsyaAllah.aamiin..
#Saya hnya berkongsi.. Hak Allah s.w.t untuk memberi kita sakit dan hak Allah s.w.t juga nak bagi kita sihat. Apa pun, berbalik pda Allah s.w.t adalah sebaik2 jalan yang kita ada..
Copy and paste: Whatsapp Group Otai Greenwood Park
30 March 2020 / 5 Syaaban 1441H : 7.02 pm
No comments:
Post a Comment