Kredit : Ahmad Lutfi Abu Faqeh
1- Solat Zohor menggantikan Jumaat
a) Boleh solat Zohor dilakukan diawal waktu dalam situasi terhalang ke masjid seperti sekarang. Tidak perlu tunggu sehingga berlalu masa yang kebiasaannya solat Jumaat selesai..
b) Boleh bermusafir pagi Jumaat dan tidak haram. Ini kerana illat haram ialah kerana dalam keadaan biasa safar pada hari Jumaat menyebabkan solat Jumaat tidak dapat dikerjakan. Manakala dalam situasi sekarang ditempat sendiri Jumaat tidak dapat dikerjakan.
( Bermusafir jauh pada waktu ini bergantung kepada keizinan pihak berwajib)
Solah Jemaah
a)Pahala solat dimasjid insyaAllah akan diperolehi oleh mereka yang pada hari-hari biasa melazimi datang kemasjid.
b) Manakala pahala solat berjemaah diperolehi juga oleh mereka diatas yang tidak berpeluang melakukan jemaah ditempat yang berada.Contohnya ditahan di wad tanpa teman, tiada teman berjemaah dirumah kerana anak belum ada,atau belum mumayyiz dan lain-lain. Adapun jika mampu solat berjemaah dirumah tetapi solat jemaah tidak dikerjakan maka dia tidak memperolehi pahala jemaah walaupun kelazimannya datang kemasjid berjemaah.
c) Disunatkan azan dan iqamat bagi solat yang dilakukan dirumah walaupun bersendirian dan walaupun masjid berdekatan sudah melaungkan azan. lafaz azan dirumah seperti biasa tiada perubahan.
d) Azan hanya dilakukan oleh lelaki. Maka jika hanya ada seorang lelaki maka dia melakukan kesemua amal azan,iqamat dan menjadi imam.
e) Perempuan hanya iqamat sahaja jika dia solat seorang diri atau bersama jemaah yang semuanya perempuan.
f) Jika menjarakkan tubuh semasa solat berjemaah adalah satu kemestian (seperti solat didalam wad ) maka ia tidak meluputkan pahala berjemaah. Kerana renggang berlaku kerana uzur.
g) Ibu tidak boleh menjadi imam kepada anak lelaki.
h) Jika lelaki yang ada tidak sah menjadi imam kerana tidak cukup syarat sah menjadi imam maka lebih baik bahkan mesti solat tidak dilakukan secara berjemaah. Disampin itu hendaklah lelaki yang ada mengambil peluang masa sekarang untuk belajar dan memperbaiki solatnya sehingga dia boleh menjadi imam.
Pengurusan jenazah covid 19
a) Jenazah wajib dimandikan jika boleh dan tidak memudaratkan orang hidup.
b) Jika memandikannya boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang hidup dan tiada cara untuk mengelakkan mudharat tersebut maka hendaklah ia ditayammumkan.Pengesahan boleh mendatangkan mudharat bahawa memandikannya boleh mendatangkan mudharat yang tidak dapat dielakkan hemdaklah datang dari pakar berkemahiran dan terpercaya.
c) Tayammum hendaklah dilakukan diatas kulit muka dan kedua tangan tanpa berlapik. Iaitu seperti cara tayammum biasa.
d) Jika tayammum seperti itupun tidak dapat dikerjakan maka tiada tayammum keatasnya diatas bungkusan yang menutupinya (ini berasaskan mazhab Shafii).
e) Jika jenazah tidak dapat dimandikan dan ditayammumkan kerana sebab-sebab yang disahkan oleh pakar berkemahiran dan terpercaya maka tiada solat jenazah keatasnya kerana didalam mazhab Shafii solat jenazah hanya sah sekirang jenazah paling kurang telah ditayammumkan.
f) Boleh bertaklid dengan mazhab yang menghukum sah solat jenazah sekiranya ada halangan dari memandikan dan mentayammumkannya.
g) Sekiranya ada solat jenazah baginya maka boleh solat jenazah ghaib dikerjakan bagi mereka yang tinggal jauh dari kawasan jenazah berada.
h) Dalam situasi dihalang dari keluar rumah maka solat ghaib boleh dikerjakan juga walaupun bagi orang yang dekat disisi Imam Ramli.
i) Wajib menguruskan jenazah dengan beradab sedaya mungkin.
Masjid
a) Fardu kifayah memastikan ada solat berjemaah di setiap masjid. Namun dalam situasi terhalang maka hanya dikerjakan solat berjemaah oleh mereka yang dibenarkan.
b) Azan hendaklah dilaungkan sehingga didengar.
c) Tidak boleh menggunakan wang sumbangan untuk keperluan masjid bagi tujuan sedekah. Pihak berwajib hendaklah mengeluarkan dari sumber zakat kepada asnaf, sumber harta syubhah yang diserahkan kepada baitul mal dan mengeluarkan arahan sumbangan sosial kepada hartawan.
Copy and paste: 25 March 2020 / 30 Rejab 1441H: 4.29 am
No comments:
Post a Comment