Monday, 9 March 2020

Keutamaan-keutamaan Makkah


1. Tempat dibangunkan rumah Allah (Baitullah al-Haram)
2. Kota kelahiran dan kenabian Muhammad s.a.w.
3. Tempat beribadah pada hamba seluruh dunia
4. Memasukinya dengan kerendahan diri, khusyuk dan meninggalkan segala bentuk keindahan dunia.
5. Memasukinya dengan berihram (berpakaian ihram dan mematuhi patang larang ihram)
6. Tempat yang Allah jadikan sebagai Tanah Suci untuk penghapusan dosa-dosa.
7. Tanah Suci yang aman dan tidak dibenarkan berlakunya tumpah darah (peperangan dan seumpamanya).
8. Tempat yang Allah mensyariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah.
9. Tidak ada di bumi ini, suatu tempat yang Allah wajibkan kepada yang mampu untuk mengunjunginya.
10. Tempat yang Allah akan memberi balasan bagi sesiapa yang berniat jahat walaupun belum melakukannya.
11.Tempat yang balasan jahat dilipatgandakan dosanya.
12.Tidak ada tempat bila melakukan kebaikan dan kebajikan, Allah kurniakan pahala 100 ribu kali ganda.

Ulasan keutamaan-keutamaan Makkah:
Berdasarkan keutamaan-keutamaan di atas telah membuktikan bahawa Makkah itu sebagai tanah haram dan tanah suci. Kerahmatan, kemuliaan, pengampunan dosa dan gandaan pahala merupakan balasan Alllah s.w.t. kepada hamba-hambanya yang telah menyahut seruannya datang mengunjungi Baitullah. Ini juga menggambarkan sifat kesempurnaan Allah s.w.t. iaitu sifat kasih sayangnya kepada hamba-hambanya yang redha dengan Allah sebagai tuhan, Muhammad sebagai Rasul dan Islam sebagai agamanya.

Copy and paste: 9 March 2020 / 14 Rejab 1441H : 7.50 am

No comments: