Al-Hatim: terletak di Kaabah antara Rukun dan Makam Ibrahim a.s.telaga Zam Zam dan Hijr Ismail.
Al-Khadrak: Bangunan yang berkubah Hijau di Masjid Nabawi, didalamnya terletak Makam Rasulullah s.a.w.
Ar-Raudah Al-Musyarraf: dalam Masjid Nabawi di Madinah, sebuah taman syurga yang ditanda dengan tiang marmar putih dan hamparan hijau. Tempat yang mustajab untuk berdoa.
Arafah: daerah terbuka dan luas disebelah timur luar kota Mekah, 20 km dari Masjidilharam. Tempat Jemaah Haji menunaikan Wukuf di Arafah yang merupakan Rukun Haji.
Bukit Safa dan Bukit Marwah: dua bukit yang terletak di Masjidilharam, Mekkah, tempat dimana umat Islam berulang alik sebanyak 7 kali dalam ibadah Haji dan Umrah, bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali untuk mencari air.
Dalil Wajib Haji: Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 196: "Dan Tunaikanlah Haji dan Umrah kerana Allah Ta'ala."
Dam: Denda yang diwajibkan kerana melakukan larangan semasa melakukan Haji atau meninggalkan perkara wajib Haji.
- Dam Tertib dan Taqdir: Jemaah wajib melakukan penebusan mengikut turutan yang ditetapkan, seperti menyembelih binatang ternakan, berpuasa, atau bersedekah.
- Dam Tertib dan Ta'dil: Jemaah perlu menyembelih haiwan. Jika tidak mampu, boleh menggantikannya dengan nilai makanan untuk fakir miskin mengikut harga binatang yang ditentukan.
- Dam Takhyir dan Taqdir: Jemaah mempunyai pilihan antara menyembelih binatang, berpuasa, atau bersedekah mengikut kadar tertentu.
- Dam Takhyir dan Ta'dil: Jemaah diberi pilihan untuk menebus dam dengan cara menyembelih haiwan atau menggantikannya dengan nilai makanan kepada fakir miskin, mengikut kemampuan masing-masing.
Dhuyufurrahman: Tetamu Allah.
Hajarul Aswad: batu hitam yang terdapat dipenjuru Kaabah. Bagi mengerjakan tawaf ketika Haji dan Umrah, tawaf hendaklah bermula dari sudut Hajarul Aswad, mengelilingi Kaabah 7 kali dan berakhir di sudut yang sama. Mencium Hajarul Aswad adalah Sunah Nabi s.a.w semata-mata.
Haji: Mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) di Mekkah pada bulan-bulan Haji untuk mengerjakan ibadat Haji.
- Haji Mabrur: yang paling tinggi dan istimewa, diberi pahala, diampun segala dosa dan dijamin masuk syurga.
- Haji Makhsus: Haji yang sah, diberi pahala dan diampuni dosa
- Haji Maqbul: Haji yang diterima dan diberi pahala.
- Haji Mardud: Haji yang tidak diterima kerana kekurangan syarat-syaratnya dan rukun-rukunnya atau sebab-sebab lain.
Haji Ifrad: mengerjakan Haji dalam bulan-bulan Haji kemudian mengerjakan Umrah setelah selesai amalan Haji (Afdhal).
Haji Qiran: mengerjakan Haji dan Umrah serentak dalam bulan haji, iaitumemakai ihram dan niat umrah dan haji sekali gus, sampai selesai melontar jamrah Aqabah dan diikuti dengan bercukur atau memotong rambut tanpa tahallul setelah selesai umrah. Bagi yang melaksanakan haji Qiran diwajibkan membayar dam.
Haji Tamattuk: Mengerjakan Umrah dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan Haji ditahun yang sama. Diwajibkan membayar Dam bagi yang mengerjakan Haji Tamattuk.
Hari Arafah: pada 9 Zulhijjah, jemaah berada di Arafah untuk berwukuf.
Hari Tarwiyah: Para Jemaah Haji berkumpul di Mina pada 8 Zulhijjah sehingga matahari naik di atas Bukit Thabit.
Hari-Hari Tasyrik: Tiga hari selepas Hari Raya Aidiladha iaitu pada 11,12 dan13 Zulhijjah. Pada hari Tasyrik diharamkan untuk berpuasa. Bagi yang menunaikan ibadah Haji, ketiga hari ini jemaah akan melakukan ibadah melontar ketiga-tiga jamrah di Jammarat.
Hijir Ismail: suatu kawasan lengkungan berentuk separa bulatan terletak di utara Kaabah. Ia adalah sebahagian daripada Kaabah.
Ihram: Bermaksud menjadikan ia haram > apabila seseorang memulakan Takbiratul Ihram, maka ia dengan rela hatinya mengharamkan apa-apa yang sebelum itu halal. Ihram Haji dan Umrah bermakna jemaah dilarang melakukan beberapa perkara yang dilarang ketika dalam Ihram Haji atau Umrah. Rujuk: TH: Bimbingan Haji
Istilam: mengucup Hajar Aswad atau menyenguhnya dengan tangan. Jika tidak mampu, memadai dengan isyarat atau melambai dengan tangan.
Ittibak: Meletakkan pertengahan kain selendang/ihram di bawah ketiak kanan dan kedua-dua hujungnya di atas kiri dengan menjadikan bahu kanan terbuka bagi lelaki.
Jamrah Kubra:ibadat melontar, ibadat Wajib Haji pada pagi 10 Zulhijjah.
Jannatul Baqi' Al-Ghardad: Kawasan perkuburan di Masjid Nabawi di Madinah, dianggarkan lebih 10,000 para sahabat dan keluarga Baginda Rasulullah s.a.w yang meninggal dunia di Madinah di Makamkan.
Jeddah: dalam bahasa biasa bermaksud 'Nenek', merujuk kepada Hawa. Jeddah adalah merupakan pintu masuk ke Al-Haramain iaitu kota suci Mekkah dan Madinah.
Kaabah: kiblat bagi umat Islam mengerjakan solat, terletak di Masjidilharam. Bangunan yang harus dikunjungi oleh Jemaah Haji dan Umrah. Kaabah juga dikenali sebagai Baitul Atiq, Baitul Haram atau dipanggil juga dengan panggilan Rumah Allah atau Baitullah.
Maqam Ibrahim: binaan yang mengandungi batu hampar kecil terletak lebih kurang 20 hasta disebelah timur Kaabah. Didalamnya terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga. Diatas batu ini Nabi Ibrahim a.s. berdiri diwaktu baginda membangunkan Kaabah. Salah satu tempat dimana doa dimaqbulkan.
Masjid al-Haram: atau Masjidilharam - masjid paling suci dalam sejarah umat Islam. Terletak di Kota Mekkah, dibina mengelilingi Kaabah, iaitu kiblat bagi umat Islam.
Masyaa'er: kawasan ibadat Haji iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Mekkah: Mekkah ertinya Membinasakan atau mengurangkan - Mekkah mengurangkan dan menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Mekkah. Mekkah adalah pusat bumi hasil kajian oleh Prof. Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir.
Melontar Jamrah: melontar batu-batu kecil di ketiga-tiga Jamrah ketika ibadah haji iaitu :
- Jamrah al-Kubra / Jamrah Aqabah : yang terbesar
- Jamrah al-Wusta : yang pertengahan
- Jamrah al-Ula : yang paling kecil
Mina: Tempat himpunan kedua wajib Haji terletak 5 km dari kota Mekkah.Jemaah Haji wajib bermalam di Mina pada Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
- Mina Jamarat - terletak berhampiran dengan tempat melontar.
- Mina Mu'aisim - jaraknya lebih kurang 3 km dari Jamarat serta merupakan kawasan mabit bagi majoriti jemaah Haji dari Malaysia.
- Mina al-Marhalah al-Thalithah - jaraknya lebih kurang 5 km.
Miqat: merupakan sempadan bagi ibadah Haji. Apabila melintasi miqat, jemaah Haji perlu mengenakan pakaian Ihram dan memasang niat Ihram. Miqat digunapakai bagi Haji dan Umrah.
- Miqat Zamani :ketentuan masa bagi seseorang berniat ihram, berniat ihram haji bermula dari 1 Syawal hingga masuk waktu subuh pada 10 Zulhijjah. Bagi Umrah, niat ihram pada bila-bila masa sepanjang tahun.
- Miqat Makani: Ketentuan tempat atau sempadan untuk berniat ihram
- Ji'ranah, Tan'eim dan Hudaibiyah :Keluar dari Tanah Haram Mekkah semasa umrah.
- Qarnul Manazil: bagi mereka yang datang dari Malaysia dan Asia Tenggara.
- Juhfah : bagi yang datang dari Mesir dan Tunisia
- Yalamlam : Bagi yang datang dari selatan sepertiYaman
- Dzulhulaifah Abyar Ali : bagi yang datang dari Madinah.
- Dzatu'irq : bagi yang datang dari bahagian Iraq.
Multazam: tempat antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah, Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda mengatakan disinilah adalah tempat dimana mustajabnya doa.
Muzdalifah: kawasan yang terletak antara Mina dan Arafah di Mekah. Merupakan sebahagian daripada Masyair Haram (Tanah Haram). Umat Islam yang menunaikan Haji wajib bermalam di Muzdalifah, walaupun sebentar selepas tengah malam 10 Zulhijjah.
Nafar Awwal: Jemaah Haji yang keluar awal bagi meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah sebelum terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.
Nafar Thani: Jemaah Haji keluar lewat bagi meninggalkan Mina pada 13 Zulhijjah setelah menyempurnakan amalan-amalan Haji di Mina pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.
Pancur Emas - pancur emas atau mizab yang menganjur keluar dari bumbung Kaabah bagi mengalirkan air hujan, kawasan yang mustajab bagi berdoa.
Rukun Haji: Perkara yang mesti dikerjakan dalam ibadat Haji. Tidak sah Haji jika tidak mengerjakan perkara-perkara Rukun Haji. Ia tidak boleh diganti dengan Dam seperti Wajib Haji.
- Niat Ihram Haji
- Wukuf di Arafah
- Tawaf
- Sa'ie antara Safa dan Marwah
- Bercukur / bergunting (Tahallul)
- Tertib
Sa'ie antara Safa dan Marwah: berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah 7 kali dengan syarat-syarat sahnya.
Syazarwan: tapak dimana terletaknya Kaabah membentuk 4 penjuru:
- Rukun Iraqi - mengarah ke Timur Laut
- Rukun Asy-Syami mengarah ke Barat Laut
- Rukun Al-Yamani - mengarah ke Barat Daya
- Rukun Al Aswadi - mengarah ke Tenggara dimana terletaknya Hajar Aswad.
Tahallul: keluar daripada larangan dalam Ihram dengan bercukur atau bergunting.
- Tahallul Awal : bercukur lebih awal di Mina sebaik sahaja sampai dari Muzdalifah pada 10 Zulhijjah setelah melontar Jamrah.
- Tahallul Thani: seelah bertawaf dan bersaie Haji sekembalinya ke Mekkah setelah selesai Wukuf.
Talbiah: bacaan yang dibaca jemaah Haji/Umrah ketika Ihram. Memperbanyakkan bacaan talbiah disepanjang perjalanan sampai ke Mekkah.
Tanah Haram: Jarak yang melingkungi Masjidilharam dari segenap penjuru. Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah s.w.t semenjak dijadikan bumi sehinggalah ke hari Kiamat. Sempadan Tanah Haram Mekkah :
- Al-Tan'im: jalan keluar menuju ke Madinah, terletak berdekatan denganMasjid Sayidah Aishah r.a. , jaraknya 7.5 km.
- Adhaat Libn: dikenali dengan nama Uqaisyah, jalan menuju ke arah Yaman.Jaraknya ialah 16 km.
- Al-Syara'i: terletak pada jalan menuju ke Masjid Ji'ranah. Jaraknya ialah 16 km.
- Al-Hudaibiyyah: jalan lama menuju ke Jeddah. Jaraknya ialah 22 km.
- Jabal Namirah (Zat al-Sulaim): Jaraknya iala 22 km mengikut jalan raya dan 15 km mengikut jalan lurus pejalan kaki.
Tawaf: mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali bermula dari suduh Hajaratul Aswad dan berakhir pada sudah yang sama menurut syarat-syaratnya.
- Tawaf Qudum (ﻗﺪﻭﻡ ) - tawaf "selamat datang" yang dilakukan ketika baru sampai di Mekah.
- Tawaf Ifadhah (ﺇﻓﺎﺿﻪ) - tawaf yang menjadi rukun haji dan dilakukan bagi mereka yang telah pulang dari Wukuf di Arafah. Juga dinamakan bagi tawaf rukun umrah.
- Tawaf Sunat (ﺳﻨﺔ) - tawaf yang dilakukan semata-mata mencari ridha Allah pada bila-bila masa.
- Tawaf Tahiyyat (ﺗﺤﻴﺔ) - tawaf sunat yang lazim dilakukan sebaik sahaja memasuki Masjidl Haram.
- Tawaf Nazar (ﻧﺬﺭ) - melakukan tawaf untuk memenuhi nazarnya.
- Tawaf Wada' (ﻭﺩﺍﻉ) - tawaf "selamat tinggal" yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Makkah sebagai menghormati dan memuliakan Baitullah.
Telaga Zam-Zam : terletak didalam Masjidilharam, Mekkah. Merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekkah. Telaga ini ditemui oleh Siti Hajar, isteri kedua Nabi Ibrahim a.s, dan ibu kepada Nabi Ismail a.s.
Umrah: Mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) di Mekkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat Umrah.
Vaksin: 2 Jenis vaksin diberi kepada Jemaah Haji sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Mekkah:
- Pneumococcal Polysaccharide Conjugate Vaccine (13-Valent Adsorbed) - mencegah radang paru-paru.
- Meningococcal: mencegah jangkitan pada otak.
Wadi Muhassir: antara Mina dan Muzdalifah - lokasi penyerangan terhadap Kota Mekah oleh Pasukan Bergajah yang dipimpin oleh Raja Abrahah seperti yang dikisahkan dalam Surah Al-Fil ayat 1-5.
Wadi Uranah: Suatu lembah yang terletak di akhir Tanah Haram, iaitu sebelum sampai ke Arafah, merupakan sempadan diantara Tanah Haram dan Tanah Halal.Disinilah Rasulullah s.a.w menyampaikan Khutbah terakhir baginda pada tahun ke 10 Hijrah.
Wajib Haji: Perkara Ibadat Haji yang wajib dikerjakan, namun jika tidak dikerjakan haji tetap sah dan diganti dengan menyembelih kambing atau kibasy jika tertinggal.
- Niat Ihram di Miqat
- Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam ihram
- Mabit di Muzdalifah
- Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
- Mabit di Mina pada Hari Tasyriq - 11, 12 dan 13 Zulhijjah
- Melontar ketiga-tiga Jamrah pada Hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah).
- Masjid Nabawi : lokasi bersejarah disekitar Masjid Nabawi seperti Saqifah Bani Saidah, Masjid Al-Ghamamah, Perkuburan Baqi dan Maqam Rasulullah s.a.w dan Maqam Abu Bakar dan Umar Al-Khattab.
- Masjid Quba: Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w.
- Jabal Uhud: Gunung yang menjadi saksi kepada Peperangan Uhud.
- Masjid Tujuh: Kumpulan masjid yang menjadi lokasi pertempuran dalam Sirah Nabi.
- Ladang Kurma: melawat ladang kurma disekitar Madinah
- Masjidilharam: pusat Ibadah Haji dan Umrah, termasuk Kaabah, Makam Ibrahim dan Telaga Zam Zam.
- Masjid Namirah: diambil nama sempena Bukit Namirah, tempat dimana terletaknya masjid ini, tidak jauh dari Arafah.
- Masjid Khaif: tapak perkemahan Rasulullah s.a.w.
- Jabal Nur : Gua Hira, tempat Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama.
- Jabal Thur: Tempat Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar bersembunyi ketika hijrah ke Madinah.
- Jabal Rahmah: Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa di Arafah.
- Jabal Al Qubais: tempat dimana Nabi Ibrahim a.s menyeru umat manusia menunaikan ibadat Haji setelah membina Kaabah. Sekarang adalah tapak Istana Raja Saudi.
- Masjid Jin: terletak berhimpiran Masjidilharam.
- Masjid Aisyah (Tan'im) : tempat miqat paling popular bagi jemaah untuk mengerjakan umrah setelah haji.
- Jannat al-Mu'alla: Tanah Perkuburan dimana ramai keluarga Nabi s.a.w termasuk isteri baginda Siti Khadijah dimakamkan.
- Perpustakaan di Sooq Al-Layl: Bekas tapak rumah kelahiran Rasulullah s.a.w.
- Zulheimy Maamor : Kronologi Musim Haji 2017
No comments:
Post a Comment