Saturday, 8 November 2025

DUNIA MARITIM ASIA


Saya nak petik beberapa point dari website ini.
Kalau orang Melayu yang bercakap tentang kehebatan Orang Melayu... sedihnya bila orang Melayu sendiri yang memperlekehkan siap ada emoji gelak lagi.......
Tapi kalau orang Putih yang tulis atau cakap... baru mereka melopong mulut dan meleleh air liur.... ini dari website orang putih... dari Port Albert Maritime Museum, Australia.
Bila di sebut Austronesian... itu adalah kelompok orang-orang yang berasal dari Nusantara dan Kepulauan Pasifik termasuk juga orang asal Taiwan dan Madagascar... senang cerita orang ada ada paras rupa Asia Tenggara (Melayu, Indonesia, Filipina dsb).
Nenek moyang kita hebat, bukan cuma duduk kampung main layang-layang, main gasing, laga ayam dsb... cuma sejarah kehebatan mereka telah dilenyapkan dari buku sejarah oleh para penjajah yang yang datang mengaut kekayaan dari hasil bumi kita.... kalau tak mana mungkin Ptolemy gelar Tanah Melayu "Semenanjung Emas"... apa guna Portugis berminggu-minggu serang Melaka kalau Melaka tu tiada apa apa kepentingan buat mereka.....kena Ingat Portugis serang Melaka pada tahun 1511....iaitu 19 tahun selepas kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol ke tangan Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada 1492.....
Portugis serang Melaka kerana 3G (Gold, Glory and Gospel)... Emas (Kekayaan bumi Melayu), Glory atau kemegahan (Melaka adalah Venice of the East, antara pelabuhan terkaya dunia) dan Gospel, iaitu untuk menyebarkan agama Kristian (yang ini mereka gagal sepenuhnya, mereka gagal mengkristiankan orang Melayu), kemudian datang pula Belanda dan Inggeris.... untuk tujuan yang sama... mengaut kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu... yang kaya dengan rempah ratus kerana rempah ratus itu nilainya lebih kurang emas di zaman itu... Kepentingan rempah ratus di rantau Nusantara sangat memuncak, sehingga mendorong kuasa Eropah, termasuk Portugis, untuk menakluki Melaka pada awal abad ke-16 demi menguasai perdagangan rempah.
Sebab itu di sebut Gold, Glory dan Gospel...
Kena ingat... tidak ada dalam sejarah orang Melayu keluar dari Tanah Melayu untuk cari rezeki di negeri orang.... sebab bumi sendiri pun cukup kaya dengan hasil bumi...
Para Penjajah ini mereka datang dan mereka bawa lari manuskrip manuskrip Melayu yang mengandungi pelbagai ilmu ke luar Negara, bersepah- sepah di Leiden University, di Rusia, di beberapa negara di Afrika dan Eropah..... hingga beratus-ratus ribu jumlahnya... Tujuan mereka selain dari untuk mengkaji kehebatan manuskrip Melayu itu juga adalah untuk memadamkan kehebatan bangsa disebelah timur supaya ianya tidak dapat mengatasi kehebatan bangsa Barat, sebab itu sejarah kehebatan bangsa di dunia hanya dimonopoli oleh mereka orang orang Barat dengan memadamkan sejarah Kehebatan orang Timur termasuk dari Asia....
Ini dapat saya lihat dalam buku-buku teks sejarah di zaman saya bersekolah dahulu lewat 70 an... Alhamdulillah zaman teknologi Maklumat telah merubah segala-galanya dan turut merubah perspektif dunia tentang kehebatan ilmu teknologi Barat...
Yang mereka tinggalkan pada kita adalah Hikayat Pak Kadok. Si Luncai terjun dengan labunya, Pak Pandir, Lebai Malang, Si Badang makan muntah hantu.... dsb.... sebab tu perangai sesetengah Orang Melayu kini pun ramai yang macam Pak Pandir, si Luncai, Pak Kadok.... maaf cakap ini kenyataan...tapi bukan semualah..... orang Melayu yang hebat dan berilmu sekarang pun ramai juga... petik je hujung jari boleh cari siapakah mereka yang hebat itu....
Beberapa petikan dari Port Albert Maritime Museum untuk kita renungkan bersama tentang kehebatan orang Asia (Austronesia, Arab, India dan China).... maaf dalam bahasa Inggeris, sebab tak larat nak terjemah... panjang sangat....
1. For too long, history has celebrated the maritime achievements of the West—Phoenicians, Greeks, Vikings—while the seafarers of Asia have remained in the shadows.
2. Long before the Age of Exploration, before Greek triremes patrolled the Mediterranean or Viking longships raided the coasts of Europe, there were the Austronesians, the Harappans, and the early Chinese seafarers—mariners who built sophisticated vessels and mapped vast stretches of ocean with nothing but their knowledge of wind, waves, and stars.
3. The Austronesians were not just sailors; they were the first people in history to colonize thousands of islands across a vast oceanic region, spanning from Taiwan to Madagascar, and from Hawaii to New Zealand.
4. Madagascar’s language (Malagasy) is Austronesian, not African.
5. the Austronesians were mastering the Pacific, the Harappan civilization (Indus Valley, c. 2500–1900 BCE) was conducting maritime trade with Mesopotamia, long before the rise of Greek or Roman navies.
6. The Austronesians helped establish one of the first transoceanic trade networks, sailing between Southeast Asia, Madagascar, and East Africa. This explains why banana and taro plants, native to Southeast Asia, appear in Africa by 500 CE—brought over by Austronesian traders.
7. Muslim traders from the Arabian Peninsula established communities in Indonesia and Malaysia as early as the 7th century.
8. The Malagasy language spoken in Madagascar today is closely related to Austronesian languages from Borneo, proving that seafarers from Southeast Asia settled the island long before Arab or European explorers.
9. it was the forgotten seafarers of Asia who first mapped and mastered the global ocean highways.
10. ancient Austronesians could have intentionally settled the Pacific using sophisticated maritime knowledge.
11. The Borobudur Ship Expedition (2003–2004) – An Indonesian vessel, modeled after 8th-century bas-reliefs from the Borobudur temple, was built using traditional methods. It successfully sailed from Indonesia to Ghana, proving that early Southeast Asian sailors could have traveled as far as Africa.
12. The voyages of Columbus, Magellan, and Vasco da Gama dominate history books, while the forgotten seafarers of Asia remain largely unknown. But the reality is, by the time European explorers set sail, the ocean had already been mapped by the Austronesians, Indians, Chinese, and Arab mariners who came before them.
13. The story of maritime exploration has long been framed as a European triumph. But the reality is that long before the Age of Exploration, Asian shipbuilders and sailors had already mastered the art of ocean travel.
Sekadar berkongsi ilmu yang bermanfaat.....

Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
8 November 2025: 1.50 a.m

Rujukan: