Friday, 7 November 2025

NOTA ILMU: KERAJAAN MELAYU LAMA & KOTA MELAYU YANG HILANG DALAM SEJARAH

BARUS: Kerajaan Islam di Barus, Tapanuli Tengah, Sumatera Uama. Kali pertama disebut dalam Negarakertagama dalam bahasa Jawa di zaman Kerajaan Majapahit pada 1365 Masehi. 

BERUAS
  • Sumber terawal mengenai kewujudan Kerajaan Beruas terdapat dalam Sejarah Melayu dan dari Catatan Tom Pires
  • Colonel James Low adalah orang yang pertama menjalankan penyelidikan mengenai Kerajaan Beruas pada tahun 1849. Diikuti seabad kemudian oleh H.G. Qlaritch-Males
BIDOR: Patung Buddha Avalokitesvara yang ditemui di Bidor, Perak pada tahun 1936 membuktikan terdapatnya sebuah penempatan atau Kerajaan di kawasan ini. 

CHAMPA
  • Kerajaan Melayu abad ke 12-13 Masehi yang kini adalah Vietnam.
  • Peter Bellwood >  telah wujud sebuah tamadun di pesisir pantai Vietnam iaitu Tamadun Sa Huynh sekitar 1000 S.M. sehingga 100 S.M. (M.A.Ishak,2009) yang merupakan permulaan kepada Tamadun Melayu Champa
  • Prasasti Dong Yen Chau : ditemui di Teluk Tourane, Selatan Vietnam menggunakan tulisan Pallava >  rekod bertulis terawal Bahasa Melayu pada abad ke 4 Masihi melalui Tamadun Melayu Champa. 
CHEN-LA
  • diasaskan pada abad ke-6 Masehi oleh Bhavavarman setelah menumbangkan Kerajaan Funan.
  • Prasasti Han Cey :  Batu Bersurat di Kemboja bertarikh abad ke 6 Masehi, dipahat oleh Bhavavarman II Raja Chenla. Terdapat ayat "Mala Malayu iva Malayam Raja" yang bermaksud "Raja Mala dari Negeri Melayu". 
CHIH-TU : 
  • Catatan Dinasti Sui - mengenai Kerajaan Melayu bernama Chi Tu, hubungan dengan Kerajaan China Dinasti Sui pada lingkungan 581-618 Masehi. 
  • Chih-Tu bermaksud Tanah Merah (di Kelantan).
  • Prasasti Buddhagupta: ditemui di Seberang Perai P.Pinang. Nakhoda Kapal bernama Buddhagupta telah belayar ke Tanah Merah (Chih-Tu). 
  • Catatan Liang Shu : Negara Chih-Tu adalah sama bangsanya dengan orang Funan. Terletak di Nan Hai (Laut Selatan).
  • Catatan Faxian: Sami Buddha yang sekembalinya dari India dalam menuntut Ilmu telah singgah di Chih-Tu.
  • Catatan Kuo Chi: Kerajaan Chih-Tu mempunyai industri emas yang banyak.
  • Chih Tu Guo Ji : Catatan China dihasilkan dari Kerajaan Sui menggambarkan Chih-Tu sebagai sebahagian dari Kerajaan Funan.
  • Prasasti Sungai Mas: menyebut tentang Raktamrttika (Bahasa Sanskrit) yang bermaksud Tanah Merah telah menyumbang kepada kepada kajian sejarah lampau Kerajaan Ch'ih Tu. 
  • Taiping Huanyu Ji (Ensiklopedia Kerajaan China) menyatakan bahawa jarak antara Chi Tu dan sebuah lagi Empayar Melayu ketika itu iaitu Srivijaya dikatakan dalam lingkungan 1500 li. 
  • Tatsuo Hatsuno menyatakan bahawa Chi Tu telah diingati sejak zaman Dinasti Tang lagi. Beliau menyatakan bahawa permulaan Kerajaan Srivijaya adalah bermula di Chi Tu
  • Nurazil Zakaria dalam bukunya "Tanah Kala: Sejarah Negeri Kelantan" menyatakan raja Srivijaya iaitu Dapunta Hyang Sri Jayanaga merupakan keturunan daripada Kerajaan Chih-Tu. 
DHARMASRAYA : 
  • Ekspedisi Pamalayu : sebuah ekspedisi diplomasi ketenteraan yang dilakukan oleh Kerajaan Singhasari pada masa Raja Kertanagara pada tarikh 1275-1293 terhadap Kerajaan Melayu yang dikenali juga sebagai Kerajaan Dharmasraya.
  • Prasasti Grahi, Thailand : ditemui di Thailand namun ditulis dalam bahasa Khmer, mengisahkan tentang seorang Raja Melayu dari Kerajaan Dharmasraya
  • Prasasti Padang Roco  : ditemukan di Padang Roco, Siguntur, negeri Dharmasraya, Sumatera Barat pada 1911  bertarikh 1286M, istilah "Bhumi Malayu" merujuk kepada Pulau Sumatera. 
FOLO-AN
  • dikatakan wujud di daerah Kuala Berang, Terengganu abad ke 12 M (Paul Wheatley). 
  • Terdapat dalam catatan China seperti Ling Wai Ta Ta yang ditulis pada tahun 1178 semara era Dinasti Song oleh Chou Ch'u-fei. 
FU-KAN-TU-LU :Chi'en Han Shu (Sumber Penulisan China) - telah wujud hubungan diantara Kerajaan-Kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu dengan Maharaja Wu-Ti dari Dinasti Han antara tahun 141 SM hingga 87 SM.

FUNAN
  • Sebuah lagi Kerajaan Melayu lama yang terletak di Lembah Sungai Mekong. Kewujudannya terdapat dalam sumber China. Pada abad ke 6-7 Masihi, Kerajaan Funan berpecah menjadi Kerajaan Chenla.
  • Rekod China menyebutkan Kerajaan ini sebagai Funan atau B'iu-nam dan kewujudan disedari seawal abad pertama masehi.
  • L.P.Briggs (1999) > Kerajaan Funan ada disebut dalam Catatan China sekitar tahun 221 - 280 Masehi > ada kemungkinan Kerajaan Funan hilang sekitar 627 Masehi. 
  • D.G.E. Hall (1979) : bangsa Funan dikenalpasti dari rumpun Melayu.
  • Laporan K'ang T'ai (977-983M) dikutip oleh T'Pai P'ing Yu Lan - Raja pertama Funan adalah Houen-Chen atau nama sanskritnya Kaundinya.
  • Rekod Dinasti Chin juga ada menyebut tentang Kerajaan Funan.
GANGGA NEGARA
  • Sebuah Kerajaan Purba dan Kerajaan Melayu terawal di Negeri Perak
  • Muncul dalam catatan Arab dan India sejak abad ke-10, namun lokasi tepatnya masih menjadi misteri. 
  • Catatan al-Mas'udi dalam Muruj adh-Dhahab, abad ke-10 menyebut kawasan pesisir Perak sebagai pusat perdagangan makmur. 
  • Nama Gangga Negara berasal dari bahasa Sanskrit - Gangga (Sungai Gangga) Negara (Kota) - pengaruh Buddha-Hindu dalam kerajaan Melayu awal.
  • Pada 1840, Kapten James Low dan H.G. Quaritch-Wales membuat kajian di tapak Kerajaan Gangga Negara dan telah menganggarkan Kerajaan ini telah berdiri sekitar tahun 100-1000 M. 
  • Penemuan patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa di Pengkalan Ipoh dan Tanjung Rambutan pada 1931. 
  • Pada 1936, ditemui satu lagi patung Buddha jenis Avalokitesvara di Bidor, Perak.  
  • Kawasan Beruas dan Manjung di Perak menjadi fokus penyelidikan dengan penemuan seramik Dinasti Tang dan Dinasti Song, manik kaca India dan senjata besi yang menunjukkan aktiviti perdagangan antarabangsa sejak abad ke-6 hingga 11 M. 
  • Catatan Chola dan Srivijaya - serangan abad ke 11 memungkinkan tamatnya kegemilangan Kerajaan ini (Sejarah Melayu).
  • Ptolemy dalam buku "Geographike Huphegesis" sekitar 150M ada menyebut sebuah tempat bernama Coconagara terletak di Avrea Cheronesvs (Semenanjung Emas merujuk kpd Tanah Melayu).
KAILUKARIIbn Batuttah dalam Kitab ar-Rihlah - beliau singgah di Kailukari dalam pelayaran ke China. Pemerintah negeri itu seorang wanita bernama Puteri Udruja yang fasih berbahasa Arab dan Turki. Para pengkaji sejarah yakin bahawa Kailukari adalah Kuala Krai di Kelantan

KALAH - PELABUHAN MELAYU YANG HILANG
  • Ibn Khurdadhbih (850M) dalam Kitab al-Masalik wa'l-Mamalik menyebut sebuah pelabuhan bernama Kalah sebagai hentian penting laluan Arab-China. 
  • Al-Mas'udi (abad ke-10) menulis kapal dari Teluk Parsi dan India singgah di Kalah sebelum belayar ke China. 
  • Ibnu Muhalhal (941M) : Kalah atau Kedah merupakan destinasi terakhir persinggahan kapal-kapal yang berlabuh disebelah timur. 
  • Ibn Serapion & Abu Zayd al-Hasan : menggambarkan Kalah sebagai pusat perdagangan emas, kapur barus, rempah dan timah.
  • Paul Wheatley (1961 & Nik Hassan Shuhaimi menimbangkan kawasan Pahang atau Terengganu kerana laluan perdagangan Laut China Selatan. 
KALASAPURA
  • Kerajaan Melayu Kuno yang wujud sejak zaman Dinasti Han lagi.
  • Antara Kerajaan Melayu terawal yang wujud dalam rekod bertulis sejak zaman Dinasti Han (206 SM - 220 SM). 
  • Dalam Kathasaritsagara ditulis oleh Somadeva pada abad ke-11, terdapat sebuah bandar disebut Kalasapura. 
  • Menurut Wen-Hsien T'ung K'ao Raja Kalasapura bernama Pu Yueh Chieh Mo menghantar utusan ke China pada 662 Masehi. 
KEDAH TUA
  • Dikenali dengan pelbagai nama mengikut lidah orang asing seperti Qataha, Quedah, Kadaram, Kidaram, Kalah, Kalah Bar, Chieh Cha, Kalagam, Qalha, Kheddah dsb. (Zulheimy Maamor Blog : Nota Alam Melayu: Kedah Tua)
  • Abu Dulaf: Kedah adalah pelabuhan entrepot yang menjadi pusat perdagangan kayu manis, kapur barus, cendana, gading, timah, rempah ratus, emas, rotan dan juga hasil hutan yang lain. 
  • Pattinappalai : sebuah puisi Tamil abad ke-2 atau ke-3 Masehi yang ada menyebut mengenai Pelabuhan Kalagam dipercayai Kedah. 
  • Kedah disebut sebanyak enam kali dalam catatan biografi Yijing tentang sami-sami yang mengembara, Datang xiyu qiufa gaoseng zhuan (691 M).
  • Dibuktikan oleh Prasasti Buddhagupta, sehingga sekurang-kurangnya abad ke-11, Kedah merupakan salah satu hab transit utama antara India dan China.
  • Kajian arkeologi yang dijalankan dari tahun 1840-an oleh Hugh Low, Kerajaan Kedah purba wujud dari abad ke-6 SM hingga abad ke-17 Masihi.
KESULTANAN JOHOR - RIAU
  • Pewaris legasi Kesultanan Melayu Melaka, diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud, yang mangkat di Bintan pada 1528.
  • Raja Ali adalah pengasas Kesultanan Johor-Riau pada tahun 1528, putera Sultan Mahmud dan Tun Fatimah. Baginda bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah I.
  • Kerajaan ini dimusnahkan oleh Portugis pada 1535.
KESULTANAN MELAYU MELAKA : Diasaskan sekitar 1400 oleh Parameswara. Sebuah empayar Melayu yang masyur dan mempunyai pelabuhan antara terkaya di dunia. Jatuh ke tangan Portugis pada 1511. 

KESULTANAN SENGGORA
  • Kesultanan Melayu-Islam yagn terletak di kawasan Songkhla di Selatan Thailand. 
  • Terdapat dalam catatan awal China pada abad ke 6 dan 7 Masehi. 
  • Juga disebut Singgora, Singor, Sanjura, Singora, Sung-kra dan Sung-Ch'ia.
  • Disebut dalam Salasilah Sultan Sulaiman. 
KOTA GELANGGI:  
  • Dudley Francis Ameliu Hervey (1849-1911) , Penasihat British di Tanah Melayu menyatakan pernah melihat Kota Gelanggi pada tahun 1881
  • Gerald Gardner (1884-1964) Seorang pengembara yang mendakwa pernah melihat Kota Gelanggi di Johor. 
  • John Anderson : dalam "Mission to the East Coast of Sumatra, 1826, menyebut tentang 'kota batu purba' di kawasan hutan Johor, dipercayai Kota Gelanggikota purba yang hilang di Johor
  • Richard Olaf Winstedt pernah melawat Kota Gelanggi di Johor pada tahun 1920 dibawa oleh orang Asli. 
KOTA GRAHI
  • Antara Sungai Nenggiri dan Hutan Hulu Kelantan, kota ini disebut dalam prasasti Siam abad ke 12, namun jejaknya masih tidak ditemui.
  • Tahun 1183M - sebuah prasasti di Chaiya (Selatan Thailand) mencatatkan kisah pembesar bernama Mahasenapati Galanai dari Grahi.
KOTA HULU TEMBELING
  • Nama Hulu Tembeling disebut dalam rekod kolonial Inggeris sebagai kawasan kaya emas dan bijih.
  • Beberapa tapak gua Batu Kapur di Hulu Tembeling menyimpan artifak tembikar, manik dan besi lama. 
  • Laporan Linehan (1930-an) mencatat adanya bekas benteng tanah dan sisa binaan di kawasan sungai. 
KOTA JOHOR LAMA
  • Benteng terakhir selepas kejatuhan Melaka pada 1511.
  • Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564) mengasaskan Kesultanan Johor dan menjadikan Kota Johor Lama sebagai pusat pemerintahannya yang terkuat.
  • Kota ini terkenal dengan perdagangan lada hitam, timah dan rempah.
  • Armada Portugis dibawah pimpinan Andre Furtado de Mendonca melancarkan serangan besar-besaran ke atas kota ini.
KOTA JUGRA
  • Ditebing Sungai Langat berdiri sebuah kota lama yang menjadi pusat pemerintahan awal Kesultanan Selangor. 
  • Dijadikan Kota DiRaja oleh Sultan Abdul Samad (1857-1898) dan pusat pentadbiran Selangor. 
  • Peninggalan sejarah seperti Makam Sultan Abdul Samad dan Masjid Alaeddin, dibina pada 1905. 
  • Cerita lisan penduduk tempatan terdapat sebuah terowong dan laluan rahsia namun belum dapat dibuktikan secara arkeologi. 
KOTA KANDIS
  • Kota Melayu awal di Hulu Sungai Batanghari, Sumatera Barat. 
  • Dipercayai pusat terawal Kerajaan Melayu sebelum munculnya Srivijaya. 
  • Namanya muncul dalam Tambo Minangkabau dan teks lisan tempatan. 
  • Sebahagian sejarawan mengaitkannya dengan Kerajaan Melayu Kuno sebelum abad ke-7. 
KOTA KUALA KEDAH
  • Dibina sekitar 1602M oleh Sultan Sulaiman Shah II
  • Pelabuhan perdagangan dan pintu gerbang yang melindungi Alor Setar dan pendalaman Kedah.
KOTA KUALA SELINSING
  • Pelabuhan Purba Perak, di Pulau Kelumpang, di muara Sungai Selinsing berhampiran Kuala Kurau, Perak.
  • Salah satu tapak arkeologi terpenting di Malaysia.
  • Ekskavasi menemukan manik kaca dan batu separa permata dari India, Seramik Dinasti Tang (China), manik Vietnam serta barangan logam asing - tanda hubungan dagang merentasi India, China dan Kepulauan Melayu.
KOTA LAMURI
  • Sumber Arab & Parsi abad ke 9-12 menyebut Lamuri sebagai Pelabuhan strategik dihujung bumi Sumatera.
  • Dinasti Song (China) menulis tentang Lan-wu-li, pusat perdagangan yang makmur di Lautan Hindi.
  • Marco Polo (1292) pernah singgah dalam catatannya. 
KOTA LUKUT
  • Berhampiran Port Dickson, kota ini dibuka sekitar 1815 oleh Raja Busu, keturunan Bugis di Selangor. 
  • Kekayaan timah menimbulkan pertelingkahan antara pelombong Cina dan Pentadbiran Raja Busu pada 1834. 
  • Kota ini dibangunkan semula oleh Raja Jumaat. 
KOTA PALEMBANG
  • Kota Hilang Srivijaya, di tebing Sungai Musi, Sumatera Selatan.
  • Pertama kali disebut dalam inskripsi Kedukan Bukit (683M) yang ditemui di Palembang. 
  • Menjadi pusat Agama Buddha, perdagangan dan ilmu pengetahuan.
  • Catatan I-Tsing, pengembara China menyebut Palembang sebagai tempat pengajian agama Buddha terkenal di Asia Tenggara
  • Kota ini serang oleh Rajendra Chola dari India Selatan pada 1025M. 
  • Kini kesan kota ini hampir lenyap.
KOTA SAYONG PINANG
  • Tersebut dalam catatan Portugis abad ke-16.
  • Muncul selepas Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511, sebagai pengkalan penting Johor dalam usaha mengekang serangan luar. 
LANGKASUKA
  • Kota Lagenda Maritim Melayu, muncul abad ke-2 Masehi. Terletak di kawasan Pattani, Thailand. 
  • Catatan Dinasti Liang (abad ke-6) : "The Book of Liang" > merekodkan negeri Lang-ya-xiu menghantar utusan ke istana China pada tahun 515M.
  • Daoyi Zhilue: Buku tulisan Dinasti Yuan (1271-1368) , seorang pengembara bernama Wang Dayuan menyatakan Langkasuka dikenali dengan nama "Long-ya-xi-jiao".
  • Georges Coedes: Langkasuka terletak di Lembah Bujang,Kedah
  • H.G.Quaritch Wales, W.Linehan,Prof.Liang Liji: Langkasuka terletak di Kedah dan Patani.
  • Hikayat Merong Mahawangsa : Langkasuka disebut dalam HMM. 
  • I-Ching: seorang Sami Buddha yang menyebut tentang 3 orang sami Cina yang tinggal di sebuah tempat bernama "Lang-jia-shu" (Langkasuka).
  • Liangshu: catatan Dinasti Liang (501-557) - Langkasuka dirujuk sebagai "Lang-ya-xiu". 
  • Negarakretagama: "Lengkasuka" disebut dalam puisi jawa Negarakretagama. 
  • Paul Wheatley, Ferrand dan Braddell: lokasi Langkasuka ialah antara Songkhla (Senggora) hingga Kelantan dan lokasi lebih tepat ialah terletak di kawasan Patani.  
  • Sejarah Kedah (Kedah Annals): diasaskan oleh Merong Mahawangsa. 
  • Sejarah Pasai: menyebut Kerajaan Langkasuka dimusnahkan pada tahun 1370. 
  • T'ungTien > Pedagang China abad ke 8 Masehi mencatatkan mengenai Kerajaan Langkasuka terletak berdekatan dengan Laut Selatan (Laut Cina Selatan). 
  • Dalam Prasasti Tanjore disebut Ilangasogam. 
  • Zhu fan Zhi : Karya Dinasti Song Abad ke-13 oleh Zhao Rukuo (1170-1231) memberikan penerangan tentang Langkasuka sebagai Ling-ya-si-jia. Negara itu memberi penghormatan kepada sebuah negara Sanfoqi yang biasanya ditafsirkan sebagai Srivijaya.    
LEMBAH BUJANG
  • H.G. Ouaritch-Wales : orang yang memulakan kajian terhadap Lembah Bujang di Kedah sejak 1840-an lagi. 29 Tapak candi yang ditemui ketika itu membuktikan bahawa wujud sebuah Kerajaan yang masyhur yang menerima pedagang dari seluruh Asia. 
MATARAM: Kerajaan Maritim Hindu-Buddha di Jawa Tengah pada abad ke-8 Masehi (716-1016). Didirikan oleh Sanjaya, Kerajaan ini diperintah oleh Dinasti Sanjaya, Dinasti Syailendar dan Dinasti Isyana. 


MUARA JAMBI
  • Di tepian Sungai Batanghari, Sumatera
  • Sebuah candi purba dikenali sebagai 'Angkor Wat dunia Melayu'.
  • Dikaitkan dengan Empayar Melayu kuno (abad ke-7) dan kemudian Srivijaya. 
  • Ditemui oleh Belanda pada abad ke-19.
  • Catatan I-Tsing ada menyebut pelajar agama Buddha pernah belajar di sini. 
PAN-PAN : 
  • Kerajaan Melayu yang penuh misteri 
  • terdapat dalam catatan China Kerajaan Pan-Pan telah menghantar utusan ke Negara China sekitar tahun 424 - 453 Masehi. 
  • Pengkaji Barat seperti Coedes dan Quaritch Wales pernah menyebut tentang kerajaan ini. 
  • Hsu Yun Tsiao berpendapat bahawa kerajaan ini mungkin terletak di Pranpuri. 
PATTANI
  • Kerajaan ini dikatakan adalah kesinambungan dari Kerajaan Langkasuka. Diasaskan oleh Phya Tu Intira atau Phya Tu Nakpa
  • Sejarah Melayu > sudah ada Kerajaan Islam di Patani iaitu Kerajaan Kota Mahligai. 
  • Emanuel Godinho de Eredia > Islam sudah pun diterima di Patani dan Pahang pada abad ke-17. 
REMANSebuah Kerajaan Melayu yang wujud di kawasan Hulu Perak. Sumber terawal ialah tahun 1818 apabila Tuan Long Mansur mengadakan perjanjian dengan Gabenor Pulau Pinang yang bernama John Alexander Bannerman. Kerajaan ini telah dibubarkan oleh Siam pada tahun 1902 dan menyerahkan Kerajaan Reman kepada Kerajaan Negeri Perak. 

SAIBURINama Kerajaan Melayu yang diberi nama oleh Siam , nama Melayunya ialah Teluban atau Selindung Bayu. Dikatakan wujud pada 1816 semasa pemisahan wilayah Patani kepada 7 negeri yang kecil. 

SAILENDRA: Nama Dinasti ini dijumpai terpahat pada Prasasti Tembaga di Nalanda, India. Menurut sumber Arab, Kerajaan Sailendra (disebut Zabag atau Jawa) memerintah Sribuza (Srivijaya), Kalah (Kedah) dan Ramni (kemungkinan di Sumatera). 

SENGGORA : Kerajaan ini dikatakan bersempadan dengan Kerajaan Pattani. Dipercayai adalah Songkhla sekarang.

SETUL MAMBANG SEGARA: Kerajaan Melayu di pantai Utara Semenanjung Tanah Melayu, dibentuk pada 1808, iaitu Satun di Thailand sekarang. 

SINGHASRI: Kerajaan Melayu diasaskan oleh Ken Arok yang terletak di Timur Jawa diantara tahun 1222 hingga tahun 1292. Kerajaan ini kemudian diganti dengan Kerajaan Majapahit. 

SRIVIJAYA
  • Abu Raihan Al-Biruni : ahli Geografi Parsi ada mencatatkan bahawa Srivijaya terletak di Pulau Suwarandib. 
  • Ibnu Kordadhbeh (844-848 M) ada mencatatkan mengenai Srivijaya > Pemerintah Zabag (nama bangsa Arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai Maharaja dan sabah hari, Maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man."
  • Ibn Al-Faqih dalam Kitab Al-Buldan menyatakan bahawa antara Benua India ke Benua China (Alam Melayu) terdapat 30 buah Kerajaan. Raja yang paling miskin memiliki apa yang dimiliki oleh Raja Arab pada masa itu. Kerajaan yang besar ialah Kerajaan Srivijaya (Al-Zabaj dalam bahasa Arab). 
  • Ibnu Abd Rabbih (860-840M) menulis dalam bukunya "Al-Iqd Al-Farid" bahawa terdapat seorang Maharaja dari Wilayah Hind yang mengutus surat kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang meminta baginda menghantar seseorang untuk mengajarkan agama Islam kepada beliau. Prof. Q.S.Fatimi menjelaskan wilayah Hind yang dimaksudkan dalam surat itu adalah Srivijaya. 
  • Al-Idrisi : mencatatkan kehadiran orang Melayu dari Kerajaan Srivijaya di Timur Afrika. 
  • Prasasti Kedukan Bukit, Sumatera: adalah antara dokumen fisikal tertua yang merekodkan bahasa Melayu Kuno. Prasasti ini ditemui oleh pegawai Belanda bernama M.Batenburg di Kampung Kedukan Bukit di Sumatera, Indonesia. Didalam prasasti ini tercatat nama "Srivijaya", sebuah empayar Maritim legenda terkenal di Asia Tenggara. 
  • Prasasti Kepingan Leiden Besar: Kurun ke-11 Masihi, ditulis dalam bahasa Sanskrit , Pemerintah Srivijaya disebut sebagai 'Srivisayadhipatina Katahadhipatyam atavanta" yang bermaksud "Pemerintah Srivijaya dan yang menjalankan pemerintahan di Kedah."
  • Prasasti Talang Tuwo ditemui pada 1920 oleh di Palembang,Indonesia oleh Louis C. Westenenk > mencatatkan tarikh "tahun Saka pada hari kedua bulan terang Chaitra" yang bersamaan dengan 23 Mac 684 M. Prasasti ini menyebut nama seorang Raja bernama Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang dianggap pengasas Kerajaan Srivijaya abad ke-7 Masihi.
  • Catatan Zhu Yu iaitu 'Pingzhou Ketan' (Canton Stories) sekitar tahun 1118-1119 M mencatatkan pentingnya San-fo-Ch'i (Srivijaya) yang makmur dan kuat. 
  • George Coedes: dalam "The Indianized State of Southeast Asia." (1968) > Pengarah Institut Kajian Timur Jauh Perancis yang menyedari tentang sebutan "Sanfotsi" adalah Kerajaan Melayu Srivijaya. 
  • Dr.Quaritch Wales dalam "Indian Act and Letters" Vol. IX No.1  menegaskan bahawa Ibukota Srivijaya ialah di Chaiya, Pantai Timur Selatan Thailand. 
  • Gabriel Ferrand menyatakan Kerajaan Srivijaya telah wujud sejak tahun 391M. 
  • Prof. Dr. Slamet Muljana menyatakan bahawa Palembang merupakan lokasi tepat sebagai Ibukota Kerajaan Srivijaya
  • Ming Shih Lu: rekod Dinasti Ming mencatatkan lawatan terakhir Kerajaan Srivijaya ke China ialah pada 30.11.1377. 
  • Prof. Dr. Suzuki Takashi dari Universiti Kobe, Jepun menulis buku yang bertajuk 'History of Srivijaya' menyatakan bahawa sebenarnya Jayavarman II pengasas Empayar Angkor itu adalah Gebenor Melayu yang memerintah Kemboja dan Khmer dan mewakili Empayar Srivijaya disana. 
  • R.C. Majumdar seorang Dekan Sejarah di India pada tahun 1933 mengemukakan teori  bahawa ibukota Srivijaya ialah di Semenanjung Tanah Melayu semasa kunjungan I-Ching (I-Tsing)
  • Ye Tinggui: dalam catatan beliau pada 1151M yang bertajuk Nanfan xianglu (Treatise On Southeast Asia Aromathics) menyatakan bahawa setiap tahun Sriwijaya akan menghantar beberapa buah kapal besar yang berisi kemenyan ke Guangzhou dan Quanzhou. 
SUNGAI BATU
  • Kota purba di Kedah Tua - tamadun tertua Asia Tenggara.
  • Terletak di Lembah Bujang, Kedah. Tapak Sungai Batu mula digali pada tahun 2009.
  • Tapak peleburan besi berusia abad ke-2 M. 
  • Ditemui struktur Pelabuhan Purba yang menjadi hub perdagangan antarabangsa dan kompleks ritual ban bangunan pentadbiran purba. 
  • Tamadun ini membuktikan bahawa tamadun Melayu bukan bermula dengan Melaka, tetapi jauh lebih awal. 
TAN TAN
  • Pada abad ke 6 dan 7 Masehi, wujud Kerajaan Tan-Tan dipercayai adalah Kelantan. Dikatakan Kerajaan Tan-Tan pernah menghantar utusan beserta hadiah kepada kerajaan Dinasti Liang di China. 
  • Dalam "The Book of Liang" - catatan Dinasti Liang (502-557M) mencatatkan Kerajaan Tan Tan mengirim utusan bagi menghantar surat dan hadiah kepada China. 
  • O.W. Wolters: Kerajaan ini terletak di Kepulauan Jawa. 
  • Paul Wheatley : dalam "The Golden Khersonese" menyatakan bahasa Kerajaan Tan Tan terletak di Besut, Terengganu. 
  • Tong Dian  : Buku Sejarah Dinasti Tang > Penerangan mengenai Kerajaan Tan Tan dalam Jilid 188, Bahagian 4). 
TAMBRALINGA
  • Nama Tambralinga diambil daripada Prasasti Grahi.
  • Dalam Prasasti Tanjore, Tambralinga disebut sebagai Madamalingam. 
  • Dalam Teks Melayu, Tambralinga dikenali sebagai Ligor. 
  • Terletak di utara Langkasuka pada abad ke 11-13 Masehi dan merupakan pusat agama Buddha-Theravada. Rajanya yang termasyur ialah Dharmaraja Chandrabanu (1230-1294).  
  • O.W. Wolters dalam "Early Indonesian Commerce:The Origin of Srivijaya", Semenanjung Tanah Melayu telah ada dalam pengetahuan orang-orang Yunani pada kurun pertama Masihi lagi. Kerajaan Tambralinga pernah menghantar utusan ke China sekitar tahun 616M semasa pemerintahan Dinasti Tang. 
  • Sung Shih (Dinasti Song) > Sejarah Kerajaan Song,  nama Kerajaan Tambralinga muncul dengan nama Tan Ma Ling atau Tan Mei Lieou.
TEMASEK : 
  • Didirikan oleh Sang Nila Utama, Temasek adalah Singapura sekarang ini. 
  • Wang Ta Yuan : catatan China pada 1349M yang ada menyebut Temasik (Singapura). 
TERENGGANU: Dalam Catatan Wang-Ta-Yuan iaitu Tao-I-Chih-Lioh pada tahun 1349 mengenai Kerajaan Ting Chia Lu dipercayai Terengganu.  

TING CHIA LU: Muncul dalam catatan Wang-Ta-Yuan iaitu Tao-I-chih-Lioh yang dikompilasikan pada 1349. Kemungkinan adalah Terengganu. 

TUN SUN
  • Kerajaan Melayu Segenting Kra. Terdapat dalam catatan Dinasti Liang tentang kewujudan Kerajaan ini. 
  • Terdapat dalam Catatan Dinasti Liang, China. 
  • Prof. Wang Gungwu ada menulis tentang Tun-Son @ Tun Sun @ Dun Xun. Tun-Son direkodkan dalam catatan Cina bertarikh abad ke-3 Masihi dan merupakan sebuah kerajaan yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu yang kini berada di selatan Thailand. Prof Gungwu, secara khusus menyebut bahawa terdapat 10,000 orang yang tinggal di Tun-Son.

Rujukan:

  1. Paul Whetley - The Golden Khersonese (1961)
  2. R.O. Winstedt - A History of Johore (1932)
  3. O.W. Wolters : Early Indonesian Commerce (1967)
  4. Dr. Quaritch Wales : 'Indian Act and Letters' Vol. IX No. 1
  5. Gabrial Ferrand : L'Empire Sumatranais de Sriwijaya (1922).
  6. Barbara & Leonard Andaya - A History of Malaysia (1982)
  7. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman - Archaelogy in Malaysia (1998)
  8. John N.Miksic : Ancient Southeast Asia (2016)
  9. George Coedes : The Indianized States of Southeast Asia (1968).
  10. Buyong Adil - Sejarah Perak (1971) / Sejarah Selangor (1971).
  11. Al-Mas'udi : Muruj adh-Dhahab - abad ke-10 (terjemahan)
  12. Nasha Rodziadi Khaw : Sungai Batu: Tapak Arkeologi Terpenting di Asia Tenggara, USM Press, 2017.
  13. Stephen Chia : The Bujang Valley and Early Civilisation in Southeast Asia" - Journal of Southeast Asian Studies, 2012.
  14. Mokhtar Saidin : Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM. 
  15. Nik Hassan Shuhaimi - Arkeologi dan Sejarah Kesultanan Johor Lama (1990).
  16. Suzuki Takashi: "History of Srivijaya" .
  17. Inskripsi Kedukan Bukit (583M).
  18. FB - Kota Melayu yang hilang
  19. Zulheimy Maamor : Nota Alam Melayu: Kerajaan-Kerajaan Melayu Terawal.
  20. Zulheimy Maamor: Nota: Arkeologi di Malaysia. Penemuan Artifak, Prasasti, Candi-Candi dsb.

Updated:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
5 November 2025: 9.12 p.m

No comments: