Oleh: Ahmad Nur
JEMAAH TABLIGH SEDUNIA (ORIGINAL)
KISAH SEBUAH KAPAL YANG KARAM, TETAPI MARUAH SEBUAH BANGSA TIDAK PERNAH TENGGELAM
Ada orang sinis bila Prof. Solehah mengangkat kegemilangan Alam Melayu. Ada yang ketawa, ada yang mengejek, ada yang kata, “Ala… sejarah lama nak buat apa? Fokus zaman sekarang la.”
Ironinya, manuskrip yang paling banyak memuji kekayaan Melayu bukan ditulis oleh orang Melayu, tetapi oleh penjajah Portugis sendiri.
Hari ini, mari kita buka semula kisah itu bukan sebagai dongeng, tetapi sebagai cermin maruah bangsa yang pernah menguasai ekonomi dunia.
1. Pusat Segala Perdagangan Kaya Di Timur (Rekod Musuh Sendiri)
Dalam Commentarios do Afonso de Albuquerque (1557), komander Portugis yang menawan Melaka menulis Melaka sebagai, “o centro de todo o rico comércio do Oriente.” (“Pusat segala perdagangan kaya di Timur.”)
Catatan Portugis menyebut mereka merampas,lebih 2,000 objek berharga dari istana (João de Barros, Décadas da Ásia):
- singa emas & regalia diraja
- permata dari Timur
- hadiah raja-raja Islam
- harta saudagar Arab, India, Cina, Parsi, Jawa
Ini bukan naratif “orang kita syok sendiri”. Ini pengakuan penjajah yang datang dengan meriam,tetapi terpaksa mengakui kemakmuran bumi ini.
2. Tiga Kapal Berlepas Tetapi Itu Hanya Serpihan
Daripada sumber Portugis dan kajian moden, sekurang-kurangnya tiga kapal berjaya berlepas dari Melaka selepas 1511:
- Trinidade
- Santa Catarina do Monte Sinai
- Sebuah nau ketiga (kemungkinan São Jerónimo)
Kapal-kapal ini membawa rempah, cukai, dan emas dalam jumlah kecil–sederhana. Itu baru kulit kacang. Inti kekayaan, jantung ekonomi Melaka, ditumpukkan pada sebuah kapal gergasi yang lain.
3. Flor de la Mar
Inilah kapal Yang Cuba Mengangkut Maruah Kita ke Eropah… Tetapi Ditenggelamkan Tuhan. Kapal utama itu bernama Flor de la Mar, nau gergasi sekitar 400 tan. Albuquerque menulis ia membawa, “imenso espólio e tesouros da conquista de Malaca.” (“rampasan dan harta luar biasa dari penaklukan Melaka.”)
Di atasnya diangkut:
- emas istana
- regalia diraja
- permata bernilai ratusan ribu cruzados
- hadiah raja-raja Islam
- permata yang pedagang sanggup bayar sehingga ratusan ribu cruzados seketul
Mereka bukan sekadar mencuri emas, mereka cuba membawa keluar maruah dan kekayaan seluruh Nusantara ke Lisbon. Tetapi Allah Maha Berkuasa. Kapal itu karam di pesisir Sumatra, ditelan gelombang Nusantara sendiri.
Hari ini, National Geographic dan ramai pengkaji maritim menggelar kargo Flor de la Mar sebagai, “One of the greatest lost treasures of all time.” Harta itu hilang di dasar laut, tetapi maruah bumi ini tidak pernah tenggelam.
4. Kajian moden (Leonard Low, David Mearns & lain-lain) menganggarkan nilai kargo Flor de la Mar sekitar:
USD 2–3 bilion ≈ RM10–14 bilion (ikut kadar hari ini)
Sumber Portugis & kajian akademik moden memberikan beberapa angka:
- Albuquerque pernah menganggarkan ±100,000 orang untuk kota Melaka
- Anggaran moden menurun kepada ±40,000 penduduk kota
- Satu anggaran lain meletakkan Kesultanan Melaka sekitar 135,000 jiwa (termasuk kawasan taklukan)
Bermakna, satu kapal Flor de la Mar sahaja mengandungi kekayaan yang, kalau dibahagi kepada seluruh penduduk Melaka waktu itu, setiap orang dapat antara RM90,000 hingga RM340,000!
Itu baru satu kapal. Bukan seluruh ekonomi Melaka. Bayangkan betapa makmurnya sebuah kota yang menjadi laluan ratusan kapal sebulan.
Kita lihat belanjawan Melaka hari ini hanya sekitar RM500–600 juta setahun. Harta dalam satu kapal Flor de la Mar = 20 tahun belanjawan negeri Melaka moden!
Maknanya, Rakyat Melaka abad ke-15 hidup di tengah-tengah ekonomi yang, dari sudut kekayaan per kapita, boleh menandingi, kalau tidak mengatasi banyak negara kaya hari ini.
5. Jika Harta Itu Selamat Tiba di Lisbon
Sejarawan Portugis sendiri mengakui jika harta Melaka itu sampai penuh ke Lisbon, Portugal mungkin mengekalkan status kuasa besar Eropah lebih lama, dengan armada dan kota yang jauh lebih makmur.
Tetapi sejarah dijaga Tuhan. Kapal itu karam sebelum keluar dari rantau ini. Musuh berniat membawa pergi kemuliaan kita, tetapi laut Nusantara memeliharanya.
- Portugis kagum dengan Melaka
- Arkib Lisbon menyimpan bukti kekayaan kita
- Pengkaji Barat berlumba mencari harta karam kita
Tetapi sebahagian anak Melayu hari ini…
- mengejek Prof. Solehah
- lebih percaya naratif buku teks kolonial
- berkata “tak penting pun tahu sejarah lama”
Sedangkan bangsa-bangsa besar membina masa depan atas memori sejarah:
- Turki dengan warisan Uthmaniyah
- China dengan Dinasti Ming
- Jepun dengan semangat samurai
- Yahudi dengan memori 2,000 tahun
Hanya bangsa yang hilang jati diri berkata sejarah tidak penting.
7. Kepada Yang Berkata “Tak Guna Tahu Sejarah Lama-Lama”
Dengar ini baik-baik, Bangsa yang tidak tahu dari mana ia datang, tidak akan tahu ke mana ia harus pergi. Sejarah bukan museum berhabuk. Sejarah adalah kompas.
Buang kompas, kita sesat.
Kenal sejarah, kita bangkit.
Melupakan sejarah bukan kemajuan, itu sebenarnya jiwa yang tercerabut dari akar dan akhirnya tunduk pada bangsa yang lebih mengenal dirinya.
Kapal Mereka Karam.
Tetapi Kita Jangan Karam Dalam Kejahilan Sejarah Sendiri.
“Harta Karun Melayu Terbesar di Dunia” bukan mitos.
Ia dicatatkan oleh musuh yang pernah merampasnya. Harta itu hilang di dasar laut, tetapi tamadun ini tidak pernah padam. Yang tinggal kini ialah amanah.
Bangkit semula dengan ilmu, maruah dan warisan yang Allah pernah serahkan kepada bangsa ini.
C&P: 16/11/2025: 12,98 p.,m