Thursday, 21 September 2017

KEMBARA HAJI 2017 - AL ANWAR MADINAH MOVENPICK HOTEL

Artikel Sebelum ini:
Kembara Haji 2017 - Tawaf Wida dan Perjalanan Menuju Madinah

Setiba di Madinah kami dibawa ke tempat penginapan kami di Al Anwar Madinah Movenpick Hotel yang terletak hanya 50 meter dari Masjid Nabawi. Ini amat menggembirakan kami para Jemaah Haji Maktab 87 kerana kalau di Mekah kami terpaksa berjalan kaki 700 meter untuk ke Masjidilharam, tapi di Madinah Masjid Nabawi hanya di sebelah kiri hotel sahaja. 











Saya telah ditempatkan dibilik 11082 di tingkat 11 bersama 3 orang lagi. Kalau di Mekkah satu bilik ada 6 orang, disini hanya 4 orang sahaja, maka ini menjadikan kami rasa lebih selesa sedikit. 
Isteri saya pula ditempatkan di bilik nombor 09001 di tingkat 9, juga satu bilik 4 orang. Isteri saya tetap bersama dengan mereka yang sebilik dengan nya ketika di Mekkah, cuma 2 orang sahaja yang dipindahkan ke bilik lain. 

Kalau di Mekkah Jemaah Haji diletakkan dalam Maktab namun di Madinah dinamakan Zon. Saya dan Jemaah Haji Maktab 87 di Mekkah diletakkan dalam Zon 2 di Madinah. 
Di Hotel Al Anwar Madinah Movenpick ini juga terdapat kemudahan sepertimana di Mekkah, iaitu Kaunter Kewangan, Pusat Khidmat, Bilik Rawatan, Urusan Pos disini dibawah Sky Net dan TM Net. 





Mereka dalam gambar di atas ini adalah rakan-rakan sebilik saya ketika di Mekkah. Di Madinah kami tak sama bilik lagi. 2 bekas pegawai tentera dan seorang lagi masih berkhidmat. 



Kenangan bersama Tuan Haji Azman Karim (Ex ATCK Officer) bersama isteri. Di Madinah ini baru kami tahu yang Tuan Haji Azman Karim ini sekampung dengan isteri saya malah ada hubungan saudara sebelah ibu isteri saya..


Di hotel ini juga terdapat beberapa restoran yang menyediakan makanan Arab, Pakistan dan juga makanan Barat. Antara yang menjadi favourite saya dan isteri adalah Al Mudeef Restaurant yang terletak di Tingkat Bawah dan Coffee Break yang terletak di Tingkat 1. 

AL MUDEEF RESTAURANT, GROUND FLOOR, AL ANWAR MADINAH MOVENPICK HOTEL









Nasi beriyani bersama kari kambing

Nasi Briyani menjadi pilihan saya manakala Spagetthi pilihan isteri saya.

COFFEE BREAK, 1ST FLOOR, AL ANWAR MADINAH MOVENPICK HOTEL

 Kebab... kalau makan seorang memang tak habis






Kalau tak habis boleh tapau bawa balik hotel




Pizza di Madinah, saya dan isteri 2 orang makan tak habis, tapi sebelah meja kami seorang wanita Arab makan pizza seorang sahaja pun boleh habis... hihi

Wanita Arab ni nampak kecil, tapi pizza dia boleh habis seorang...kami 2 orang pun tak terhabis ..




No comments: