Tuesday, 5 September 2017

KEMBARA HAJI 2017 - TAWAF IFADHAH DAN SAIE HAJI

Artikel sebelum ini:
Kembara Haji 2017 - Melontar Ketiga-tiga Jamrah

Setelah selesai melakukan ibadat melontar di Jammarat, Jemaah Haji akan kembali ke Mekkah secara berperingkat untuk melaksanakan Tawaf Ifadhah (Tawaf Haji) sebanyak 7 pusingan mengelilingi Kaabah, mendirikan solat sunat Tawaf sebanyak 2 rakaat, kemudian bersaie Haji antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali bagi yang mengerjakan Haji Tamattuk. 

Saya dan isteri melaksanakan Tawaf Ifadhah dan Saie Haji jam 2 pagi (5 September 2017) sebelum waktu subuh kerana cuaca yang agak sejuk dan orang pun tidak begitu ramai jika dibanding waktu siang. 

Selesai melaksanakan Tawaf Ifadhah dan Saie Haji di Masjidilharam, maka lengkaplah manasik Haji saya dan isteri. 

Selepas ini kami akan tinggal di Mekkah sehinggalah diberitahu tarikh untuk berangkat ke Madinah. 

Semasa di Mekkah kami melaksanakan ibadah-ibadah sunat dan solat berjemaah di Masjidilharam dan memperbanyakkan zikir, salawat dan membaca Al Quran. 










 Selesai melaksanakan tawaf Ifadhah (Tawaf Haji)





Saie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah adalah berjalan (dan berlari-lari anak bagi lelaki) antara kedua bukit tersebut sejauh 420 meter sebanyak 7 kali bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. 
Saie bererti pencarian kerana ia mengingatkan kita kepada Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berlari-lari antara Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari air bagi anaknya Nabi Ismail a.s.



 Alhamdullillah Haji Zulheimy Maamor dan Hajjah Norziah Ahmad selesai manasik Haji





MENUNGGU WAKTU KE MADINAH
Sementara menunggu arahan dari Lembaga Tabung Haji mengenai waktu untuk berangkat ke Madinah, kami di Mekkah melaksanakan ibadah ibadah sunat seperti solat sunat, berzikir dan membaca Al Quran serta solat berjemaah di Masjidilharam. 
Disamping itu diwaktu terluang, kami bersiar-siar di sekitar Mekkah dan membeli belah mencari cenderahati untuk dibawa pulang ke tanahair. 

 Saya dan isteri mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran hotel penginapan kami 











Roti Arab cecah dengan kari kambing dan dall...  sarapan pagi kenyangnya sampai ke petang...tengahari tak makan dah...


Zam Zam Restaurant adalah sebuah restoran Turki terletak di Al Masjid Al Haram Road di Kota Mekkah tidak jauh dari hotel penginapan kami. Saya dan isteri sering menjamu selera di sini kerana makanannya yang enak.  
Kami telah beberapa kali bersarapan pagi dan makan tengahari di sini. Antara yang menarik disini ialah Kari Kambing dimakan dengan nasi atau roti Arab. 


Perpustakaan yang terletak di Sooq Al-Layl lebih kurang 150 meter dari Masjidilharam dikatakan adalah bekas tapak rumah kelahiran Rasulullah s.a.w. Tapak rumah Baginda di Mekkah ini dimiliki oleh Sheikh Abbas Kattan yang membina sebuah perpustakaan disekeliling lokasi untuk melindungi struktur asal rumah itu daripada dimusnahkan pada tahun 1951. 

Banyak lagi kesan-kesan sejarah yang ada di sekitar kota Mekkah berhampiran Masjidilharam, namun kebanyakkannya telah dirobohkan oleh Kerajaan Arab Saudi kerana beberapa sebab yang tertentu. 

Gambar - gambar dibawah ini saya copy and paste dari laman web Maria Firdaus yang membenarkan sesiapa untuk berkongsi ilmu darinya... Terima kasih Maria Firdaus.... Link laman web beliau adalah :


Jabal Al Qubais tempat dimana Nabi Ibrahim a.s. menyeru umat manusia menunaikan Haji setelah membina Kaabah. Dan di atas bukit ini juga Rasulullah s.a.w. membelas bulan. Sekarang ianya dijadikan istana Raja Saudi. 





Restoran Watani ini terletak sebelah kiri Abraj Al Janadiriyyah ini adalah restoran yang sering saya dan isteri kunjungi untuk sarapan pagi, Tengahari atau Malam.... kadang ingin juga bertukar selera . Restoran di Mekkah ini yang uniknya ialah tidak ada meja dan kerusi makan..  yang ada adalah tikar yang boleh dibentang dimana-mana depan restoran ini... 

Marwa Barbers Shop ini menjadi kenangan kerana disinilah tempat saya bercukur rambut selesai manasik Haji saya. 






TIDAK ramai orang mengetahui bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter air pada musim haji dan tidak pernah kering walaupun sekali.
Pernah seorang ilmuwan diperintahkan oleh Raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar daripada seorang doktor dari Mesir mengenai air zam-zam.
Berapa juta liter air zam-zam yang diambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara ringkas. Jika jemaah haji yang datang dari seluruh dunia pada setiap musim haji berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi lima liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika dua juta orang membawa pulang masing-masing lima liter air zam-zam ke negaranya, ini sudah menjadi 10 juta liter.
Di samping itu sepanjang berada di Mekah, katakan kebanyakan jemaah haji tinggal selama 25 hari di sana dan setiap orang menghabiskan satu liter sehari. Maka jumlahnya sudah mencapai 50 juta liter.
Artikel Penuh: 


© Utusan Melayu (M) Bhd 




Kat depan Masjidil Haram ada KFC





SIAPA sangka makanan Malaysia yang dikendalikan Felda D' Saji Mekah di tingkat dua, Al Safwa Tower berhadapan Masjidil Haram mendapat sambutan menggalakkan daripada umat Islam seluruh dunia.
Lebih-lebih lagi ketika musim mengerjakan ibadah haji, umrah dan puasa Ramadan setiap tahun.
Restoran milik penuh Felda Berhad ini bukan sahaja dikunjungi rakyat Malaysia malah jemaah Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei, Singapura, Kemboja, Vietnam, Benua Arab, China, Turki, Iran, Iraq, India, Pakistan dan Bangladesh.
Mempunyai 12 pekerja tetap termasuk empat kakitangan pengurusan mula beroperasi dengan sebuah kedai sahaja pada tahun 2007 dan kini mampu mengembangkan sayapnya sehingga boleh membuka lima cawangan pada masakini.






MENARA ABRAJ AL BAIT
Menara Abraj al Bait siap dibina pada tahun 2012 mencapai ketinggian 601 meter. Di kompleks ini terdapat 7 menara dengan satu tower dinamakan Hotel Tower yang boleh menampung sehingga 10,000 orang. 

Seharusnya Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai ‘sentuhan anak Malaysia.’
Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.
Katanya, menara itu memerlu kan lightweight steel structure untuk menyokong jam gergasi itu, dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar dari syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungja wab itu.
Uniknya, 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology itu juga terdiri daripada kumpulan anak muda dari Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia yang datang ke sini untuk mengerjakan haji dan umrah.
Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara-menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
(Utusan Malaysia - 17 Oktober 2011)









Isteri saya berkesempatan berkenalan dengan seorang Jemaah Haji dari Indonesia.






Setelah beberapa hari berada di Mekkah Al Mukarramah, akhirnya kami dari Maktab 87 dimaklumkan oleh Lembaga Tabung Haji bahawa kami dijadualkan berangkat ke Madinah pada 21 September 2017.
Sebelum meninggalkan Kota Mekkah , kami dikehendaki menunaikan Tawaf Wida iaitu Tawaf Perpisahan.



No comments: