Wednesday, 24 June 2020

KRONOLOGI MUSIM HAJI 2017

Hj Zulheimy Bin Maamor & Hjh Norziah Bt Ahmad
Maktab 87 Abraj Al Janadriyyah

1 Zulkaedah 2020  – bermula musim Haji. Kepada mereka yang telah menerima tawaran Haji tahun ini, kita harap agar mereka bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi… Berdoalah kita agar tahun hadapan kita dipermudahkan dan wabak COVID 19 berakhir dan kita  dapat melaksanakan rukun Islam ke 5.

Setiap tiba musim Haji, pasti yang telah menunaikan haji akan merindui suasana indah ketika menunaikan haji. Saya bersyukur kerana diterima menjadi tetamu Allah pada musim Haji 2017.

Bagi mengingat kembali detik-detik manis itu saya susunkan kembali kronologi Haji 2017 yang boleh dijadikan panduan untuk bakal – bakal haji.

  • 2 Ogos 2017 - menerima panggilan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang saya dan isteri dijemput untuk menunaikan haji. Kami menerima tawaran disaat akhir apabila Kerajaan Arab Saudi telah bersetuju untuk menambahkan kuota Jemaah Haji Malaysia dimana 400 tempat diperuntukan untuk veteran ATM. 
  • 3 Ogos dan 16 Ogos 2017 – Taklimat Haji di Masjid Khalid Ibn Walid di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
  • 16 Ogos 2017 - Pemeriksaan Kesihatan di Masjid Khalid Ibn Walid dan Majlis ramah mesra bersama Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan.
  • 12 Ogos 2017 – mengambil surat Tawaran Haji di Menara TH Sentral di Jalan Stesen Sentral 5 di Kuala Lumpur.
  • 17 Ogos 2017 – Menghadiri Kursus Haji di Masjid Khalid Ibn Walid yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dengan kerjasama Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT).
  • 19 Ogos 2017 – menerima Jadual Penerbangan Haji ke Mekkah.
  • 23 Ogos 2017 – Berlepas ke Jeddah dari KLIA dengan penerbangan FLYNAS XY6330 pada jam 7.00 malam. Bermiqat di Qarn Al Manazil. Tiba di Lapangan Terbang King Abdul Jeddah jam 11.00 malam (Waktu Mekkah).
  • 24 Ogos 2017 –Menginap di Abraj Al Janadriyyah Bilik nombor 1465 di Tingkat 14. Isteri bilik 1466. Disebelah malam melaksanakan Ibadah Umrah (Haji Tamattuk).
  • 26 Ogos 2017 – Melaksanakan Dam Haji Tamattuk sebanyak SR880.00 (SR440.00 x 2 orang) di Kaunter Kewangan Pejabat Tabung Haji di Abraj Al Janadriyyah.
  • 30 Ogos 2017 – Berangkat ke Padang Arafah kira-kira 21.9 km dari Mekkah.
  • 31 Ogos 2017 (9 Zulhijjah 1438H) – Wukuf di Arafah.. Disebelah petang kami berangkat ke Muzdalifah lebih kurang 10 km dari Arafah untuk Mabit di Muzdalifah. Diseparuh malam berangkat pula Ke Perkhemahan Mina kira-kira 6 km dari Muzdalifah untuk bermalam (Mabit di Mina).
  • 1 September 2017 – Melontar Jamrah Kubra – dari Mina ke Kompleks Jammarah lebih kurang 3.5 pergi dan 3.5 balik (7 km). Selesai Bercukur (Tahallul Awal).
  • 2 – 4 September 2017 – Melontar ketiga-tiga Jamrah (Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Kubra) – Hari Tasyriq.
  • 4 September 2017 – berangkat balik ke Mekkah
  • 5 September 2017 – Tawaf Ifadhah dan Saie – selesai Manasik Haji (Tahallul Thani).
  • 21 September 2017 – Tawaf Wida’ -  berangkat ke Madinah. Tiba Madinah jam 11.00 malam dan menginap di Al Anwar Madinah Movenpick Hotel (Bilik 11082).
  • 22 September 2017 – Menziarahi Makam Rasulullah s.a.w dan Perkuburan Baqi’ di Masjid Nabawi.
  • 22 September 2017 – Menziarahi Makam Rasulullah s.a.w dan Perkuburan Baqi’ di Masjid Nabawi.
  • 23 September 2017 – Melawat sekitar Madinah (Masjid Quba’, Bukit Uhud dan Ladang Kurma).
  • 25 September 2017 – melawat ke kawasan berhampiran Masjid Nabawi (Sokaifat Bani Saedah, Quran Exhibition, Museum, Pasar Nabi dll.). Pada 4.15 petang Khatam Al Quran 30 Juzuk (mulai bacaan semasa berlepas dari KLIA pada 23 Ogos 2017).
  • 30 September 2017 – berangkat balik ke Tanahair.
  • 1 Oktober 2017 – tiba di KLIA
Rujukan :

24 June 2020 / 2 Zulkaedah 1441H : 4.34 am

No comments: