Negeri Sembilan ialah sebuah negeri di Malaysia yang terkenal dengan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang unik, di mana Raja (Yang di-Pertuan Besar) dipilih oleh sebuah majlis datuk penghulu, dan undang-undang asasnya ialah Perlembagaan Negeri. Ia juga mempunyai budaya dan seni bina yang kaya, dengan makanan tradisional yang istimewa seperti masakan Minangkabau.
Negeri Sembilan memang tidak asing bagi saya kerana kampung arwah ayah saya adalah di Kg. Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan. Malah kampung isteri saya juga adalah di Kg.Semin, Lubok Cina, Negeri Sembilan.
1995 - NEGERI SEMBILAN
FELDA BUKIT ROKAN & KUALA PILAH
Menghadiri Majlis Perkahwinan anak sepupu saya di FELDA Bukit Rokan Utara, Gemencheh, N.S. pada 29 Okt 1995.
Majlis perkahwinan sepupu saya di Kg. Juaseh, Kuala Pilah, N.S
PORT DICKSON, NS
9.11.1996
Percutian keluarga di Port Dickson pada 1996. Kami bermalam di Kemang Condominium, Teluk Kemang, Port Dickson, N.S.
PORT DICKSON GOLDF & COUNTRY CLUB
PORT DICKSON,N.S
24-25 NOVEMBER 2006
Kenangan ketika menghadiri Sesi "METD Leadership Retreat" yang diadakan di Port Dickson Golf and Country Resort pada 24-25 November 2006.
2011 - NEGERI SEMBILAN
SERTING HILIR, N.S
31 MEI 2011
Kenangan ketika saya mengendalikan Technical Visit untuk Manufacturing Engineering Technical Division ke FELDA Palm Industries Sdn Bhd di Serting Hilir, Negeri Sembilan pada 31 Mei 2011.
CITY PARK ORIENTAL
SEREMBAN 2, N.S
9 JULAI 2011
Makan Tengahari bersama keluarga di City Park Oriental, iaitu di Chinese Muslim Food. Abang Sulong saya menetap di Seremban 2, jadi kami semua bersetuju untuk makan tengahari di Seremban 2.
2012 - NEGERI SEMBILAN
CASA RACHADO BEACH RESORT
PORT DICKSON, N.S.
11-12 FEBRUARI 2012
Setaf Yayasan Jantung Malaysia telah menghadiri Kursus Motivasi di Casa Rachado Resort yang terletak di Port Dickson, N.Sembilan. Turut serta ialah 6 Ahli Lembaga Pengarah YJM. Kursus berjalan selama 2 hari. Kami menginap di Casa Rachado Beach resort.
Ceramah Motivasi disampaikan oleh Col (Rtd) Mohan. Selain dari kursus motivasi setaf YJM juga terlibat dalam Latihan Team Building dan Jungle Trecking di Hutan Rekreasi Tg. Tuan.
Casa Rachado Beach Resort adalah sebuah resort Caribbean bertemakan latihan di Pantai Cermin, terletak di Batu 10 Port Dickson. Sesuai untuk penginapan keluarga dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di resort ini seperti Kursus Motivasi, Team Building, Jungle Trekking, berakit dan lain-lain.
Antara modul kursus termasuklah Team Building yang bertujuan mewujudkan semangat kerjasama antara pasukan. Dalam latihan ini para peserta kursus dikehendaki membina rakit dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang pertama menyiapkan rakit dianggap mempunyai semangat kerjasama yang kuat.
Satu lagi aktiviti yang dijalankan ialah mendaki bukit ke Rumah Api Tanjung Tuan. Latihan ini agak mencabar memandangkan sebahagian setaf YJM sudah agak berumur... namun umur bukanlah penghalangnya... kami semua berjaya sampai ke puncaknya iaitu dimana terletaknya rumah api Tanjung Tuan.
Rumah Api Tanjung Tuan walaupun terletak dalam Negeri Sembilan, namun ianya adalah dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Alor Gajah, Melaka. Merupakan antara Rumah Api yang tertua di Malaysia.
Di kawasan ini pernah berlaku pertempuran hebat antara Portugis dengan Belanda pada 1606 dikenali dengan "Battle of Cape Rachado".
Pemandangan paling indah disini ialah waktu Matahari terbenam.
TERMINAL 1 SHOPPING CENTRE
SEREMBAN, N.S
19-21 OKTOBER 2012
Kempen "Minggu Jantung Seremban 2012" berlansung di Terminal 1 Shopping Centre, Jalan Lintang, Seremban dari 19 -21 Oktober 2012. Kempen ini dijalankan dengan kerjasama pihak pengurusan Terminal 1 Shopping Centre, Nightingale International College dan Salam Specialist Hospital, Senawang, NS.
Seramai 301 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan sepanjang kempen ini dijalankan.
Fame Hotel dimana kami menginap sepanjang program di Seremban
NILAI 3, N.S
1 DISEMBER 2012
Pada 1 Disember 2012, saya bersama keluarga dan juga keluarga 2 orang kakak saya telah ke Nilai 3 untuk membeli keperluan peralatan perkahwinan anak saudara saya.
Pasar Borong Nilai 3 menawarkan pelbagai barangan dan pakaian pada harga yang berpatutan. Pasar ini mula diperkenalkan pada Disember 2001.
Nilai 3 boleh dikunjungi melalui susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan (Nilai/Pajam/KLIA) dan juga Lebuhraya LEKAS. Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km.
Pasar Borong Nilai 3 menawarkan pelbagai barangan dan pakaian pada harga yang berpatutan. Pasar ini mula diperkenalkan pada Disember 2001.
Nilai 3 boleh dikunjungi melalui susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan (Nilai/Pajam/KLIA) dan juga Lebuhraya LEKAS. Jarak dari Kuala Lumpur ialah 45 km.
Bersolat Zohor & Asar di Masjid Putra, Nilai, N.S
Kami menginap di Hotel Seri Malaysia Seremban, di Taman AST Seremban.
Makan Malam keluarga di Chinese Muslim Restaurant di Seremban 2, berhampiran rumah Abang Sulong kami.
2013 - NEGERI SEMBILAN
KG. MAMPAS
KUALA PILAH, N.S
2 JUN 2013
Pada 2 June 2013, saya dan keluarga bersama dengan ibu mertua telah menghadiri satu Majlis Perkahwinan di Kampung Mampas, Kuala Pilah. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah mengambil masa lebih kurang 1 jam 34 minit dengan jarak 116 km. Ia terletak 25 batu dari Seremban.
Kuala Pilah salah satu daripada 7 daerah di Negeri Sembilan. Ia merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Sembilan selepas Jempol dan Jelebu.
Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris. Butir lanjut boleh klik link atas ini.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah menunaikan solat Zohor di Masjid DiRaja Tuanku Munawir, Kuala Pilah. Masjid yang terletak di Bandar DiRaja Seri Menanti, Kuala Pilah. Bersebelahan dengan masjid ini terletak Makam Di Raja Seri Menanti.
DEWAN GERAKAN DAYA WAWASAN
KG.PANCHOR, SEREMBAN, N.S
16 JUN 2013
Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama JKKK Kg. Panchor, Seremban, N.Sembilan telah menjalan program Kesedaran Penyakit Jantung 2013 bertempat di Dewan Gerakan Daya Wawasan, Kg. Panchor, Seremban, N.Sembilan pada 16 Jun 2013.
Seramai 97 orang penduduk Kg. Panchor telah menjalani ujian Saringan Kesihatan dengan dibantu oleh 2 jururawat daripada SALAM Specialist Hospital, Senawang, N. Sembilan.
Kami menginap di Fame Hotel semasa program ini, hotel yang sama kami menginap tahun lepas.
SEK.MEN.KEB. SEREMBAN 2
SEREMBAN 2, N.S.
3-4 JULAI 2013
Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Sekolah tahun 2013 diteruskan dengan menjalankan ujian saringan Kesihatan di Sek. Men. Keb. Seremban 2, Negeri Sembilan.
Program yang berlansung padai 3 Julai 2013 telah dihadiri oleh 90 orang murid dan 10 orang guru sekolah. YJM kali ini dibantu oleh jururawat-jururawat dari SALAM Specialist Hospital, Senawang , Negeri Sembilan.
Rujuk: 2013 - SMK SEREMBAN 2, N.S
Kami menginap di hotel yang sama semasa program di Kg. Panchor iaitu Fame Hotel yang terletak di Wisma City Kingdom, Seremban, N.S.
2014 - NEGERI SEMBILAN
SEREMBAN, REMBAU & LUBOK CINA, N.S
7 OKTOBER 2014
Pada 7 Oktober 2014 saya bersama isteri dan anak beserta kakak, telah ke Masjid Tanah Melaka untuk urusan tanah di Kampung. Kami menaiki Tren Komuter dari Kuala Lumpur ke Seremban. Dari Seremban kami ke Masjid Tanah menaiki kereta abang Sulong ku yang menetap di Seremban 2.
Dalam perjalanan ke Masjid Tanah dan Balik kami singgah kebeberapa tempat.
Turun di Stesen Komuter di Seremban.
Selesai urusan di Masjid Tanah, kami bersiar-siar di sekitar pekan Chengkau, yang terletak antara Rembau dan Kota di Negeri Sembilan. Rembau sebuah daerah di N.Sembilan terletak bersempadan dengan Melaka.

Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, sempat singgah di Kg. Nerambai, Lubok Cina, N.S, untuk melihat-lihat meriam pusaka peninggalan nenek moyang kami.
Stesen Komuter di Sungai Gadut, Seremban.
TAMAN PAROI JAYA
SEREMBAN, N.S
28 DISEMBER 2014
Program Komuniti di Dewan KRT 'B' Taman Paroi Jaya, Seremban, N.S. . Seramai 87 penduduk berhampiran telah membuat Ujian Saringan Kesihatan semasa program dijalankan.
2015 - NEGERI SEMBILAN
PENGKALAN KEMPAS
LINGGI, N.S
5 FEBRUARI 2015
Pada 5 Februari 2015, saya bersama rakan sekerja menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kesedaran Penyakit Jantung di Bilik Gerakan Barisan Nasional di Linggi, Negeri Sembilan.
Kami singgah di Kg.Kundur Hilir untuk bertemu seorang rakan lama En.Mohd Salehuddin yang pernah berkerja dengan Pos Malaysia di Kuala Lumpur.
Selesai Mesyuarat kami ambil kesempatan untuk singgah di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas di Linggi.
Rujuk: 2015 - Pengkalan Kempas, N.S
Komplek Sejarah Pengkalan Kempas terletak kira-kira 35 km dari bandar Port Dickson. Ianya adalah sebuah perkuburan misteri yang menggunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan sudu. Para sejarahwan percaya bahawa perkuburan ini wujud sejak abad ke 2 atau ke 3 masehi.
Di sini juga terdapat Keramat Sungai Udang iaitu makam seorang ahli agama yang bernama Sheikh Ahmad Majnun yang telah menentang Sultan Mansur Shah Melaka (1457-1477). Batu nisan ini bertulisan Arab dan Kawi (tulisan Sumatera Kuno).
Rujuk: Wikipedia - Pengkalan Kempas
PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA
LINGGI, N.S
15 MAC 2015
Pada 15 Mac 2015, saya bersama Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia, terlibat dengan Program Komuniti di Pusat Internet 1 Malaysia di Linggi, N. Sembilan dengan kerjasama ADUN Linggi dan Pejabat UMNO Linggi. Seramai 86 orang penduduk sekitar Linggi menjalankan ujian Pemeriksaan Kesihatan yang dijalankan pada hari tersebut.
Bersantai di Port Dickson sebelum Program di Linggi.
SEK.MEN.KEB.SEREMBAN 2
SEREMBAN 2,N.S
16-17 JUN 2015
Pemeriksaan Kesihatan di SMK Seremban 2, seramai 214 pelajar dan guru telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan.
TAMAN SENDAYAN INDAH
SENDAYAN, N.S
29 OGOS 2015
Hanya 45 sahaja yang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan yang dijalankan di Taman Sendayan Indah.
GUNUNG DATUK
REMBAU, N.S
17 OKTOBER 2015
Pada 17 Oktober 2015 saya bersama team Yayasan Jantung Malaysia dan juga jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital telah bekerjasama menjayakan program Hutan Kita Khazanah Kita anjuran Majlis Belia Daerah Rembau. Seramai 61 penduduk berhampiran telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan.
Gunung Datuk dikenali juga Gunung Beradat terletak di Kampung Batang Nyamor, 21 km dari pekan Rembau dan 15 km dari pekan Tampin.
Gunung Datuk adalah puncak yang tertinggi di daerah Rembau dengan ketinggiannya yang melebihi 1.900 kaki. Di Gunung ini juga terletaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi.
Gunung Datuk adalah puncak yang tertinggi di daerah Rembau dengan ketinggiannya yang melebihi 1.900 kaki. Di Gunung ini juga terletaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi.
Kami menginap di Homestay Haji Abdul Hamid yang terletak di Sungai Layang di Daerah Rembau.
DEWAN MERDEKA
REMBAU, N.S
22 NOVEMBER 2015
Program Awareness Team YJM selanjut di Negeri Sembilan ialah Program Komuniti yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Rembau di Rembau Negeri Sembilan anjuran Majlis Belia Daerah Rembau. Hanya 61 orang telah hadir untuk membuat pemeriksaan Kesihatan.
Kami menginap di Your Family Hotel di Taman Dato Lela Maharaja, Chembong, Rembau, N.Sembilan.
2016 - NEGERI SEMBILAN
SMK SEREMBAN 2
19 APRIL 2016
Tahun 2016 program Pemeriksaan kesihatan di Sekolah ini diadakan pada 19 April 2016.
Seramai 171 orang pelajar dan Setaf Sekolah SMK Seremban 2 telah hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan.
SMK Seremban 2 terletak bersebelahan dengan Green Street Homes, kira-kira 7 km dari Bandar Seremban. Ia mula beroperasi pada 6 Februari 2003.
Kami menginap di S2 Hotel di Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2.
TERMINAL 1 SHOPPING CENTRE
SEREMBAN, N.S
26-28 OGOS 2016
Program Minggu Jantung Seremban di adakan di Kompleks Membelibelah Terminal 1 bermula dari 26 sehingga 28 Ogos 2016.
Sepanjang program dijalankan seramai 188 orang telah menjalani ujian Pemeriksaaan Kesihatan.
Terminal 1 Shopping Centre lebih dikenali sebagai T1 oleh penduduk Seremban, terletak di tengah bandar Seremban. Dibuka pada ogos 1996 sebelum ini dikenali sebagai Terminal One Mall.
Sepanjang program dijalankan kami menginap di Carlton Star Hotel yang terletak di Jalan Dato Sheikh Ahmad Seremban tidak jauh dari Terminal 1 Shopping Centre (Walking Distance).
TAMAN PAROI JAYA
SEREMBAN, N.S
17 DISEMBER 2016
Program terakhir tahun 2016 telah dijalankan di Taman Paroi Jaya, Seremban pada 17 Disember 2016. Seramai 76 orang penduduk berhampiran telah hadir untuk menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan sepanjang hari tersebut. One Garden Hotel di Pekan Senawang dimana kami menginap.
2.4.2016 : Kenangan di Linggi, N.Sembilan. Mengunjungi warung sepupu kami sebelah Ayah.
Makan Nasi Arab di Paroi pada 2016 (tarikh tak ingat)
2017 - NEGERI SEMBILAN
SEK.MEN.KEB. SEREMBAN 2
11 APRIL 2017
Program di SMK Seremban 2 bagi tahun 2017 berlansung pada 11 April 2017. Seramai 131 orang Murid dan 39 Guru dan kakitangan Sekolah telah menjalani ujian Pemeriksaan kesihatan yang berlansung dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Turut membantu kami ialah jururawat-jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital, Senawang, N. Sembilan.
ETS TRAIN
KUALA LUMPUR TO GEMAS
15 APRIL 2017
Pada 15 April saya bersama 2 orang kakak saya menaiki ETS Train dari Kuala Lumpur ke Gemas, Negeri Sembilan.
Di Stesen Keretapi Gemas (Baru), kami menyambung perjalanan kami dengan menaiki tren biasa ke Johor Bahru dan seterusnya ke Singapura untuk mengunjungi Bapa Saudara kami yang sakit di Clementi Avenue.
TAMAN LAVENDER HEIGHT
SENAWANG, N.S
14 MEI 2017
Program pada 14 Mei 2017 yang berlansung di Sek.Keb. Lavender Heights, Taman Bandar Senawang ini telah dihadiri oleh seramai 89 orang penduduk sekitar Taman Lavender Heights. Program ini turut dibantu oleh jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital.
FELDA PALONG 1
GEMAS, N.S
21 OKTOBER 2017
Program Pemeriksaan Kesihatan YJM diadakan di FELDA Palong 1 bersempena dengan Majlis Kesyukuran untuk meraikan kembalinya bertugas di FELDA Global Ventures Holdings (FGV), Datuk Hj. Zakaria bin Hj. Arshad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang dikatakan terbabit dengan Konflik FGV baru-baru ini. Beliau adalah merupakan anak tempatan Palong 1 yang dikenali oleh peneroka FELDA Palong 1.
Seramai 93 orang penduduk dan peneroka FELDA Palong 1 telah hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari itu.
Gemas, sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan terletak berhampiran dengan sempadan negeri Johor. Gemas merupakan persimpangan landasan keretapi barat dan timur Malaysia.
Kami menginap di Hotel Tropicana di pekan Gemas
FELDA PALONG 14, 15 & 16
GEMAS, N.S
22 OKTOBER 2017
Seramai 90 orang telah hadir untuk menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari itu. Turut membantu ialah jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital.
2018 - NEGERI SEMBILAN
KG. DIOH KECIL
KUALA PILAH, N.S
8 APRIL 2018
Program Komuniti yang berlansung di Kg.Dioh Kecil, Kuala Pilah, seramai 65 orang penduduk kampung telah menjalani ujian Saringan Kesihatan semasa program dijalankan.
Rujuk : 2018 - Kuala Pilah
Singgah makan tengahari di Zaini Salai House, Kuala Pilah
Kami menginap di One Garden Hotel di Senawang.
SEK.MEN.KEB. SEREMBAN 2
SEREMBAN 2, N.S
10-11 APRIL 2018
Selesai program di Kg. Dioh Kecil di Kuala Pilah pada 8 April 2018, kami rehat 1 hari kemudian pada 9 April 2018 kami bertolak ke Seremban 2 untuk program kami di Sek. Men. Keb. Seremban 2 pada 10-11 April 2018.
Kami menginap di Sutera Hotel di Seremban 2 semasa program
FELDA PALONG 1
GEMAS, N.S
21 APRIL 2018
Program Kesedaran Penyakit Jantung berlansung di Dewan Orang Ramai, FELDA Palong 1 dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang.
Kami turut dibantu oleh jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital.
Kami turut dibantu oleh jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital.
Kami menginap di Tropicana Hotel, hotel yang sama kami menginap pada program tahun 2017.
Stesen Keretapi Gemas Lama mula dibina pdaa tahu 1906 dan merupakan titik pertemuan antara laluan keretapi Pantai Barat dan Laluan Pantai Timur. Stesen ini sekarang telah dijadikan Muzium Keretapi.
FELDA PALONG 14, 15 & 16
GEMAS, N.S
22 APRIL 2018
Program kedua berlansung di Dewan Serbaguna Semai Bakti FELDA Palong 14, 15 dan 16 juga dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang.
.jpg)
Selesai program, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa 2 jam lebih.
Kami sempat singgah di Cendol Joseh, Ulu Bendul, Negeri Sembilan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
BANDAR BARU NILAI
5-6 OKTOBER 2018
Menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Selangor anak saya Muhammad Redzwan bin Zulheimy di Dewan Canselori, Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan.
Universiti Sains Islam Malaysia atau ringkasnya USIM dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
Penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) diwartakan pada 13 Mac 1998 dan dinaikkan ke taraf Universiti Penuh berkuatkuasa 1 Februari 2007 dengan nama baru Universiti Sains Islam Malaysia.
USIM telah dirasmikan pada 25 November 2008 oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun).
Bandar Baru Nilai merupakan sebuah perbandaran baru di Nilai, Negeri Sembilan. Ianya terletak didalam daerah Seremban dan dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
Kami menginap di Nilai Hotel di Putra Point Bandar Baru Nilai, Putra Point, Nilai, N.S.
TAHUN SETERUSNYA
PUSAT DAKWAH ISLAMIAH PAROI
TAMAN DESA DURANTA, PAROI, N.S
20 JANUARI 2019
Menghadiri Majlis perkahwinan anak kepada sepupu kami di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di Paroi, N.S.
Berhariraya bersama keluarga di Kg. Semin, Lubok Cina, Negeri Sembilan dan juga Lendu, Melaka
Tol Pedas Linggi dalam perjalanan ke Lubok Cina.
PEJABAT DAERAH & TANAH SEREMBAN
SEREMBAN 2, N.S
25 OGOS 2021
Pada 25 Ogos 2021 saya dan 2 orang kakak serta Abang Ipar saya telah ke Pejabat Tanah dan Daerah Seremban yang terletak di Seremban 2, untuk urusan jual beli tanah pusaka.
TAHUN 2022
Dalam perjalanan ke Kuala Pilah, N.S menghadiri majlis perkahwinan di Kg. Mampas, K.Pilah.
Makan tengahari bersama keluarga di Seremban Gateway
SENDAYAN & LUBOK CINA
24 APRIL 2024
Saya dan keluarga menziarahi pusara Abang Sulong kami Allahyarham Norajelan Bin Maamor yang telah kembali ke Rahmatullah pada 24 April 2024.
Singgah di R&R Nilai untuk sarapan pagi
SENDAYAN & LUBOK CINA
17 JUN 2024
Pada pagi Aidiladha, saya dan keluarga telah bertolak ke Kg.Semin,Lubok Cina, N.S untuk meraikan pernikahan anak saudara kami.
Kami sempat bersolat Jemaah Aidiladha di Masjid Seri Sendayan di Bandar Sri Sendayan.
Jamuan Hari Raya Aidiladha & Majlis Kesyukuran di Kg.Semin, Lubok Cina, N.S.
FAMILY REUNION TOK SUDIN
TERATAK LE'REEN
RASAH KEMAYAN, SEREMBAN, N.S
12 OKTOBER 2024
Pada 12 Oktober 2024, Waris Keluarga Tok Sudin bin Ujang dan Siti Hawa Bt Abu telah berkumpul, bertemu dan beramah mesra di Teratak Le ' Reen di Rasah Kemayan di Seremban, Negeri Sembilan.
Ini adalah perhimpunan julung kali di adakan untuk mengumpul kembali waris dari Keluarga Sudin bin Ujang dan Siti Hawa bt Abu yang berasal dari Kampong Nerambai, Lubok Cina, Negeri Sembilan.
Lawatan rombongan isteri ke Port Dickson pada 2.10.2024
Legasi Ujang bin Malak di Kg.Semin, Lubok Cina, N.S pada 3 Apirl 2025.
LAIN-LAIN
Kenangan ketika menghadiri mesyuarat di Era Hotel di Bahau, Negeri Sembilan. Tahunnya saya tak ingat, cuma kenangan melalui Bukit Putus di waktu malam dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah selesai mesyuarat lebih kurang jam 11.00 malam.
Demikian secebis kenangan saya di Negeri Sembilan sekadar ingatan dan kenangan indah.
Nukilan:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
13 September 2025: 12.13 p.m

.jpg)

.jpg)

















.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
















.jpg)





















.jpg)



.jpg)
.jpg)







.jpg)





.jpg)

.jpg)





No comments:
Post a Comment