Tuesday, 14 January 2014

TLDM - Navy People

  1. CPOSM Abdul Kadir bin Said - Malay Navy (HMS Kudat)  - anak Melayu pertama menerima pingat Distinguished Service Medal (DSM) dari Kerajaan British kerana keberaniannya semasa Perang Menentang Tentera Jepun di Malaya semasa Perang Dunia Kedua.
  2. ABSM Abdul Samad bin Ali  - anggota Malay Navy semasa Perang Dunia Kedua, bertugas di HMS Vyner Brooke yang diserang oleh Pesawat Tentera Jepun pada 12 Januari 1942 di Pulau Bangka. Kesemua anggota Malay Navy terkorban dalam pertempuran tersebut kecuali ABSM Abd Samad. Beliau telah berjaya menyelamatkan 22 orang Jururawat Australia namun pengorbanan beliau tidak pernah diberi perhatian oleh British.
  3. ABRM Abdul Samad bin Sulaiman – Anak kapal KD Sri Selangor yang terkorban dalam serangan anggota KKO Indonesia semasa konfrantasi pada 24 Julai 1964. Nama beliau telah diabadikan di Pengkalan TLDM Lumut, Perak (Lapangsasar Abdul Samad).
  4. Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab b. Hj Nawi – Panglima Tentera Laut 1986 – 1990.
  5. Lt Kol (Laut) Abdul Wahid bin Anang – Pegawai Memerintah KD Raja Jarom yang pertama, 1977.
  6. Laksamana Tan Sri Dato’Seri Abu Bakar bin Abdul Jamal – Panglima Tentera Laut 1998 – 2002.
  7. Sgt Maj. Adnan Raji - (Later CPOSM) - the first Parade Ground Drill Instructor of the Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) on 27 April 1934. 
  8. ODSM Ahmad bin Saidi – anggota Malay Navy yang terkorban dalam pertempuran pada 9 Disember 1941. Beliau adalah adik kepada Lt Adnan bin Saidi dari Rejimen Askar Melayu.
  9. Laksamana Madya Tan Sri Dato' Seri Ahmad Ramli bin Hj Mohd Nor - Panglima Tentera Laut (15 Okt 1995 - 14 Okt 1998). 
  10. Lt Muda Ainin bt Abdul Rahman TLDM – Antara 3 pegawai Wanita pertama PSSTLDM yang dikerah sepenuh masa pada Oktober 1977.
  11. Sub. Lt Ali bin Ibrahim -  Anggota Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang ditauliahkan sebagai pegawai pada tahun 1946.
  12. Lt Kdr Anuar bin Alias - dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 2 Jun 2000, merupakan satu-satunya anggota TLDM yang menerima anugerah tersebut. 
  13. ABTel Awang bin Salleh – Anggota Malay yang menyertai OSS 404 (US Army) dan menjadi jurulatih Komunikasi Wireless di Pusat Latihan OSS 404 di Trincomalee.
  14. PW1 KNA Amewa bt Ahmad – Wanita pertama TLDM  dinaikkan ke pangkat Pegawai Waren 1.
  15. Lt Kdr Aminuddin bin Abdullah TLDM – Pegawai Memerintah KD Ganyang yang pertama, 1973.
  16. Lt Balagopal Pillai TLDM – Pegawai Memerintah KD Sri Rejang yang pertama pada 1965.
  17. Lt Carmen Rosemary Edmonds TLDM – pegawai wanita TLDM yang pertama bertugas di Kapal KLD Tunas Samudera pada tahun 1989.
  18. Lt. Cheah Phee Cheng - Pegawai Memerintah KD Sri Sarawak yang pertama (1963). 
  19. Lt. Chitharanjan Kuttan - Pegawai Memerintah KD Sri Negri Sembilan yang pertama (1963). 
  20. KDR Fatimah Bee bt Mohd Hashim TLDM – pegawai wanita TLDM yang pertama menyandang pangkat Komander TLDM pada tahun 2002.
  21. Lt Fazilah bt Makun TLDM – pegawai wanita TLDM yang pertama mengikuti pelayaran operasi (KD Mahawangsa) ke Somalia pada 7 September 2008.
  22. Kepten Goh Siew Chong TLDM – Pegawai Memerintah KD Mutiara yang pertama pada 1977.
  23. LRSM Ismail bin Hassan – Anggota Malay Navy yang menganggotai Force 136 semasa Perang Dunia kedua.
  24. Johari bin Abdul Samad – salah seorang dari 3 anggota TLDM yang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
  25. CPOSM Johari bin Mohd Amin -  Anggota Malay Navy yang menganggotai OSS 404 (US Army) semasa Perang Dunia Kedua.
  26. Laksamana Muda Datuk K. Thanabalasingam – Rakyat Malaysia pertama dilantik Ketua Turus Tentera Laut (Panglima Tentera Laut). Juga Pegawai Memerintah KD Sri Kelantan yang pertama (1963). 
  27. Lt Kdr Karu Selvaratnam - memecah rekod kebangsaan dalam acara 400 meter lompat pagar pada sukan SEAP 1960. Mewakili negara dalam Sukan Komanwel 1962 di Perth, Australia dan Sukan Olimpik di Tokyo pada 1964. 
  28. Khatijah bt Abdul Rahman -  Antara Rekrut wanita pertama TLDM pada 1 Mei 1978 yang memakai nombor tentera 5500001.
  29. LRRG Kweh Onn Cheong – Anak kapal KD Sri Selangor yang tercedera dalam serangan anggota KKO Indonesia pada 24 Julai 1964 ketika konfrantasi Malaysia – Indonesia.
  30. Lt Kdr M.W. Alvisse TLDM – Pegawai Memerintah KD Mahamiru yang menerima dokumen “Rondaan Rasmi” dari Kerajaan British pada 4 September 1966. Juga Pegawai Memerintah KD Sri Pahang yang pertama (1963).
  31. Lt Muda Maimunah bt Arshad TLDM -  Antara 3 pegawai Wanita PSSTLDM pertama yang dikerah sepenuh masa pada Oktober 1977.
  32. ABSM Membar bin Itam – Anggota Malay Navy yang menyertai latihan Kader Force 136 di Johor semasa perang Dunia Kedua.
  33. Lt. Mohd Amin bin Abdullah - Pegawai Memerintah KD Serampang yang berjaya menyelamatkan sebuah bot nelayan yang telah ditahan oleh lanun di Tg. Piai, Johor pada 31.5.1969. 
  34. Laksamana Tan Sri Mohd Anwar bin Mohd Nor -  Panglima Tentera Laut ke 12. Mewakili Negara dalam Sukan Hoki di Sukan Asia Tehran pada 1974
  35. ABSM Mohd Nor bin Rani – Anggota Malay Navy yang menyertai Force 136 semasa Perang Dunia Kedua.
  36. Laksamana Madya Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak – Panglima Tentera Laut 1990 – 95.
  37. Lt Kdr Mohd Shariff bin Kalam TLDM – Pegawai Memerintah SKTLDM Kuantan yang pertama pada tahun 1983. Beliau juga adalah salah seorang dari 3 anggota TLDM yang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
  38. Sub/Lt Mohd Zain bin Hussain – Anggota Malay Navy yang menyertai Force 136 semasa Perang Dunia Kedua. Beliau juga adalah anggota Malay Navy yang pertama ditauliahkan pegawai.
  39. Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh – Panglima Tentera Laut (1976 – 1986). Beliau juga adalah Pegawai Memerintah KD Sri Trengganu yang pertama pada tahun 1964.
  40. Lt Mostafa bin Abdul Rahman - Pegawai Memerintah KD Sri Johor yang berjaya menahan sebuah bot Lanun dari Indonesia pada 12 Sept. 1970. 
  41. Kdr Muhamad Yasin bin Hj Salleh TLDM – Pegawai Memerintah KD Ganas yang pertama pada 1973.
  42. PKK Musa Bin Jabar TLDM – Pegawai Kadet Kanan KD Sri Selangor yang cedera dalam pertempuran dengan anggota KKO Indonesia pada 24 Julai 1964.
  43. Maj (Laut) Ng Chin Phing – Pegawai Memerintah KD Pendekar yang pertama pada tahun 1979.
  44. Lt. Ng Teng Hin - Commanding Officer of KD Sri Perlis yang berjaya menahan bot penyeludup Indonesia gi Tg. Tohor Light pada 26.5.1969. 
  45. Lt Kdr Noraini bt Sheikh Ahmad TLDM – Pegawai wanita TLDM yang pertama dilantik menjadi Pegawai Memerintah (SKTLDM Sitiawan 12.11.1996).
  46. Oliver Cuthbert Samuel – Salah seorang dari 3 anggota TLDM yang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, KL.
  47. ABSM Omar bin Yahaya -  anggota Malay Navy yang menyertai Force 136 semasa Perang Dunia Kedua.
  48. Lt. Ong Kian Lam - Pegawai Memerintah KD Panglima semasa konfrantasi 1965. 
  49. Lt P.K. Nettur TLDM – Pegawai Memerintah KD Sri Selangor yang terlibat dalam pertempuran dengan anggota KKO Indonesia semasa konfrantasi pada 24 Julai 1964.
  50. Lt. Quah Hoe Yeang - Pegawai Memerintah KD Renchong yang berjaya menahan sebuah bot Lanun di Tg Piai Johor pada 10 Feb. 1970. 
  51. Kdr Ramly bin Abu Bakar TLDM – Pegawai Memerintah KD Lekir yang pertama pada tahun 1984. Bersara Laksamana TLDM.
  52. Lt Kdr Rohayu bt Hussin TLDM – Pegawai wanita TLDM yang pertama menyertai cawangan Hidrografi TLDM pada tahun 1999.
  53. POWG Sarkawi bin Bujang -  Anggota Malayan Naval Force yang pertama melapor diri pada tahun 1949 dengan nombor Tentera MNF 800001.
  54. ABSM Shariff bin Mahmud -  anggota Malay Navy yang menyertai OSS 404 (US Army) semasa Perang Dunia Kedua.
  55. Lt Kdr Siew Koi Seng TLDM N/400242 - Pegawai Memerintah KD Todak yang pertama pada 16 Jun 1976. 
  56. Lt Siti Norhajar bt Megat Ahmad Roslan TLDM – pegawai wanita TLDM yang pertama berkhidmat di bawah payung PBB di Lubnan.
  57. ABSM Sulaiman bin Dol – Anggota Malay Navy yang menyertai Force 136 semasa Perang Dunia Kedua.
  58. Lt Muda Sumathi Pillai TLDM -  Antara 3 pegawai Wanita PSSTLDM pertama yang dikerah sepenuh masa pada Oktober 1977.
  59. Lt. V. Ramachandran - Pegawai Memerintah KD Sri Melaka yang pertama (1963). 

Pegawai dan Jurulatih HMS Pelandok (Sebelum Perang)
  1. Lt Kdr H. Vickers – Pegawai Memerintah
  2. Lt. Spillman
  3. CPOSM Nasron
  4. CPOSM Hashim
  5. CPOSM Johari
  6. POSM DOllah
  7. ABSM Hussein bin Othman
  8. ABSM Peddy @ Khamis bin Ahmad
  9. LRSM Melan bin Suradi
  10. LRSM Ismail bin Hassan
Anggota Malay Navy yang menyertai FORCE 136 semasa Perang Dunia Kedua
  1. Allahyarham S/Lt Mohd Zain Bin Hussein
  2. LRSM Ismail bin Hassan (Bersara Kapten TLDM)
  3. ABSM Omar bin Yahya
  4. ABSM Sulaiman bin Dol
  5. Allahyarham ABSM Md Nor bin Rani
  6. ABSM Membar bin Itam
Anggota Malay Navy yang menyertai OSS 404 (US Army) – Perang Dunia Kedua
  1. CPOSM Johari bin Md Amin
  2. ABSM Shariff bin Mahmud
  3. ABSM Awang bin Salleh
  4. Ismail bin Hassan – menyertai 2 misi OSS 404 di Burma
8 anggota MRNVR yang bertugas di Mombasa, Afrika Timur di bawah Chief of Intelligent Staff Eastern Fleet mulai Mei 1943 hingga Ogos 1944.
  1. Yasir bin Endut
  2. Bansir bin Salim
  3. Ramli bin Hadi
  4. Ahmad bin Sulaiman
  5. Hashim bin Mohd Nor
  6. Mustafa Sheikh Ismail
  7. Abdullah Dakan
  8. Omar bin Abdul Rahman
Anggota Malay Navy / MRNVR yang menyertai Perbarisan Kemenangan di London selepas Perang:
  1. S/Lt Mohd Zain bin Hussein
  2. CPOSM Ismail bin Hassan
  3. L.Sig Wahidudin bin Pandak Udin
  4. LRSM Sheikh Hussin bin Sheikh Ali
  5. LRSM Yaakob bin Hj Ahmad
  6. CPOSM Ismail bin Md Yatim
  7. Yeoman Sig. Ahmad bin Barjan
  8. PO Sickbay A. Ghani bin Mohd Shariff
  9. LR. Tel. Ibrahim bin Hj Ahmad
  10. LRSM Sulaiman bin Majid
  11. POSM Md Nor bin Ismail
  12. LRSig. Hashim bin Md Nor
23 Mac 1954 – Kumpulan Kadet Pertama di latih di Royal Naval College, Dartmouth, UK
  1. Laksamana Muda (B) Datuk K. Thanabalasingam – anak tempatan pertama menjadi Ketua Turus Tentera Laut (sekarang Panglima Tentera Laut).
  2. Laksamana Pertama (B) P.K.Nettur
  3. Kept (B) Cheah Leong Voon
  4. Kept (B) Phang Kok Keng
  5. Kept (B) Khoo Tee Chuan
  6. Laksamana Pertama (B) M.W. Alvisse
  7. Laksamana Pertama (B) Abdul Aziz Wahab
  8. Capt Chitharanjan Kuttan
  9. Laksamana Madya (B) Datuk Mohamad Zain bin Mohamad Salleh
Anggota TLDM yang mencipta Sejarah
  1. Lt Ahmad Ramli bin Kardi dan BM PPP (PKL) Mohd Idrus bin Mohd Yusuf - 2 anggota TLDM yang pertama melakukan terjun bebas di Kutub Utara pada 21 April 1998. 
  2. Lt Zaharuddin bin Mohd Maideen - Rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki ke benua Antartika pada 15 Disember 1997. 
** Segala butir-butir diatas adalah dari pengumpulan saya sendiri melalui rujukan beberapa buah buku dan laman sesawang......bukan copy and paste
Saya tidak melarang sebarang copy and paste tetapi sila nyatakan rujukan dari mana ia diambil....

Disusun oleh : Zulheimy Maamor
                     14 Januari 2014 - 1.48 am  

No comments: