Sunday, 20 January 2019

2019 - PAROI N.SEMBILAN

Pada 20 Januari 2019, saya bersama isteri dan ibu Mertua telah berlepas dari Jalan Kelang Lama Kuala Lumpur menuju ke Paroi, Negeri Sembilan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah isteri. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Paroi, N. Sembilan mengambil masa perjalanan 1 jam 31 min sejauh 75 km. 

Majlis perkahwinan berlansung di dewan Pusat Dakwah Islamiah Paroi yang terletak di Taman Desa Duranta, NS. 

Yang menggembirakan saya di majlis perkahwinan ini ialah saya juga berkesempatan bertemu dengan saudara sepupu sebelah ibu saya, kerana sepupu saya yang saya panggil Ngah Denan, isterinya Kakngah Minah adalah pangkat Emak Saudara isteri saya. Jadi kedua belah pihak iaitu saya dan isteri ada kena mengena dengan keluarga pengantin. 









Ngah Adnan (Sepupu saya) dan Kak Ngah Minah (Emak Saudara Wife)

Saudara Sepupu saya yang hadir






Saudara sebelah isteri yang hadir: 

  
  




Bertemu rakan Haji 2017

 Tuan Haji Azman Karim dan Isteri yang bersama kami menunaikan Fardhu Haji pada tahun 2017 dari Maktab 87 Abraj Al Janadriyyah, Mekkah dipertemukan di Majlis Perkahwinan ini... Alhamdullillah


Kenangan ketika kami di Madinah Musim Haji 2017

No comments: