Thursday, 18 September 2025

NOTA ILMU : TEORI KONSPIRASI , FREEMASON ,ILLUMINATI DAN INFO AKHIR ZAMAN

  • Adam Weishaupt : orang yang mengasaskan Illuminati pada 1 Mei 1776.
  • Arthur Cherep-Spiridovich: menulis tentang kumpulan yang dipanggil "The Hidden Hand" yang diketuai oleh keluarga Rothschild pembiaya antarabangsa dan berpusat di sekitar banyak institusi perbankan negara terkemuka dan keluarga diraja dunia.
  • Ashkenazi: salah satu dari bangsa Yahudi Kuno, berasal dari keturunan Yafith anak Nabi Nuh a.s. Para Ilmuan Islam cenderung mengatakan bahawa Dajjal berasal dari suku Ashkenazi. Kebanyakan Yahudi yang menguasai dunia hari ini adalah dari suku Askhenazi. 
  • Bani Tamim: lelaki dari Timur, pemegang Panji-panji Al-Mahadi. Dikatakan berasal dari keturunan Ahlul Bait. 
  • Committee of 300: Jawatankuasa 300 adalah teori konspirasi yang mendakwa kumpulan berkuasa telah diasaskan oleh golongan bangsawan British pada 1727 dan memerintah dunia.
  • David Icke: penulis "The Biggest Secret" (1999) > mendakwa Firaun, Ratu Elizabeth, Presiden-Presiden Amerika Syarikat, Rockefeller dan Rothschild sebagai keturunan dewa-dewi Babylon yang dikenali sebagai Annunaki. 
  • DGLME : District Grand Lodges of Middle East atau Loji Besar Daerah Timur Tengah > secara rasmi cawangan Freemason Daerah Tumur Tengah bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. 
  • Eskatologi: kajian teologi dan falsafah yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa pada masa depan dalam sejarah dunia, atau nasib akhir seluruh umat manusia, yang biasanya dirujuk sebagai kiamat (akhir zaman). Ulama yang membahaskan Ilmu Fitan atau Eskatologi Islam adalah :
      1. Imam Nuaim ibn Hammad dengan kitabnya "al-Fitan"
      2. Ibn Kathir dengan kitabnya "al-Nihayah al-Fitan wal Malahim"
      3. Imam al-Barzanji dengan kitabnya :al-Isya'ah li ashrath al-Sa-ah" 
  • Federal Reserve Bank of America : ditubuhkan oleh Rothschild and Rockefeller untuk menguasai kewangan dunia. 
  • Freemason
    1. Organisasi yang muncul akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Asal usul Freemason ialah kesatuan pekerjaan di Eropah pada zaman pertengahan. Mason bermaksud tukang batu,maka asalnya adalah kesatuan Tukang Batu.
    2. Nama penuh Freemason ialah Free and Accepted Mason.
    3. Tujuan utama : membina kembali Haikal Sulaiman (Temple of Solomon)
  • Fritz Springmeier: orang pertama yang mendedahkan salasilah keturunan Illuminati dan bagaimana ia berkembang hingga ke hari ini. 
  • Grand Lodge of England: Gabungan 4 cabang Freemason dengan mempercayai falsafah yang sama iaitu "Religion is which all men agree... that is, to be Good Men and True."
  • H.G.Wells: menulis dalam bukunya "The New World Order" pada 1940 > idea New World Order muncul selepas Amerika Syarikat menyertai Perng Dunia Kedua pada tahun 1941 - gagasan NWO adalah penting bagi mencapai keamanan sejagat yang membawa kepada penubuhan The United Nations (UN), IMF dan World Bank. 
  • Hadis Fitan: hadis yang membahaskan tentang peristiwa akhir zaman ataupun Hadis Asyratu Saah (tanda Kiamat). 
  • Ibnu Sayyad : seorang Yahudi yang hidup di zaman Rasulullah s.a.w.Ibnu Sayyad mempunyai kebolehan yang luar biasa. Ramai sahabat mengatakan Ibnu Sayyad ini adalah Dajjal, kerana ciri-ciri Dajjal ada pada Ibnu Sayyad. 
  • Illuminati
    1. merujuk kepada beberapa kumpulan, ditubuhkan pada 1 Mei 1776,diasaskan oleh Adam Weishaupt
    2. Mengendalikan urusan dunia melalui kerajaan dan franchais syarikat hari ini. 
    3. Illuminati membawa maksud pencerahan(illummination).
  • Ilmu Fitan
    1. Dari segi bahasa (etimologi) adalah pengetahuan tentang fitnah-fitnah. Fitnah disini bermaksud ujian seperti Kebinasaan, peperangan, pembunuhan, perampasan, pengusiran, penyeksaan dsb. 
    2. Dari segi Istilah (terminologi) ialah perbincangan mengenai tanda-tanda hari kiamat dan perkaitannya dengan realiti semasa yang dapat memantapkan akidah.
    3. Dasar ilmu Fitan - Al-Quran, Al-Hadis, kitab karya ulama, kecerdasan akal dan fakta realiti realiti semasa dari sumber berautoriti. Hukum mempelajari adalah fardhu kifayah. 
  • Israiliyyat
    1. Riwayat yang bukan berasal daripada AlQuran seperti Torah atau Bible.
    2. Kaedah berinteraksi dengan Israiliyyat ialah tidak menerima kesemuanya dan tidak menolak kesemuanya. 
    3. Jika perkhabaran tersebut selari dengan Al Quran dan Hadis,maka ia boleh diterima, jika bercanggah maka ia tertolak, jika tidak dinyatakan statusnya dalam alQuran dan Hadis, maka ia ditangguh. 
    4. Kitab Tafisr yang memuatkan kisah Israiliyyat , boleh jadi ia tertolak di sisi ilmu Hadis tetapi terpakai di sisi ilmu Sejarah. 
  • John Davidson Rockefeller Sr. (1839 - 1937) > orang terkaya dalam sejarah moden. Beliau dan keturunannya hari ini menguasai sebahagian kekayaan dunia. 
  • Keluarga Rockefeller: menguasai ekonomi dunia, dikatakan 40% kekayaan dunia adalah milik keluarga ini. 
  • Keluarga Rothchild : keluarga Eropah berasal dari Yahudi Jerman. Keluarga ini memiliki kekayaan terbesar di dunia moden hari ini. 
  • Knight Templar : kumpulan kesatria yang kesemua ahlinya dihukum mati oleh Raja Perancis pada tahun 1314 atas tuduhan menyembah Syaitan. 
  • Lucifer: dalam mitos Latin, Lucifer bermaksud "Pembawa Api" >  digelar "Fallen Angel".Mengikut kepercayaan Lucifer dihalau dari syurga kerana menderhaka kepada Tuhan, kisah yang seiras dengan Iblis dalam Islam. 
  • New World Order: Menurut Teori Konspirasi kontemporari, matlamat Freemason, Illuminati dan Banker Yahudi (Rothschild) adalah untuk menubuhkan sebuah "New World Order", Kerajaan Dunia yang dikuasai oleh mereka. Teori Konspirasi yang disalutkan dengan nama Islam, New World Order dengan kata erti lain adalah rancangan jahat Dajjal dan pengikutnya untuk menakluki dunia.
  • Novus Ordo Seclorum: frasa Latin yang tertera pada jata negara Amerika Syarikat yang juda dicetak atas wang kertas USD 1 yang membawa maksud "New Order of the Ages" - tidak ada kena mengena dengan New World Order.  Ada 'Mata Dajjal" dan Piramid Firaus, tanda-tanda Dajjal yang diceritakan dalam Hadis. 
  • Ordo Ab Chao: salah satu cabang prinsip Freemason-Illuminasti iaitu Divine and Rule atau Pecah dan Perintah.
  • Pat Robertson : mubaligh Evangelis yang mengaitkan New World Order dengan ramalan Jesus tentang akhir zaman. Beliau menghasilkan buku "The New World Order" pada tahun 1991. Beliau adalah mubaligh Kristian yang fanatik yang suka komen negatif tantang Islam. 
  • Prometheus : dalam mitos Yunani, dewa yang mencuri api dari Tuhan untuk diberikan kepada manusia. Asal usul pembawa obor dalam sukan Olimpik adalah Prometheus.
  • Solah Abdul Fattah Al-Khalidi (Dr.) : menggunakan istilah "Israiliyyat Moden" merujuk kepada khurafat, pembohongan, penipuan, propaganda, khabar angin dan riwayat-riwayat yang tidak sah tarafnya. Contoh cerita tentang New World Order sebagai Israiliyyat Moden.  
  • Tabut As Sakinah : "The Ark of Covenant" > peti suci yang dijelaskan dalam  AlKitab yang berisi Loh-Loh Batu bertuliskan 10 Perintah Allah, tongkat Harun dan roti manna. Dibangunkan atas perintah Tuhan kepada Musa a.s., tabut ini menjadi simbol keagungan Israel . 
  • Teori Konspirasi
    1. Berasal dari Revolusi Rakyat Perancis pada akhir abad ke-18. 
    2. Kepercayaan wujudnya sekumpulan manusia yang berkonspirasi atau merancang untuk menguasai dunia. 
    3. Kepercayaan yang mengaitkan kesemua fenomena akhir zaman dengan Freemason, Illuminatin Rothschild and New World Order.
  • Walter Rathenau (Dr.) : pengkaji pertama yang mendedahkan kewujudan kumpulan 300 (300 Committee) iaitu ejen Dajjal dalam kajiannya tahun 1909. 
Update:
18/9/2025: 11.47 p.m

No comments: