Tuesday, 2 September 2025

SEPANJANG JALAN KENANGAN: TERENGGANU DARUL IMAN

Terengganu Darul Iman, sebuah negeri di Pantai Timur, bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, Pahang di Barat dan Selatan serta Laut China Selatan di Timur. Banyak pulau terkenal di Malaysia terdapat di Terengganu seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Bidong. 

1987: TERENGGANU
Pengalaman pertama saya dengan negeri Terengganu ialah semasa berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia di mana ketika bertugas dengan kapal KD Panah, dari Sekuadron ke-14 Kapal Ronda pada tahun 1987 yang berpengkalan di Tg.Gelang, Kuantan, Pahang. 
Kapal saya selalu terlibat dengan rondaan EEZ di Laut China Selatan dan juga di sekitar Pulau Bidong yang ketika itu menempatkan pendatang haram Vietnam. Kapal juga sering berhenti dan bersauh berhampiran Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas dan Chendering. 



Pulau Bidong, sebuah pulau kecil di pesisir Kuala Nerus,Terengganu, terletak 45 km di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut China Selatan. 
Dari tahun 1978 sehingga 2005, Pulau Bidong merupakan kem pelarian Vietnam, dengan populasi mencapai kemuncaknya seramai 40,000orang pelarian.
Kini, Pulau Bidong memiliki beberapa infrastruktur, termasuk pusat kajian biologi Marin Universiti Malaysia Terengganu, disamping beberapa penginapan pelancongan.


Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. 

KUALA TERENGGANU
29.9.1996
Kenangan ketika saya dan ibu saya mengikuti rombongan Lembah Keramat ke Kuala Terengganu pada tahun 1996. 


2013: TERENGGANU
SRJK (CINA) CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU
26 OKTOBER 2013
Yayasan Jantung Malaysia kali ini bekerjasama dengan Lions Club of Chukai, Kemaman menganjurkan Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di SRJK (Cina) Chukai, Kemaman pada 26 Oktobr 2013. 
Program yang berlansung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 111 orang penduduk berdekatan. 




Semasa program, kami telah menginap di Pok Eng Ting Hotel yang terletak di Jalan Kubang Kurus, Taman Chukai Utama, Kemaman, Terengganu.


Kemaman merupakan pintu gerbang masuk ke Terengganu yang bersempadan dengan Pahang dan Dungun disebelah utara. Pusat Daerah Kemaman ialah Chukai. Kemaman pernah disebut dalam peta dunia oleh sejarawan Mesir bernama Ptolemy. 


Untuk ke Kemaman kami melalui Lebuhraya Pantai Timur yang merupakan jaringan lebuhraya yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sambungan kepada lebuhraya Karak yang bermula dari Karak hingga ke Kuala Terengganu, melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan, Jabor, Chenih, Chukai, Kijal, Kerteh, Paka, Dungun, Bukit Besi, Ajil, Temelong dan tamat di Chendering berdekatan dengan Kuala Terengganu. 

2015: TERENGGANU
DEWAN PERHIMPUNANTIONGHUA
KUALA TERENGGANU
14 FEBRUARI 2015
Pada 14 Februari 2015 bertempat di Dewan Perhimpunan Tiong Hua, Kuala Terengganu, Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama Lion Heart of Terengganu telah menganjurkan pemeriksaan Kesihatan Penyakit Jantung untuk orang ramai. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk berhampiran. 



Kami menginap di Batu Burok Beach Resort di Kuala Terengganu. Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu adalah tempat untuk beriadah bersama keluarga.Di pantai ini jugalah dimana Gendang Gangsa atau Gendang Don Son di jumpai pada tahun 1964. Ia adalah dari Kebudayaan Dong Son II, Pertengahan kurun pertama BCE. 


Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu. Masjid ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Februari 2008. 


Taman Tamadun Islam sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Digina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ. 


Muzium Kuala Terengganu juga dikenali dengan nama Muzium Losong terletak dalam kawasan seluas 23 hektar di Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu. 


Keterangan mengenai LPT sila rujuk di atas

UNIVERSITY COLLEGE BESTARI
SETIU, TERENGGANU
15 FEBRUARI 2015
Pemeriksaan Kesihatan telah dijalankan di University College Bestari di Setiu, Terengganu. Seramai 106 orang pelajar dan setaf telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang program dijalankan. 


Kolej Universiti Bestari (UC Bestari) ditubuhkan pada tahun 1998, dahulunya dikenali sebagai Kolej Teknologi Bestari,dinaikkan taraf Universiti pada 1 Ogos 2012. UC Bestari merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Swasta (IPTS) yang pertama berusaha memartabatkan anak-anak Melayu miskin, golongan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Miskin) dan anak yatim seluruh Malaysia yang berkemampuan dalam bidang akademik.


Kami menginap di Pandan Laut Beach Resort yang terletak di Pantai Rhu Sepuluh Setiu Terengganu. Ia amat sesuai untuk keluarga bersantai di hari Cuti. 


Pantai Penarik ialah sebuah destinasi peranginan di daerah Setiu, Terengganu, yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, air laut jernih seperti Pulau Redang, serta hidangan laut segar di gerai-gerai makanannya. Ia juga merupakan tempat persinggahan popular di laluan Kuala Terengganu-Kota Bharu, serta mempunyai kemudahan untuk ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian dari Jeti Penarik.

2016: TERENGGANU
KOLEJ PTPL KUALA TERENGGANU
25 APRIL 2016
Kolej PTPL Kuala Terengganu (Sekarang MSU College KT) terletak di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Seramai 129 pelajar dan setaf telah hadir menjalani Ujian Saringan Kesihatan. 



Kami menginap di Intan Beach Resort, di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Pantai Batu Burok adalah destinasi pelancongan yang popular di Kuala Terengganu. 

Bertemu Ustaz Azhar Idrus di Pantai Batu Burok

PANTAI BATU BUROK, KUALA TERENGGANU

SJK (CINA) CHUNG HWA WEI SIN
KUALA TERENGGANU
22 JULAI 2016
Program Komuniti kali ini adalah dengan kerjasama The Lions Club of Kuala Terengganu berlansung di SJK (Cina) Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu pada 22 Julai 2016. Terletak di Jalan Sultan Mohamad di Kuala Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1915. 
Seramai 119 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan sepanjang program dijalankan. 



Pasar Payang terletak berhampiran jeti Shahbandar Kuala Terengganu adalah pasar besar 2 tingkat, merupakan tumpuan para pelancongan di Kuala Terengganu. 

HENTIAN REHAT PAKA, TERENGGANU

HENTIAN REHAT PERASING, TERENGGANU

2017: TERENGGANU
SJK (CINA) CHONG HUA
WAKAF TAPAI, MARANG, TERENGGANU
16 JULAI 2017
Program Pemeriksaan Kesihatan dilaksanakan di SJK (Cina) Wakaf Tapai, Marang, Terengganu pada 16 Julai 2017. 79 orang menjalani Ujian Saringan Kesihatan sepanjang program. 



Semasa di Kuala Berang, kami menginap di AJ Hotel (Kuala Berang). Walaupun harganya agak murah, namun biliknya agak selesa, lagipun kami cuma menginap semalam sahaja di sini kerana esoknya kami akan ke Kuala Terengganu. 



Kuala Berang terletak dalam daerah Hulu Terengganu yang merupaka pintu masuk untuk ke Tasik Kenyir. Kuala Berang juga terkenal dengan Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai pada tahun 1899. Batu Bersurat ini berusia lebih kurang 700 tahun yang membuktikan bahawa Islam telah sampai di Terengganu sebelum tahun 1326. Ia ditemui separuh tenggelam selepas banjir di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara) oleh seorang Ahli Perniagaan Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari pada tahun 1899. 

MSU COLLEGE KUALA TERENGGANU
17 JULAI 2017
Program kami seterusnya ialah di MSU College Kuala Terengganu (sebelum ini dikenali dengan Kolej PTPL) pada 17 July 2017. 
Seramai 104 orang pelajar, Pensyarah dan setaf telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan. 
Semasa di Kuala Terengganu kami menginap di Batu Burok Beach Resort, ditempat yang sama kami pernah menginap beberapa tahun yang lalu. 




Keropok Lekor dari Kampong Losong di Kuala Terengganu memang cukup terkenal. Foto ini ketika kami dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah selesai program kami di Setiu, Terengganu.

UNIVERSITY COLLEGE BESTARI
SETIU, TERENGGANU
18 JULAI 2017
Program Pemeriksaan Kesihatan kali kedua di adakan pada tahun 2017 di University College Bestari di Setiu, Terengganu. Kali pertama diadakan ialah pada tahun 2015.
Kali ini seramai 119 orang pelajar dan setaf UC Bestari telah hadir untuk Ujian Saringan Kesihatan. 



Di Setiu, Terengganu, kami menginap di Pandan Laut Beach Resort . Ini merupakan kali kedua saya menginap di sini. Kali pertama ialah pada tahun 2015. 


Kali pertama mencuba Maggi Telur Sotong di Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Memang sedap dan kalau balik KL nanti kena cuba buat sendiri Maggi Telur Sotong. Kawan saya pula order Udang Celup Tepung, kami makan bersama-sama. 


Kami sudah banyak kali berhenti rehat di Hentian Rehat Perasing ini ketika dalam perjalanan ke Terengganu. Banyak cerita yang dengari pasal Hentian Rehat Perasing ini, cerita-cerita seram dan misteri. Namun kami hanya singgah di sini pada waktu siang, tidak pernah lagi waktu malam, jadi tak pernahlah jumpa yang pelik- pelik atau seram, tak tahulah kalau singgah waktu malam. 

2018 - TERENGGANU
UNIVERSITY COLLEGE BESTARI
SETIU, TERENGGANU
1 APRIL 2018
Program Pemeriksaan Kesihatan kali ketiga kami adakan di UC Bestari ini. Tahun 2018 saya tidak berapa ingat berapa yang hadir untuk Sessi  Kesihatan ini. 

Singgah isi Minyak di Kuala Telemong, Kuala Terengganu




Semasa di Setiu, kali ini memilih untuk menginap di Peladang Setiu Agro Resort yang terletak di Guntong, Setiu, Terengganu. Selalu kami menginap di Pandan Laut Beach Resort, tapi tahun ini nak ubah selera pula.

MSU COLLEGE KUALA TERENGGANU
2 APRIL 2018
Sekali lagi kami mengadakan program Pemeriksaan Kesihatan di MSU College KT yang dulunya dikenali sebagai Kolej PTPL. 


Seperti biasanya kami akan menginap di Batu Burok Beach Resort, kami dah biasa dengan Resort ini, malas nak cari resort lain. 


Kata orang kalau dah sampai Kuala Terengganu, tidak sah kalau tidak singgap di Pasar Besar Payang di Kuala Terengganu. 



Sepanjang bekerja dengan Yayasan Jantung Malaysia, entah berapa kali dah kami meredah Lebuhraya Pantai Timur ini yang panjangnya adalah 350 km. 

Berakhirnya program kami di Terengganu pada 2018, maka berakhirlah perjalanan saya ke Terengganu kerana saya berhenti kerja dengan YJM pada penghujung 2018. Tak tahulah kalau ada rezeki lagi, in sya Allah saya akan berkunjung ke Terengganu lagi. 

Nukilan
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
2 September 2025: 8.19 p.m















































No comments: