Sunday 8 February 2015

2015 - PENGKALAN KEMPAS, N.SEMBILAN

Pada 5 Februari 2015, saya bersama rakan sekerja menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kesedaran Penyakit Jantung di Bilik Gerakan Barisan Nasional di Linggi, Negeri Sembilan. 
Kami singgah di Kg.Kundur Hilir untuk bertemu seorang rakan lama En.Mohd Salehuddin yang pernah berkerja dengan Pos Malaysia di Kuala Lumpur. 

Untuk ke Linggi kami melalui Lebuhraya PLUS dan masuk Exit Tol Pedas-Linggi di Negeri Sembilan, lebih kurang 90.5 km dari Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. 


Linggi merupakan salah satu daripada mukim yang terdapat di Negeri Sembilan yang terletak di dalam daerah Port Dickson. Linggi terdiri daripada 5 buah kampung iaitu Kampung Linggi, Kg Permatang Pasir, Kg. Pengkalan Durian, Kg Tampin Linggi dan Kg Barisan. Linggi bersempadan dengan daerah Rembau, Seremban dan Melaka yang dipisahkan oleh Sungai Linggi. 




Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau siap dibina pada Disember 2007 dan mula beroperasi pada 12 Mei 2008. KKTM Rembau merupakan antara institusi pendidikan yang menawarkan program diploma di bawah pengurusan BPL(K). Dibina di atas tanah seluas 7.77 hektar (19.2 ekar)  yang terletak di Lot 700, G9587, Mukim Kundur (Kundur Hilir), daerah Rembau, Negeri Sembilan.
Penubuhan KKTM Rembau adalah untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang seni dan rekabentuk terutamanya  sektor  industri teknologi kreatif. KKTM Rembau juga dikenali sebagai MADs atau MARA Art & Design School.

KOMPLEK SEJARAH PENGKALAN KEMPAS
Di dalam kompleks ini terletak sebuah makam tua serta sebatang nisan batu bersurat dan beberapa kepingan batu tua yang diukir bekas peninggalan orang zaman dahulu kala. Kubur lama ini juga dikenali sebagai Keramat Sungai Udang.
Pada masa dahulu, Pengkalan Kempas merupakan sebuah pelabuhan kecil yang menjadi tempat perhentian kapal-kapal dan perahu. Keliling makam itu diikat dengan ketul-ketul batu empat segi berturap simen setebal dua kaki. Bahagian tengahnya tidak berturap dan ditumbuhi busut kecil.
Di kiri-kanannya terdapat dua binaan tembok batu empat segi yang digunakan sebagai meja tempat meletakkan surat-surat dan kitab-kitab. Pada bahagian kepala makam itu, terletak satu tempat bara membakar kemenyan. Di sini juga terletak sebatang tiang batu empatsegi. Tiang batu ini tingginya tiga kaki sebelas inci.






  



Kubur lama dan batu-batu megalith merupakan 2 peninggalan sejarah di komplek ini. Makam ini dikenali sebagai Keramat Sungai Udang  dan dikatakan makam seorang ulama yang bernama Sheikh Ahmad Majnun  yang berasal dari Sumatera. Sheikh Ahmad Majnun dikatakan terbunuh bersama pengikut-pengikutnya semasa berperang dengan Sultan Mansor Shah Melaka pada 1467.





Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, KL
8.2.2015 : 11.00 am


No comments: