Perak Darul Ridzuan terletak di kawasan Pantai Barat Semenanjung dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung selepas Pahang. Negeri Perak bersempadan dengan Kedah di Utara, Pulau Pinang di tenggara, Selangor di Selatan dan Selat Melaka di Barat. Perak juga bersempadan dengan Thailand di Pengkalan Hulu dan Yala & Narathiwat, Thailand. Ibu Negeri Perak ialah Ipoh manakala Bandar DiRaja ialah Kuala Kangsar.
Perak memang tidak asing bagi saya kerana saya dilahirkan di Taiping, Perak. Ketika arwah ayah saya berkhidmat dengan Batalion ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja di Kem Kamunting, Taiping, Perak.
Rumah kelahiran ku di Kelapa Line Quarters di Kamunting, Taiping, Perak
Foto tahun 2003
Perak juga adalah negeri dimana saya mula-mula mencari rezeki. Saya memasuki Perkhidmatan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Lumut, Perak pada Januari 1980.
1980 - PERAK
LUMUT, PERAK
15 JANUARY 1980
Saya mula melapor diri ke Pengkalan TLDM di Lumut, Perak yang baru sahaja dibuka. Kami dari pengambilan 139/80 memulakan latihan pada Januari 1980 sehingga 26 Jun 1980 dan merupakan pengambilan pertama anggota Tentera Laut yang dilatih di Lumut, Perak.
Foto Kenangan Intake 139/80, Lumut, Perak
Pengkalan TLDM Lumut, Perak pada tahun 1980
Jeti TLDM tahun 1980 dan sekarang
Beginilah rupa Pekan Lumut dan Sitiawan pada tahun 1980
Pekan Batu Gajah antara laluan Bas ekspress dari Lumut ke Kuala Lumpur
2003 - PERAK
TAIPING, PERAK
Kenangan Percutian keluarga ke Taiping, Perak pada tahun 2003. Kami sekeluarga telah menginap di Hotel Seri Malaysia di Taiping, Perak.
Rujuk: 2003 - TAIPING, PERAK
Penjara Taiping di hadapan Hotel Seri Malaysia Taiping
Kelapa Line Quarters di Jalan Kamunting Lama, Taiping, Perak dimana dirumah inilah saya dilahirkan pada 2 Julai 1961. Rumah itu masih lagi ada namun tiada penghuni.
Muzium Perak yang terletak di Jalan Taming Sari, Taiping, Perak ini dibina pada tahun 1883 dan merupakan muzium yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Terdapat bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi dan etamobiologi di Muzium ini.
Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah adalah Zoo tertua di Malaysia dirasmikan pada 7 Mac 1964. Terletak di Jalan Taman Tasik Taiping, sebuah kawasan semula jadi berhampiran Bukit Larut (Maxwell Hill).
Singgah bersolat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur
2012: PERAK
DEWAN TAKRAW PULAU PANGKOR
7 APRIL 2012
YJM telah mengadakan Ujian Saringan Kesihatan kepada penduduk luarbandar di Pulau Pangkor, Perak. Program dijalankan di Dewan Takraw Pulau Pangkor dan di hadiri oleh 120 penduduk. Program ini adalah hasil kerjasama dengan Klinik Kesihatan Pu. Pangkor, Pejabat Kesihatan Daerah Seri Manjung dan dibantu dengan tenaga jururawat di klinik berkenaan.
Rujuk: 2012: Pulau Pangkor
Expres Bot Lumut ke Pulau Pangkor
Melalui Lumut Base Jetty ini mengimbau kembali kenangan bagi saya kerana di sinilah saya pernah berada ketika berkhidmat dengan kapal-kapal TLDM berpengkalan di Lumut.
Program Pemeriksaan Kesihatan
Pulau Pangkor, sebuah Pulau Pelancongan yang cukup terkenal di Malaysia selain Pulau Langkawi. Antara yang menarik di Pulau Pangkor ialah Kota Belanda, Batu Bersurat, Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah dan Pantai Puteri Dewi.
Disini jugalah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Kerajaan British dengan Sultan Perak.
Semasa di sini kami menginap di Blue Bay Resort Lumut yang terletak berhampiran dengan Pekan Lumut, Perak. Ini memudahkan kami untuk membeli belah dan membeli sedikit oleh-oleh untuk di bawa pulang.
Lumut adalah sebuah bandar yang terletak kira-kira 84 km dari bandar Ipoh, Perak dan 12 km dari bandar Sitiawan. Ia adalah merupakan pintu masuk ke Pulau Pangkor. Lumut kini dikenali sebagai bandar yang menjadi pengkalan Utama bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia sejak dari tahun 1980.
Sebagai bekas anggota Tentera Laut, Lumut memang banyak meninggalkan kenangan pahit manis bagi saya kerana saya adalah diantara kumpulan pertama yang menjalani latihan rekrut di Pengkalan TLDM Lumut pada tahun 1980.
AEON KINTA CITY, KINTA CITY, IPOH, PERAK
19-24 JUN 2012
Kempen "Minggu Jantung Ipoh 2012" diadakan di Pusat Membelibelah AEON Kinta City bermula dari 19 - 24 Jun 2012. Program ini anjuran bersama The Lions Club Ipoh.
Seramai 660 orang menjalani Ujian Saringan Kesihatan, manakala 112 menjalani Ujian Elektrokardiogram sepanjang program dijalankan. Turut membantu Kempen ialah jururawat-jururawat dari Hospital Permaisuri Bainun Ipoh dan Masterskill College Nursing and Health, Ipoh.
AEON Kinta City (dahulunya dikenali sebagai Jusco Kinta City) terletak di Jalan Sultan Azlan Shah Utara dan Jalan Teh Lean Swee, lebih kurang 5 km dari Pusat Bandar Ipoh. AEON Kinta City memulakan perniagaan pada 30 July 1997.
Sepanjang program dijalankan, kami telah menginap di Hotel Fair Park yang terletak di Jalan Kamarudin Isa, Ipoh, Perak.
TAMAN ROS
KAMPAR, PERAK
9 SEPTEMBER 2012
Kempen Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Luar Bandar pada 9 September 2012 dijalankan di Dewan Tabika Perpaduan, Taman Ros,Kampar, Perak. Salah seorang dari Setaf Yayasan Jantung Malaysia berasal dari kawasan ini.
Seramai 154 orang penduduk Taman Ros telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang hari itu. Turut membantu ialah jururawat-jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Kampar.
Semasa program di Kampar, kami menginap di rumah Rehat Kampar di Jalan Baru, Kampar, Perak. Maklumat terbaru kini (2025), rumah ini telah diambilalih oleh Hotel De Cassia.
Kampar terletak kira-kira 40 km dari bandaraya Ipoh dan 16 km dari pekan Tapah.Nama Kampar mempunyai persamaan dengan nama Bandar Kampar di Sumatera, Indonesia. Nama Kampar di Perak ini juga adalah berkaitan dengan penghijrahan orang Kampar dari Indonesia ke Perak sekitar 1880 - 1900.
Saya tidak ingat tujuan kami di Kuala Kangsar pada 29 Mei 2012, puas juga cari dalam fail-fail lama tapi tak jumpa.
2 Julai 2012 - Kejadian tidak diingini berlaku ketika dalam perjalanan ke Alor Setar dimana tayar kenderaan kami pancit. Kami terpaksa survey dari pekan ke pekan sekitar yang berhampiran kerana tayar Westar agak problem sikit, tak semua bengkel ada. Jadi kami dari Slim River terus ke Bidor baru jumpa.
Hentian Rehat Sungai Perak adalah antara destinasi Hentian Rehat yang menjadi hotspot dan pilihan kami setiap ada event di sebelah utara.
2013 - PERAK
TAIPING, PERAK
6 FEBRUARI 2013
Saya dan rakan-rakan bermalam di Legend Inn, Taiping, Perak ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari event di SMK Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kami menurunkan seorang setaf kami yang hendak ke kampungnya di Bagan Serai, Perak untuk menyambut Tahun Baru Cina.
BATU GAJAH, PERAK
10 FEBRUARI 2013
Pada 10 Februari 2013, saya dan keluarga telah menghadiri Majlis Perkahwinan Saudara sebelah isteri di Kg. Pisang, Batu Gajah, Perak.
Berhenti rehat di Hentian Rehat Tapah sebelum meneruskan perjalanan.
Kg Pisang di Batu Gajah amat sinonim dengan mercu tanda peninggalan penjajah iaitu Kellie's Castle yang kini menjadi tumpuan pelancong ke negeri Perak.
Kampung Pisang Batu Gajah dijadikan latar untuk filem "Zombi Kampung Pisang" yang diterbitkan pada 2007.
Dalam perjalanan pulang dari Batu Gajah ke Kuala Lumpur, kami sempat singgah ke sebuah destinasi pelancongan yang semakin popular di Batu Gajah iaitu Kellie's Castle yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah.
Untuk info mengenai Kellie's Castle boleh merujuk ke laman Wikipedia.
Rujuk : Wikipedia - Kellie's Castle
SERI MANJUNG/LUMUT
19.9.2013
Saya bersama Pengurus Program, Yayasan Jantung Malaysia, Tuan Hj Salehuddin Abd Malek telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program di AEON Seri Manjung, Perak pada 19 September 2013.
Kami menginap di Hotel Galaxy Inn di Jalan Sultan Idris, Lumut, Perak
Bertemu sahabat lama, ex Navy Mohd Noor Ishak yang berniaga Kedai Makanan di Seri Manjung. Beliau pernah satu kapal dengan saya di KD Lekir, Lumut Perak sekitar tahun 1990'an.
** Catatan terkini : Mohd Noor telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun selepas ini, saya tak ingat tahunnya...ini adalah pertemuan terakhir saya dengan beliau...
** Catatan terkini : Mohd Noor telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun selepas ini, saya tak ingat tahunnya...ini adalah pertemuan terakhir saya dengan beliau...
AEON MALL SERI MANJUNG
22-24 NOVEMBER 2013
Yayasan Jantung Malaysia meneruskan program Minggu Jantung 2013 , kali ini di Pusat Membeli Belah AEON Seri Manjung, Bandar Seri Manjung, Perak dengan kerjasama dari AEON Seri Manjung Shopping Centre dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.
Seramai 203 orang telah menjalani ujian Saringan Kesihatan sepanjang 3 hari program ini berlansung.
Sepanjang Program dijalankan di AEON Seri Manjung, kami menetap di Hotel Lead View (sekarang Sfera Hotel) di Jalan Dato Yu Neh Huat, Taman Samudera, Seri Manjung. Ia terletak lebih kurang 3.6 km ke AEON Seri Manjung.
Seri Iskandar adalah sebuah bandar baru yang terletak di daerah Perak Tengah, lebih kurang 40 km dari bandar Ipoh. Bandar yang berhampiran adalah Tronoh dan Bota. Mengambil sempena nama Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari 1918 hingga 1938.
Disinilah terletaknya Universiti Teknologi Petronas yang mula beroperasi pada tahun 2003.
TAIPING, PERAK
29 DISEMBER 2013
Saya dan rakan-rakan dari Yayasan Jantung Malaysia telah singgah bermalam di Legend Inn, Taiping, Perak ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri event di SMJK Chio Min di Kulim Kedah pada 29 Disember 2013.
2014 - PERAK
PACIFIC MALL TAIPING
31 OKTOBER 2014 - 2 NOVEMBER 2014
Program Pemeriksaan Kesihatan di Pacific Mall, Taping, Perak.
2015 - PERAK
TAMAN ROS, KAMPAR, PERAK
12 APRIL 2015
Program Komuniti telah dijalankan di Taman Ros, Kampar, Perak pada 12 April 2015. Ini merupakan program kali kedua diadakan di Taman Ros di Kampar. Program kali ini, seramai 107 orang penduduk telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan.
*** Tiada foto semasa program ini kerana foto hilang dalam hp... tak tahu macamana boleh terdelete.
Sepanjang di Kampar, kami telah menginap di Grand Hotel Kampar yang beralamat di Jalan Timah, Bandar Baru Kampar.
Perjalanan dari Pejabat kami di Kuala Lumpur ke Grand Kampar Hotel sejauh 175 km dan mengambil masa perjalanan selama 2 jam 11 min.
Perjalanan dari Pejabat kami di Kuala Lumpur ke Grand Kampar Hotel sejauh 175 km dan mengambil masa perjalanan selama 2 jam 11 min.
Kampar terletak kira-kira 40 km dari bandaraya Ipoh dan 16 km dari pekan Tapah di Perak. Ianya telah diisytiharkan sebagai daerah ke 10 Negeri Perak pada 21 mei 2009 oleh Sultan Perak.
Dikatakan bahawa nama Kampar diambil sempena nama Kampar di Indonesia dimana berlaku penghijrahan orang-orang Kampar dari Indonesia sekitar tahun 1800-1900.
AEON SERI MANJUNG
SERI MANJUNG, PERAK
11 OGOS 2015
Pada 11 Ogos 2015 , saya bersama En. Mohd Salehuddin Abd Malek, Pengurus Program YJM telah menghadiri penyelarasan program di AEON Seri Manjung,Perak. Mesyuarat adalah bersama dengan Lions Club Lumut bagi membincangkan Program Kesihatan di Lumut dan Seri Manjung.
Pekan Lumut memang tidak asing bagi saya kerana saya pernah berkhidmat dengan TLDM dari 1980 sehingga 1996. Tentera Laut sudah pasti sinonim dengan bandar Lumut.
Disini jugalah saya bertemu kembali dengan sahabat lama yang pernah bersama-sama berkhidmat di atas Kapal TLDM KD Raja Jarom di Woodlands, Singapura pada 1981/82 dan kemudian sekali lagi bersama di KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak tahun 1983/84 iaitu Savirimuthu yang sekarang menjalankan perniagaan runcit di Sitiawan.
AEON MALL TAIPING
TAIPING, PERAK
26 OGOS 2015
Pada 26 Ogos 2015 saya bersama Pengurus Program Yayasan Jantung Malaysia, Tuan Hj. Salehuddin Abd Malek telah bertolak ke Taiping, Perak untuk menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program bersama Lion Clubs of Taiping bertempat di AEON Mall, Taiping, Perak.
Kami menginap di Hotel Panorama di Jalan Kota, Taiping, Perak
Selesai mesyuarat santai-santai sekejap di Taman Tasik Taiping yang merupakan Taman Tasik pertama di Malaysia
Hentian Rehat RTC (Rural Transformation Centre) adalah hentian rehat yang terletak dalam daerah Gopeng, Perak. Hentian Rehat yang agak besar lengkap dengan Pasaraya Mydin, Gerai Makanan dan outlet yang menjual pelbagai makanan dan barangan untuk para pengunjung berhenti rehat setelah memandu.
LUMUT, PERAK
FAMILY TRIP
5 SEPTEMBER 2015
Percutian keluarga ke Lumut, Perak pada 5 September 2015. Kami semua bertolak dari rumah kakak saya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Kami singgah bersarapan pagi di Sekinchan, Selangor.
Kami singgah di Batu 8 Lekir untuk istirehat dan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Lumut.
Kami tiba di Bandar Seri Manjung sekitar jam 12.30 tengahari. Kami singgah di Taman Samudera di Daerah Manjung untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara abang ipar ku.
Ketika menunggu untuk check in tempat penginapan kami, kami berlegar-legar dahulu di sekitar Teluk Muroh. Teluk Muroh adalah jalan masuk ke Pintu 1 Pengkalan TLDM Lumut, Perak.
Teluk Batik terletak 7 km dari jeti Lumut, Perak. Teluk Batik ditadbir oleh Pejabat Daerah Manjung di Seri Manjung. Pantainya sepanjang 2 km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Di sini jugalah Pesta Laut Lumut diadakan suatu ketika dahulu.
Kami menginap di Marina Cove yang terletak di Teluk Batik, Lumut, Perak. Marina Cove Resort menyediakan penginapan yang luas dengan balkoni dan WiFi percuma di Lobi, Taman Air dan parking percuma.
2016 - PERAK
AEON IPOH KLEBANG, CHEMOR, PERAK
6-10 APRIL 2016
Program Minggu Jantung berlansung selama 5 hari di AEON Mall Ipoh Klebang bermula dari 6 April sehingga 10 April. Ternyata sambutan agak kurang meransangkan kerana sepanjang 5 hari program dijalankan hanya 112 orang sahaja yang menjalani ujian pemeriksaan Kesihatan.
Foto ini ketika menghadiri mesyuarat penyelarasan Program pada 18/2/2016
SEK.KEB.TANAH HITAM
CHEMOR, PERAK
1 OKTOBER 2016
Program Peringkat Komuniti telah dijalankan di Sek. Keb. Tanah Hitam di Chemor, Perak. Seramai 111 orang penduduk sekitar sekolah telah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di sini.
Tanah Hitam ialah sebuah taman perumahan bertanah pegangan pajakan yang terletak di Chemor, Ipoh, Perak. Chemor sebuah pekan kecil berhampiran Tanjung Rambutan, Sungai Siput, Salak, Kuala Kangsar dan Tasek, Ipoh.
Ketika di Chemor, kami menginap di Abby Kanthan Hotel.
2017 - PERAK
TAIPING BUDDHIST SOCIETY
17 DISEMBER 2017
Pada tahun 2017, hanya satu sahaja program melibatkan negeri Perak di adakan, iaitu di Taiping Buddhist Society pada 17 Disember 2017.
Pemeriksaan Kesihatan di Taiping Buddhist Society yang terletak di Jalan Muzium Hulu, Taiping, dihadiri oleh 144 menjalani Ujian Saringan Kesihatan dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Jalan Stesen ialah sebuah jalan di bandar Taiping. Asalnya dipanggil Station Road, di sebelah utara bandar, dengan satu hujung di Jalan Barrack dan satu lagi di Jalan Taming Sari. Jalan itu mendapat namanya kerana ia adalah jalan yang menghubungkan Stesen Kereta Api Taiping.
Sekolah King Edward VII Taiping dinamakan sempena Raja Edward VII United Kingdom. Arwah Abang Sulong saya pernah bersekolah di sini suatu ketika dahulu ketika ayah kami seorang anggota tentera bertugas di Kamunting, Taiping.
Stesen Keretapi Taiping dibina pada tahun 1882 di atas lokasi Sekolah King Edward VII sekarang. Dibuka secara rasmi oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak.
Tugu Peringatan Perang Taiping atau Commonwealth War Graves Commission terletak di pinggir hutan di kaki Bukit Larut. Lebih daripada 860 tentera Komanwel semasa Perang Dunia Kedua disemadikan disini, termasuk juga beberapa kubur anggota tentera anak tempatan Taiping daripada orang Cina dan Melayu.
Ansari Cencol dikatakan cukup popular di Taiping terletak di Jalan Barrack. Kami tidak melepaskan peluang untuk menikmati cendol dan rojak di sini. Jalan Panglima Ah Chong mengambil sempena nama So Ah Chong seorang pemimpin dan pendatang Hakka Kantonis yang terkenal pada abad ke-19 di Taiping, Perak, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan penempatan lombong bijih timah di sana. Beliau ialah pemimpin persatuan rahsia Ghee Hin dan ditangkap semasa Perang Larut.
2018 - PERAK
MASJID AZIZIAH, KG KETIOR DALAM
KUALA KANGSAR, PERAK
5 OGOS 2018
Saya dan Awareness Team dari Yayasan Jantung Malaysia, Kuala Lumpur telah menjalankan Program Pemeriksaan Kesihatan (Penyakit Jantung) di Masjid Aziziah, Kg. Ketior Dalam, Kuala Kangsar, Perak.
Asal usul Kg. Ketior dikatakan diambil sempena nama sebatang pokok iaitu pokok Ketior (palaquium xanthochymum). Minyak biji ketior amat mujarab untuk dijadikan minyak urut.
Berhenti rehat di R7R RTC di Gopeng dalam perjalanan dari KL ke KK
Kami menginap di Sayong Resort, yang terletak di Kg. Sayong Lembah, Kuala Kangsar Perak.
Sayong Resort diasaskan oleh Allahyarham Dato' Seri Ismail Shahudin dan isteri beliau Datin Seri Azimah Othman pada tahun 2014.
Sayong Resort diasaskan oleh Allahyarham Dato' Seri Ismail Shahudin dan isteri beliau Datin Seri Azimah Othman pada tahun 2014.
Kuala Kangsar terletak di pinggir Sungai Perak dan Sungai Kangsar. Sejarah nama Kuala Kangsar diambil dari pertemuan anak sungai iaitu Sungai Kangsar dengan Sungai Perak. Kuala Kangsar bermaksud kuala sungai yang kurang satu daripada bilangan 100, yang dikira dari Teluk Intan di hilir Sungai Perak, bermaksud Sungai Kangsar adalah sungai yang ke 99 dari Teluk Intan.
Jadi Kuala Kangsar itu bermaksud Kuala kurang Sa (Satu) = Kuala Kangsar.. begitulah ceritanya.
Jadi Kuala Kangsar itu bermaksud Kuala kurang Sa (Satu) = Kuala Kangsar.. begitulah ceritanya.
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
TELUK INTAN, PERAK
6 OGOS 2018
Program pertama kami di Teluk Intan ialah di Bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang terletak di Jalan Speedy, Teluk Intan.
Kami menginap di Hotel Lavender di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak
KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN
TELUK INTAN, PERAK
7 OGOS 2018
Program Pemeriksaan Kesihatan di Teluk Intan diteruskan di Kolej Komuniti Teluk Intan yang terletak di Jalan Intanova, Teluk Intan.
Apabila berada di Teluk Intan, tentu saya tidak mahu lepas peluang untuk mengunjungi sebuah menara yang sangat sinonim dengan Teluk Intan, iaitu Menara Condong Teluk Intan.
Menara ini telah dibina pada tahun 1885 sebagai menara tangki air yang kemudiannya dijadikan menara jam. Keunikan menara ini ialah ianya menyerupai Menara Condong Pisa di Italy. Menara ini mempunyai ketinggian 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga.
HILLCITY HOTEL
GUNUNG RAPAT, IPOH, PERAK
10 0GOS 2018
Saya dan Awareness Team,Yayasan Jantung Malaysia telah bermalam di Hillcity Hotel yang terletak di Gunung Rapat, Ipoh dalam perjalanan ke Gua Musang, Kelantan untuk program kami di Kampung Pos Brooke Lama, lebih kurang 78 km dari sini.
Pemandangan di hadapan Hillcity Hotel
Hotel Hillcity dulu dan Kini (2024)
Diwaktu malam kami bersantai-santai di Meru Raya, Ipoh, Perak dan makan malam ini agak special sikit iaitu Nasi Kambing Bakar.
AEON MIDTOWN FALIM
IPOH, PERAK
20-21 OKTOBER 2018
Program Pemeriksaan Kesihatan kali ini adalah dengan kerjasama Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd yang berpejabat di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd dahulunya dikenali sebagai TM Asia Life Malaysia Bhd telah memulakan syarikat insuran di Malaysia lebih dari 65 tahun. Syarikat ini telah beroperasi di Jepun pada tahun 1879 dan kini mempunyai rangkaian perniagaan insuran di 38 buah negara di dunia.
AEON Midtown Falim terletak di Taman Mas Jaya, Ipoh, Perak dibuka pada 18 Disember 2015, 2 bulan selepas pembukaan AEON Mall Ipoh Klebang.
AEON Midtown Falim terletak juga bersebelahan dengan AEON Big Falim.
Menonton Movie "Paskal" di Pawagam AEON Midtown Falim.
Semasa program kami menginap di Seemsoon Hotel yang terletak di Jalan Pasir Puteh Ipoh, Perak.
Pemandangan di hadapan hotel kami
Makan Malam di Kinta Riverwalk
Tahun 2023 - Kg. Layar, Bota Kiri, Perak
Demikianlah secebis kisah Sepanjang Jalan Kenangan - Kembara di Negeri Perak Darul Ridzuan.
Nukilan:
Hj Zulheimy Bin Maamor
Lembah Keramat, K.L
5 September 2025: 9.30 p.m
a.jpg)
.jpg)














.jpg)









.png)



































.jpg)
.jpg)

























.jpg)
.jpg)










No comments:
Post a Comment