Sumber: Col.Jimio's The Untold Series
1. Kisah ini berlaku di Perak. Cukup saya nyatakan ia kawasan panas suatu ketika dahulu dan aktif dengan aktiviti PKM serta aktiviti Pasukan Keselamatan. Seingat saya ia berlaku pada tahun 2012 dimana Tim Bukit Aman telah menjemput Tim Forensik Arkeologi ATM untuk melaksanakan tinjauan teknikal di satu lokasi penempatan komunis bagi mengesan maklumat kedudukan senjata yang disorok di kawasan tersebut.
2. Pergerakan kami ke lokasi menggunakan dua kenderaan PDRM dan kami menggunakan kenderaan plat awam sebagai tindakan low profile penglibatan kami dalam operasi bersama. Apabila kami memasuki sektor kawasan tersebut, kami mendapati terdapat kesan-kesan struktur kolonial yang mendominasi aktiviti persekitaran. Beberapa struktur konkrit yang runtuh dan beberapa struktur bawah tanah turut dikesan namun bersaiz kecil yang hanya boleh memuatkan individu. Saya telah menggunakan peralatan HD VideoScope bagi mendapatkan visual subsurface dan panjang lubang struktur tersebut dalam anggaran 100+- kaki. Menariknya, di penghujung lubang tersebut terdapat sepasang mata yang bersinar menyorok dan memerhati ke arah scope camera dan lampu LED.
3. Cuak juga masa tu,
“Ni menatang ke atau makhluk bawah tanah. Apahal pulak main cak cak camni!."
Apapun kami meninggalkan lokasi struktur ini kerana objektif utama ialah mengesan penempatan PKM tadi yang berada dalam lokaliti yang sama.
4. Selepas melaksanakan pengeledahan seluruh kawasan, namun gagal mengesan sebarang clue kewujudan senjata dilaporkan. Hari pun sudah lewat petang dan dalam kepala saya pun masa tu memang nak packing dan balik ke base di Ipoh. Big boss PDRM pun dah bergerak keluar dari site masa tu. Yang tinggal hanya Tim saya dan sorang anggota PDRM. Plannya kami akan balik bersama ke base di Ipoh. Namun disaat akhir salah seorang Tim saya mengesan satu laluan bawah tanah yang memang mustahil dapat di kesan secara logik dan pandangan mata. Masa tengok arah laluan nak masuk pun, “Halamak! Amek nko merasa eksesais pasni."
5. Ketika meneroka laluan mustahil tu, hanya kami berempat saja. Saya dikedudukan no.3 dan anggota PDRM di kedudukan no.4. Kedudukan no.1 dan 2 adalah anggota saya yang menjumpai pintu bawah tanah ini. Nak dijadikan cerita, anggota no.1 ini berkata kepada saya,
“Tuan, sebenarnya malam tadi saya bermimpi masuk tempat sebijik macam ni. Maybe ni clue Tuan.” terang beliau kepada saya.
“Ok kita masuk, cuaca pon ok ni, panas. Kalau musim hujan, jangan! Mampuih kita jika ada perubahan dan aliran air bawah tanah, mana tau kan?”
Kami memasuki laluan bawah tanah tersebut secara berjalan itik saja dengan lumpur berairnya. Seingat saya, seluar loreng tu tiga kali saya basuh dan rendam air panas. Tak hilang juga bau tanah dia. Sudahnya, jadi artifak seluar tu.
6. Oleh kerana pergerakan ini adalah saat akhir, maka peralatan kami agak terhad. Hanya ada lampu, light stick, dan flouresence spray untuk tanda laluan supaya mudah masa keluar. Senjata pun hanya Tim PDRM je yang bawa manakala Tim kami hanya membawa “pistol personal” saja selain parang dan dagger. Setelah berjalan antara 100-200 kaki dari pintu, terdapat selekoh dan sebuah lekuk seperti chamber atau bilik di sebelah kiri. Saya memasuki bilik tersebut dan meninjau sekeliling manakala anggota no.1 dan 2 meneruskan pergerakan namun mereka berhenti bila melihat saya memasuki bilik tersebut, anggota no.4 hanya berhenti di luar bilik menunggu saya keluar.
7. Saya telah menemui beberapa tanda tulisan kawi atau pallava. Saya tidak arif berkenaan tulisan berkenaan namun dapat mengecam ia berkemungkinan dari dua jenis tulisan ini. Sedang elok dan leka memerhati simbol ini, tiba-tiba satu suara garau dan garang menerjah,
" Nasib baik kau! Kalau orang lain tadi mampus aku bunuh semua faham!!" Tiga kali kena sound terus terkedu sekejap.
“Eh, siapa pulak yang tegur dan sound ni?
Tapi dalam hati terdetik, kami masuk kawasan begini semestinya ada penjaga-penjaga dia. Kami pulak main sondol, tak de salam apa-apa
Tertanya-tanya juga, awat dia kenal saya tapi saya pula tak tahu dia siapa? Ini tidak adil!!
8. Terus terfikir apa tindakan serta merta, incase ancaman muncul. Dah la kondisi laluan hanya boleh berjalan itik dengan liku-liku laluan yang ber puzzle dan peralatan pula limited. Mana tau kepala air muncul ke? Laluan runtuh ke? Muncul ular naga ke? Dah le persenjataan pun terhad.
9. Saya terus bertanya kepada anggota no.1,
"Berapa jauh lagi laluan kedepan?" Dia menjawab, "Dalam 150 kaki lagi dan ada persimpangan."
Saya yang dilema dengan menilai risiko keselamatan tim terus memutuskan untuk call off dulu. Terus comm anggota no.1,
“Withdraw! kita nokoff dulu..”
Kami semua bergerak keluar dengan selamat dan lancar kerana telah meletak tanda pada laluan masuk supaya mudah semasa pergerakan keluar.
10. Malam tu di base Ipoh jenuh dok mikir, sapa la tadi yang sound? Camaner dia konal den, den pulak tak konal dio? HAMPEHHH...
Copy and paste:
15 September 2025 : 9.01 p.m
No comments:
Post a Comment