Sunday, 8 April 2018

2018 - KUALA PILAH

Pada 14 Mac 2018, saya dan seorang setaf Yayasan Jantung Malaysia, Puan Nor Riddah telah bertolak dari Pejabat kami di Jalan Sultan Yahya Petra (Dahulunya Jalan Semarak) di Kuala Lumpur menuju ke Kuala Pilah di Negeri Sembilan. 


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kg Dioh Kecil adalah sejauh 106 km dan mengambil masa perjalanan 1 jam 35 minit. 


Gambar semasa menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program di Kg Dioh Kecil, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 14 Mac 2018

Mesyuarat Penyelarasan berlansung di Telapak Adat & Budi, Kg Dioh Kecil yang terletak di Kuala Pilah. 
Kg Dioh merupakan sebuah kampung Melayu tradisi yang terletak di selatan Pekan Kuala Pilah yang berkeluasan lebih kurang 5 km persegi. 
Antara industri penduduk di sini yang terkenal ialah Kilang Roti Azan. 
Selesai mesyuarat kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. 

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN
KG DIOH KECIL, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN
8 APRIL 2018
Pada 7 April 2018, saya dan Awareness Team, Yayasan Jantung Malaysia telah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kg Dioh Kecil, Kuala Pilah untuk program Kesihatan yang akan berlansung keesokan harinya. Kami ke Kg Dioh Kecil adalah untuk menghantar banner kepada AJK Kg Dioh Kecil. 
Kami bagaimanapun telah mengambil keputusan untuk menginap di One Garden Hotel yang terletak di Pusat Bandar Senawang, Seremban, Negeri Sembilan kerana telah biasa dengan hotel ini. Jarak One Garden Hotel ini dari Kuala Lumpur adalah 77 km sahaja. 
Sebelum ke Hotel kami singgah makan tengahari di sebuah warong yang terletak tidak jauh dari Hutan Lipur Ulu Bendul. 










ONE GARDEN HOTEL
No. 279, Jalan Bandar Senawang 15
Pusat Bandar Senawang
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-679 3939

Kami menginap di One Garden Hotel yang terletak di Pusat Bandar Senawang semasa program di Kg. Dioh Kecil. Perjalanan dari Hotel kami di Senawang ke Kg. Dioh Kecil adalah sejauh 34.8 km mengambil masa perjalanan selama 43 minit. 




KUALA PILAH
Kuala Pilah terkenal sebagai pusat Pelancongan Kebudayaan dengan seni warisan adat Perpatihnya selain dari tempat rekreasi dan gelaran "Bandar Di Raja Negeri Sembilan".
Penduduk Kuala Pilah boleh dikatakan masih berpegang kuat pada Adat Perpatih dan nilai-nilai budaya Melayu yang kuat dengan adat resam Minangkabau. 
Banyak tempat rekreasi dan menarik terdapat di Kuala Pilah diantaranya ialah Istana Seri Menanti, Hutan Lipur Ulu Bendul,Hutan Lipur Jeram Tengkek, Makam Tuan Tulis, Tugu Lister dan banyak lagi. 

Program Pemeriksaan Kesihatan Yayasan Jantung Malaysia berlansung kali ini di Kg. Dioh Kecil, iaitu sebuah perkampungan Melayu Tradisi di Kuala Pilah. 




Rumah Tradisi Minangkabau di sebelah kiri. 

 TELAPAK ADAT DAN BUDI, KG DIOH KECIL


 Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia yang terlibat dalam Program Kesihatan




 Prof Madya Dato Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin, Pengarah Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak  yang merupakan anak tempatan Kg. Dioh Kecil turut menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan hari tersebut. 


 

Kami turut dibantu oleh Jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital pada hari tersebut....

 Ibu Bapa Puan Nor Riddah (Setaf YJM) turut hadir






 Setaf YJM menjamu selera bersama Setaf SALAM Senawang Specialist Hospital



Program yang berlansung dari jam 9 pagi berakhir pada jam 2 petang. Seramai 65 orang penduduk Kampong telah hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan. 

Selesai program kami meneruskan perjalanan pulang ke Hotel kami di Senawang. 
Demikian selesai program kami di Kg Dioh Kecil, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seterusnya program kami ialah di Sek. Men. Keb. Seremban 2 pada 10 dan 11 April 2018. 














No comments: