Tuesday, 9 September 2025

SEPANJANG JALAN KENANGAN: PAHANG DARUL MAKMUR

Pahang Darul Makmur adalah negeri ketiga paling besar di Malaysia dan yang paling besar di Semenanjung Malaysia. Negeri Pahang bersempadan dengan Kelantan dan Terengganu di utara, Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di sebelah barat, Johor di selatan dan Laut China Selatan di sebelah timur.

Pengalaman pertama saya di Pahang ini seingat saya ialah pada 70 an dulu dimana saya dan keluarga pernah berziarah dan bermalam di rumah Bapa Saudara saya yang ketika itu adalah Guru Besar di Sek.Men.Keb. Dong, Raub, Pahang. Cuma sayangnya tiada sebarang foto kenangan untuk saya lampirkan disini. 

Kemudiannya, pada tahun 1987 saya berkhidmat di kapal TLDM KD Panah yang ketika itu berpengkalan di Kuantan, Pahang dan kemudian dari tahun 1991 - 1995 saya bertugas di SKTLDM Kuantan

KD Panah - 14th Squadron Patrol Craft, Kuantan Pahang (1987)

Istirehat di Pulau Tioman

SKTLDM KUANTAN (1991 - 1995)

HUTAN LIPUR LENTANG/SELESA HILL HOMES
BENTONG, PAHANG
JULAI 1998
Kenangan ketika bercuti bersama staff CJ Management Consultants di Selesa Hill Homes pada Julai 1998. 
Dalam perjalanan ke Selesa Hill Homes, kami singgah berkelah di Hutan Lipur Lentang. Hutan Lipur Lentang adalah sebuah hutan simpanan  di Bukit Tinggi di Lebuhraya Karak kira-kira 12 km dari Bentong, Pahang. 



GENTING HIGHLANDS
PAHANG
Semasa bekerja di The Institution of Engineers, Malaysia, telah 3 kali saya menginap di Genting Highlands menghadiri mesyuarat dan Latihan. 
Genting Highlands ialah puncak gunung yang terletak di dalam Banjaran Titiwangsa dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. 
Genting Highland Berhad ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pada 27 April 1967 bersama Allahyarham Tan Sri Hj Mohammed Noah bin Omar. 


Kenangan di Genting View Resort pada tahun 2001 ketika menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program. Genting View Resort terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur atau 1 jam dari KLIA. 


Kenangan ketika menghadiri ISO Training di Awana Golf and Country Resort di Genting Highlands pada 25-27 May 2002. 

Kenangan di Genting International Convention Centre pada 11 May 2007, Saya tidak ingat event apa yang dijalankan di sini

2012 - PAHANG
SMK BENTONG, KG BENUS
BENTONG, PAHANG
25 APRIL 2012
Program Pemeriksaan Kesihatan telah dilaksanakan di Sek.Men.Keb.Bentong yang terletak di Kg. Benus, Bentong, Pahang.



Seramai 98 murid dan guru telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan


Bentong terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. 

Semasa di Bentong kami menginap di Hotel Kristal 


Foto Kenangan ketika singgah makan tengahari di Pekan Hulu Dong dalam perjalanan pulang dari Program Kesihatan di Kota Bharu, Kelantan pada 14 Oktober 2012. 
Hulu Dong pernah digemparkan dengan Kes Pembunuhan ADUN Batu Talam, Datuk Mohd Mazlan Idris pada Julai 1993. Tiga orang telah terlibat dalam kes ini iaitu Mona Fandey dan suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin. Ketiga-tiga mereka telah digantung di Penjara Kajang pada 2 November 2001. 

Dalam Perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan pada 12 Oktober 2012

2013 - PAHANG
DEWAN JKKK SRI JAYA, MARAN, PAHANG
23 JUN 2013
Program Kesedaran Penyakit Jantung Peringkat Komuniti tahun 2013 diteruskan di Dewan JKKK Sri Jaya, Maran, Pahang. Program kali ini adalah dengan kerjasama The Lions Club of Kuantan dengan dibantu oleh 2 jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran. 
Seramai 137 penduduk Sri Jaya telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan yang dijalan selama satu hari. 




Maran merupakan satu daerah di negeri Pahang yang terletak di antara Temerloh dan Kuantan. Maran mempunyai hasil pertanian, perternakan, dan macam-macam lagi untuk kemudahan penduduknya. Maran juga dikenali dengan nama "Bandar Ayam Kampung". 

Hotel Sri Jaya dimana kami menginap. Ketika ini Malaysia dilanda Jerebu di beberapa buah negeri. 

DEWAN JKKK SG. JERIK
JENGKA, PAHANG
6 OKTOBER 2O13
Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama The Lions Club of Kuantan telah menganjurkan Kempen Kesedaran Penyakit Jantung pada 6 Oktober 2013 bertempat di Dewan JKKK Sungai Jering,Jengka, Pahang. 
Seramai 124 orang penduduk Sg. Jerik telah hadir membuat ujian Saringan Kesihatan di sini. Bantuan jururawat diperolehi dari Pejabat Kesihatan Daerah Maran. 




Sg.Jerik terletak berhampiran dengan FELDA Jengka dan Ulu Jempol, Pahang. Dahulunya dikenali dengan nama Pekan TongKiat bersempena nama seorang taukeh Cina yang membuka kilang dikawasan berkenaan. Majoriti penduduknya berbangsa Cina. Sg Jerik dahulunya adalah kawasan hitam akibat dari ancaman komunis suatu ketika dahulu. 

Lain-Lain bacaan:
2. Wikipedia - Tragedi di Lubuk Yu

Dijamu dengan Durian Sg Jerik yang terkenal di Pahang


Issoria Hotel di Bandar Tun Razak, Jengka dimana kami menginap semasa Program di Sungai Jerik, Jengka. 


Bandar Tun Razak Jengka dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka merupakan sebuah Bandar utama di Pahang. Ianya menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan FELDA yang merupakan projek Kerajaan Malaysia. Disini juga terdapat kampus UiTM Cawangan Pahang - Kampus Bandar Tun Razak. 


Lebuhraya Karak dibina pada 1970an sebagai alternatif kepada Jalan Gombak-Bentong. Ianya dibuka untuk lalulintas pada tahun 1977. 


Lebuhraya Pantai Timur adalah sambungan daripada Lebuhraya KL-Karak expressway. Ia adalah laluan dari Pantai Barat Semenanjung ke Pantai Timur Semenanjung. 

Hentian rehat Temerloh antara destinasi R&R yang sering menjadi pilihan kami apabila ke Pantai Timur. 

2014 - PAHANG
PUSAT PERLINDUNGAN GAJAH
KUALA GANDAH, PAHANG
20 MAC 2014
Saya berpeluang mengunjungi pusat ini ketika menghadiri mesyuarat Program Kesedaran Penyakit Jantung di Kampung Bolok Hulu di Lanchang, Pahang yang terletak bersebelahan dengan PKGK pada 20 Mac 2014. 
Di sini juga terdapat perkampungan orang Asli yang sering dikunjungi oleh pelancong dari luar negeri. 



KUANTAN PARADE
KUANTAN, PAHANG
24-28 APRIL 2014
Pada 24-28 April 2014, saya bersama team Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan Program "Minggu Jantung Kuantan 2014" di Kompleks Kuantan Parada, Kuantan Pahang. 
Sepanjang program dijalankan seramai 392 orang telah menjalani Ujian Pemeriksaan Kesihatan dan 96 orang pula menjalani Ujian Elektrokardiogram (ECG). 


Kami menginap di Hotel Seasonview, Kuantan sepanjang program


Kuantan adalah ibunegeri Pahang sejak 1976 selepas pusat pentadbiran Negeri Pahang berpindah dari Kuala Lipis. 

KG. BOLOK HULU SOKMIK
LANCHANG, PAHANG
11 MEI 2014
Program ini adalah kerjasama dengan JKKK Kg Bolok Hulu Sokmik dengan bantuan tenaga jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. 
Seramai 91 orang penduduk kampung telah hadir untuk program kesihatan yang bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari. 




Kg Bolok Hulu sebuah perkampungan tradisional terletak dalam daerah Lanchang, Pahang, kira-kira 67 km dari Kuala Lumpur. Diperkampungan ini juga terletaknya Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah dan juga Institut Biodiversiti di Bukit Rengit. 


Lanchang merujuk kepada sebuah pekan di Pahang, Malaysia, yang terkenal dengan tarikan seperti Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah dan Deerland, selain merupakan kawasan pertanian dan tanah rancangan FELDA. Ia juga boleh merujuk kepada sejenis kapal layar Melayu yang digunakan untuk peperangan dan pengangkutan pada masa lalu, atau sebuah kampung di Perlis (Kampung Alor Lanchang) dan Perak (Kampung Sungai Lanchang). Selain itu, Lanchang juga adalah kawasan pilihan raya negeri di Pahang, N.31


Bukit Rengit adalah sebuah kawasan rekreasi dan latihan yang terletak di daerah Temerloh, Pahang, yang terkenal dengan Air Terjun Bukit Rengit yang masih terpelihara. Ia bukan dibuka kepada pelancong luar tetapi sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti latihan, seminar, hari keluarga, dan jungle trekking, dengan kemudahan seperti bilik penginapan, bilik mesyuarat, dan pemandu pelancong yang disediakan oleh pihak pengurusan.


Semasa Program Kesedaran Penyakit Jantung yang berlansung di Kg. Bolok Hulu, Lanchang, Pahang pada 11 Mei 2014, kami setaf Yayasan Jantung Malaysia telah menetap di Villa Rengit terletak dalam kawasan Institut Biodiversiti, PERHILITAN di Bukit Rengit, Lanchang, Pahang. 

KLINIK KESIHATAN CHENOR
CHENOR, PAHANG
29 APRIL 2014
Saya dan rakan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program di Klinik Kesihatan Chenor di Chenor, Pahang. 



Chenor adalah sebuah daerah yang terletak di Maran, kira-kira 15 km dari Temerloh, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Chenor mengambil masa 1 jam 55 minit. 



Dua Program di Mentakab Mall pada 1 Oktober 2014 dan SMK Air Putih pada 28 Oktober 2014, dimana saya tidak hadir ketika program kesihatan dijalankan kerana masalah kesihatan isteri saya,  tetapi saya ada hadir semasa Mesyuarat Penyelarasan Program di kedua-kedua lokasi ini sebelum program dijalankan, cuma tidak ingat tarikh mesyuarat itu. 

2015 - PAHANG
FELDA LAKUM, LANCHANG, PAHANG
17 MEI 2015
Pada 17 Mei 2015, Saya dan Awareness Team Yayasan Jantung Malaysia telah mengadakan program Pemeriksaan Kesihatan di FELDA Lakum, Lanchang, Pahang. Seramai 69 penduduk berhampiran telah hadir untuk menjalani Ujian Saringan Kesihatan sepanjang program dijalankan. 


FELDA Lakum terletak di dalam kawasan Parlimen Temerluh dan Dewan Undangan Negeri Lanchang. Ianya dibangunkan pada tahun 1975. FELDA Lakum berjiran dengan FELDA Bukit Damar dan FLEDA Mempaga. 


Sepanjang program kami menginap di Homestay Zulkifli di Kampong Sokmek, Bolok Hulu, Lanchang, Pahang. 

KG. BOLOK HULU SOKMIK
LANCANG, PAHANG
29 NOVEMBER 2015
Pada 29 November 2015 kami telah mengadakan program Pemeriksaaan Kesihatan di Kg Bolok Hulu Sokmek, Lanchang, Pahang. Ianya adalah kampung asal salah seorang anggota team iaitu Mahdza. 
Seramai 62 penduduk kampung telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. Kami bermalam di Homestay milik bapa saudara setaf kami Mahdzar. 




Disebelah petang, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di Pekan Temerloh yang tertelak tidak jauh dari Lanchang, Pahang (33.2 KM). 
Disana saya mengambil kesempatan juga untuk merasai masakan gulai tempoyak Ikan Patin Temerloh yang memang cukup terkenal. Harga semangkok ikan patin temerloh ialah RM12.00, tapi memang puas hati. 

2016 - PAHANG
DONG, RAUB, PAHANG
27 APRIL 2016
Kami melalui Pekan Dong, Raub, Pahang dalam perjalanan pulang dari Program Kesihatan di Kuala Terengganu dan Kota Bharu. 


Sebab mengapa saya mengambil gambar SMK Dong, Raub, Pahang kerana Arwah Paklang saya Arwah Cikgu Win Bin Yasin pernah menjadi Guru Besar di Sekolah ini sekitar akhir 70 an dulu, dan saya berserta keluarga pernah bercuti dan bermalam di rumah Guru yang terletak dalam kawasan sekolah ini. 

SJK (CINA) GAMBANG
GAMBANG, PAHANG
24 JULAI 2016
Selesai Program di Kuala Terengganu, kami meneruskan perjalanan ke Gambang Pahang untuk Program Komuniti di SJK (Cina) Gambang, Pahang ini adalah anjuran bersama dengan Lions Club of Kuantan. Seramai 108 orang penduduk berhampiran telah hadir untuk menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. 




Gambang merupakan sebuah bandar di daerah Kuantan, Pahang. Ia terletak kira-kira 18 km dari bandar Kuantan, Pahang
Gambang juga merupakan lokasi kampus Universiti Malaysia Pahang (dulu  KUKTem). 


Bersiar-siar di Kuantan sebelum ke Gambang.

Hentian Rehat Gambang antara lokasi rehat yang menjadi pilihan kami. 

TEMERLOH, PAHANG
27 OKTOBER 2016
Saya dan Mohd Khalaf telah menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program dengan Ahli Majlis Belia Daerah Temerloh di MacDonald Temerloh pada 27 Oktober 2016. 
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh mengambil masa 1 jam 44 min dengan perjalanan sejauh 135 km. 



Temerloh adalah sebuah bandar yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. 
Daerah Temerloh telah diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan E.A. Wise dilantik sebagai "Pemungut dan Pengadil" pertama. Jawatan tersebut kemudiannya diubah namanya menjadi "Pegawai Daerah". 
W.L. Conlay adalah Pegawai Daerah Temerloh yang pertama pada 1898. 
(Rujuk Wikipedia)

TAMAN SAGA INDAH
MENTAKAB, PAHANG
13 NOVEMBER 2016
Program Komuniti di Taman Saga Indah, Mentakab, Pahang adalah anjuran bersama Majlis Belia Daerah Temerloh. Seramai 83 penduduk Taman telah menjalani ujian Pemeriksaan Kesihatan pada hari tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Dato Norul Azali, EXCO Kesihatan Negeri Pahang. 

Rujuk : 2016 - Pahang : Gambang, Kuantan, Temerloh dan Mentakab



Semasa program di Mentakab kami menginap di EV World Hotel Mentakab, Kg Catin, Mentakab, Pahang. 


Bandar Mentakab di Pahang terletak berhampiran dengan Temerloh dan Lanchang. Mentakab dahulunya dikenali dengan nama Pasir Rawa. 

2017 - PAHANG
KUANTAN PARADE
29 MAC - 2 APRIL 2017
Kami berada di Kuantan dari 28 Mac 2017 sehingga 3 April 2017 untuk program "Minggu Jantung Kuantan 2017" yang berlansung di Komplek Membeli Belah Kuantan Parade yang terletak di Jalan Haji Abdul Rahman, Kuantan Pahang. 




Sepanjang berada di Kuantan, kami menginap di Hotel Seasons View yang terletak di belakang Kuantan Parade. Jadi ini memudahkan kami untuk berulang alik dari hotel ke Kuantan Parade setiap hari.


2018 - PAHANG
KUANTAN PARADE
4 - 8 JULAI 2018
Pada 3 Ogos 2018, saya bersama dengan Team Awareness Yayasan Jantung Malaysia (YJM) telah memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan Pahang untuk program Minggu Jantung Kuantan 2018 bermula dari 4 Ogos hingga 8 Ogos 2018. 



V Hotel dimana kami menginap sepanjang program dijalankan. Ianya terletak hanya dibelakang Kuantan Parade

Istirehat di R&R Gambang 

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
11 OGOS 2018
Saya dan rakan-rakan YJM bermalam di Cameron Highlands selesai Program Kesihatan kami di Kg.Pos Brooke Lama di Gua Musang, Kelantan pada 11 Ogos 2018. 





Perumahan Makmur terletak di Cameron Jaya di Tanah Rata, 300 meter dari perkampungan Orang Asli. Terbanyak kemudahan Homestay disediakan di sini. Di Homestay inilah kami bermalam. 

Hotel BB Inn dimana saya dan rakan menginap ketika menghadiri mesyuarat Penyelarasan Program sebelum itu. 

Demikianlah secebis kenangan saya di Bumi Pahang, banyak kenangan manis saya sepanjang karier saya di bumi Pahang ini. 


Nukilan:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
9 September 2025: 3.02 p.m



























































































































No comments: