Tuesday 17 November 2015

2015 - GUNUNG DATUK, REMBAU, NS.

HUTAN KITA KHAZANAH KITA
17 OKTOBER 2015
GUNUNG DATUK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN



Pada 17 Oktober 2015 saya bersama team Yayasan Jantung Malaysia dan juga jururawat dari SALAM Senawang Specialist Hospital telah bekerjasama menjayakan program Hutan Kita Khazanah Kita anjuran Majlis Belia Daerah Rembau. 
Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan negeri Melaka. Mempunyai keluasan seluas 402.76 km persegi dengan 17 Mukim yang mengandungi 204 buah kampung. 
Jarak dari Kuala Lumpur ke Rembau ialah 93 km mengambil masa perjalanan lebihkurang 1 jam 19 minit. 



Menurut sejarah, daerah Rembau adalah merupakan penempatan awal orang Minangkabau dari Sumatera. Mereka telah membuka perkampungan di sini dan berkahwin dengan penduduk asli daerah ini. Ketika zaman Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka, Daerah Rembau  dipercayai terletak dalam jajahan Melaka.
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama iaitu Raja Melawar dikatakan telah ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis. Setelah mangkat, Baginda telah disemadikan di Kampung Astana Raja di Daerah Rembau. 



Dalam perjalanan dari KL ke Rembau kami singgah di pekan Tampin untuk memberi beberapa barangan keperluan.

HOMESTAY HAJI ABDUL HAMID
Semasa program ini, kami menginap di Homestay Haji Abdul Hamid yang terletak di Sungai Layang di Daerah Rembau. Kepada sesiapa yang hendak bercuti dan rekreasi di Gunung Datuk boleh lah menginap di Homestay ini kerana harganya berpatutan dan amat selesa dengan bilik air dan bilik mandi yang banyak, jadi tak perlu berebut-rebut nak mandi dan sebagainya. 





GUNUNG DATUK, REMBAU, NEGERI SEMBILAN. 
Gunung Datuk dikenali juga Gunung Beradat terletak di Kampung Batang Nyamor, 21 km dari pekan Rembau dan 15 km dari pekan Tampin. 
Gunung Datuk adalah puncak yang tertinggi di daerah Rembau dengan ketinggiannya yang melebihi 1.900 kaki. Di Gunung ini juga terletaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. 

Gunung ini kaya dengan legenda, antaranya tapak kaki dipuncaknya yang dikatakan adalah tapak kaki Hang Tuah. Hang Tuah dikatakan berhenti sekekita untuk berehat ketika dalam perjalanan ke Tanjung Tuan. Menurut sumber yang diperolehi hanya terdapat 2 tempat kewujudan tapak kaki Hang Tuah iaitu di Tanjung Tuan Port Dickson dan Gunung Datuk, Rembau. 
















Program Hutan Kita Khazanah kita berakhir pada jam 2 petang. Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur kami dijamu dengan makan tengahari oleh AJK Majlis Belia Daerah Rembau. 
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada Majlis Belia Daerah Rembau yang telah memberikan layanan baik kepada kami sepanjang program ini. Tidak lupa juga kepada SALAM Senawang Specialist Hospital terutama Puan Azwa Aziz yang telah banyak memberikan bantuan kepada Setaf YJM sepanjang program. Diharap bertemu lagi dalam program-program yang akan datang.... Insya Allah...

Zulheimy Maamor
Yayasan Jantung Malaysia
17.10.2015

No comments: