Monday, 15 September 2025

OPERASI GOLDEN LILY

Sumber: Col.Jimio's The Untold Series

1. Mungkin ramai yang tiada clue jika disebut Operasi Golden Lily. Mungkin dalam kepala mengandaikan operasi ketenteraan biasa yang dijalankan oleh mana-mana pasukan tentera. Tetapi jika disebut “Yamashita Treassure” atau “Emas Yamashita” mungkin majoriti mengetahuinya kerana telah banyak kandungan ceritanya tersebar di pelbagai platform media. Dia ibarat 'lembu punya susu, sapi dapat nama' kerana Jeneral Yamashita tidaklah terlibat secara langsung dalam Operasi Golden Lily. Ini kerana, beliau mengetuai ketumbukan 25th Army bagi operasi ketenteraan menakluk Malaya.
Lagi satu, berkenaan basikal Jepun. Semua basikal yang Jepun pakai masa WW2 dipanggil 'basikal Jepun' walhal bukan Jepun bawa sepenuhnya. Banyak yang dirampas dari Malaya sendiri,. Lebih kurang begitu lah umpamanya. Namun, versi kuat kenapa ia dipanggil 'Emas Yamashita' ialah kerana Jeneral Tomoyuki Yamashita mengetuai Angkatan tentera Jepun di Filipina pada tahun 1944.
2. Terdapat pelbagai versi dan teori berkenaan Operasi Golden Lily, namun perancangan Jepun menakluki Asia Tenggara telah tercetus di atas kekecewaan Jepun selepas Perang Dunia Pertama (28 Julai 1914 hingga 11 November 1918). Jepun yang merupakan negara anggota sekutu bersama negara Eropah dan Amerika Syarikat telah didiskriminasikan walaupun Pakatan Bersekutu mereka telah memenangi perang tersebut.
Dr Naoko Shimazu, seorang Profesor Jabatan Sejarah, Klasik dan Arkeologi, Birkbeck Universiti London berkata, Jepun berasakan negaranya adalah setanding dengan kuasa Barat termasuk kekuatan kuasa tenteranya. Ye lah kan, Jepun pernah memenangi dua perang antarabangsa besar sebelum itu pada tahun 1894-1895 (First Sino-Japanese War) melibatkan Dinasti Qing, China dan pada tahun 1904-1905 (Russo-Japanese War). So, kira dah rasa internasional la jugak kan. Sekali kena buli dengan kuasa Barat walau dah menang perang.
3. . Kembali kepada kisah di Malaya, Jepun ini mula menyusupi melalui elemen Zaibatsu dan kegiatan ekonomi seperti perlombongan, sektor perikanan, pembinaan dan komoditi selain elemen perisikan.
(Zaibatsu (財閥, "financial clique") is a Japanese term referring to industrial and financial vertically integrated business conglomerates in the Empire of Japan, whose influence and size allowed control over significant parts of the Japanese economy from the Meiji period until the end of World War II).
Zaibatsu ini mempunyai kaitan yang rapat dengan Rikken Seiyukai yang mempunyai hubungan erat dengan Emperor Guards manakala Rikken Minseito dengan Tentera Laut Jepun.
4. Justeru itu, pihak Jepun ini telah merancang untuk menakluki Asia Tenggara antara 8 -11 tahun selepas tamat Perang Dunia Pertama. So, saya boleh katakan antara 1926 hingga 1929 telah bermula dan terlaksananya pelan ini bagi menawan negara-negara berkepentingan terutama kepada sumber bekalan bahan mentah kepada industri Jepun.
Saya telah meninjau satu lokasi yang melibatkan pembinaan fasiliti pengangkutan utama yang mana pihak British telah melantik syarikat pembinaan Jepun sebagai kontraktor utama. Tetapi, blueprint asal dan construction drawing/contract drawing berbeza dengan blueprint versi Jepun. Ibarat mengikut contract drawing, hanya ada dua layer building tapi Zaibatsu baik hati, depa bagi free lagi tiga layer building tanpa disedari oleh British. Itu baru satu lokasi! Maaf le, saya tak boleh disclosure exact lokasi. Agak bahaya sebenarnya! Orang Jepun sendiri dah surrender dan balik negeri, tapi bila datang balik pada tahun 2000-2001, siap datang dengan blueprint bagai tu.
5. Berbalik kepada kisah Golden Lily tadi, adik Maharaja Hirohito iaitu Putera Chichibu yang juga merupakan seorang Jeneral dalam Imperial Guard ditugaskan mengetuai operasi rahsia ini yang berbunyi Kin No Yuri dalam bahasa Jepun. Antara misi utama operasi ini adalah mengumpul sebanyak mungkin harta-harta dari negara yang ditakluk bagi kepentingan negara Jepun. Operasi ini turut melibatkan elemen Yakuza seperti Yoshio Kodama. Ini boleh dikaitkan juga dengan cerita #KisahMistik004 berkaitan cubaan culik ahli keluarga saya dan telefon bimbit di tapping dari Jepun.
6. Menurut Sterling Seagrave, salah seorang penulis buku The Yamato Dynasty : The Secret History of Japan’s Imperial (2000) dan Gold Warrior: America’s Secret Recovery of yamashita’s Gold (2003) menyatakan lebih dari 6000 tan emas telah dijarah melalui operasi ini. Namun tiada dokumen setakat ini yang mengesahkan jumlah sebenar nilai harta yang dijarah kerana pelaksanaan operasi ini amat complicated.
7. Mengikut perancangan asal operasi ini ialah membawa pulang keseluruhan harta rampasan melalui Filipina. Namun kerana faktor penguasaan jalan laut oleh pihak Bersekutu pada 1945, memaksa pelan operasi berubah. Terdapat beberapa negara yang masih dijadikan stagging bunker dan kekal sehingga ke hari ini termasuk Malaysia. Menurut Seagrave juga, Malaya merupakan antara lokasi yang masih menyimpan harta Yamashita ini ekoran ketiadaan tindakan proaktif. Adapun hanya oleh segelintir pencari harta karun atau pun secara persendirian.
Jeneral Douglas MacArthur yang Kembali menjejak ke Filipina, menyatakan lebih 170 tunnel telah dikenalpasti berkaitan dengan khazanah ini. Pihak Central Intelligence Agency (CIA) melalui Paul Helliwell dan Robert Anderson sebenarnya turut terlibat dalam usaha disposal black gold ini dengan mewujudkan 176 akaun bank di 42 negara selepas emas ini di hantar ke US melalui kapal laut. Saya sendiri pernah diberi ingatan mesra oleh mole CIA ini bahawa, "Nyawa awak dan saya tiada nilai", kerana subjek matter yang diselidiki saya amat complicated.
8. Sebagai sokongan fasiliti kepada pelaksanaan operasi ini, banyak fasiliti yang dibina seawal lewat 1920-an di Malaya mengikut lokaliti dan sumber-sumber tempatan yang terhad. Saya pernah dekod satu manuskrip Jepun yang menerangkan polisi dan doktrin mereka menggunakan local resources bagi menyimpan segala kepentingan Jepun termasuk aset ketenteraan di fasiliti begini bagi tujuan masa akan datang, Jika tiba masa apabila Jepun perlu bangkit semula. Tapi saya percaya, Jepun telah berjaya bangkit sebagai sebuah negara maju dan segala aset ini telah obsolete dari segi teknologi.
Menurut seorang operatif Jepun ketika di salah satu site menerangkan, pihak mereka sebenarnya hanya berminat kepada sejarah dah relic sahaja kerana ia lebih berharga berbanding emas yang tersimpan. Katanya lagi, emas di site ini sahaja cukup untuk membayar seluruh hutang Kerajaan Negeri dan menampung seluruh rakyat selama 7 keturunan. “Wah! Ye la sangat nak jadi macam tu.." Getus saya dalam hati.
9. Kebiasaannya, kubu bawah tanah yang dibina pihak Jepun berdasarkan lima kategori jenis bunker dan kaedah root stone adalah antara elemen utamanya. Fungsi bunker ini adalah bagi operasi ketenteraan termasuk operasi Golden Lily. Ringkasan kategori bunker ini seperti berikut:
a. Kategori A+. Antara yang paling terkelas dan pembinaannya melibatkan konkrit bertetulang dan ada sistem pertahanan serta booby trap merangkumi bom, bom gas, booby trap serta perangkap air dan semestinya penjaga ghaib mengikut amalan Shinto. Kategori A+ ini adalah antara bunker termahal isi kandungannya. Ketebalan strukturnya melebihi 12’ dan tahan kepada serangan bom.
Saya pernah memasuki salah satu kategori ini. Estimate value dia seperti diterangkan seperti di bilangan 8. Angker dia, masuk saja kawasan, semua peralatan elektronik jadi malfunction, kamera video yang saya bawa langsung tak boleh rakam apa-apa, hanya boleh ON tapi tekan butang record tak jadi apa. Begitu juga dengan kamera DSLR, pun langsung tak boleh ON, jammed terus. Anehnya, keluar saja dari perimeter kawasan, semua back to normal. Hampeh betul! Terdapat banyak struktur kubu dalam perimeter kawasan dan terdapat bom 500kg yang tersusun sebanyak 5 biji, nasib belum di triggered! Hanya sebagai storage barangkali. Salah satunya ada di Semenanjung.
b. Kategori A. Ketebalan struktur dia dalam 12' dan bertetulang namun maih mempunyai elemen natural yang disamar sebaik mungkin. Ada satu site kategori ini yang mempunyai pintu konkrit yang digerakkan menggunakan mechanism seperti dalam cerita Alibaba dan 40 penyamun, filem P.Ramlee. Sistem pertahanannya sama seperti kategori A+. So far ada dua site yang telah diplot, satunya di Semenanjung dan satu di Borneo. Yang ni, pintu dia tebal dekat 12 ‘ dan ketinggian dia setakat lori hantu 10 ton tu, selamba badak je drive masuk.
c. Kategori B. Merupakan kategori ketiga jenis bunker. Ia gabungan binaan konkrit/kayu dan struktur batuan asal. Ketebalan struktur antara 5-10’ dan mempunyai perangkap bom, bom gas, perangkap semulajadi dan juga Shinto guards. Banyak lombong-lombong lama Jepun jenis ni namun ada juga jenis A tapi amat rare.
d. Kategori C. Kategori bunker jenis keempat, ia menggunakan struktur asal lokaliti. Kebiasaannya, terdapat juga penggunaan konkrit tapi minimum kepada mengikat batuan dan kaedah root stone digunakan. Ketebalan struktur biasanya tidak lebih dari 5’. Dilengkapi perangkap yang mempunyai perangkap bom, bom gas, perangkap semulajadi dan juga Shinto guards. Kategori ini paling banyak bertaburan. Kadang-kadang dijumpai hampir dengan populasi manusia tetapi tidak disedari kerana sumber natural resources yang digunakan amat baik penyamarannya. Ini kategoriu paling banyak saya jumpa baik di semenanjung mahupun di Borneo.
e. Kategori D. Bunker ini adalah kategori kelima dan menggunakan sumber local/natural resources sepenuhnya. Biasa nyaia menyimpan decoy deposits ataupun frontal defence pit. So far, agak rare dijumpai kerana ia agak terdedah dah berkemungkinan telah musnah kerana pembinaanya agak simple.
10. Sepanjang penyelidikan, saya telah menjumpai kategori A+, kategori A, B dan C. Namun kekangan penyelidikan adalah terbatas dari segi faktor geran penyelidikan dan peruntukan masa. Kalau nak dikira ringgit yang dibelanjakan menggunakan sumber poket persendirian, tidak terkira. Seperkara lagi, suka dinyatakan penyelidikan saya lebih menfokus kepada relic ketenteraan kerana pada diri saya itulah EMAS sebenar. Tapi ada juga diuji, bila jumpa karang kata kufur nikmat pula. Bak kata Kol Sulaiman pada Punai dan Mej Bad, korang tak ambil ada orang akan ambik, so, suka hatilah macam mana. Kalau soroti #KisahMistik 002 dan #KisahMistik 004 try blendkan story. Ada moment saya minta Raja Jin menggunakan kuasa dia angkat kereta kebal dan curahkan segala harta emas yang ada dalam kereta kebal kerana bukan itu yang saya cari, tapi kereta kebal itu tugas saya untuk recovery.
11. Seingat saya, ada beberapa kes dimana kontraktor pembinaan hospital lari malam dengan segala hasil jumpaan emas. Projek pembinaan ditinggalkan macam tu saja. Ada satu kes lagi, sorang Dato’ beli tanah dan clear bukit, sekali terjumpa jackpot dapat 4 tan katanya. Kira rezeki dialah. Sama ada dia report pada pihak berkuasa atau tidak, saya tak pasti. Sebaiknya, bagi Kerajaan Negeri sikit dan tunaikan zakat, baru berkat. Tapi, seingat saya semasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan, bila ditanya ada tak mana-mana pihak yang mendatangi kerajaan dan berkongsi penemuan, jawapan dari Exconya, belum pernah lagi setakat ni walhal sana saja ada tujuh hotspot bunker kategori A+ hingga kategori C.
12. Pendek kata, nawaitu kena betul jika berkerja dalam bab-bab emas kerana benda-benda ghaib pun suka pada emas. Biasanya emas/atau peti yang terkambus secara terus pada tanah amat mudah dimanipulasi makhluk ini. Mambang tanah pangkat prebet atau konstabel pun boleh main silap mata tapi kalau jenis tersimpan dalam bilik/ruang kena, mambang tanah yang power sikit baru boleh handle. Kira Raja Jin kawasan tu la yang power sikit nak buat kacau.
Ada sekali masa buat kerja di Palekbang, tengah syok-syok buat site scanning, computer scanner tiba-tiba kena shutdown sendiri. Mula-mula ingat technical error, kita pun ON balik berulang kali tapi, tetap sama auto shutdown juga. Masa tu baru perasan ada gangguan dan Nampak muka makhluk tu macam beruk bertenggek atas perigi konkrit. Apa lagi dapat panggil,“Babi! Nko tau tak laptop ni reboot lama bangang!”
Sudahnya dia marah saya, pasal kata muka dia macam beruk bila tim yang lain tanya macam mana rupanya spesis yang kacau kita ni. Saya jawab penuh keikhlasan dan tawaduk, dah muka dia memang macam beruk. Marah dia sampai ke hotel penginapan diikutnya dan berbirat bekas jari kat belakang saya kena cakar belakang badan.
13. Berdasar pemerhatian, saya bersetuju dengan kenyataan Sterling bahawa masih ada site yang intact di Malaysia ekoran persepsi kita terhadap kewujudan harta Operasi Golden Lily ini. Banyak pihak sebenarnya menjalankan penyelidikan secara persendirian samada individu, korporat VIP, pagar kuning mahu pun agensi rasmi. Pada tahun 1980-an Kerajaan Malaysia pernah mengusahakannya tapi fokus kepada maritim. Saya seperti mana dalam coretan sebelum ini pernah membawa kepada pucuk pimpinan negara kerana merasa kerugian pula bila negara tidak melakukan sesuatu demi kepentingannya. Sekurang-kurangnya pada saya ia boleh membantu negara dalam keadaan senario semasa yang agak tersepit dan dapat membantu masyarakat ketika dalam kesengsaraan ekenomi sehingga menimbulkan pelbagai polemik dalam pandemik.
14. Tapi ada satu kisah, ketika saya dimaklumkan oleh 'seseorang',
" Emas Jepun itu umpama hanya tahi gigi saja jumlahnya. Ketahuilah nusantara dan bumi bertuah ini punyai lebih banyak dari itu."
No wonder ia dikenali sebagai The Golden Khersonese atau SEMENANJUNG EMAS! Ni kalau nak story #KisahMistik bab ni kena khatam dulu kalau tidak, ada yang kata dah sewel.

15. Berbalik kepada Operasi Golden Lily ini, ia ibarat kisah mitos bagi sesetengah masyarakat. Namun terdapat banyak evidence dan cerita yang menyokong kepada kewujudannya.
Kita tidak boleh pergi bertanya kepada pencuri “Hey, kamu ke yang mencuri emas saya?” Mampuih dia nak jawab, “Ya tuan. Saya tercuri dan terambil emas tuan. Sikit aje pun, 8000 tan saje.”
So, masih terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba secara senyap untuk membuat recovery menggunakan pelbagai bidang pada masa sekarang seperti penyelidikan akademik, filem, politikal dan sebagainya. Sekadar menyebut beberapa contoh bagaimana ia menyusupi elemen kita untuk mendapatkannya. So, kalau nak mengkaji bab ni, minda kena set luar kotak, kalau skema memang no where lah jawabnya!
16. Perkongsian ini agak umum. Sekadar berkongsi data-data literatur dan data lapangan yang saya perolehi. Kepentingan sesetengah tapaknya masih terpelihara. Saya berfikiran terbuka berdasarkan kepada bukti arkeologi dan bukti geofizik walaupun dalam banyak keadaan data resivity positif, data GPR positif, data geo-electromagnetik positif dan data satelit positif namun on the ground is nothing. Terpulang pada yang berkenaan kerana risiko itu ada apatah lagi jika nawaitu tidak dibetulkan.
Jika anda berminat ok, tapi jika dengan saya ia adalah URUSAN SERI PADUKA BAGINDA.
Nantikan edisi Buku RAHSIA SEBALIK SEJARAH Siri Kisah Mistik yang akan diterbitkan sebagai sequal Digging The Untold Series. Insya Allah.
Thanks support sahabat2/followers

Copy and paste:
15 September 2025: 9.13 p.m

No comments: