Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia, dengan keluasan hampir menyamai keluasan Semenanjung Malaysia. Sarawak bersempadan dengan Sabah di Timur Laut, Kalimantan,Indonesia di Selatan dan Brunei Darusalam di Timur Laut.
Bumi Sarawak sudah tidak asing bagi diri saya, kerana saya pernah ditugaskan di bumi Sarawak pada tahun 1983/84. Ketika itu saya berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja Malaysia dan ditugaskan di KD Sri Rejang yang terletak di Sibu, Bahagian Ketiga Sarawak.
1983/84 : SARAWAK
Istilah "brown water navy" merujuk pada angkatan laut yang beroperasi di perairan pedalaman seperti sungai, danau, dan pesisir dekat pantai. Istilah ini awalnya digunakan oleh Angkatan Laut Amerika Serikat (U.S. Navy) pada masa Perang Saudara Amerika untuk membedakan pasukan yang beroperasi di sungai yang berlumpur seperti Mississippi dari pasukan yang beroperasi di laut lepas.
Ketika bertugas di KD Sri Rejang, saya ditempatkan di Bot Lancang (Riverine Craft) yang bertugas menjalankan rondaan sungai di sepanjang Sungai Rejang di Sibu Sarawak ketika zaman era Komunis tahun 80 an.
Tugas yang agak mencabar namun saya bangga kerana bukan semua anggota TLDM merasai bagaimana menjadi seorang anggota Riverine Craft yang beroperasi di kawasan-kawasan yang strategik yang penuh mara bahaya.
Anggota Riverine Craft KD Sri Rejang ketika Ops Jala Aman 1 1983/84
Pack Compo Ration, sesak-sesak waktu petang boleh digoreng balik
DESTINASI ISTIREHAT SEPANJANG SUNGAI REJANG
BELAGA DAN BINTANGOR
Bintangor, dulunya dikenali sebagai Binatang, amat dikenali dengan hasil buah limau Bintangor. Masyarakat Bintangor terdiri dari pelbagai kaum dan etnik seperti Iban, Melayu, Cina yang hidup dengan penuh harmoni. Bintangor merupakan salah satu destinasi istirehat kami setelah berhari-hari meredah sungai Rejang.
Belaga pula adalah sebuah daerah dalam bahagian Kapit, Sarawak. Kebanyakan penduduk di Belaga adalah merupakan orang Ulu.
Kanowit sebuah daerah di bahagian Sibu, Sarawak dihuni oleh masyarakat dari pelbagai etnik namun etnik Iban mendominasi sebahagian penduduk di Kanowit.
Di sini terdapat sebuah tugu dibina sebagai memperingati 16 anak tempatan Kanowit yang terkorban dalam serangan hendap komunis pada 27 Ogos 1970. Peristiwa ini dikenali sebagai "Tragedi Pendam Bungkang".
Kapit adalah gabungan 4 daerah iaitu Bukit Mabong, Belaga, Song dan Kapit dan 2 daerah kecil iaitu Sungai Asap dan Nanga Merit. Antara etnik Sarawak yang mendiami daerah Kapit ialah Melayu, Iban, Melanau dan Bidayuh.
Di Kapit terdapat sebuah tugu peringatan yang dibina oleh Tentera British pada tahu 1965 bagi memperingati 21 anggota Tentera Komanwel yang terkorban di Kapit semasa Konfrantasi Malaysia-Indonesia.
Sarikei merupakan salah satu dari Bahagian Ketiga Sarawak yang turut mengambungi Sibu dan Kapit. Ia mempunyai 4 daerah pentadbiran iaitu Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan.
Majoriti penduduk adalah dari kalangan etnik Iban diikuti Melanau, Melayu dan Cina.
Song ialah sebuah pekan di daerah Kapit, Sarawak, ianya bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia di Selatan.
Itulah antara pekan-pekan yang kami pernah singgah sepanjang menyusuri Sungai Rejang dari Kuala Sungai sehinggalah ke Pekan Kapit.... banyak nama-nama pekan ini begitu asing bagi ku sebelum ini...syukur Alhamdullilah... pengalaman bertugas di KD Sri Rejang adalah suatu yang tidak dapat ku lupakan....
ANTARA KENANGAN DI SIBU, SARAWAK
Sungai Rajang adalah sungai terpanjang di Malaysia, panjangnya 770 km dari Banjaran Iran di tengah Pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudik hingga pekan Kapit, Sarawak dan hulunya di Empangan Baleh, iaitu Putai terletak di Daerah Mabong, Bahagian Kapit.
Hospital Lau King Howe (Sekarang Muzium Memorial Hospital Lau King Howe) terletak di Sibu, Sarawak. Dibina pada tahun 1936 oleh Lau King Howe yang merupakan satu-satunya hospital di Sibu. Akhirnya hospital ini dijadikan muzium setelah Hospital Sibu dibuka pada 1 September 1994. Muzium ini dibuka secara rasmi pada 3 Ogos 1996.
Jeti Sri Igan adalah jeti untuk Bot-Bot Lancang KD Sri Rejang bertambat. Satu kejadian letupan sebuah bot RCP (Riverine Craft Personnel) berlaku pada November 1983 dimana 2 anggota boat crew tercedera.
Di Jeti ini jugalah KD Hang Tuah dan KD Sri Trengganu pernah bertambat selepas berlaku peristiwa tenggelamnya KD Sri Perak pada 8 Januari 1984.
Masjid An Nur di Sibu, Sarawak dirasmikan oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak ketika itu Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub pada 15 Ogos 1982 dimana saya dan rakan-rakan dari KD Sri Rejang terlibat dalam Majlis Perasmian itu. Kami dijemput kerana telah bersama-sama bergotong-royong sebelum perasmian Masjid ini dilakukan.
Apabila tidak belayar dengan bot Lancang saya akan bertugas di Pejabat Semboyan KD Sri Rejang mengikut syif.

Perayaan Hari Gawai Dayak disambut pada 1 Jun setiap tahun. Kenangan ketika meraikan Hari Gawai di rumah Jala di Sibu, Sarawak.
Kontinjen KD Sri Rejang di Perarakan Maulidur Rasul pada 1984.
Antara kenangan yang tidak dilupakan ialah apabila seorang anggota kami telah bertemu jodoh dengan seorang Gadis tempatan Sibu berbangsa Cina. Kami turut meraikan Majlis perkahwinan beliau di Premier Hotel, Sarawak House di Sibu, Sarawak.
1990 : SARAWAK
PELABUHAN BINTULU
6.12.1990
Kenangan yang sempat saya abadikan semasa kapal KD Lekir singgah di Pelabuhan Bintulu, selesai rondaan di Tukau Oil Rig, di Miri, Sarawak.
KD LEKIR, 22ND CORVETTE SQUADRON, ROYAL MALAYSIAN NAVY
Kenangan ditemuduga oleh PUSMAS mengenai pengalaman saya berkhidmat dengan Riverine Craft di Sibu, Sarawak
2012: SARAWAK
PARK CITY MALL, BINTULU, SARAWAK
18-20 MAY 2012
Bintulu Heart Week 2012 bermula dari 18-20 Mei 2012 berlansung di Park City Mall di Bintulu, Sarawak. Seramai 593 orang telah menjalani Ujian Saringan Kesihatan sepanjang program dijalankan.
Yang Baju Hitam itu adalah anak Saudara saya, Cikgu Intan Ernany yang mengajar di Sek.Keb.St Anthony, Bintulu, Sarawak
FOTO-FOTO KENANGAN DI BINTULU (2012)
Hotel penginapan kami, Glory Inn yang terletak tidak jauh dari Park City Mall
Bahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di sarawak terletak di Sarawakyang menghadap Laut China Selatan di baratnya. Bandaraya Bintulu membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak setelah diiktiraf sebagai bandaraya. Ia terletak 650 km dari Bandar Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atauMiri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2.
LAPANGAN TERBANG BINTULU
PELABUHAN BINTULU
Malam pertama di Bintulu, saya dibawa makan malam oleh anak saudara saya Cikgu Intan Ernany yang ketika mengajar di Sek.Keb. St Anthony di Bintulu disebuah restoran terkenal di Bintulu.
SEK.KEB. ST ANTHONY dimana anak saudara saya mengajar
Tamu Bintulu menjadi tumpuan orang ramai di bandar ini setiap hari untuk membeli pelbagai hasil kebun dan hutan, kuih-muih kering, ikan kering, cencaluk dan belacan Bintulu yang terkenal.
Demikianlah secebis kenangan saya di Bumi Sarawak Bumi Kenyalang, Sarawak memang teristimewa kerana banyak pengalaman saya dapat di bumi ini.
Nukilan:
Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, K.L
1 September 2025: 3.00 p.m

.png)
.jpg)





.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)

-vert.jpg)



.jpg)
.jpg)
.jpg)





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment