Posted by :
Hj Zulheimy Maamor
13 February 2024 : 11.50 pm
Hari Gawai akan disambut pada 1 Jun setiap tahun. Ia mesra dengan sebutan Ari Gawai dalam bahasa Iban atau Andu Gawai dalam Bahasa Bidayuh.
GAWAI DAYAK merupakan perayaan yang disambut oleh komuniti Dayak di Sarawak serta beberapa kawasan di Kalimantan, Indonesia.
Kaum Dayak atau (Dyak/Dayuh) terbahagi kepada dua kategori iaitu Dayak Laut (Iban) dan Dayak Darat (Bidayuh) dan kedua-dua etnik itu berasal dari Kepulauan Borneo.
Kalau zaman dulu hari Gawai disambut setelah musim menuai. Seperti juga kita menyambut Aidilfitri sebagai kesyukuran setelah berpuasa sebulan...kaum Dayak menyambut Hari Gawai sebagai kesyukuran atas segala keberkatan, nikmat dan tuah yang dilimpahkan oleh Tuhan.
Beruntungnya bila bertugas sebagai anggota Keselamatan di Sarawak ialah kita sentiasa diundang setiap perayaan hari Gawai kerana masyarakat Iban di Sibu amat menghormati anggota keselamatan yang menjaga keselamatan bumi mereka... dan yang menariknya makanan halal disediakan bagi kami yang beragama Islam kerana mereka menghormati agama dan budaya masyarakat lain di sana...
Disanalah saya benar benar melihat erti sebenar 1Malaysia yang sering kita laungkan hari ini, ianya telah lama wujud di sana.
Saya mengerti buat kali pertama apa yang dimaksudkan melihat perpaduan lebih daripada limitasi warna kulit, agama dan budaya. Sebaliknya menerima antara satu sama lain seadanya, kerana manusia semua sama.
Sarawak, terima kasih atas layanan anda sepanjang saya berkhidmat di bumi anda....
SELAMAT HARI GAWAI...GAYU GURU GERAI NYAMAI...MERUAN KE MENOA
Posted on Blog:
13/2/2024 : 11.51 pm
No comments:
Post a Comment