Monday, 5 February 2024

Nilai Di Sebalik Tapak Pra-sejarah Tertua Asia Tenggara

Oleh: Srikandi
30 June 2016

Walaupun Lembah Lenggong diiktiraf sebagai "the oldest records of early man outside the African continent" (UNESCO), namun saya fokus kepada Asia Tenggara dahulu. Sebab saya nak 'matching' dengan pengiktirafan kepada Sungai Batu sebagai "the oldest records of civilization in Southeast Asia" (Kedah Tua International Conference).
Namun, mari kita lihat apakah maksud "the oldest records of early man outside the African continent" terlebih dahulu. Saya beri pemahaman mudah, ini bermakna di luar Afrika, Lembah Lenggong adalah yang tertua menyaksikan kesan atau bukti kewujudan manusia dan aktivitinya. Ini bermakna, tiada bukti kewujudan manusia dan aktivitinya di Eropah, di Asia, di benua Australia dan benua-benua lain (selain Afrika) yang dapat menandingi usia secara sah oleh UNESCO terhadap apa yang ditemui di Tapak Arkeologi Lembah Lenggong setakat ini. Boleh faham, saudara dan saudari?
Okay, sebelum ini, rekod yang tertua kewujudan manusia pernah dicapai (di luar Afrika) adalah penemuan di Longgupo, Wushan di China. Ia terdiri dari sisa-sisa tinggalan rangka dan bahagian tubuh yang dianggarkan berusia antara 1.8 hingga 2 juta tahun dahulu. Namun ini kemudiannya terbatal apabila dibuat penelitian lanjut sebenarnya sisa-sisa rangka itu adalah hasil tinggalan dari keluarga monyet atau beruk yang sudah pupus berjuta tahun dahulu.

Bagaimana saintis tahu?
Mereka tahu kerana ada bidang khas untuk mengkaji tentang fosil-fosil, dalam kes ini, spesis manusia dan perbezaannya dengan hidupan lain yang dinamakan sebagai 'Paleontologi'.
Masalah dan kontroversi seumpama ini juga berlaku kepada tapak arkeologi di Dmanisi, Georgia (1.8 juta tahun dahulu). Ahli Paleontologi masih memperdebatkan penemuan di sana yang cenderung kepada pengkelasan tinggalan tengkorak tersebut kepada pengkelasan yang menjurus kepada keluarga cimpanzi dan lain-lain. Inilah masalahnya jika bukti kewujudan manusia disandarkan kepada tengkorak dan rangka-rangka. Ini disebabkan ada masalah yang rumit di sana untuk mengesahkan sama ada ia adalah benar-benar rangka manusia atau haiwan seperti beruk dan monyet.
Sebab itu, bukti solid yang ditemui di Lembah Lenggong tiada sarjana yang mampu mempertikaikan dan mendapat pengiktirafan UNESCO berbanding Wushan dan Dmanisi. Ini kerana ia berdasarkan kepada bukti penggunaan peralatan seperti kapak genggam yang menunjukkan adanya manusia di situ.
Cimpanzi tidak mampu membuat repehan pada alat batu. Monyet atau beruk mungkin boleh menggunakan seketul batu untuk memecahkan sebiji kacang bagi mengeluarkan isinya, tetapi MUSTAHIL MAMPU MEMBUAT REPEHAN dengan tujuan menajamkan batu tadi untuk mendapatkan keputusan lebih baik. Kemudian, menggunakannya untuk aktiviti seperti melapah dan menyiat. Nampak di sini?
Teruskan bersama saya di sepanjang Karnival Lenggong 2016 ini.
~Srikandi
My History is Immortal

Copy and paste:
5/2/2024 > 25 Rejab 1445H: 10.57 pm

No comments: