Tuesday, 13 February 2024

DALAM KENANGAN: AMPANG PARK

Oleh : Hj Zulheimy Maamor
13 Februari 2024: 11.12 pm

Kompleks Membeli Belah Ampang Park dibina pada tahun 1972 dan dibuka pada orangramai pada 15 Mac 1973 (ketika itu saya masih di Darjah 6). Ampang Park adalah komplek belibelah yang pertama di Malaysia dengan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barang keperluan. Ia dibangunkan oleh Syarikat Low Keng Huat Brothers Reality Sdn Bhd. 



Ampang Park cukup sinonim dengan saya, kerana Ampang Park ketika penghujung 70 an adalah menjadi tempat lepak saya dan kawan kawan ketika zaman remaja dulu selain Pertama Complex. 
Banyak kenangan manis saya disini, tempat mengorat awek-awek masa tu, maklumlah anak muda trang tang tang.






Lepak dengan anak-anak di Ampang Park

Kompleks ini akhirnya terpaksa menutup tirainya pada 31 Disember 2017 untuk memberi laluan kepada pembinaan Stesen Mass Rapit Transit (MRT) Ampang Park. Setelah 44 tahun beroperasi kini Ampang Park hanya tinggal kenangan. 

KENANGAN TERAKHIR DI AMPANG PARK
Pada 1 Januari 2018, saya dan isteri sempat mengunjungi Kompleks Ampang Park buat kali terakhir sebelum ianya dirobohkan... ketika itu keadaan sunyi dan sepi, saya rasa sangat hiba kerana inilah tempat lepak saya suatu ketika dulu yang bakal tinggal dalam ingatan sahaja lagi....tiada lagi didepan mata..


Tinggal kenangan... kedai tempat saya dan isteri selalu menjamu selera dulu...






Kempen Rayuan Selamatkan Ampang Park hanya tinggal kenangan yang pahit untuk ditelan



Ampang Park kini sudah tiada...yang tinggal hanyalah kenangan dan foto-foto lama yang masih tersimpan......

Yang tinggal kini hanyalah Stesen Ampang Park


Hj Zulheimy Maamor
Lembah Keramat, KL
13/2/2024

No comments: