Tuesday, 6 February 2024

KAYANYA ARKEOLOGI KELANTAN

Oleh: Nurul Kejora Muhammad
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu : 1 June 2022

Pada tahun 1947, Anker Rentse telah menulis suatu artikel untuk diterbitkan dalam Journal of Asiatic Society, Journal Malayan Branch [Vol. XX, Part, I, 1947] di bawah terbitan JMBRAS yang bertajuk "A Historical Note On The Northeastern Malay States" yang mana dalam catatan beliau, beliau sangat kagum dengan penemuan arkeologi di Alam Melayu seperti yang dipersembahkan di Muzium Raffles di Singapura.
Oleh yang demikian, beliau sebagai salah seorang peminat ketamadunan dan kebudayaan Kelantan terasa terpanggil untuk membuat kajian terhadap tapak-tapak penemuan baru di Kelantan, yang mana dalam kajiannya beliau menjumpai lebih kurang 30 tapak arkeologi dari pelbagai zaman di Kelantan, bermula daripada penemuan alatan Zaman Pra Sejarah di Zaman Mesolithik, Neolitik dan Zaman Gangsa; penemuan porcelin Dinasti Sung, penemuan seramik di zaman Ming dan penemuan tapak syiling emas melayu.
Sepertimana penemuan ketamadunan melayu di Tapak Arkeologi Sungai Batu dan di Lembah Bujang, seharusnya tapak arkeologi ini juga boleh diekskavasi dari tamadun Kelantan Purba. Penemuan syiling emas melayu kuno di Tumpat, Kubang Kerian dan Mulong pasti dapat menjadi petunjuk kepada penemuan bersejarah Kerajaan Kelantan Purba.
Selain itu, tapak arkeologi terpenting seperti di Sungai Nenggiri dalam Jajahan Gua Musang juga tidak boleh dipandang ringan, kerana daripada ekskavasi di zaman Rentse lagi telah menemui banyak lapisan batuan berdasarkan zaman pra sejarah sehinggalah ke zaman ketamadunan menunjukkan penempatan di Sungai Neggiri merentasi zaman.
Semenjak Kemerdekaan Negara sehinggalah ke hari ini, arkeologi di Kelantan seperti tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak. Untuk pengetahuan semua, banyak teori mengaitkan Kelantan dengan sebuah kerajaan lagenda yang dipanggil Raktamrikitta atau Chih Tu yang bermaksud Tanah Merah. Namun teori ini dicabar oleh beberapa pihak terutamanya dari tetangga kita kerana tiada penemuan fizikal di kawasan yang dikatakan lagenda tersebut.
Perkara ini sangatlah menghiris hati kami kerana mempertikaikan kewujudan Chih Tu yang dilawat oleh Duta Dinasti Sui pada Tahun 607 M yang bernama Chang Chun samalah seperti mempertikaikan kewujudan bangsa melayu sebagai bangsa asal di Tanah Melayu kerana Raktamrikitta di Kelantan dikatakan permulaan bagi kerajaan besar melayu yang bernama Srivijaya. Sedang ada pengkaji-pengkaji sejarah mutakhir yang cuba mengaitkan Raktamrikitta dengan Universiti kuno di Bengal atau Pala. Semasa lawatan Chang Chun juga menjelaskan bahasa Chih Tu merupakan sebuah kerajaan besar yang maju dengan banyaknya pengeluaran emas, sistem perbandaran moden dan pembinaannya juga banyak yang bersepuhkan emas.
Walaupun Tamadun Chih Tu telah musnah dirosakkan Banjir Besar seperti yang berlaku dua tiga menjak ini, namun admin percaya peninggalan atau tapak kota tersebut masih wujud, tertanam di bawah lumpur banjir yang telah wujud dari zaman berzaman. Pencarigalian Kota Emas tersebut mungkin memerlukan dana yang besar dan lebih sukar berbanding di Sungai Batu, namun desas-desus penemuan Tapak Pelabuhan Purba di Sungai Kelantan Purba juga memungkinkan dapat menjadi petunjuk kepada penemuan bersejarah yang bakal merubah lanskap arkeologi negara kita. Kerajaan-kerajaan Purba seperti Pan-pan, Tan-tan, Medang Chawula dan sebagainya juga boleh ditemui dengan penemuan tapak arkeologi ini.
Oleh yang demikian, admin berharap agar Pihak Arkeologi Malaysia, Kerajaan Negeri Kelantan mahupun Kerajaan Persekutuan dapat bekerjasama dalam merealisasikan penemuan bersejarah ini. Kami memohon semua pihak dapat mengkongsikan artikel ini demi kepentingan kita semua.
Kredit -Nizam GTZ-

Copy and paste:
6/2/2024 > 25 Rejab 1445H: 12.23 am

No comments: