Thursday, 15 February 2024

NEGARA-NEGARA KOMANWEL


Posted by:
Hj Zulheimy Maamor
19 September 2022

8 September 2022 adalah tarikh berakhirnya pemerintah yang mengemudi Pemerintahan British selama 70 tahun iaitu mangkatnya Ratu Elizabeth II yang merupakan pemerintah kedua paling lama memerintah di dunia selepas King Louis XIV Raja Perancis yang memerintah selama 72 tahun 110 hari.
Setiap 4 tahun sekali Sukan Komanwel diadakan yang akan disertai oleh Negara-Negara Komanwel..... namun tahukah anda apakah negara Komanwel itu....
Komanwel atau Commonwealth adalah pertubuhan negara-negara Merdeka yang pernah menjadi negara Jajahan British termasuklah Malaysia, Singapura dll.....
Komanwel ditubuhkan pada 1926 iaitu tahun Ratu Elizabeth II dilahirkan...

Mungkin ramai tidak tahu terdapat 2 Pertubuhan Komanwel yang sebenarnya iaitu "Commonwelath Nation" dan "Commonwealth Realms"...
Apakah perbezaan antara keduanya....
Commonwealth Nation > Negara-negara merdeka yang pernah menjadi Tanah Jajahan British seperti Malaysia, Singapura, Brunei, India, Maldives, Pakistan dan lain-lain...
Commonwealth Realms > satu istilah untuk negara-negara dalam pertubuhan Komanwel yang masih menjadikan Ratu Elizabeth II atau takhta tertinggi monarki British sebagai ketua negara mereka iaitu negara-negara berikut:
United Kingdom (England, Wales, Scotland dan Ireland Utara).
Australia
Bahamas
Belize
Canada
Grenada
Jamaica
New Zealand
Papua New Guinea
St. Christopher and Nevis
St. Lucia
Tuvalu
Negara Commonwealth Realms ini tidak mempunyai Raja tetapi mereka masih menjadikan Ratu Elizabeth II atau takhta tertinggi British sebagai ketua negara mereka .
Contoh kita lihat nama kapal perang Negara mereka seperti di Australia kapal perang mereka menggunakan prefix HMAS (Her Majesty Australian Ship) contoh HMAS Westralia...kalau New Zealand menggunakan HMNZS (Her Majesty New Zealand Ship) contoh HMNZS Philomel dan Canada menggunakan HMCS (Her Majesty Canadian Ship)... kalau kita di Malaysia guna K.D. iaitu Kapal Diraja....
Itulah yang dikatakan Negara Komanwel... Sebab itu dalam sukan Komanwel Indonesia tidak turut serta kerana Indonesia tidak pernah berada dibawah jajahan British... dia bawah jajahan Belanda....

Posted on Blog:
15/2/2024 : 11.15 am

No comments: